
HULU SELANGOR, 7 Okt [7.50 am] - Ramai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Hulu Selangor melahirkan rasa kecewa dan tidak berpuas hati dengan tindakan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) membatalkan keputusan pemilihan parti di cabang itu baru-baru ini. Difahamkan keputusan di cabang terpaksa dibatalkan gara-gara "kertas undi terlebih daripada jumlah bilangan yang keluar mengundi". Menurut sumber keputusan pembatalan ini tidak sepatutnya berlaku dan amat menyusahkan pengundi. Tambahan pula kesalahan sebenarnya bukan terletak kepada pengundi, tetapi kepada kecuaian dan kealpaan JPP mengendalikan proses pemilihan di cabang itu sebenarnya. Dalam pemilihan jawatan Ketua Cabang itu, seramai tujuh orang calon telah menawarkan diri. Keputusan dipercayai diketahui sekitar jam4.00 pagi dan menyaksikan calon Nazar Yakin sepatutnya diisytiharkan menang dengan mendapat sebanyak 377 undi. Calon popular bagi jawatan itu iaitu Khalid Jaafar hanya mendapat 323 undi sahaja dibelakang Razali Mokhtar (342 undi). Sementara itu calon lain iaitu SM Poobalan (172 undi), Mat Rahat (120 undi), Sulrusli (113 undi) dan Nasharuddin (27 undi). Jumlah keseluruhan keluar mengundi ialah 1,622, sebaliknya jumlah kertas undi yang dikeluarkan pula ialah 1,583 . Ini bermakna terdapat perbezaan sebanyak 39 kertas undi. Lantaran itu JPP telah membuat satu keputusan mengejutkan semua pihak dengan membatalkan keputusan tersebut. Pembatalan juga telah dibuat ke atas semua jawatan yang dipertandingkan kerana terdapat juga perbezaan jumlah pengundi dengan jumlah kertas undi yang dikeluarkan. Khabarnya kemungkinan pemilihan semula akan diadakan serentak dengan pemilihan jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) nanti.
Campur Tangan Azmin Di Percayai Menjadi Punca
Susulan keputusan tersebut, ramai ahli yang amat kecewa dan mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena sebenarnya. Menurut seorang ahli PKR cabang itu berkata "Saya sanggup menunggu hingga ke subuh semata-mata untuk mengetahui keputusan pemilihan berkenaan. Tiba-tiba JPP memaklumkan keputusan dibatalkan. Bukankah ini tidak adil bagi kami yang sudah bersusah payah membuang undi untuk menyuburkan amalan demokrasi itu", katanya. Beliau juga tidak menolak kemungkinan ada "tangan ghaib" yang sengaja diarahkan meletakkan lebihan kertas undi semasa proses pengiraan sudah tamat dijalankan. "Saya percaya ini kerja orang atasan yang berpakat dengan JPP untuk pastikan keputusan tersebut dibatalkan. Tambahan pula saya difahamkan pemenang jawatan itu Nazar Yakin (foto) adalah orang Zaid Ibrahim. Beliau menewaskan orang Azmin iaitu Khalid Jaafar. Mungkin dek kerana kecewa dengan keputusan itu maka Azmin telah berpakat dengan JPP untuk memasukkan kertas undi tambahan bagi membolehkan keputusan dibatalkan secara teknikal", tambah beliau lagi.


Kekalahan orang Azmin, Khalid Jaafar (kiri) kepada orang Zaid
Nazar Yakin (kanan) dikatakan menjadi punca pembatalan itu
Malah ramai juga ahli PKR cabang itu yang mengesyaki perkara yang sama, kerana mereka hairan JPP begitu mudah membatalkan keputusan berkenaan tanpa mengambilkira susah payah semua perwakilan melaksanakan tanggungjawab masing-masing. "Memang kami tidak kisah, pemilihan diadakan semula. Namun, kami hairan kenapa kes ini berlaku sedangkan kertas undi itu dikeluarkan oleh JPP sendiri. Maknanya mereka sengaja membuat penipuan untuk mengaburi mata kami. Apakah ini demokrasi namanya. Bila kalah mereka sanggup mengambil tindakan yang jelas mengecewakan ramai pihak termasuk calon yang bertanding", katanya. Kini heboh diperkatakan bahawa Azmin Ali dipercayai terlibat merencana pembatalan itu selepas melihat Khalid Jaafar tewas kepada orang Zaid Ibrahim. Soalnya sekarang, kenapa ini boleh terjadi sedangkan PKR dikatakan cuba amalkan sistem baru dalam amalan demokrasi. Jika ini keadaannya maka bolehlah dikatakan bahawa Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) sama sahaja seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang boleh dijual beli demi kepentingan pihak tertentu. Apakah ini caranya apa yang dikatakan mahu melaksanakan agenda perubahan itu agaknya?.
[Susulan pendedahan ini maka diharapkan agar Ketua Jawatankuasa Pemilihan Pusat, Dr Molly Cheah (foto) dapat menyiasat perkara ini. Apalah gunanya diadakan pemilihan jika percaturannya sudah ditentukan oleh orang atasan. Jika inilah keadaannya maka sia-sia sahaja diadakan pemilihan PKR kerana badan bebas yang sepatutnya dipertangungjawabkan melaksanakan pemilihan itu dengan adil dan saksama tiba-tiba berpihak kepada calon-calon dan pemimpin tertentu pula. Maknanya, tiada guna kita marahkan SPR kononnya tidak berlaku telus, adil serta berat sebelah dalam mengendalikan perjalanan pilihanraya di negara ini jika kita sendiri juga melakukan perkara yang sama. Apa yang berlaku di Hulu selangor ini wajar menjadi contoh kepada JPP agar mereka lebih berhati-hati lagi pada masa akan datang. Sebelum ini memang kita ada mendengar petugas JPP dijumpai makan malam bersama calon-calon tertentu. Malah mereka juga dipercayai berbincang strategi untuk pastikan musuh calon terbabit ditewaskan secara teknikal. Inilah yang berlaku sebenarnya, ramai calon yang sepatutnya menang telah tertewas secara teknikal atas "konspirasi" antara pihak JPP dengan pemimpin tertentu]
Campur Tangan Azmin Di Percayai Menjadi Punca
Susulan keputusan tersebut, ramai ahli yang amat kecewa dan mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena sebenarnya. Menurut seorang ahli PKR cabang itu berkata "Saya sanggup menunggu hingga ke subuh semata-mata untuk mengetahui keputusan pemilihan berkenaan. Tiba-tiba JPP memaklumkan keputusan dibatalkan. Bukankah ini tidak adil bagi kami yang sudah bersusah payah membuang undi untuk menyuburkan amalan demokrasi itu", katanya. Beliau juga tidak menolak kemungkinan ada "tangan ghaib" yang sengaja diarahkan meletakkan lebihan kertas undi semasa proses pengiraan sudah tamat dijalankan. "Saya percaya ini kerja orang atasan yang berpakat dengan JPP untuk pastikan keputusan tersebut dibatalkan. Tambahan pula saya difahamkan pemenang jawatan itu Nazar Yakin (foto) adalah orang Zaid Ibrahim. Beliau menewaskan orang Azmin iaitu Khalid Jaafar. Mungkin dek kerana kecewa dengan keputusan itu maka Azmin telah berpakat dengan JPP untuk memasukkan kertas undi tambahan bagi membolehkan keputusan dibatalkan secara teknikal", tambah beliau lagi. 

Kekalahan orang Azmin, Khalid Jaafar (kiri) kepada orang Zaid
Nazar Yakin (kanan) dikatakan menjadi punca pembatalan itu
[Susulan pendedahan ini maka diharapkan agar Ketua Jawatankuasa Pemilihan Pusat, Dr Molly Cheah (foto) dapat menyiasat perkara ini. Apalah gunanya diadakan pemilihan jika percaturannya sudah ditentukan oleh orang atasan. Jika inilah keadaannya maka sia-sia sahaja diadakan pemilihan PKR kerana badan bebas yang sepatutnya dipertangungjawabkan melaksanakan pemilihan itu dengan adil dan saksama tiba-tiba berpihak kepada calon-calon dan pemimpin tertentu pula. Maknanya, tiada guna kita marahkan SPR kononnya tidak berlaku telus, adil serta berat sebelah dalam mengendalikan perjalanan pilihanraya di negara ini jika kita sendiri juga melakukan perkara yang sama. Apa yang berlaku di Hulu selangor ini wajar menjadi contoh kepada JPP agar mereka lebih berhati-hati lagi pada masa akan datang. Sebelum ini memang kita ada mendengar petugas JPP dijumpai makan malam bersama calon-calon tertentu. Malah mereka juga dipercayai berbincang strategi untuk pastikan musuh calon terbabit ditewaskan secara teknikal. Inilah yang berlaku sebenarnya, ramai calon yang sepatutnya menang telah tertewas secara teknikal atas "konspirasi" antara pihak JPP dengan pemimpin tertentu]






apa hal ni makin teruk pengurusan pkr ni... baru ciput perintah dah mcm2 masalah ..so mcm mana nak perintah satu malaysia ni... aku takut nnt malaysia dipijak aje oleh anasir luar ...nauzubillah
BalasPadamberkuasa sgt ke azmin sampai boleh batalkan keputusan klu macam tu baik dia batalkan pemilihan cabang penyokong kuatnya datuk kamarul
BalasPadamApa yang kata teruk sangat... ini cabaran kecil yg dihadapi sebuah parti termuda yg berjaya menjalankan mesyuarat agung cabang di lebih 190 cabang seluruh malaysia. masalah kecil ni memang la akan berlaku..Korang cakap pandai la... fikir positif sikit... ataupun anda org UMCO kot.... sori le... rakyat dah bijak.. - Anggota Unit Amal PAS
BalasPadamkecil apanya kalau dah keputusan kemenangan tercipta depan mata, tiba2 batalkan atas alasan kertas undi terlebih... tu bukan salah pengundi tu salah JPP.. sapa yg arahkan? si Khalid Jaafar org Azmin dah tertewas..sbb tu dpt lampu hijau buat semula.. kononnya ada masalah teknikal.. giler ker org tggu keputusan smpai pukul 4 pg..last2 mcm tu jadinya... kalu kertas undi terlebih..awal2 mesti dah tau dahh.. bukanker sengaja dibuat2 tuu.. maklumlar yg menang org Zaid Ibrahim kann.. adat ler tuu
BalasPadamBentongkali...kalimutu...walpak...merangkap taik kucing umno....salam sejahtera BARUA UMNGOK
BalasPadamDah nampak puncanya. Kertas terlebih. Masalah teknikal.
BalasPadamPatutnya Kita siasat kenapa boleh terlebih.
Kenapa JPP x boleh dikesan sedari awal dll.
Jgn la buat andaian melulu.
Kalau takdir khalid yg menang Contohnya. Adakah Kita nak tuding hari plak pada zaid?
Bila pilihanraya umum terdapat kertas undi yg lebih berbanding dengan yg di keluarkan,kita menyalak minta p.raya di batalkan.Tapi bila kena p.raya dalamn PKR kita kata pula tak perlu batalakan,pasal apa ?Tak lain dan tak bukan kerana orang Zaid dah menang .Apa la lu orang ni kau orang ni,double standar'macam ni nak jadi pemimpin parti,ZI dan groupnya semua tak boleh pakai.Masa Zul Nordin buat dan cakap macam-maca yg bertentangan dgn polisi parti gulungan ni mnyalak juga mengutuk Zul Nordin,minta di keluar dan macm-macam.Tpi bila tiba masa ZI yg cakap buruk pasal parti dan tak mahu boikot UM,geng ni kata ok,ZI betul ,itu pendirian yg sepatutnya bla...bla... .Aku dah muak dgn gelagat 'double standar' puak yg mengggelarkan diri mereka libeal ni.Libral taik kucing.Porraaaah.
BalasPadamOiii geng ZI (mungkin termasuk pdo),tubuh parti sendiri le kalau semua nak buat ikut apa kau orang mahu.
Minggu lepas gua sudah cakap minggu ini ada perkara besar bertujuan utk melemahkan Anwar akan berlaku,tengok apa dah terjadi,budak Rahimi tu buat akuan bersumpah konon.Kau orang tahu ke siapa di belakangnya?.Budak Rahimi ni bukan nya budak cerdik,mana boleh dia buat itu semua kalau tak ada mastermind nya.Kalau nak tahu siapa atau gulungan mana di belakang Rahimi ni,tunggu....,Tapi sebelum tu aku nak ingatkan bila nak sokong orang tu fikir dengan baik jangan kerana RM dan dia cakap itu ini,prinsip itu ,prinsip ini kononnya kau orang terus sokong.Itu bodoh namanya.
Adakah Pemilihan PKR ini menunjukkan wajah sebenar PKR? Banyak sungguh komen negatif apabila Azmin merancang untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden. Jika itulah gayanya PKR sekarang, saya rasa PKR boleh digelar sebagai Parti KRonisme. Kemunculan Azmin dalam PKR menjadi satu punca masalah kepada pergelutan dalaman PKR. Mengapa Anwar tidak berkata apa-apa dan mengambil keputusan untuk berdiam diri? Adakah ini yang akan diamalkan oleh PKR apabila berjaya mentadbir negara kelak? Di sudut lain pula, saya tidak nampak kesalahan kepada SPR apabila dituduh tidak adil dalam menentukan undi malahan PR sendiri banyak menang di kawasan-kawasan tertentu. Jika SPR tidak telus, masakan PR boleh mengambil alih Selangor? Saya agak terkilan apabila ramai ahli pembangkang yang cuba mendoktrinasikan ketidak telusan SPR.
BalasPadamadilah kpd pemilih..jpp gunalah pltform ni dgn btl...nazar yakin tlah mng...ckup,slh jpp x kan nk letakkn kpd calon dan pengundi?
BalasPadam