script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pilihanraya: Tawaran TPM Muhyiddin Agar Ku Li Menggalas Tanggungjawab Sebagai Pengarah Dan Calon BN DUN Galas Masih Dalam Teka-Teki Lagi !!

KOTA BARU, 2 Okt [9.25 am] - Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah (foto) pada Jumaat belum membuat sebarang keputusan berhubung pelantikkannya sebagai pengarah pilihan raya UMNO/Barisan Nasional (BN) yang diberikan kepadanya bagi pilihan raya kecil Galas. "Saya tidak menyatakan ya atau tidak. Saya akan menjelaskannya apabila saya kembali ke Malaysia," katanya dalam laman sosial, Twitter, semalam. Tengku Razaleigh ketika ini berada di luar negara. Pada Rabu lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelantikan Tengku Razaleigh sebagai pengarah pilihan raya UMNO/BN manakala Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dilantik sebagai timbalan pengarah, serta dibantu jentera parti di peringkat negeri dan pusat. Kerusi Dewan Undangan Negeri Galas kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Chek Hashim Sulaima, 46, dari PAS akibat barah usus di Kuala Lumpur pada 27 Sept yang lalu.

[Keputusan kini terletak ditangan Ku Li. Andainya beliau bermaruah, sudah pasti dia tidak akan menerima jawatan tersebut. Selama ini dia telah dipinggirkan dan dihina oleh pucuk pimpinan tertinggi UMNO, terutamanya dalam isu mempertahankan royalti minyak Kelantan baru-baru ini. Malah, dia dikritik seolah-olah tidak mempunyai jasa langsung terhadap parti itu. Semuanya, gara-gara menantang kepimpinan PM Mahathir dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu pada tahun 1988 dulu. Kini selepas lebih 20 tahun ia berlalu nasib Ku Li masih "bagaikan telur dihujung tanduk". Beliau hanya menjadi "Ahli Parlimen Biasa" sahaja, sedangkan pengalaman dan kepakaran jauh lebih tinggi daripada lain-lain pemimpin UMNO yang diangkat sebagai Menteri Kabinet Kerajaan BN itu sebenarnya. Maka, inilah masanya untuk Ku Li, menunjukkan jalan kepada pemimpin UMNO betapa dirinya cukup berharga sebenarnya. Kini Muhyiddin mula tersepit dan merayu agar putera raja itu menerima tawaran untuk memimpin UMNO BN dalam pilihanraya kecil DUN Galas tidak lama lgi. Apakah Ku Li sanggup menghina dirinya sendiri dengan menerima jawatan "ihsan" itu agaknya?].

Share:

12 ulasan:

  1. ini version yang dah edit.
    Dulu kuli penah lawan dr mahathir rebut kerusi presiden umno.dia kalah tipis.najib ketika itu ketua pemuda umno pulak sokong dr mahathir.bini najib sebelum nikah dengan rosmah dari kalangan kerabat raja kelantan.krisis dalaman umno makin parah dan tak dapat dielakkan.umno pecah dua dan diharamkan.wujudlah team A yang diketuai dr mahathir dan team B oleh kuli yang juga disokong mantan pm iaitu Allahyarham tunku abdul rahman dan hussein onn.dipercayai hingga ke akhir hayat mereka tidak berada di dalam umno.sama seperti pengasas UMNO Allahyarham Datuk onn jaafar.Rakan-rakan yang sealiran dengan kuli ketika itu rais yatim,ibrahim ali dan shabery chik.pak lah sendiri turut berada dalam team b.kuli cuba menubuhkan parti baru dengan menggunakan nama umno tapi tak dibenarkan dan dr mahathir berjaya menubuhkan parti baru dengan menggunakan nama umno.kira umno barulah pasal umno lama dah mati dan telah diharamkan
    s46 bertanding dalam pru dengan bekerjasama membentuk angkatan perpaduan ummah bersama PAS dan gagasan rakyat dengan DAP dan PBS.KIMMA ketika itu juga menyokong s46.
    Menjelang PRU,media totok memainkan isu sigah lambang salib yang dipakai oleh kuli ketika lawatannya ke sabah.kesannya s46 kalah teruk.bukan ketika ini sahaja umno mainkan isu agama tapi suatu ketika dulu pun umno dah gunakan kaedah sama.orang melayu takut untuk mengundi s46 kerana isu sigah lambang salib yang dipakai kuli menurut seorang penganalisis politik.jika tidak, tak mustahil s46 memerintah negara dengan rakan-rakan pembangkang dan kuli jadi pm.
    cukup teruk kuli dikenakan oleh umno.kemudian seorang demi seorang rakan-rakannya meninggalkan beliau seperti rais yatim,ibrahim ali,shabery chik.mereka diberikan ganjaran timbalan menteri dan ada yang dah jadi menteri.s46 dibubarkan dan kuli akhirnya join umno tetapi hingga ke saat ini tak ditawarkan sebarang jawatan dalam kabinet walaupun satu ketika dulu pernah jadi menteri kewangan dan mengasaskan petronas.kesian....kuli dipinggirkan umno.ketika bawak isu royalti minyak untuk rakyat kelantan,ada pemimpin umno cadangkan dia dipecat daripada umno.inilah masa yang sesuai kuli mengajar kebongkakkan pemimpin umno yang pernah mengaibkannya suatu ketika dulu.mahu jadi sesumpah atau hero rakyat kelantan pertahankan royalti minyak.masih belum terlambat untuk kuli buat pilihan.inilah masanya kuli mengajar kebiadapan pemimpin umno terhadapnya suatu ketika dulu.mahu pertahankan kepentingan pemimpin umno atau perjuang nasib rakyat kelantan dan seterusnya jadi hero mereka.terpulanglah kepada kuli menentukannya

    BalasPadam
  2. inilah nasib umno
    pengasasnya meninggalkan parti yang diasaskannya
    dua mantan presidennya menurut jejak langkah beliau
    yang paling lama jadi pmpun dah beberapa kali keluar umno
    ada yang mencadangkan umno taja calon bebas bertanding dalam prk dun galas
    rakyat melihat umno seolah-olah mengemis meminta sesuap nasi daripada kuli
    itulah dunia ibarat putaran roda tak semestinya kita sentiasa di atas

    BalasPadam
  3. kalau ku-li bermaruah dia pasti tolak pelantikan ini...

    BalasPadam
  4. tahniah kepada adun kerdau,yb zaharudin kasim yang akan melangsungkan persandingannya di dataran seri ketumbit,kerdau dengan anak seorang peneroka jengka 23 yang juga guru KAFA.

    biarpun ada pihak menyifatkan perkahwinannya untuk membuktikan dia masih gagah dan kuat mempertahankan dun kerdau.tak kurang juga yang menyifatkan boleh jadi misi jaganya dan ketika ini pengaruhnya semakin pudar dan sudah mula kedengaran dalam kem umno sendiri mengatakan ini adalah penggal terakhirnya sebagai adun kerdau.

    ada yang mengharapkan perkahwinannya dengan anak peneroka jengka 23 apat menguatkan kedudukannya di sana yang kebelakangan ini dilanda badai dek isu felda.

    FELDA Jengka 23 dan jengka 25 adalah kubu kuat umno sejak dulu.Penyokong PAS dan PKR hendaklah bekerja keras mulai sekarang untuk merampas dun kerdau

    BalasPadam
  5. Menarik pandangan jemaah bangkit.
    Anak-anak buah Kuli dah dapat ganjaran meninggalkan semangat46.Rais Yatim dulu timbalan presiden umno sekarang menteri penerangan,shabery chik sekarang menteri belia dan sukan,brahim ali pernah jadi timbalan menteri.Kuli kalau tak ada prk dun galas,tak adalah umno nak pandangnya.nak pecat dia mungkin

    BalasPadam
  6. MP Pakatan Rakyat kena bangkang ni
    1.Usul yang akan dibentangkan di parlimen kenderaan yang di saman oleh pihak berkuasa tempatan akan diblacklist JPJ
    2.kedua yang kat bawah ni
    (AFP) – Jul 14, 2010

    KUALA LUMPUR — Malaysia will make its first military deployment to Afghanistan Thursday, sending a unit of medical personnel as ties with the United States deepen.

    The Malaysian military will join New Zealand medics based in Bamiyan province, defence ministry spokesman Lieutenant Colonel Salawati Yahaya told AFP.

    The deployment comes at the request of the Afghan government, and follows a warming of previously frosty ties between the United States and mainly-Muslim Malaysia.

    Salawati said 12 personnel will leave Thursday and the remaining 28 in the 40-member contingent will depart in September for a nine-month tour of duty.

    "They will provide medical and dental services to the locals," she said.

    New Zealand has been responsible for the Bamiyan region since 2003.

    In an April meeting between Malaysian Prime Minister Najib Razak and US President Barack Obama, the two leaders agreed to cooperate on key security issues to create a stronger relationship.

    Najib has said that Malaysia is also prepared to train Afghanistan's police, military personnel and civilian administrators.

    Malaysia is currently the 18th largest trading partner of the United States, with approximately 34 billion dollars in two-way trade in 2009.

    BalasPadam
  7. Kuli ketika ini dihormati sebagai tokoh negarawan.Apakah tawaran jadi adun boleh membuka seleranya.mungkin umno cuba berkompromi untuk meletakkannya sebagai calon MB Kelantan.
    Sedari dulu mainan politik umno penuh berliku dan sukar untuk dipercayai.
    tanyalah pengundi di manek urai
    sebenarnya muhyidin mahu melepaskan diri daripada dikambinghitamkan jika dia jadi pengarah prk dun galas
    peluangnya jadi pm tentulah tipis
    mengapa baru sekarang jasa kuli ditagih umno.dulu ada yang lantang bersuara memintanya dpecat daripada umno
    jasanya kepada negara cukup besar.bila kalah kepada mahathir 40 undi kerana ada cawangan haram dan akhirnya umno haram,kuli dilupakan
    inilah jasa kuli..korang translate sendiri
    Former Finance Minister of Malaysia, Former Chairman of the World Bank, ADB and Islamic Development Bank. Founding Chairman and CEO of Petronas

    BalasPadam
  8. percubaan umno mencalonkan kuli sebagai calon adun galas seolah-olah seperti merasuahnya.
    Kuli dah masak asam garam politik umno yang penuh perencah
    sedap memang tapi sendiri mau ingatlah
    takat jadi adun..apasal tak tawarkan jadi TPM
    tak ke gitu muhyiddin

    BalasPadam
  9. satu soalan yang ingin ditimbulkan di sini..
    apakah cadangan arab saudi melabur 6 bilion berkaitan dengan penghantaran askar malaysia ke afghanistan
    jika benar....darah askar kita semurah itu dan sanggup menjadi balachi amerika menentang umat Islam di sana

    BalasPadam
  10. Politik UMNO/BN begitu lah dari dulu hingga sekarang dan selama nya.Tak pernah berubah dan tak akan berubah hingga akhir hayat.

    Kita tak nampak lagi apa2 yang telah dilakukan oleh 40 ulamak muda yang konon hebat tu untuk baiki UMNO ni.Tapi stereng nya dah nampak mula korner kelain dah.

    BalasPadam
  11. Yang PASti MATI, PAS akan tersungkur di GALAS!! N.ajis punya statement pun kita reti baca! X payah penat2kan diri wahai penyokong PAS! Wat habih beras jer gi melalok kat Galas tu!!

    BalasPadam
  12. saya dok setuju tuan pakai laman facebook,facebook memang celake hine islam,hine nabi.kenapa tak pakai laman millatfacebook,laman ni laman org islam buat ape kite masih lg pakai laman facebook celake laknatullah tu,kite off kan saje laman kapir tu,kite mertabatkan laman islam[millatfacebook] ni,saye pun pelik ler zaman sekarang ni masih duk mertabatkan lg laman kapir ni,saya tahu bak peribahasa ada kate gunakan teknologi dia orng unt hancurkan dia orang,jadi sabab tu ler sy syor kan gunakan laman millatfacebook untk hancurkan dia orng off terus laman dia orng biar dia orng tahu jgn sekali2 perkecilkan orng islam.....wasalam

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kereta Dihempap Lori Tangki Terbalik Sebelum Terbakar, Pemandu Serta Penumpang Disyaki Rentung Di Kampung Lebak Temerloh

TEMERLOH : Pemandu dan semua penumpang disyaki rentung selepas kereta dinaiki dihempap lori tangki minyak yang terbalik sebelum kedua-dua ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.