script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Senarai Terkini Untuk Pencalonan Bagi Jawatan Tertinggi Pemilihan PKR, Hanya Wan Azizah Yang Menang Tanpa Bertanding Bagi Kerusi Presiden !!

PETALING JAYA, 17 Okt [9.37 am] - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (foto), berjaya mengekalkan jawatannya apabila tiada calon lain yang menyerahkan borang bagi mencabar kedudukannya itu selepas tempoh penghantaran borang tamat. Timbalan Setiausaha Agung PKR, Sharifah Shahidah berkata, setakat pukul 6 petang semalam Wan Azizah merupakan itu merupakan satu-satunya calon bagi jawatan itu. "Secara keseluruhannya, Majlis Perwakilan Pusat (MPP) menerima 158 pencalonan, Angkatan Muda Keadilan (AMK) (76) dan Wanita (59)," katanya. Sementara itu seperti dijangkakan bagi perebutan jawatan yang paling sengit iaitu Timbalan Presiden, tiga calon utama sah bakal bertanding iaitu Naib-Naib Presiden Mohamed Azmin Ali dan Mustafa Kamil Ayub serta Pengerusi PKR wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zaid Ibrahim. Seramai 19 calon pula menawarkan diri merebut jawatan Naib Presiden termasuk Nurul Izzah Anwar, Abdullah Sani Abdul Hamid, Chua Tian Chang, Dr Xavier Jayakumar, Fuziah Salleh, Jonson Chong, dan N. Gobalakrishnan. Bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), penyandang iaitu Shamsul Iskandar Mohd Akin dicabar oleh Badrul Hisham Shaharin. Sementara itu, Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin berdepan dengan dua pesaing untuk memegang jawatan tersebut. Mereka terdiri daripada Animah Ferrar dan Suraya Sudin. Menurut Sharifah, keputusan tidak rasmi akan dikeluarkan sebelum pukul 6 petang ini (Ahad). Katanya, calon-calon terbabit boleh membuat sebarang bantahan dan tarik diri atas sebab-sebab disiplin pada 18-20 Oktober. "Selepas itu, pihak jawatankuasa pemilihan parti akan memproses bantahan dari 21 hingga 24 Oktober ini," katanya. Tambah beliau, senarai muktamad akan dikeluarkan pada 24 Oktober ini dan proses pemilihan parti pada 29 Oktober ini.

[Syabas dan tahniah kepada semua calon yang bertanding. Semoga masing-masing akan dapat menyuburkan amalan demokrasi dalam kontek yang sebenar selepas ini. Amalan berpuak-puak pastinya akan meruntuhkan parti jika ia terus diamalkan. Namun, hakikat perjuangan ramai yang mengatakan amalan "Cai Cai" ini perlu. Inilah masa besar yang perlu dibuat perubahan sebenarnya. Kepada calon-calon dari Pahang yang terdiri dari Fuziah Salleh (Naib Presiden), Hj.Abbas Awang, Hj.Zahari Mamat, Ram Ponnusamy, Azan Ismail serta ramai lagi. Semoga masing-masing mendapat perhatian dan tempat daripada ahli PKR dari seluruh negara dalam pemilihan yang bakal dijalankan nanti].

Share:

2 ulasan:

  1. takpe la CMK oiiii!! janji perjuangan harus terus.

    BalasPadam
  2. Aku syok tgk wan azizah....cunnya

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kereta Dihempap Lori Tangki Terbalik Sebelum Terbakar, Pemandu Serta Penumpang Disyaki Rentung Di Kampung Lebak Temerloh

TEMERLOH : Pemandu dan semua penumpang disyaki rentung selepas kereta dinaiki dihempap lori tangki minyak yang terbalik sebelum kedua-dua ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.