
Kepimpinan Dato' Fauzi Abdul Rahman (foto), sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang kini tercabar, apabila kedengaran semula ura-ura konspirasi untuk menjatuhkan kepimpinannya. Jika pada tahun 2008 dulu, kumpulan ini yang dikepalai oleh beberapa kerat anak muda Angkatan Keadilan Rakyat (AMK) cuba untuk menghantar memorandum bagi menolak kepimpinan bekas Timbalan Menteri itu. Kini, strateginya agak berbeza kerana mereka menjadikan pemilihan PKR 2010 ini sebagai landasan untuk mencuba sekali lagi. Biarpun ramai yang menafikan perkara ini berlaku, namun beberapa kerat peminpin lama PKR Pahang menyedarinya. "Mereka mahu menjatuhkan Dato' Fauzi demi survival politik untuk mengangkat semula bekas Pengerusi yang lama kembali ke jawatannya itu", kata seorang pemimpin. Penolakan terhadap Dato' Fauzi dulu, menyebabkan Ketua Penerangan AMK Pahang ketika itu akhirnya meletakkan jawatan gara-gara tidak bersetuju dengan konspirasi tersebut. Mereka menolak Dato' Fauzi kononnya beliau masih baru dalam PKR ketika itu. Biarpun lantikan tersebut dibuat oleh Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri namun kumpulan terbabit tetap dengan pendirian mereka untuk mengangkat semula orang lama ketuai PKR Pahang ini.
[Kini khabarnya "modus operandinya" telah bertukar susulan berlakunya pemilihan PKR 2010 ini. Kumpulan terbabit dipercayai yakin bahawa andainya Azmin Ali, calon Timbalan Presiden PKR menang jawatan itu maka sudah pasti satu rombakan besar-besaran akan berlaku di Pahang. Maka disitu nantilah kumpulan yang dipercayai proksi Zaid Ibrahim termasuk Dato' Fauzi akan diterajang dan kumpulan yang menyokong Azmin akan diangkat semula. Kami difahamkan, gerakan itu didokong oleh beberapa kerat anak muda yang setia kepada Zakaria yang diketuai oleh Saudara Ahmad Sani Abdul Ghani (foto) . Mereka kini bergerak secara tersusun untuk memastikan agenda itu tercapai. Biarpun perkara ini dinafikan oleh beberapa pihak, namun hakikatnya ia memang berlaku. Kini mereka menggunakan ruang bicara di laman sembang Facebook untuk melaga-laga dan mengutuk siapa sahaja penyokong Zaid Ibrahim. Mereka benar-benar telah mencemarkan imej AMK dengan tindakan terancang yang sebenarnya mahu menghancurkan parti itu sendiri sebenarnya. Justeru itu, kami akan memantau pergerakan kumpulan terbabit demi mempertahankan kempimpin PKR Negeri yang sedia ada sekarang. Bagi kami, kepimpinan Dato' Fauzi masih diperlukan untuk memperkukuhkan agenda menawan Pahang dalam PRU Ke-13 akan datang hendaknya].
[Kini khabarnya "modus operandinya" telah bertukar susulan berlakunya pemilihan PKR 2010 ini. Kumpulan terbabit dipercayai yakin bahawa andainya Azmin Ali, calon Timbalan Presiden PKR menang jawatan itu maka sudah pasti satu rombakan besar-besaran akan berlaku di Pahang. Maka disitu nantilah kumpulan yang dipercayai proksi Zaid Ibrahim termasuk Dato' Fauzi akan diterajang dan kumpulan yang menyokong Azmin akan diangkat semula. Kami difahamkan, gerakan itu didokong oleh beberapa kerat anak muda yang setia kepada Zakaria yang diketuai oleh Saudara Ahmad Sani Abdul Ghani (foto) . Mereka kini bergerak secara tersusun untuk memastikan agenda itu tercapai. Biarpun perkara ini dinafikan oleh beberapa pihak, namun hakikatnya ia memang berlaku. Kini mereka menggunakan ruang bicara di laman sembang Facebook untuk melaga-laga dan mengutuk siapa sahaja penyokong Zaid Ibrahim. Mereka benar-benar telah mencemarkan imej AMK dengan tindakan terancang yang sebenarnya mahu menghancurkan parti itu sendiri sebenarnya. Justeru itu, kami akan memantau pergerakan kumpulan terbabit demi mempertahankan kempimpin PKR Negeri yang sedia ada sekarang. Bagi kami, kepimpinan Dato' Fauzi masih diperlukan untuk memperkukuhkan agenda menawan Pahang dalam PRU Ke-13 akan datang hendaknya].






Dah tentu kaki bodek akan sokong kaki bodek,penipu akan sokong penipu,pencuri akan sokong pencuri,kaki hasut dan pecah belah akan sokong sama jenisnya...pdo memang akan sokong sejenisnya..duit punya pasal.takda INTEGRITI langsung! Koa rang tak MALU ka?
BalasPadamkalau dah perangai korang sama bangsat dengan umno...baik korang masuk umno.....senang kijer...
BalasPadamkadang orang di atas nu takda hal pun ...pencacai kat bawah lebih lebih la pulak...
payah,payah....jangan main serkap jarang je...biasa la sokong menyokong tapi ni gayanya menyokong nak bawa rebah ni....aduhai!!
BalasPadamDah lama pegerakan ini. Kita pun dah tah siapa dalang dibelakang semua ini.
BalasPadamMereka nilah sebenarnya perosak parti..tiada kesetiaan hanya ingin merosakkan kebaikan yg telah sedia ada..patut mereka terus berganding tanpa berpihak pd mana pemimpin. Harap agenda yg dirancang diberhentikan. Mcmana nak menakluk kerajaan pahang pd masa depan jika masih bersengeketa sesama sendiri. hrp renunglah demi kebaikan bersama. Kuatkan pakatan rakyat, kuatkan PKR sendiri dibwah kepimpinan DSAI.
BalasPadamPDO, ini bukan konspirasi lah,tapi memang itu yg akan berlaku sekiranya Azmin menang.Jangan salahkan Sani atau sesiapa,memang resam politik,pasukan kalah terpaksa di ketepikan dan pasukan menang mengambil alih kuasa.Memang silap DF, depan Azmin kononnya sokong Azmin,belakang Azmin minta orang dia berkeliaran cari sokongan untuk ZI,maklulah SCW banyak sponser pkr Pahang,jadi DF terpaksa akur cakap SCW.Kalau dah tahu macam tu tak kan Azmin nak simpan orang yg menyokong pasukan lawan dan mengenepikan orang dia sendiri.Ini semua biasa le,kalau ZI menang begitu juga yg berlaku.PDO tak faham politik ke?.PDO bimbang kerana dia memang penyokong kuat DF.
BalasPadamAku ni bukanlah penyokong kuat Azmin pun,tapi aku memang tak boleh terima ZI sebagai tim pres.Tingkah laku dan tutur kata ZI kebelakangan ini tambah menyebabkan aku langsung tak boleh terima dia sebagai tim pres.Siapa nak sokong dia sokong lah,aku sorry.
Nak tanya PDO, Zaid Ibrahim yg gunakan Utusan Malaysia dan melalak yg bukan-bukan mengenai PKR dan Anwar tak mencemarkan imeg PKR ke?.Bandingkan budak-budak AMk yg kau maksudkan tu ,kalau pun benar hanya mahu menjatuhkan Dato Fauzi.Walhal tak ada Dato Fauzi dulu pun PKR Pahang hidup juga walau pun dengan susah payah serta kekurangan wng dsb.Bayangkan kalau Anwar 'tumbang'.
BalasPadamBandingkan jasa Zakaria yg bergolok bergadai kerana mahu meneruskan hayat PKR Pahang dengan jasa Dato Fauzi yg menerajui PKR Pahang hanya setelah org berlumba-lumba menyertai PKR.
Lantak kamu la....malas dh nak campur urusan kamu semua....pandai2 la korang semua yea...cuma aku nak bagitau kat sini aku dan orang-orang aku dah mula bosan dengan semua ni.kalau ditakdirkan PRU nanti kamu semua kalah teruk,jangan salahkan kami dibawah ni.PRU 12 PKR tak menang atas kekuatan ahli sendiri di Kuantan dan IM tapi disebabkan pegundi atas pagar,pengundi simpati dan orang BN yang marah.PRU 13 tidak lagi menjanjikan perkara yang serupa.Dan ada kemungkinan kamu akan kehilangan sekurangnya 1 undi dari aku....
BalasPadamaku cadang PKR ni bubar dan masuk parti UMNGOK sebab perangai ahlinya sama je...
BalasPadamsalam. aku nampak orang pkr skarang dah ikut perangai org meno..sibuk berebut jawatan dan kuasa sampai tak ada masa nak tinjau masalah setempat.ini beri kelebihan pada org meno..ambil kesempatan..itulah lain kali jgn dok kutuk sangat pada org meno..tengok skarang kena ke muka sendiri..huru hara dibuatnya..yang kalah nanti pasti pasang strategi utk jatuhkan yg menang manakala yg menang pasti setting geng dia org..kuatkan pagar keliling..kalu macam ni sampai bila2 pkr/org melayu tak kan ke mana..bangsa lain senyum dan tunggu tepok tangan..tidak pun hulor sponsor nanti senang kemudian hali..saya harap PAS tak terheret sama dalam kancah pkr ni...takbir..
BalasPadamPDO,
BalasPadamTerlalu banyak kesilapan fakta :
1. Perletakan jawatan CMK tidak ada kena mengena dengan memorandum yang dihantar oleh AMK Pahang. Menurut beliau sebab beliau meletak jawatan adalah kerana beliau kecil hati tidak dimaklumkan program Rapat Anak Muda Di Janda Baik pada tahun 2009
2. Kandungan memorandum bukanlah berbentuk bantahan tetapi adalah pandangan dari AMK Pahang & kita hantar sendiri kepada Ketua umum malah salinan juga di majukan kepada pemimpin kanan Negeri. Ia adalah inisiatif AMK Pahang Sendiri yg saya juga adalah ketuanya
3. Kuasa melantik Pengerusi MPN adalah terletak kepada Presiden & Ketua Umum, mana mungkin pimpinan tertentu boleh melantik individu tertentu tanpa mengikut peraturan parti
4. Sy pertikaikan artikel ini yg menyebut Ketua AMK Indera Mahkota yg mendalangi usaha melantik orang lain ke jawatan Pengerusi MPN kerana beliau komited dalam kerja parti dan dalam tempoh pemilihan ini terpulang kepada beliau untuk berkempen untuk pemimpin pilihan beliau. Kita kena hayati erti demokrasi dalam bab kebebasan memilih pemimpin.
5. AMK Pahang tetap komited menyokong sesiapa jua yang memegang tampuk MPN negeri kerana ia adalah mandat dari pimpinan nasional & apa yg lebih penting adalah kita berkerjasama untuk menumbangkan BN/UMNO yg terbukti tidak prihatin kepada nasib Rakyat terutamanya golongan miskin
SENANG CAKAPLAH..DATO POZI LAH PUNCA SEGALA-GALA KEPINCANGAN, ADA PULAK DUA EKOR TUAN PENASIHAT(PENGHISAP DARAH) SEKOR NAMA ZAIDI SEKOR LAGI NAMA ADNAN.BAIK PUNYA!!KORANG DENGKI BUAT PER..
BalasPadamDAH LAH PDO... KO NI PENYEBAR FITNAH JUGAK... dulu ko buat fitnah bentong mencalunkan ZI sampai sekarang ko tak mintak maaf pun....Lagi jelas fitnah ko tu....then fitnah lak bentong MATC kecoh..padahal aman je...ko ni lah sebenarnya perosak parti...
BalasPadam