script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Blogger Cucumatkilau Menafikan Bahawa Kegagalan Dia Menjadi Salah Seorang Calon Exco AMK Akibat Perbuatan "Sabotaj" Pihak Tertentu !

KUANTAN, 17 Okt [10.18 pm] - Salah seorang calon yang menawarkan diri untuk bertanding sebagai Exco AMK Pusat dalam pemilihan 2010 iaitu Mohd Shukri Mohd Ramli @ Cucumatkilau (foto), menafikan ada unsur "sabotaj" hingga menyebabkan dia gagal untuk mendaftar sebagai calon baru-baru ini. "Saya tidak melihat, ini unsur sabotaj namun mungkin ia akibat kealpaan sesetengah pihak sebenarnya", kata beliau. "Namun dari hati kecil saya memang terdetik perasaan terkilan walau pun tidak kecewa dengan apa yang berlaku. Saya tidak sangka setelah berkempen selama hampir sebulan akhirnya mendapat berita yang paling memeranjatkan ini. Saya tawarkan diri untuk memperkasakan Skuad Siber Keadilan dalam melancarkan Perang Siber PRU-13. Saya yakin boleh melakukannya berdasarkan pengalaman lebih 10 tahun menjadi blogger selama ini. Namun hasrat itu terbantut apabila masalah teknikal menyebabkan saya tertewas. Jika kalah bertarung, mungkin tidak menjadi halangan. Namun kalah sebelum bertarung menjejaskan juga reputasi saya sebenarnya. Tambahan pula saya sudah mewar-warkan hasrat tersebut sebelum ini", kata Shukri. Kami difahamkan, beliau telah memaklumkan kepada beberapa orang Ketua Cabang PKR di Pahang tentang hasratnya itu, malah beliau juga mendapat sokongan daripada mereka. Namanya juga telah dicalonkan ke jawatan tersebut oleh Cabang Kuantan dan Cabang Paya Besar. "Oleh kerana syaratnya sokongan dua cabang, maka saya tidak fikirkan sokongan dari beberapa cabang yang lain di Pahang. Bagi saya, jumlah itu sudah cukup untuk memenuhi syarat yang telah ditetapkan. Malah saya beberapa kali menghubungi pihak berkenaan dan mengesahkan nama saya telah dicalonkan. Namun, apabila tiba di Ibu Pejabat PKR pada Hari Pencalonan tiba-tiba saya dikejutkan dengan ketiadaan nama pada senarai yang disediakan", tambah Shukri.

[Menurut sumber, nama beliau memang dicalonkan oleh Cabang Paya Besar dan Kuantan, namun "Setiausaha" Cabang Paya Besar dipercayai telah terlupa untuk menghantar senarai nama tersebut kepada ibu pejabat. Malah, makluman itu pun tidak disampaikan lebih awal kepada beliau. "Saya tidak rasa ini satu sabotaj, namun bagi saya jika tidak Paya Besar sekali pun banyak cabang lain yang boleh mencalonkan nama saya. Namun, dek kerana memikirkan hanya dua kuota sudah mencukupi maka saya menolak pencalonan dari cabang lain. Akhirnya ini padahnya. Gagal sebelum turun gelanggang", kata beliau lagi. Menurut Shukri beliau tidak mahu memanjangkan perkara ini, cuma perasaan terharu dan terkilan itu mungkin ada kerana beliau sudah membuat persediaan yang rapi. Difahamkan beliau tidak mempunya "Team" dan hanya bertanding atas kapasiti peribadi].
Share:

6 ulasan:

  1. maha besar allah swt, elok juga sicucu mat kilau ni tidak dicalonkan,belum jadi pemimpin dah sombong apa tak lagi kalau dah jadi

    BalasPadam
  2. tapi apa yg dia kata tu ada gak kebenarannya. tawaran sbgai exco amk tu adalah tempoh terakhir..sbb lepas ni dah tak ada peluang... kalau awal2 tahu x layak senang.. tpi last2 minit..dah pegi hq... dia bukan nak jd pemimpin bro... dia cuma nak sumbangkan khidmat utk parti..perkasakan Skuad Siber...sbb dah lebih 10 tahun dia dok bergelumang dgn benda tu.. duduk diluar bukan x boleh..cuma x pernah diberi perhatian.. itu jer... jadi calon bukan bermakna nak jadi pemimpin..berapa ramai exco amk yg x bertanding pun pilihanraya..tapi cmk tu bertanding dlm PRU12 ari tu... cuma dia mungkin hairan..kenapa benda remeh temeh ni berlaku..sdngkan niat ikhlas utk membantu parti.... cuba faham isi hati dulu sebelum kita tuduh2 dia tu sombong... kalau sombong dia dah lama masuk umno kot... bersepah2 lagi pemimpin pkr yg sombong2 dan x boleh ditegur selama ni...

    BalasPadam
  3. Nak jadi ahli politik mesti banyak duit....

    Bila kita suruh orang lain buat kerja untuk kita, mesti ada upahnya. Kalau setakat air lior saja jadilah seperti...

    "...Saya tidak melihat, ini unsur sabotaj namun mungkin ia akibat kealpaan sesetengah pihak sebenarnya...."

    Itu pasal pemimpin UMNO peringkat cawangan atau bahagian mahu pun peringkat pusat menipu dalam membuat tuntutan dalam projek yang mereka buat. Mereka melakukan rasuah untuk menipu bajet.

    Tujuan nya adalah untuk menyediakan duit upah pencacai buat kerja untuk mereka. Selain daripada itu duit tersebut digunakan untuk merasuah musuh politik yang susah ditewaskan dengan pengaruh.

    Lihat bajet 2011 yang baru dibentangkan... angka yang disebutnya berbilion-bilion. Benarkah jumlah itu untuk rakyat atau sebahagian besarnya diserahkan kepada individu yang dilantik sebagai proksi kempen pilihanraya..?

    Kepada Mohd Shukri Mohd Ramli, anda sebenarnya mempunyai bakat sebagai ahli politik cuma keadaan belum mengizinkan lagi.

    Jangan lemah semangat. Anuar Ibrahim memerlukan orang seperti anda dalam PKR. Cuba lagi dilain tahun.

    BalasPadam
  4. Aku sedikit sebanyak juga terkilan bila tau yang CMK tak layak untuk bertanding jwtn exco hanya kerana pencalonan tak sampai ke HQ.

    Ada unsur sabotaj ke, takde ke, itu aku tak peduli. Yang sebenarnya, AMK bakal kehilangan seorang yang berjiwa besar dan berkebolehan seperti CMK.

    Jika dilihat kepada calon2 AMK yang bertanding pada kali ni, apakah sumbangan yang dapat mereka berikan?

    Tiada yang jelas. Banyaknya hanya mengatakan bahawa mereka ingin memperkukuhkan AMK. Bagaimana?

    Tapi CMK mempunyai matlamat yang cukup jelas. Memperkasakan Skuad Siber PKR. Bukan ke ni dah jadi satu manifesto yang patut diangkat oleh keseluruhan AMK?

    Apapun kepada CMK, teruskan perjuangan. Kami amat memerlukan orang seperti CMK di dalam parti ini. Jasa anda akan terus dikenang walaupun tidak memegang apa2 jawatan di dalam parti.

    BalasPadam
  5. aku nak tengok sangat bahalol-bahalol yang banyak bunyi ni.aku takde la cabar tapi nak bertanya korang boleh jawab dengan rakyat dalam masa beberapa saat? korang tau ke berapa banyak cuber trooper BN dah diwujudkan? perang siber ni perang saraf bukan perang tampal poster.kalau stakat nak jadi tukang komen baik tak payah.lagi 1,korang cuba bagitau aku blog pakatan mana dalam pahang ni lagi popular dari PDO?.CMK teruskan perjuangan.Jangan patah semangat.tak jadi exco pun takde hal janji apa yang dikata tetap dikota.

    BalasPadam
  6. Haprak Barua kerajaan dan rakyat nya yg bodoh mcm kura-kura dah kena lah sekor barua sekor kura-kura.

    Kerajaan buat apa saja rakyat angguk mcm biawak...kerajaan kata kita naikkn elaun JKKK kita jayakan projek warisan merdeka kita buat projek mega....dlm masa sama kerajaan barua td kata kita tk blh bayar bonus kakitangan awam sbb tk cukup duit..

    hahahahahahaha memang bendul bin kura-kura rakyat negara malaysia ini di bodohkan sejak dulu kini dn selamanya....

    Hanya rakyat yg tk undi BN/Umno yg bijak dan kepala otak berfunsi dgn baik memilih intan permata....

    Sampai bila lg rakyat kura-kura dan kerajaan haprak ini akan terus ditabalkan menduduki singgahsana memegang khazanah perbendaharaan negara mengatur segalanya mengikut acuan barua dan balaci.

    Sekian hanya yg ada otak manusia tulin mampu memahami setiap inci tulisan aku ini....yg bangang tu sila komen

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.