SEREMBAN 19 Okt [2.44 pm] - Mahkamah Majistret Sivil Seremban hari ini menjatuhi hukuman denda RM2,000 terhadap tiga remaja lelaki atas tiga pertuduhan berasingan dalam kejadian menyimbah cat dan melempar botol minuman keras di sebuah surau di Taman Pulai Impian, Sikamat, Seremban, Ogos lepas. Ketiga-tiga mereka juga diperintahkan menjalani bengkel Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebulan sekali selama dua tahun. Hukuman mengikut Seksyen 93 (1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001 itu dibacakan oleh Majistret M. Mageshwary. Remaja pertama berumur 17 tahun, kedua 15 tahun dan ketiga 16 tahun, berasal di sekitar Ulu Temiang dan Sikamat, di sini didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 3 pagi dan 4 pagi, 23 Ogos lepas. Ketiga-tiga remaja itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu ketika mereka dihadapkan di mahkamah pada 27 Ogos 2010 lepas.
[Hukuman tebabit tidak setimpal dengan apa yang telah mereka lakukan sebenarnya. Namun, demi memberi pengajaran kepada remaja lain maka eloklah hukuman tersebut diberikan. Apapun, kita amatlah berharap agar para ibu bapa dapat mengawasi dan memberi didikan kepada anak-anak mereka tentang kesucian "rumah Allah". Ini supaya mereka faham bahawa ia adalah rumah ibadat bagi orang Islam dan tidak wajar untuk diperlakukan sesuka hati. Senario semasa menyaksikan anak-anak remaja yang datang ke masjid dan surau gemar membuat bising dan perbuatan tidak sepatutnya ketika solat Jumaat dan solat jemaah yang lain. Ada Imam yang berani menegur di atas mimbar, namun kefahaman sepatutnya diberikan oleh ibubapa mereka. Jika tidak sesuatu yang lebih buruk berlaku seperti kecurian kasut, motor dan sebagainya. Apakah perkara ini harus dibiarkan begitu sahaja].






Tiada ulasan:
Catat Ulasan