script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tan Sri Muhyiddin Yassin "Membidas" Penganjur Perhimpunan Bersih 2.0 Berdegil Hendak Buat Di Stadium Mereka Walau Pun Di Tolak Oleh Kabinet

PUTRAJAYA 7 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin (foto) membidas penganjur perhimpunan 9 Julai kerana berdegil untuk menganjurkan perhimpunan itu di Stadium Merdeka walaupun Kabinet sudah memutuskan tidak akan membenarkan ia diadakan di situ. Timbalan Perdana Menteri berkata, mereka sepatutnya bersikap munasabah kerana kerajaan sudahpun bertolak ansur dengan membenarkan mereka mengadakan perhimpunan itu di stadium. "Saya lihat kenyataan itu macam nak provokasi lagi... nak lawan tak habis-habis, tiada niat baik dan sikap bertolak ansur. Apa yang saya lihat, tiada keikhlasan. "Ini semua untuk provokasi dan menimbulkan perasaan kebencian. Rakyat sudah puas hati kerana tidak diadakan perhimpunan (jalanan) haram. Rakyat rasa lega dan selamat. "(Tapi) saya dengar laporan tidak rasmi, mereka akan berarak dari satu penjuru alam ke satu penjuru alam nak menuju ke tempat itu. Jangan buat sesuatu yang boleh menimbulkan provokasi... itu saya serah kepada polis,” katanya kepada pemberita di pejabatnya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga pada hari ini.

[Muhyiddin kata penganjur bidas kabinet dengan berkeras untuk mengadakan perhimpunan Bersih 2.0 di Stadium Merdeka. Tetapi, pernahkah kita terfikir bahawa kabinet sebenarnya perlu dibidas kerana mempunyai Perdana Menteri yang menipu rakyat. Sebelum ini PM sendiri mengatakan sedia memberi peluang penganjur untuk menjadikan stadium sebagai tempat berhimpun, tetapi tiba-tiba pula berdolak-dalih kononnya dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut. Malah, kabinet juga perlu dibidas kerana "derhaka" kepada perkenan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan mempermain-mainkan penganjur dalam hal ini. Soalnya, kenapa sanggup bermain dengan kata-kata?. Bukankah ia akan menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap kerajaan itu sendiri. Apapun mungkin isu ini bakal menyebabkan BN ditolak rakyat nanti, terutamanya bagi pengundi-pengundi atas pagar].

Share:

Himpunan "Bersih 2.0" Tetap Mahu Di Adakan Di Stadium Merdeka Seperti Yang Di Rancang, Malah Penganjur Mahu Najib Razak Tidak Mungkir Janji

Bersih 2.0 mengisytiharkan perhimpunan Sabtu ini tetap akan diadakan di Stadium Merdeka di sebalik segala halangan dan hambatan yang dikenakan ke atas mereka. Dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat petang semalam, semua 14 anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara berkata "kami tidak akan sekali-kali akan berubah niat dan tetap akan membuat himpunan yang aman di sana". Sambil menolak, amaran, ugutan dan hambatan yang dikenakan ke atas mereka dan juga rakyat yang menyokong tuntutan BERSIH 2.0 sejak dua minggu lalu, pertubuhan yang diwakili 62 NGO itu juga melahirkan kekecewaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kabinetnya kerana didakwa mengkhianati janji bagi membenarkan perhimpunan itu diadakan di sebuah stadium. Apa sekalipun terjadi, ikrar mereka, BERSIH akan menggunakan hak perlembagaan untuk berkumpul secara aman dengan tujuan yang adil dan berpatutan dengan tidak akan berbelah bahagi. "BERSIH 2.0 kecewa dengan cara Perdana Menteri dan ahli-ahli kabinet beliau berdolak dalik mengenai tawaran untuk menyediakan stadium bagi perhimpunan aman kami. "Sebagai ahli masyarakat madani, kami setia berpegang kepada prinsip integriti dan kami dengan sepenuh hati akan menuruti titah dan nasihat Tuanku DYMM SPB YDP Agong untuk berhimpun di stadium untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. "Kami memilih Stadium Merdeka sebagai tempat yang terbaik untuk acara ini kerana ia simbolik dan terletak di lokasi yang munasabah. Kami tidak akan sekali-kali akan berubah niat dan tetap akan membuat himpunan yang aman di sana," kata kenyataan tersebut.


Ambiga dan jawatankuasa Bersih 2.0 tetap pilih Stadium Merdeka
[Menurut gabungan itu jika Perdana Menteri seorang yang boleh dipegang katanya, beliau akan membuat tindakan yang sewajarnya agar perhimpunan Sabtu ini dapat dilaksanakan secara aman di Stadium Merdeka. Kata BERSIH 2.0, kenyataan akhir yang dibuat oleh Timbalan Ketua Polis Negara yang 'menasihatkan' rakyat supaya tidak "berbuat apa-apa selain daripada duduk di rumah masing-masing" sebenaranya percubaan menakut-nakutkan orang ramai. "Kami sebagai rakyat Malaysia yang cintakan tanah air mahukan hak kami untuk memilih pemimpin kami dengan cara yang demokratik. Kami tidak akan ditakut-takutkan dengan penyalahgunaan kuasa yang tidak bermoral dan tidak adil. "Tanggungjawab pertama kami adalah untuk masa depan kami dan anak-anak kami. Kami sudah memasang tekad agar mereka tidak mewarisi negara yang diperintah berdasarkan ketakutan dan tidak berpandukan prinsip-prinsip keadilan". Kenyataan itu diakhir dengan: "Kami rakyat Malaysia akan tetap berkumpul secara aman untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil di Stadium Merdeka pada 9 Julai, 2 petang. Kami akan datang untuk berkumpul beramai-ramai, dan bersama kita membina Malaysia"]. mkini
Share:

Razali Alias: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang Sudah Bersiap Siaga Untuk Menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 Yang Akan Datang Ini

KUANTAN, 7 Julai - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang akur dengan keputusan pucuk pimpinan tertinggi parti berhubung dengan perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu ini. Menurut Ketua Penerangan PKR Pahang, Razali Alias (foto) "Saya menyeru supaya semua ahli PKR Pahang agar memberi sokongan terhadap perhimpunan aman itu jika ia diadakan Sabtu ini. Walau bagaimana pun seandaninya ada keputusan sebaliknya maka semua pihak perlu bersabar. Saya difahamkan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein mengatakan bahawa kerajaan tetap mengharamkan Bersih 2.0 biarpun pihak penganjur telah mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini. Ini bermakna mereka tetap tidak mengikhtiraf perhimpunan tersebut walau diperkenankan oleh Agong. Justeru itu, sebagai ahli parti, kita wajar mendengar arahan pucuk pimpinan parti tentang perkembangan terkini perhimpunan tersebut", kata Razali Alias.

PKR Pahang Sudah Bersiap Siaga Hadapi PRU-13

Menyentuh tentang perkembangan terkini Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang dalam menghadapi pilihanraya, Razali berkata partinya kini sudah bersiap siaga untuk berhadapan dengan Pilihanraya Umum Ke-13 yang dijangka tiba tidak lama lagi. Beliau juga menyeru agar rakyat Pahang membuat perubahan dalam PRU-13 nanti, kerana sudah tiba masanya untuk memberi peluang kepada Pakatan Rakyat selepas sekian lama UMNO Barisan Nasional berkuasa selama ini. "Pakatan Rakyat yang terdiri dari PKR, PAS dan DAP kini sudah memperkemaskan jentera parti masing-masing dan saya amat yakin kita akan diterima oleh majoriti rakyat kali ini. Banyak faktor yang menjurus ke arah itu termasuk sosio ekonomi, kebajikan dan kemiskinan rakyat yang berlaku hari ini. Maka rakyat sudah tiada jalan lain lagi selain melakukan perubahan", kata Razali.


[Pilihanraya Umum Ke-13 dijangka berlaku dalam tahun 2011 ini, berdasarkan kepada senario semasa sekarang. Andai ia benar berlaku maka sudah pasti parti-parti politik perlu bekerja lebih keras mulai sekarang. Tiada lagi alasan untuk beristirehat dan masing-masing perlu memulakan jentera pilihanraya mereka. Isu Lynas dijangka menjadi isu utama bagi Pakatan Rakyat di Pahang. Tambahan pula isu tersebut semakin panas sekarang ini. Pakatan Rakyat dijangka menarik banyak undi atas pagar terutamanya masyarakat kaum Cina gara-gara isu tersebut. Justeru itu, UMNO BN perlu berwaspada dan bekerja lebih keras lagi jika mahu mengembalikan kepercayaan rakyat terutamanya di Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota yang dimenangi PKR pada PRU-12 yang lalu. PKR perlu mantapkan program dan gerak kerja mereka terutamanya ceramah-ceramah umum yang kini jelas dimonopoli oleh parti PAS. Jika tidak, rakyat akan melihat PKR masih terus bergantung kepada jentera PAS dalam setiap kali pilihanraya. Sementara itu UMNO harus berusaha keras untuk mengekalkan kuasa di Pahang. Jika tersilap langkah kemungkinan besar negeri ini bakal jatuh ke tangan pembangkang pada PRU-13 ini nanti].
Share:

Terkini: Atas Nasihat Agong, Penganjur Bersih 2.0 Akhirnya Sedia Mengadakan Perhimpunan Aman Itu Di "Stadium Merdeka" Pada Sabtu 9 Julai Ini !!

KUALA LUMPUR 6 Julai - Penganjur Bersih 2.0 mahu mengadakan perhimpunan aman itu di Stadium Merdeka pada Sabtu ini sebelum menyerahkan memorandum kepada Istana Negara untuk penambahbaikan proses pilihan raya. Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga juga menuntut penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) untuk mengatasi kepincangan dalam sistem pilihanraya serta pembebasan lebih 100 orang yang ditangkap oleh polis, termasuk enam di bawah Ordinan Darurat. Ambiga berkata beliau sudah memohon untuk berjumpa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi mendapatkan persetujuan untuk mengadakan perhimpunan itu di Stadium Merdeka yang boleh menampung 50,000 orang. Semalam, Bersih 2.0 bersetuju untuk membatalkan perarakan ke Istana Negara untuk menyampaikan memorandum itu setelah menerima nasihat Yang DiPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Ambiga merakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada Tuanku Mizan kerana perkenan menemui rombongan Bersih semalam ‘untuk mendengar daripada pihak kami.” Beliau menuntut pihak berkuasa menghentikan segala hambatan dan tekanan pihak berkuasa ke atas penyokong sejak minggu lalu. Lebih 150 orang termasuk wakil rakyat dari Pakatan ditangkap kerana memiliki dan memakai baju BERSIH. Malah enam penyokong Bersih termasuk Ahli Parlimen Sungei Siput Dr D. Jeyakumar ditangkap di bawah Ordinan Darurat kerana di dakwa kononnya terbabit dengan gejala subversif. “Semua pihak wajar berundur dan memberi keutamaan untuk membebaskan semua yang ditangkap sebelum ini,” kata Ambiga. Dalam pada itu beliau melahirkan kesediaan bertemu Pemuda UMNO berhubung isu tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya yang adil dan bebas di negara ini. “Kami bersedia untuk berbincang dengan Pemuda UMNO. Mereka juga dialu-alukan menyertai perhimpunan Bersih pada Sabtu ini,” kata Ambiga lagi .

[Gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan itu sebelum ini dtuduh oleh UMNO sebagai mendokong Pakatan Rakyat. Ahli jawatankuasa pemandu Wong Chin Huat berkata, hakikat adalah tiada parti komponen Barisan Nasional (BN) yang sanggup untuk menyokong gerakan itu dalam menuntut pilihan raya yang adil dan bebas. Persoalannya sekarang, apakah perhimpunan di stadium itu nanti tidak berlaku kekacauan atau provokasi?. Ini kerana masing-masing yang datang akan memaka baju kuning Bersih dan sudah pasti tidak saling kenal mengenali antara satu sama lain. Namun begitu diharapkan perhimpunan tersebut akan berjalan dengan aman tanpa sebarang gangguan daripada mana-mana pihak. Biar di mana ia diadakan, apa yang paling penting ialah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dapat mengambil perhatian terhadap tuntutan Bersih, bersandarkan kepada titah Agong supaya pihak kerajaan agar laksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil serta bijaksana].
Share:

PM Najib Razak, Kerajaan Sedia Jumpa Penganjur Dan Benarkan Himpunan Bersih 2.0 Di Pindah Ke Stadium Tertutup Elakkan Sesuatu Tidak Diingini

KUALA LUMPUR, 6 Julai - Kerajaan bersetuju membenarkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang akur dengan nasihat Yang di-Pertuan Agong supaya memindahkan perhimpunan aman jalanan ke stadium tertutup bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. "Saya difahamkan BERSIH mahu berunding dengan kerajaan untuk berhimpun di sebuah stadium (dan) kita bersedia berjumpa dengan mereka,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (foto) semalam. Namun katanya, pihak penganjur mesti mematuhi beberapa syarat sebelum persetujuan diberikan. “Kita bersedia untuk berjumpa dengan pihak berkenaan bagi mengadakan (perhimpunan) di stadium dengan syarat bahawa mereka akan pergi dengan aman, mereka akan menegaskan perhimpunan (itu akan diadakan secara) aman dan mereka akan balik dengan aman. “Sekiranya sebarang kejadian yang berlaku maka pihak penganjur akan dipertanggungjawabkan atas segalanya ataupun yang akan berlaku, yang boleh menyebabkan sama ada huru-hara ataupun kerosakkan hartabenda ataupun boleh menyebabkan mana-mana individu tercedera ataupun lebih buruk daripada itu,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Tadbir Urus Agensi Inovasi Malaysia di pejabatnya di Putrajaya.

[Ramai yang kecewa apabila keputusan Penganjur Bersih Datuk S.Ambiga umumkan untuk pindahkan himpunan tersebut dari jalanan ke stadium tertutup semalam. Malah, ada sebilangan anak-anak muda yang hampa dan mempersoalkan keputusan drastik tersebut, atas alasan mereka lebih suka perjuangan "gerila jalanan". Apapun, sesuatu harus difikirkan. Mana yang lebih baik hampa himpunan dibatalkan atau dipindahkan. Secara rasionalnya, apalah salah jika ia diadakan di stadium tertutup?. Apakah semangat perjuangan itu luntur gara-gara berada dalam stadium?. Selama ini, bukankah sudah banyak program yang dibuat secara tertutup sebegitu?. Makanya, daripada berlaku sesuatu kejadian tidak diingini lebih eloklah ia dipindahkan. Orang muda perlu juga memikirkan nasib orang tua, wanita dan kanak-kanak yang bakal sertai perhimpunan itu nanti. Keputusan Perdana Menteri Najib Razak untuk bertemu dengan penganjur bersih juga haruslah dilihat dari sudut yang positif. Usahlah kita menimbulkan berbagai spekulasi dan persepsi yang terlalu negatif].
Share:

Bersih 2.0 Bakal Di Adakan Di Stadium, S.Ambiga Akhirnya Buat Keputusan Selepas Mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Hari Ini !

KUALA LUMPUR, 5 Julai - Setelah mengadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong hari ini, BERSIH 2.0 bersedia mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di dalam stadium. Bagaimanapun setakat ini belum ditentukan stadium mana yang akan digunakan tetapi tarikh pada 9 Julai ini tidak berubah. Jawatankuasa itu yang terdiri daripada pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga (foto), Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, petang tadi. "Kami telah memberitahu Tuanku bahawa kami menerima cadangan kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium. "Sehubungan itu, perhimpunan di atas jalan raya tidak akan berlangsung (pada Sabtu)," kata Ambiga kepada pemberita selepas bertemu Tuanku lebih satu jam setengah. Menurut Ambiga, pada sidang media selepas pertemuan itu, pihak jawatankuasa BERSIH 2.0 berjanji memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa. "Sekarang, kami akan bekerjasama dengan kerajaan berhubung perhimpunan di stadium pada 9 Julai ini," katanya sambil menambah pihaknya akan berbincang dengan kerajaan mengenai stadium untuk berkumpul. Ditanya wartawan sama ada tindakan itu satu bentuk kompromi, Ambiga menjawab: "Ya. Dalam keadaan ini, kami berpendapat, (cara) ini jalan terbaik untuk meneruskan (perhimpunan ini). Kerajaan menawarkan stadium, maka kami akan meneruskan (perhimpunan) di stadium". katanya.

[Menurut Ambiga pertemuan Tuanku Mizan berlangsung dengan suasana yang cukup baik dan pihaknya bersyukur dengan pertemuan tersebut. Sebelum itu, ketiga-tiga pemimpin itu dibenarkan mengadap Yang di-Pertuan Agong jam 1.55 petang tadi. Kira-kira 15 anggota polis bertugas mengawal keselamatan di pintu masuk Istana negara. Ahad lalu, Seri Paduka bertitah, dalam keghairahan berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, rakyat diminta tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara. Tuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana. Seri Paduka tidak mahu melihat negara majmuk ini berada dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun. Sehubungan titah itu, Ambiga berkata gabungan BERSIH 2.0 yang terdiri daripada lebih 60 NGO, akan menghantar permohonan untuk mengadap Seri Paduka]. mkini
Share:

Isu Lynas: MB Pahang Dan Menteri MITI Adakan Taklimat Kepada 'Parti-Parti Komponen' Barisan Nasional Dan NGO Di Kediamannya Malam Tadi !

KUANTAN, 5 Julai - Satu majlis perjumpaan YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI), Dato' Sri Mustapa Mohamed dengan parti komponen Barisan Nasional dan NGO berkaitan telah diadakan di Kediaman Menteri Besar Pahang, Jalan Teluk Sisek dekat sini malam tadi. Dalam perjumpaan itu, taklimat berkenaan isu Lynas turut diadakan. Lebih 1,500 orang awam telah hadir bersama dalam program itu. Banyak maklumat berguna yang telah didedahkan kepada umum. Perjumpaan tersebut diadakan bagi mendedahkan kepada orang ramai tentang penyelewengan fakta yang telah dibuat oleh parti pembangkang terhadap isu ini. Banyak perkara tersembunyi telah diperjelaskan satu persatu dan diterima dengan baik oleh mereka yang hadir. Menteri Besar Pahang, seperti biasa meluahkan kekecewaan beliau terhadap isu ini yang dipercayai telah dimainkan oleh pembangkang untuk kepentingan politik mereka menjelang pilihanraya umum akan datang. Malah beliau turut menegaskan bahawa projek pembinaan kilang Lynas sebenarnya satu industri yang berdaya maju dan dapat menjana ekonomi negeri Pahang buat tempoh yang lama. "Rakyat sengaja ditakut-takutkan oleh pemimpin pembangkang, hingga mereka bangkit untuk menentang projek tersebut", kata Adnan.


Serius, MB Pahang ketika beri penjelasan tentang isu Lynas malam tadi

Antara hadirin yang turut hadir untuk mendengar penjelasan isu tersebut

Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Dato' Sri Mustapa Mohamed pula menegaskan, projek Lynas sebenarnya tidak seperti yang digembar-gemburkan. Kerajaan katanya menerima tawaran Lynas untuk mendirikan kilang mereka di Gebeng setelah berpuas hati dengan segala dokumen dan jaminan yang telah diberikan. "Kita hairan, apabila kakar-pakar IAEA diundang untuk membuat kajian ramai pula dikalangan mereka yang menuduh berbagai-bagai. Kononnya kerajaan membayar pakar terbabit untuk bersetuju dengan kita. Sedangkan pakar yang diundang adalah profesional dalam bidang masing-masing", kata beliau.

[Program berakhir sekitar jam 11.00 malam. Hadirin juga telah dijamu dengan jamuan makan malam bagi menghargai kehadiran mereka. Ramai yang hadir dilihat berpuasa hati dengan kenyataan yang telah dibuat oleh pihak kerajaan itu. Apapun, rakyat kini terbuka untuk menerima apa jua berita yang disampaikan. Cuma mereka haruslah pandai menilai isu berkenaan dari sudut yang positif. Apa yang penting, apakah projek berkenaan benar-benar berisiko atau sengaja digembar-gemburkan untuk menakut-nakutkan orang ramai. Ini berlaku dalam kehidupan kita bila selalu dimomok-momokkan adanya hantu jembalang dekat sesebuah kawasan atau tempat yang gelap, akhirnya anak-anak kita akan takut sampai bila-bila. Ini juga mungkin boleh berlaku terhadap projek Lynas. Rakyat diminta lebih bijak menilai isu dan apa yang telah diperjelaskan oleh kedua-dua belah pihak dengan baik. Mana yang baik kita harus terima dengan tenang, mana yang buruk kita juga harus menolaknya dengan berhemah. Apapun, difahamkan perjuangan membantah Lynas masih terus diadakan oleh NGO Save Malaysia. Malah, beberapa pemimpin mereka khabarnya kini berada di Australia untuk misi tertentu. Apa yang penting, rakyat perlu hidup selesa dan aman buat selamanya].

Share:

Ambiga, Perhimpunan Bersih 2.0 Pada 9 Julai Ini Bergantung Kepada "Hasil Pertemuan" Pemimpin Gabungan Itu Dengan "Yang di-Pertuan Agong" !!

Perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini, bergantung kepada keputusan pertemuan pemimpin gabungan itu dengan Yang di-Pertuan Agong. Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga (foto) berkata gabungan itu yang terdiri daripada lebih 60 NGO, akan menghantar permohonan hari ini untuk mengadap Seri Paduka. "Kami mahu menyampaikan keputusan kami kepada Seri Paduka dan kemudian kami akan mengumumkan (keputusan kami)," kata Ambiga dalam satu sidang akhbar semalam. Buat masa ini, katanya, jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 telah mengadakan mesyuarat tergempar malam tadi dan memutuskan ia "mematuhi" titah Seri Paduka yang telah dikeluarkan semalam. Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran keputusan jawatankuasa tersebut, sehinggalah mereka mengadap Yang di-Pertuan Agong Ambiga berkata, gabungan itu menyambut baik titah Seri Paduka dan menyifatkannya sebagai tepat pada masanya dan 'campurtangan' yang perlu ekoran semakin meningkatnya ancaman dari penentang BERSIH 2.0. Walaupun terus ditekan oleh pemberita, Ambiga mengelak menjelaskan apa yang beliau maksudkan dengan "mematuhi", dan berkali-kali menyatakan adalah lebih adil perkara itu dibincangkan dengan Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu daripada mengulasnya sekarang. Apabila ditanya sama ada mereka akan membatalkan perhimpunan jika Seri Paduka menasihatkan demikian, dengan ringkas beliau menjawab "ya". mkini



[Nampaknya, kemungkinan besar Bersih 2.0 dibatalkan kini bagai menjadi kenyataan. Ini kerana berbagai provokasi sedang dilakukan oleh penentang himpunan tersebut seperti Perkasa, Patriot, Pakida dan berbagai pertubuhan silat di negara ini. Malah, ada juga sumber menyatakan jika perhimpunan itu diteruskan maka sesuatu yang tidak diingini pasti akan berlaku termasuk pertumpahan darah dan sebagainya. Maka itu, adalah lebih baik demi keselamatan rakyat perhimpunan tersebut ditangguhkan terlebih dahulu. Jalan terbaik ialah pemimpin gabungan tersebut mengadap Agong dan menyerahkan terus memorandum yang berkenaan. Kita takut, rakyat akan dituduh menderhaka apabila menyertai himpunan ini kerana melanggar titah Tuanku yang telah dikeluarkan semalam. Marilah kita sama-sama menjadikan rakyat Malaysia yang lebih harmoni serta selamat].
Share:

Edisi Global: Parti Pembangkang Menang Majoriti Mudah, 'Adik Perempuan Thaksin' Bakal Menjadi Perdana Menteri Wanita Pertama Bagi Thailand !!

BANGKOK, 4 Julai - Parti pembangkang Pheu Thai yang diketuai pemimpin de facto bekas perdana menteri, Thaksin Shinawatra, menang majoriti mudah dalam pilihanraya umum negara itu, dengan memperolehi 255 kerusi daripada 500 kerusi parlimen pada jam 8 malam (9 malam). Sebelum itu menurut bancian oleh Universiti Sri Pathum University, Parti pembangkang Puea Thai Party yang menyokong bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra, yang hidup dalam buangan diramalkan menang 290 daripada 500 kerusi Parlimen. Puea Thai PartyYingluck yang diketuai oleh Shinawatra (foto) adalah saudara perempuan Thaksin Shinawatra, yang digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada tahun 2006. Beliau dijangka akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang baru dari kaum wanita. "Ia kini jelas dari pilihan raya keputusan setakat ini bahawa parti Pheu Thailand telah memenangi pilihan raya itu, dan Parti Demokrat mengakui kekalahan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak Pheu Thailand bagi hak untuk bentuk kerajaan," kata Abhisit bekas Perdana Menteri Thailand yang disiarkan oleh TV Thailand.


Shinawatra bakal jadi Perdana Menteri Wanita Pertama bagi Thailand
"Saya akan memberi peluang kepada Yingluck, wanita pertama untuk membentuk kerajaan," katanya. "Saya mahu melihat perpaduan dan perdamaian. Parti Demokrat sudah bersedia untuk berada dalam parti pembangkang." katanya lagi. Menurut Polis dan Suruhanjaya Pilihan raya Thailand, 83.69 peratus undi telah dikira pada jam 8 malam. Bekas parti Demokrat itu memperolehi 163 kerusi, Bhumjai Thail (35), Chart Thai Pattana (21) dan Chart Thai Pattana Phea Pandin (10). Parti-parti kecil seperti Palong Chan memenangi tujuh kerusi, Rak Thailand (4), Matubhum (2), dan Rak Santi serta Parti Baru Demokrat memenangi satu kerusi.

[Senario yang berlaku di Thailand ini pasti menyebabkan Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor tidur tak lena. Tambahan pula negara terbabit berjiran dengan Malaysia. Apakah tempias kemenangan parti pembangkang di Thailand itu akan merebak ke Malaysia pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Apa yang terjadi ini membuktikan rakyat seluruh dunia sebenarnya mahukan perubahan. Mereka tidak boleh lagi bernaung dibawah satu parti kerajaan yang memerintah begitu lama seperti UMNO BN sekarang ini. Negara bukan Islam seperti Thailand boleh memberikan ruang terbuka kepada calon-calon yang bertanding, maka kenapa di Malaysia yang kononnya sebuah negara Islam situasinya jauh berbeza sama sekali. Tidak malukah kita melihat semua ini. Maka itulah, rakyat mahukan satu pilihanraya yang bersih dan adil. Himpunan Bersih 2.0 adalah landasan terbaik untuk rakyat menuntut perubahan selepas pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) permain dan menipu mereka selama ini].
Share:

Panas: Gara-Gara Pendedahan Oleh Blogger Tiba-Tiba SPR "Halang Capaian Ke Laman Web" Rasmi Semakan Daftar Pemilih Mereka Mulai Semalam !!

Sungguh melucukan apabila kami mendapat makluman terkini daripada blog sahabat MiloSuam, mengatakan pihak SPR begitu gusar dengan pendedahan yang telah dibuat oleh beliau perihal penipuan nama pengundi berdaftar. Ternyata SPR terus mengamalkan amalan penipuan tersebut sejak sekian lama. Mereka sebenarnya sudah menjadi seperti Pengadil Sukan Gusti (foto) yang ternyata "double standard" dalam membuat keputusan. Anehnya, SPR tidak mahu mengaku kelemahan dan penyelewengan yang telah mereka lakukan. Bagi mereka rakyat Malaysia harus terus ditipu dulu, kini dan selamanya. Tanpa pilihanraya yang adil dan saksama maka selagi itulah amalan ini akan dihalalkan oleh pihak SPR. Ia jelas membuktikan mereka adalah talibarut UMNO BN sejak sekian lama. Banyak bukti yang telah didedah dan dibongkarkan, namun mereka tetap memberi alasan untuk menunjukkan kononnya mereka itu berada di pihak yang benar. Sedangkan hakikatnya hanya rakyat yang cintakan keadilan sahaja yang mahukan perubahan dan membersihkan pilihanraya itu. bagi mereka yang mahu terus berkuasa dengan taktik kotor maka mereka akan takut melihat kebenaran. Sedangkan itulah yang sepatutnya dilakukan dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini.

SPR Halang Pelawat Akses Laman Web Rasminya

Menurut MiloSuam seperti yang dilaporkan di dalam blognya "Sebelum ini MiLo SuaM ada mendedahkan salah satu taktik jahat Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR yang berjaya dikesan menempatkan 88 orang pengundi pelbagai bangsa termasuk Melayu, Cina dan India, lelaki dan wanita di alamat yang sama iaitu di alamat 1155 Kg Bagan Serai, Jalan Sembilang, Seberang Jaya Permatang Pauh. Tinjauan di lokasi sebenar menunjukkan bahawa alamat tersebut menempatkan sebuah rumah kayu yang kecil, tidak munasabah boleh didiami oleh 88 orang pengundi berdaftar pelbagai jantina dan bangsa rujuk sini [pengundi hantu]. Hari ini ReJaM© ingin membongkarkan satu lagi penipuan serupa yang telah berjaya dikesan di salah sebuah alamat di dalam kawasan Parlimen Tambun. Tapi malangnya, website rasmi Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR gagal untuk diakses ", katanya. Beliau juga mendedahkan dia amat terkejut akibat laporan itu, tiba-tiba ia tidak boleh dilawati. "Web rasmi Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR dilihat paparkan page error dan tidak boleh diakses. Persoalannya di sini, apakah yang sudah terjadi? Adakah website rasmi untuk semak daftar pemilih ini adalah website "kokak" dan "cap ayam"? Adakah ada pihak yang sengaja sebabkan web ini tidak dapat diakses bagi mengelakkan tembelang Suruhanjaya Penipu Rakyat, terbongkar kepada umum? [Suruhanjaya Pilihan Raya]", katanya.

[Apa yang didedahkan ini, mengesahkan lagi kepada kita bahawa memang wujudnya amalan yang tidak bersih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sebenarnya. Mereka beriya-iya mahukan rakyat memberi bukti, apabila ia dibongkarkan maka mereka amat gusar dan takut hingga terpaksa menutup laman web yang berkenaan buat sementara waktu. Maka itu, apakah kita boleh percaya SPR itu berlaku adil dalam pilihanraya?. Bayangkan, SPR tidak wajar menutup capaian ke website mereka, kerana pada masa ini media massa begitu sibuk membuat promosi pendaftaran pemilih. Jika laman web rasmi pun tidak boleh untuk dilawati, maka apakah pengundi boleh menerima keputusan berat sebelah yang dibuat oleh SPR itu agaknya. Hanya mereka yang bodoh sahaja boleh teris diperbodohkan oleh SPR. Tapi bagi rakyat yang bijak, mereka tidak sama sekali mahu terus ditipu lagi. Maka itulah mereka mahu bangkit menyatakan bantahan dan menyuarakan peruabahan menerusi Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Soalnya, kenapa SPR perlu takut pada Bersih?].
Share:

Panas: Terbongkar SPR Nyata Tipu Rakyat, Bukti Kukuh Adanya 88 Nama Sama Dalam Satu Alamat Berjaya Di Dedahkan Untuk Pengetahuan Semua!

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diharap tidak memberi helah dan alasan dangkal lagi untuk menhalalkan segala penipuan dan penyelewengan yang telah dilakukan oleh mereka selama ini. Malah, tindakan mereka menutup pintu rundingan dengan rakyat juga merupakan satu penghinaaan dan penganiayaan yang nyata bahawa SPR ternyata menjadi talibarut UMNO BN sejak dulu, kini dan selamanya. Sebagai "badan bebas" sepatutnya SPR berkecuali dan bersikap profesional dalam mengendalikan pilihanraya di negara ini. Namun, rupa-rupanya mereka mahu terus biarkan pilihanraya itu kotor dan menjijikan. Mereka mahu teurs amalkan "sistem double standard" yang diamalkan selama ini. Rakyat bukan lagi bodoh dan boleh ditipu buat selamanya. Segala apa yang dibangkitkan oleh pimpinan Bersih 2.0 ada asasnya dan wajar dipertimbangkang oleh SPR jika mahu berlaku adil. Kenapa mereka harus takut dan ingin ikut telunjuk pemimpin UMNO sampai bila-bila?. Apakah dek kerana mereka mendapat habuan demi habuan duniawi yang akhirnya memaksa mereka tidak berlaku jujur kepada amanah yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT terhadap diri mereka?. Inilah yang memusykilkan rakyat sebenarnya. Paling malang bila SPR mengatakan jika pilihanraya tidak bersih kenapa pembangkang boleh menang di lima buah negeri?. Inilah juga alasan yang digunakan oleh puak-puak UMNO mutakhir ini. Namun sedarkah mereka bahawa jika pilihanraya itu bersih maka bukan lima negeri yang tumbang, tetapi seluruh semenanjung Malaysia pasti sudah jatuh ke tangan pakatan rakyat !.

Bukti kukuh penipuan SPR yang cukup menggemparkan kita sebenarnya

Malahan juga, sudah pasti UMNO BN sudah terkubur dalam pilihanraya umum ke -12 yang lalu. Itu jawapan mudah berdasarkan kepada undi popular yang diraih oleh pakatan rakyat dalam pilihanraya umum 2008 itu sebenarnya. Inilah realiti yang amat ditakuti oleh kerajaan UMNO BN itu sekarang. Akhirnya SPR dijadikan alat untuk terus menipu rakyat. Memberi alasan kononnya mereka berlaku adil. Sedangkan hakikatnya, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui betapa teruknya badan bebas itu mengendalikan pilihanraya di negara ini. Bila ditegur mereka mahukan bukti, tetapi bila diberika bukti mereka menutup pula bukti. Akhirnya rakyat tertipu atas nama demokrasi amalan UMNO dulu kini dan selamanya. Justeru itulah kami paparkan satu bukti kukuh di atas mengenai penipuan yang dilakukan oleh SPR bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Mana mungkin begitu ramai nama pengundi boleh terdapat dan didaftarkan pada satu alamat?.

[Bukankah ini kerja-kerja jahat yang dilakukan SPR. Maka kenapa mereka mahu menipu rakyat kononnya mereka bertindak adil kepada semua pihak. Paparan ini diharap dapat menjadi kekuatan dan semangat untuk rakyat terus bangkit menuntut satu pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini. Bangun dan bangkitlah untuk mempertahankan amalan demokrasi sebenar dan bukannya permaintan politik pihak-pihak tertentu yang hanya mengimpikan kemenangan tetapi takut dengan kekalahan. Semoga rakyat akan turun beramai-ramai dalam Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Biar apa yang berlaku, kita mesti pertahankan hak-haka kita sebagai rakyat di negara berdaulat ini. UMNO BN begitu takut dengan bersih kerana mereka selesa mengamalkan taktik kotor dalam setiap kali pilihanraya. Inilah yang perlu diketahui oleh rakyat. Jangan biarkan kekotoran itu mencemari pilihanraya kita lagi. Penipuan diatas telah dibongkarkan oleh Blogger MiloSuam dalam blog beliau baru-baru ini].
Share:

Memalukan: Ismail Sabri Yaakob Ajak Rakyat Ke Program Maksiat UMNO Di Bera Agar Tidak Pergi Ke Perhimpunan Bersih 2.0 Pada 9 Julai 2011 Ini

BERA, 3 Julai - Rakyat dan Umat Islam di kawasan ini kecewa dengan kenyataan Ahli Parlimen Bera, Ismail Sabri Yaakob (foto), yang mengajak rakyat menolak perhimpunan haram dan datang ke kawasannya untuk menyaksikan pesta maksiat anjurannya. Apa yang beliau suarakan itu jelas sekali membuktikan Ismail Sabri sememangnya mempunyai jiwa dan fikiran yang cukup "kotor" dan perlu "dibersihkan". Sebagai seorang Islam beliau sepatutnya sedar dengan apa yang dilakukannya. Bukankah menganjur pesta maksiat sudah dikira berdosa malah mengajak manusia ke arah maksiat apatah lagi. Maka sebagai orang Melayu yang beragama Islam kenapa Ismail Sabri tergamak mengajak manusia ke arah kemungkaran?. Inilah bukti bahawa begitu "tidak bersih" keimanan dan ketakwaan pemimpin UMNO BN yang wajar diketahui rakyat sebenarnya. Semalam, Ismail yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), secara terang-terangan mempelawa seluruh rakyat Malaysia terutamanya penduduk di Kuala Lumpur dan Selangor untuk berkunjung ke Bera sempena kehadiran Fiesta Bera edisi kedua pada 8, 9 dan 10 Julai ini. "Fiesta Bera edisi kedua ini dianggap lebih berfaedah dan selamat untuk dihadiri oleh orang ramai berbanding perhimpunan haram," kata Ismail.


Bukti, promosi acara hiburan maksiat yang telah dibuatnya dalam media

Ismail Sabri bersama Patriot UMNO yang bakal menggempur Fiesta Bera

[Ternyata cukup berbahaya bagi umat Islam di Bera mengekalkan seorang pemimpin seperti ini. Soalnya, apakah puak-puak UMNO sedar dengan keterlanjuran pemimpin mereka ini?. Apa guna mengaku berbangsa Melayu dan beragama Islam jika hiburan maksiat terus disuburkan sewenang-wenangnya. Memang kita tahu mereka ada menyelitkan acara keagamaan seperti keagamaan forum perdana, pertandingan lagu-lagu ketuhanan dan pertandingan azan. Namun, semua itu adalah "tempelan" semata-mata, sedangkan acara hiburan itu yang lebih diutamakan sebenarnya. Justeru itu, kepada seluruh rakyat di kawasan Bera dan kawasan yang sewaktu dengannya diminta agar berhati-hati bila mendapat jemputan rasmi daripada Ahli Parlimen terbabit. Masalah air dan kenaikan harga barang di kawasan Bera masih gagal diatasi, tiba-tiba Ismail Sabri terkinja-kinja pula menaja acara hiburan seperti ini. Apalah nak jadi dengan "Si Bapak Dafi" ini. Rosak akhlak umat Islam di Bera dibuatnya].
Share:

Wardina Safiyyah 'Impikan Berkhidmat' Di TV Al-Hijrah, Kehadirannya Di Forum Perdana Anjuran TNB Mendapat Sambutan Hangat Warga Kuantan

KUANTAN, 3 Julai - Biar pun beliau bukanlah tokoh agama yang sepatutnya bercakap bab-bab agama, namun ternyata kehadiran Pengacara rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) TV3, Wardina Safiyyah (foto) dalam Forum Perdana Hal Ehwal Islam "Nur Qaseh" di Dataran TNB baru-baru ini tidak menghampakan orang ramai. Rata-rata yang ditemui mengakui Wardina layak untuk bercakap soal perubahan dan kasih sayang berdasarkan tajuk yang dikupas pada malam itu. Sambutan orang ramai sungguh menggalakkan berdasarkan kehadiran dalam forum anjuran bersama Pakatan TNB dan Persatuan Kebajikan Pekerja Islam TNB Kuantan itu. Wardina yang mula popular selepas kemunculan dalam rancangan sitkom Spanar Jaya di TV3 itu bakal bergandingan dengan Ustaz Syed Norhisham Al-Edrus, Juri Imam Muda Astro Oasis. Program tersebut yang dikendalikan (Moderator) oleh Ustaz Badli Shah Alaudin, Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Wardina beberapa kali memberi nasihat kepada penonton terutamanya generasi muda agar melakukan perubahan dalam diri masing-masing sebelum terlambat. Beliau turut tidak menolak kemungkinan untuk bertugas di TV Al-Hijrah jika mendapat tawaran daripada pihak terbabit. Ketika ditanya moderator tentang pengaruh media yang memaparkan banyak rancangan berunsur maksiat mempengaruhi umat Islam hari ini, Wardina menegaskan "Semua ini perlu ditanya kepada diri masing-masing. Jika diluar bila anak-anak kita terpandang orang yang berbuat maksiat kita akan marah dan halang mereka, tetapi di kaca TV bagaimana?. Apakah kita lakukan perkara yang sama. Saya juga terkilan kerana memang adengan maksiat banyak dipaparkan oleh media terutamanya TV hari ini. Semua ini kerana adanya permintaan dan umat Islam harus bijak memilih rancangan yang sesuai untuk anak-anak mereka. Jika tidak jiwa dan minda mereka akan terus dipesongkan dengan apa yang mereka saksikan", kata Wardina.


Ahli Panel terlibat (kiri), barisan tetamu kehormat yang hadir (kanan)

Bergemerlapan, Forum Perdana Hal Ehwal Islam Nur Qaseh di Dataran TNB

Antara tenaga kerja dan orang ramai yang hadir bersama dalam Forum itu

Menarik perhatian, ramai yang terpegun dengan penerangan oleh Wardina

[Kenyataan Wardina bahawa beliau amat berminat untuk ke TV Al-Hijrah amatlah mengejutkan, ini kerana dia sebenarnya masih mempunyai kontrak dengan pihak TV3. Soalnya, apakah dia menerima isyarat untuk dilepaskan oleh TV3?. Cuma buat masa ini dia mengambil cuti selama dua bulan akibat kontroversi yang melanda selepas dia hadir ke pelancancaran himpunan Bersih bersama Azmin Ali sebelum ini. Kini namanya disebut-sebut sebagai seorang lagi selebriti yang akan bersama Pakatan Rakyat untuk memperjuangankan Islam dan keadilan di bumi Malaysia yang tercinta ini. Beliau seolah-olah begitu tertekan selepas berakhir program, bila cuba melarikan diri dari ditemui media untuk mendapatkan info lanjut tentang kontroversi yang melanda beliau ini. Apapun, syabas dan tahniah kepada TNB Pahang terutamanya Pengurus Besarnya Datuk Mohd Rumai Abdullah kerana telah berjaya mengadakan program itu. Program sebegini wajar dicontohi oleh semua].
Share:

Bantahan Lynas Terus Bersemarak, Save Malaysia Menggempur PC Fair Berjaya Megamall Semalam !!

KUANTAN, 3 Julai - NGO Save Malaysia terus mengadakan aktiviti mereka biar pun keputusan pakar IAEA terhadap keselamatan projek Lynas telah diketahui. Semalam, mereka mengadakan program berbentuk promosi "bantah Lynas" di komplek membeli belah Berjaya Megamall, dekat sini. Program yang bermula sekitar jam 1.30 petang itu berakhir beberapa jam kemudian. Jawatankuasa Save Malaysia yang diketuai oleh pengerusinya, Dr.Tan Bun Teat telah bertemu orang ramai untuk menunjukkan rakyat terus membantah projek berkenaan. Mereka memakai baju T-Shirt "Save Malaysia" dan bergerak bertemu orang ramai untuk meraih sokongan agar sama-sama meneruskan perjuangan membantah Lynas. Turut dilihat hadir ialah Ketua Pemuda MCA Indera Mahkota dan prnyokong yang lain termasuk mahasiswa dari beberapa buat IPT sekitar Kuantan. Aktiviti kumpulan terbabit menarik perhatian orang ramai yang berkunjung ke situ. Tambah menarik apabila ramai petugas di PC Fair yang sedang berlangsung, juga mengenakan pakaian T-Shirt Save Malaysia. Apapun, tidak ada sessi ucapan atau acara perhimpunan. Mereka kemudian berkumpul di sebuah restoran makanan segera untuk berbincang isu-isu yang berkenaan.


Menarik perhatian, petugas PC Fair pakai baju T-Shirt Save Malaysia

Gelombang hitam kuning Save Malaysia menyerang Berjaya Megamall
[Sementara itu, pihak polis dilihat memantau keadaan. Namun tidak ada kejadian yang tidak dingini berlaku. Semuanya terkawal dan berada dalam keadaan tenteram. Cuma sesekali ada anggota polis yang mengarahkan petugas PC Fair menanggalkan baju T-Shirt terbabit jika tidak mahu dikenakan sebarang tindakan. Akibat tekanan itu, ada dikalangan petugas yang menanggalkannya. Tindakan pihak polis itu amatlah dikesali, tambahan pula rakyat hanya memakai T-Shirt untuk menyatakan bantahan. Kenapa ia menjadi satu kesalahan dan ketakutan bagi pihak mereka?. Inilah yang memusykilkan rakyat sebenarnya. Kenapa perlu takut dengan baju Lynas, selepas mereka takut dengan baju Bersih].
Share:

Save Malaysia Meneruskan Perjuangan Bantahan Lynas, Biar Pun Pakar IAEA Mengesahkan Projek Kilang Memproses Rare Earth Lynas Itu Selamat !!

KUANTAN, 2 Julai - Satu sidang media khas telah dibuat oleh NGO Save Malaysia, bagi menjawab kenyataan yang dibuat oleh pakar-pakar IAEA kononnya projek kilang memproses rare earth Lynas Corporation di Gebeng itu selamat. Sidang media telah diadakan di bilik mesyuarat Gabungan Lembaga Pengurus Sekolah-Sekolah Cina Pahang di Jalan Gambut dekat sini jam 3.00 petang semalam. Pengerusi Save Malaysia, Dr.Tan Bun Teat (foto), dalam kenyataannya mendedahkan ada banyak kepincangan yang berlaku dalam projek itu sebenarnya dan beliau amat hairan kenapa pakar IAEA menyokong Lynas. Sedangkan ada pendedahan yang telah dibuat oleh Jurutera Lynas sendiri bahawa terdapat 11 kepincangan yang ketara terhadap projek itu. "Jurutera itu mendedahkan kilang Lynas berbahaya jika ia beroperasi kelak. Keluli tidak tahan hakisan asid yang kuat, pengunaan simen biasa hingga menyebabkan berlakunya retakan, dan banyak lagi", kata Tan .


Antara para wartawan media yang turut hadir dalam sidang media itu

AJK Save Malaysia serius mendengar penjelasan dari pengerusi mereka


Perjuangan membantah Lynas tetap diteruskan menerusi undang-undang

[Laporan mengenai perkara itu telah didedahkan oleh portal New York Times. Sementara itu, pihak Save Malaysia tidak akan berganjak untuk terus membantah Lynas dan tindakan susulan termasuk mahkamah akan dibuat dalam masa terdekat ini. "Kita akan mengikut saluran undang-undang untuk meneruskan perjuangann isu ini", katanya. Beliau turut menjelaskan bahawa NGO Save Malaysia bukanlah sebuah pertubuhan yang bernaung dibawah politik seperti yang diwar-warkan oleh pihak kerajaan sebelum ini. "Saya terbuka dalam hal ini, Save Malaysia menerima sesiapa sahaja untuk menjadi ahli tidak kira apa fahaman politik sekali pun. Kami menerima semua pihak untuk bersama memperjuangkan isu Lynas ini", kata Dr.Tan lagi].
Share:

Tuduhan Menghidupkan Fahaman Komunis, Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr.D Jeyakumar Dan Lima Yang Lain Telah Di Tahan Di Bawah Akta Darurat

KUALA LUMPUR 2 Julai - Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar (foto) dan lima yang lain ditahan di bawah Akta Darurat setelah mereka dibebaskan pada jam 2 petang tadi. Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Aruchelcan ketika dihubungi TV Selangor mengesahkan hal itu. "Ya beliau ditahan di bawah Akta Darurat bersama lima yang lain." Mereka tadi dibebaskan dan mereka akan dibawa ke Bukit Aman pukul empat petang ini," kata beliau. Menurut peguam mereka, antara ahli lain yang ditangkap semula itu adalah timbalan pengerusi PSM M Saraswathy, ahli jawatankuasa pusat Choo Chon Kai, M Sukumaran, Setiausaha Bahagian Sungai Siput Letchumanan dan pemimpin pemuda Sarat Babu. Dr Jeyakumar pada 25 Jun lalu ditahan polis bersama 31 yang lain ketika menaiki sebuah bas di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang. Bendahari PSM Siva Rajan pada sidang media di luar mahkamah Butterworth berkata kumpulan itu dibebaskan dari Ibu Pejabat Daerah Polis Kepala Batas, Pulau Pinang pada jam 2 petang tadi. Namun mereka ditangkap semula oleh anggota polis Bukit Aman yang telah bersedia menunggu di luar balai berkenaan.


Dr.D Jeyakumar dan enam yang lain ketika ditahan polis baru-baru ini

[Pada Khamis, 30 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memutuskan keenam-enam mereka dikenakan tahanan reman sehingga hari ini. Aktivis tersebut menyertai siri kempen "Udah La Tu Bersaralah" yang dilancarkan pada 24 Jun, menjelang perhimpunan Bersih 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya. Polis mendakwa berdasarkan beberapa barangan yang dirampas daripada aktivis berkenaan menunjukkan mereka mempunyai kaitan dengan fahaman Parti Komunis Malaya (PKM). Akta Darurat merupakan suatu akta yang menggunakan pendakatan penahanan tanpa bicara seperti yang diamalkan dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)]. tvnews
Share:

Memalukan: Gentar Dengan 'Himpunan' Bersih 2, UMNO Pahang Upah 'Pekida' Serta Remaja Untuk Berdemo Di Hadapan Pejabat Parti Pembangkang

KUANTAN, 1 Julai - UMNO Pahang hari ini telah mengarahkan juak-juaknya untuk menyerang pejabat parti dan pemimpin pembangkang di negeri ini. Terbaru dua kejadian dilaporkan berlaku hari ini. Satunya demontrasi di hadapan Pejabat PAS Pahang, Jalan Dato' Bahaman Temerloh dan satu lagi di hadapan Pejabat Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh di Jalan Beserah dekat sini. Di Temerloh, UMNO disyaki mengupah 20 orang remaja membuat demonstrasi. Salah seorang peserta demo tersebut ketika ditanya, mengaku menerima wang upah antara RM20 hingga RM30 seorang daripada pihak tertentu. Mereka kononnya mengaku NGO Temerloh membantah perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Remaja terbabit dipercayai datang dari Kampung Belengu, Jalan Bahagia, Bukit Kelulut dan Paya Keladan memegang sepanduk sambil dan memekik perkataan “Selamatkan Malaysia” dan berada kira-kira dua minit di depan pejabat PAS lapor blog selamatkan pahang. Mereka kemudiannya bertempiaran lari dan menonggang motosikal masing-masing apabila diusir oleh anggota mata-mata termasuk polis wanita. Anggota Unit Amal, YB Syed Hamid, Ahmad Nizam Hamid (PKR) serta ahli PAS kelihatan turut berkumpul di depan pejabat PAS ketika itu. Sementara itu, di Kuantan pula seramai lebih 20 orang pemuda yang diysaki ahli Pekida dipercayai telah mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh di Jalan Beserah dekat sini.


Antara kumpulan pemuda yang dipercayai anggota Pekida yang berdemo


Pelik, kain rentang ditujukan kepada PAS tapi demo dibuat di pejabat PKR

Kain rentang "low class" yang diguna oleh perserta demo itu tengahari tadi
[Mereka berkumpul sambil membawa kain rentang dan poster yang membantah himpunan Bersih 2.0. Antara tulisan yang jelas dapat dilihat pada kain rentang itu ialah "Kenapa Buat Di Jalanan, Buatlah Di Stadium" dan "Wahai Pemimpin PAS, Jangan Terpedaya Dengan Datuk Ambiga, Nanti Nyesal Tak Sudah". Ketika kejadian hanya dua pekerja pejabat Fuziah yang berada disitu. "Kah Gee dah pesan jangan cakap apa-apa. Kalau dia nak bagi apa ambil aje... kunci pintu grill dan ambil (memorandum) dari dalam aje..Pada mulanya kami dapat info kata demo lynas.. sebab Jumaat lepas Karam Singh Walia buat rakaman disini", kata seorang pegawai pejabat Fuziah. Melihat kepada kain rentang yang dipaparkan jelas menujukan bantahan kepada pemimpin PAS, tetapi anehnya mereka ini berdemo pula di pejabat Naib Presiden PKR. Ternyata puak-puak ini tidak punyai kepakaran dan pengalaman berdemo].
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.