
KUANTAN, 5 Julai - Satu majlis perjumpaan YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI), Dato' Sri Mustapa Mohamed dengan parti komponen Barisan Nasional dan NGO berkaitan telah diadakan di Kediaman Menteri Besar Pahang, Jalan Teluk Sisek dekat sini malam tadi. Dalam perjumpaan itu, taklimat berkenaan isu Lynas turut diadakan. Lebih 1,500 orang awam telah hadir bersama dalam program itu. Banyak maklumat berguna yang telah didedahkan kepada umum. Perjumpaan tersebut diadakan bagi mendedahkan kepada orang ramai tentang penyelewengan fakta yang telah dibuat oleh parti pembangkang terhadap isu ini. Banyak perkara tersembunyi telah diperjelaskan satu persatu dan diterima dengan baik oleh mereka yang hadir. Menteri Besar Pahang, seperti biasa meluahkan kekecewaan beliau terhadap isu ini yang dipercayai telah dimainkan oleh pembangkang untuk kepentingan politik mereka menjelang pilihanraya umum akan datang. Malah beliau turut menegaskan bahawa projek pembinaan kilang Lynas sebenarnya satu industri yang berdaya maju dan dapat menjana ekonomi negeri Pahang buat tempoh yang lama. "Rakyat sengaja ditakut-takutkan oleh pemimpin pembangkang, hingga mereka bangkit untuk menentang projek tersebut", kata Adnan.

Serius, MB Pahang ketika beri penjelasan tentang isu Lynas malam tadi

Antara hadirin yang turut hadir untuk mendengar penjelasan isu tersebut

Serius, MB Pahang ketika beri penjelasan tentang isu Lynas malam tadi

Antara hadirin yang turut hadir untuk mendengar penjelasan isu tersebut
Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Dato' Sri Mustapa Mohamed pula menegaskan, projek Lynas sebenarnya tidak seperti yang digembar-gemburkan. Kerajaan katanya menerima tawaran Lynas untuk mendirikan kilang mereka di Gebeng setelah berpuas hati dengan segala dokumen dan jaminan yang telah diberikan. "Kita hairan, apabila kakar-pakar IAEA diundang untuk membuat kajian ramai pula dikalangan mereka yang menuduh berbagai-bagai. Kononnya kerajaan membayar pakar terbabit untuk bersetuju dengan kita. Sedangkan pakar yang diundang adalah profesional dalam bidang masing-masing", kata beliau.
[Program berakhir sekitar jam 11.00 malam. Hadirin juga telah dijamu dengan jamuan makan malam bagi menghargai kehadiran mereka. Ramai yang hadir dilihat berpuasa hati dengan kenyataan yang telah dibuat oleh pihak kerajaan itu. Apapun, rakyat kini terbuka untuk menerima apa jua berita yang disampaikan. Cuma mereka haruslah pandai menilai isu berkenaan dari sudut yang positif. Apa yang penting, apakah projek berkenaan benar-benar berisiko atau sengaja digembar-gemburkan untuk menakut-nakutkan orang ramai. Ini berlaku dalam kehidupan kita bila selalu dimomok-momokkan adanya hantu jembalang dekat sesebuah kawasan atau tempat yang gelap, akhirnya anak-anak kita akan takut sampai bila-bila. Ini juga mungkin boleh berlaku terhadap projek Lynas. Rakyat diminta lebih bijak menilai isu dan apa yang telah diperjelaskan oleh kedua-dua belah pihak dengan baik. Mana yang baik kita harus terima dengan tenang, mana yang buruk kita juga harus menolaknya dengan berhemah. Apapun, difahamkan perjuangan membantah Lynas masih terus diadakan oleh NGO Save Malaysia. Malah, beberapa pemimpin mereka khabarnya kini berada di Australia untuk misi tertentu. Apa yang penting, rakyat perlu hidup selesa dan aman buat selamanya].
[Program berakhir sekitar jam 11.00 malam. Hadirin juga telah dijamu dengan jamuan makan malam bagi menghargai kehadiran mereka. Ramai yang hadir dilihat berpuasa hati dengan kenyataan yang telah dibuat oleh pihak kerajaan itu. Apapun, rakyat kini terbuka untuk menerima apa jua berita yang disampaikan. Cuma mereka haruslah pandai menilai isu berkenaan dari sudut yang positif. Apa yang penting, apakah projek berkenaan benar-benar berisiko atau sengaja digembar-gemburkan untuk menakut-nakutkan orang ramai. Ini berlaku dalam kehidupan kita bila selalu dimomok-momokkan adanya hantu jembalang dekat sesebuah kawasan atau tempat yang gelap, akhirnya anak-anak kita akan takut sampai bila-bila. Ini juga mungkin boleh berlaku terhadap projek Lynas. Rakyat diminta lebih bijak menilai isu dan apa yang telah diperjelaskan oleh kedua-dua belah pihak dengan baik. Mana yang baik kita harus terima dengan tenang, mana yang buruk kita juga harus menolaknya dengan berhemah. Apapun, difahamkan perjuangan membantah Lynas masih terus diadakan oleh NGO Save Malaysia. Malah, beberapa pemimpin mereka khabarnya kini berada di Australia untuk misi tertentu. Apa yang penting, rakyat perlu hidup selesa dan aman buat selamanya].






Hai pdo lain macam jer lirik baru ni, aku rasa irama baru ni kalau terus di ketengahkan payah nak capai julat 10, perlu pengubahsuaian dilakukan, irama ikut-ikutan peminat kurang berkeyakinan mr. pdo.
BalasPadamakhirnya PDO dah sedar PKR mainkan isu lynas ni...
BalasPadamDah la bro2...
NO BN, NO PKR....katakan Ya pada PAS
Berlaku adillah kepada semua pihak. Kita menyanjung tinggi laporan PDO yang kita fikir tidak berat sebelah dan sudi datang mendengar taklimat berkaitan. Tiada paksaan untuk terima fakta yang dikemukakan dan bersikap terbuka terhadap hujah. Malangnya YB Fauziah sehingga kini tidak mahu berdepan untuk mengemukakan hujah beliau malah sentiasa menolak fakta dikemukakan oleh pakar tempatan atau antarabangsa yang dilantik malah beliau sentiasa akan mengajukan isu-isu baru pula bila dakwaan beliau ditolak. Sekurang2nya kita mendengar dahulu kemudian menilai dan seterusnya sama ada menerima atau tidak terserah kepada kita. Kita sanjung sikap PDO terkini yang kita fikir memberi ruang untuk kita berbincang secara terbuka supaya kebenaran dapat diperolehi. Jangan mengikut emosi sehingga pendapat orang lain tidak benar tanpa kita dengar dan nilai serta merujuk kepada yang lebih ahli.
BalasPadamSaya sempat hadir taklimat semalam dan terdapat 2 isu yang dikupas mengenai Lynas iaitu isu politik dan isu teknikal. Isu teknikal ini disampaikan oleh Tenaga Atom Malaysia yang memberi fakta mengapa lesen Lynas dikeluarkan. Dimaklumkan terdapat berbagai prosedur dan syarat dan penguatkuasaan dikenakan supaya orang awam, alam sekitar malah pekerja sentiasa selamat.Kita dengar, baru kita faham, kita bercakap belum tentu kita pandai malah boleh jadi akan mendedahkan kebodohan kita.
BalasPadamDiharap ini tidak menjadi berita kepada PDO. Aku terpaksa membaca 3(tiga) kali berita ini. Tahniah PDO kerana memberi berita, dan mempengaruhi pemikiran pembaca.. Lynas! nothing to Fear
BalasPadamAllahuAkbar.
Aman nya blog ini hari ni.. kan?
BalasPadamDiharap ini tidak menjadi berita kepada PDO. Aku terpaksa membaca 3(tiga) kali berita ini. Tahniah PDO kerana memberi berita, dan TIDAK mempengaruhi pemikiran pembaca.. Lynas! nothing to Fear
BalasPadamAllahuAkbar.
Seronok dengar ucapan MB pagi tadi didepan Pejabat MB,antara dailognya kalau ayam mahal kita makan daging, kalau daging mahal kita makan ayam, kalau keduanya mahal kita jangan makan.
BalasPadamkalau seminggu makan nasi dengan sayur pun, kita tak akan mati, saya dulu makan nasi dengan garam je.
inilah MB yang kita kasihi, hi..hi..hi...
Rakyat boleh buat, rakyat boleh hidup susah.... tapi menteri-menteri?
BalasPadammasaalah nyer skrg ni menteri2 ni makan mende free belaka..bil letrik,air,telefon, mnyak dll lg...kite ni seme kena byar...
BalasPadamBravo PDO Admin..ini baru betul,disregard which side you are..menegak kan yg HAK & mencegah dan menafikan yg BATHIL..
BalasPadam-the truth is ONLY in ISLAM-
ni tak adalah kene mengena dengan Lynas...tapi MB boleh lah cakap makan nasi dgn garam aaje, sebab dia gatal2 sekali sekala nak makan gitu...masih ramai di antara masyarakat kita yang terpaksa daif dalam pemakanan mereka...bukan kerana pilihan, tetapi terpaksa.. aku kenal geng2 ustaz yg sebahagiannya kerja di JAIP...buat kerja amal jariah tampa harapkan duit kerajaan kerana mereka kata memang macam bulan jatuh keriba kalau dapat...melainkan projek politik ok lah senang dapat ataupun projek permata yg dah dapat beratus2 juta budget...TAPI, masih ada disekeliling kita yang daif makan minum, tak mampu hantar anak sekolah & ramai anak2 yatim yang tak terbela...KENAPA??
BalasPadamkalau ayam mahal, makan lah daging, kalau daging mahal, makan lah ayam, kalau kedua2 mahal, makan sayur lah aje...hemm, sedap benor cakapnye
Cakap orang politik..walhal ssemua biaya ditanggung bersih oleh kerajaan. Pencen sebagai MB pun banyak, belum tentu beliau nak makan berlaukkan garam..kecualilah masa perang, duit sedit tak laku.
BalasPadamPDO bawakan semua berita lebih baik dari berita arus perdana yang tidak memberi ruang langsung pada berita yang dianggap tidak pro-kerajaan. Beri peluang untuk rakyat berfikir dan memilih yang terbaik.
paling penting berita yg tidak mengandungi unsur FITNAH....
BalasPadamTahniah PDO kerana very impartial... ini lah sikap yg kami tunggu.. fair and just to semua org.. bukan pd sebelah pihak... bentangkan fakta secara adil kepada pembaca untuk menilai..
BalasPadamIsu Lynas, bukankah kesihatan Rakyat diutamakan? Hanya keuntungan rakyat diutamakan dan kesihatan digadiakan ? Fikir fikirkan.
BalasPadamKepada seluruh rakyat kuantan, saya sudah berdepan dengan pengarah bahagian teknikal AELB dan boleh saya katakan, kenyataan beliau berkenaan ancaman radiasi tidak habis dan mengelirukan. Setelah kajian dibuat, ternyata, kenyataan beliau tidak tepat. Saya yakin AELB digunakan untuk menghalalkan LYNAS. LYNAS masih gagal menyerahkan Schedule Waste Management Plan mereka. Kalau tidak kerana NGO gerakan anti-Lynas menekan pihak kerajaan, tidak akan ada 11 cadangan penambahbaikan itu dimana 7 adalah Teknikal. Fikirkanlah
BalasPadamBetul ke dah jumpa dia dan ada kajian dibuat?. Hingga kini tak ada dibentangkan hasil kajian yang dikata dibuat itu. Takkan pejuang Islam pun sanggup menipu. Dalam dunia ni, satu saja benda yang tak nampak dan orang tak bertaqwa tak takut...iatu Allah, sebab sanggup berbohong apa saja. Depan orang angguk-angguk, belakang pulak macam-macam...termasuk panggil orang dan kekawan nak pengaruhi mereka dengan maklumat-maklumat yang tidak betul dan dusta. Dan inilah yang Rasulullah kata sifat munafiq yang ada dikalangan umatnya. Belajar pun tak seberapa...tulisnya berjela-jela dan tiada fakta pulak tu...kalau orang PAS tu.... Tok Guru Haji cakap....rujuklah kepada pakar kita yang ada. Kalau tak percaya kepada orang luar jemaah, tanyalah kepada YB Hulu Langat yang ada PhD dalam bidang berkaitan. Tunjukkanlah mana yang tak betul tu...supaya kita betulkan.
BalasPadamApa aku nak tanya nie takda kaitan ngan politik, aku tak sokong mana-mana pihak. Aku just nak ketengahkan disini, dari segi sisa buangan hasil pemprosesan nadir bumi oleh LYNAS tu nanti, kemana hasil tu dibuang/simpan? Radiasi bahan buangan tu tahap berapa? Simpan dalam apa? Berapa jangka hayat radioaktif bahan tersebut? Apa jaminan LYNAS boleh bagi supaya bahan tersebut tidak bocor/tumpah ke bumi Pahang ni? If berlaku apa tindakkan pembersihan? Lepas dah bersih, apa kesan pada alam sekitar?
BalasPadamKalau simpan dalam kotak konkrit yang dibuat dalam tanah..... WEIII bangunan yang buat atas tanah bila berlaku pergerakkan bumi pon boleh retak / tumbang / runtuh... apatahlagi kalau buat dalam tanah... dah retak, meresap masuk dalam tanah, dalam sumber air bawah tanah, mengalir masuk dalam sungai/laut... at last sapa yang jadi mangsa?
FOR THE SAKE OF OUR CHILDREN, OUR FUTURE, OUR COUNTRY, OUR WORLD.
Apa yang kak faham, Nadir bumi mengandungi ni 0.16% dari Australia, Lynas extract barang yang dia nak (tak tahu apa nak disebut ) dan mereka concentrate kan Thorium Hydroxide menjadi 0.005% (macam tanah biasa). habis tu bolehlah Thorium Hydroxide pergi mana-mana kat Malaysia yang dia nak- tak bahaya pun . Sebab Thorium dalam bumi kat Malaysia ni lebih kurang tu juga dan ada yang lebih tinggi dari .Setakat yang Kak tahu, apa yang nak bocor pulak,bukan kena seal pun. kandungan maksimun hanya 0.16% sahaja, mereka letak dalam gudang yang tak special pun.Seperti yang kita semua tahu kadar 0.16% ini bahayanya seperti kita ambik x-ray dalam setiap 100 tahun sekali (kalau selalu tukar kerja,banyak lah kena x-ray ni) . Ini saja yang Kak boleh share. Kalau siap yang expert ttg radioaktif ni, boleh tambah. kalau ada info baru , saya tambah. Ada yang keluar kat Harakah last week tu dari UKM, Akak punya Officer je tu ...
BalasPadamKami sokong pendapat dari Kak Faridah. Inilah yang jadi masalah. Bila ada penerangan tak nak pergi dengar. Kalau pergi bukan nak dengar tetapi berucap macam polong tak ada tuan. Kami dah pergi dengar penerangan berkaitan residue (bahan buangan) Lynas dah berakli-kali dan pihak berkaitan dah terangkan apa nak dibuat terhadap residue tersebut. Ada pihak dah buat kajian dan telah diterangkan apa yang boleh dihasilkan dari residue tersebut setelah dirawat walaupun kandungan radioaktif semulajadinya sangat rendah. presentation yang dibuat siap ada gambar cadangan consumer product dari residue tersebut. Kami tak fikir dia orang cakap saja tapi yang jadi masalah orang2 kita hanya pandai tanya, timbulkan masalah tanpa ada cadangan penyelesaian. Sebab tu kita asyik ketinggalan saja. Bila ada penerangan pergilah dengar, jangan berebut microphone nak hentam orang saja. Kami setuju dengan apa yang Kak Faridah cakap tu....Ini tidak asyik tanya benda yang sama. Walaupun begitu pihak terbabit akur dengan cadangan IAEA untuk menambahkan lagi penambahabaikan yang dicadangkan walaupun ianya telah didapati memenuhi Standard antarabangsa. Tak tahulah standard YB Kuantan, Ust. Suhaimi dan seangkatan dengannya diambil dari mana dan diiktiraf atau tidak?. Boleh tak mereka nyatakan supaya kita boleh nilai dan dilaksanakan bila memerintah nanti?
BalasPadamhai pdo utamakan rakyat jangan ikut telunjuk bn nanti habis tergadai negeri Pahang
BalasPadamKita tengok nanti, katanya YB Kuantan dah ke Australia untuk dapatkan pandangan pakar. Kita amat alu-alukan perkara tersebut dan semoga pakar yang dirujuk adalah yang mempunyai kelayakan dan diiktiraf oleh badan2 antarabangsa dalam bidang berkaitan. nak buat macamana, dah nasib pakar-pakar tempatan seperti YB Hulu Langat, Profesor UTM, UKM dan USM yang mempunyai kelulusan tertinggi dalam bidang Sains Nuklear atau Fizik Sinaran (dari University luar negara)dan secara tidak langsung tidak mendapat tempat di hati YB Kuantan dan kaum yang sewaktu dengannya. Ye le, laporan dari New York Time boleh pulak dirujuk tapi pakar dari IAEA dan laporan mereka ditolak pasal bercanggah dengan nafsu masing-masing.
BalasPadamKalau dah Lynas ni bawa risiko membahayakan kesihatan rakyat, maka apa kejadahnya dibawa ke negeri ini
BalasPadamterima kasih Kak Faridah atas penjelesan tu... sangat jelas penjelasan tu dalam bahasa yg sangat mudah..
BalasPadamsapa yg bantah tu saje je buat2 tak faham atau malas nk faham.. atau mmg malas nk guna akal kurniaan Tuhan..
bantah lah.. kalau IAEA / AELB pun tak nak percaya, sapa lg nak percaya?? YB Fuziah, Ust Suhaimi?? Apa tertulis kat CV depa tu?? pakar ek..
Buktikanlah secara saintifik radiasi dihasilkan oleh sinaran semulajadi yang rendah boleh bawak bahaya kesihatan. Jangan main cakap je....Dr. mata, Dr sakit puan, Dr gigi....atau Dr General Practisioner kena juga rujuk kepada pakar radiologi atau pakar nuklear pasal kesan sinaran ni...Jangan main hentam saje. Tak pun boleh tanya atau rujuk Ust Suhaimi atau YB Kuantan, mereka memang pakar termasuk pakar bekalan air. Macamana Ust Suhaimi...hebatkan jadi moderator?
BalasPadamulama akhir zaman....bertopengkan imej fizikal aje...berckp pasal agama..berdegar2..."ketahuilah kamu, bahawa fitnah itu adalah lebih besar dosanya dari bunuh oranggggg.."....takut jemaah mendengarnya..jelas skali amaran dari Allah....tapi abis aje ceramah.. "marilah kita sama2 menyokong geng2 STOP LYNASSS..."..buat fitnah plak dah...alahai ulama akhir zaman...
BalasPadamAbah?
BalasPadampetang ni kita pekena KFC nak?
lain kalilah aiman. Abah ada short sikit bulan ni, banyak pakai duit isi minyak kereta .
Kenapa isi minyak bah, isi air kan murah bah ..
Hoi kamu tu bukan pakar sangat , mana boleh isi air kat kereta abah..
Ustaz yang ngajar kat surau tu bah kan? semuanya pakar bah..
oooo perli abah ye!
Moral of the story ?
Moral of the story?
BalasPadamBudak-budak sekolahpun, kalau ada peluang access internet, posting macam-macam , semua boleh jadi pakar!
mmmm..
BalasPadamboleh masuk akal
Tolong sampaikan rumusan khutbah di masjid Kawasn Balok hari ini, 8 Julai 2011
BalasPadamRacun fitnah
1. Allah memberi kebebasan berbicara Utk eratkan hubungan
2. Fitnah tidakda terbatas dgn percakapan sahaja , melalui email, blog ,twitter,facebook dsb
3. Racun fitnah adalah apa yang dikatakan menjadi racun kpd masyarakat.
4. Pendengar kena selidik, jangan percaya bulat-bulat, kena timbang dulu
5. Racun fitnah biasanya dikeluarkan oleh golongan fasik.
6. Orang yang membawa berita,akan menerima hukuman yang setimpal.
7. Jangan menjadi ejen rantaian fitnah
8. Jangan menjadi batu api menyemarakkan fitnah.
9 Jangan sebar yang tak pasti, apatah lagi menokok tambah.
10. Dilarang fitnah, sebaliknya dituntut untuk mendamaikan.
Khatib suruh merujuk Rujuk ayat al-Isra ayat 36 maksudnya :
17-36: Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan ditanya mengenainya.
hmm fitnah ? cam budaya umPORNO je tuh
BalasPadam