script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Himpunan Bersih 2.0, Buktikan Suara Rakyat Malaysia Telah Bergema Seantero Dunia !

Majoriti rakyat Malaysia yang menuntut perubahan pilihanraya yang bersih terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh kerajaan UMNO BN kononnya perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan di ibu negara baru-baru ini telah gagal. Malah mereka menuduh perhimpunan rakyat itu tidak mendapat sambutan dan hanya dihadiri oleh sekitar 5,000 hingga 6,000 peserta sahaja. Padahal, jikalau angka itu yang diberikan oleh Ketua Polis Negara kepada Perdana Menteri, maka ternyata puak-puak UMNO BN sudah gagal untuk berhadapan dengan kebangkitan suara rakyat sebenarnya. Malah, angka itu hanya layak untuk digambarkan kepada beberapa himpunan Bersih 2.0 yang turut diadakan oleh rakyat Malaysia di seluruh dunia. Mereka sama-sama mahu melihat negara ini kembali mengamalkan demokrasi berparlimen yang dihormati. Bukannya, sebuah negara demokrasi yang berpelembagaan, tetapi hanya untuk rakyat yang tidak menyokong mereka. Sebaliknya, bagi rakyat yang menyokong kerajaan mereka bebas melakukan apa saja tanpa kekangan undang-undang itu sendiri. Sebagai bukti bahawa perhimpunan Bersih 2.0 turut disokong oleh rakyat Malaysia seantero dunia, maka disini kami paparkan beberapa gambar dan video yang berkaitan sebagai bukti bahawa kerajaan UMNO BN kini sebenarnya telah pun ditolak oleh sebahagian besar rakyat.

Aktiviti rakyat Malaysia di Himpunan Bersih 2.0 di London, United Kingdom

[Ternyata kerajaan UMNO BN pimpinan Najib Razak kini telah ditolak oleh sebahagian besar rakyat Malaysia. Mereka kini hanya bernafas dengan adanya media arus perdana bagi membuat propaganda kononnya masih diterima. Walhal, jika diadakan kaji selidik secara rambang sekali pun memang sah yang UMNO BN sepatutnya sudah dikapankan sejak PRU-12 lalu lagi. Namun, dek kerana pilihanraya yang jelas tidak bebas dan adil, akibat sikap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berterusan bersekongkol dengan UMNO BN maka hasilnya tetap sama. BN terus dimenangkan biarpun telah ditolak oleh majoriti rakyat. Lantaran itulah, pilihanraya yang bersih dan adil dituntut agar tidak berlakunya permainan kotor dalam PRU-13 akan datang. Rakyat mahu melihat satu perubahan dalam sistem politik yang lebih menguntungkan mereka. Penipuan dan penyelewengan yang dilakukan wajar ditentang habis-habisan demi masa depan generasi akan datang. Sila KLIK SINI untuk lihat perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan di seluruh dunia. Ia sebagai bukti bahawa BN kini kian nazak sebenarnya!].
Share:

38 ulasan:

  1. harap PDO dapat siarkan kenyataan ketua anjing KERAjaan BABINASIONAL yg mengatakan anjing2 mereka tidak tembak hospital dengan gas dan air,dan sertai skali gambar2 dan video yg menunjukkan bagaimana anjing2 tersebut telah melakukan perkara tersebut walaupun ketua anjing BABINASIONAL masih menafikan

    BalasPadam
  2. Polis dan kerajaan bertindak di luar batasan. Sebaliknya peserta perhimpunan dapat bersebar dan tiada insiden kekasaran atau mencederakan anggota polis, walaupun dengan jumlah yg berganda2 lebih ramai mereka boleh sahaja menyerang polis. Tahniah atas tahap kesabaran yg tinggi peserta2 perhimpunan Bersih.

    Difahamkan demo bersih juga dilakukan di luar negara oleh pelajar2 Malaysia dan mendapat liputan meluas media negara2 berkenaan. Syabas. Dunia telah sedia mengetahui penglibatan Najis Razak dalam kes Altantuya, kini Najis terpalit najis lagi dgn sikap zalim, penipu dan tidak demokratiknya menangani hak asasi rakyat.

    BalasPadam
  3. BERSIH berjaya,suaranya dan sokongan terhadapnya bertebaran di seluruh pelusuk dunia.Syabas!.

    Apakah dengan itu orang Melayu juga akan berjaya nanti?.Entah lah,yg pasti gulungan LD kian mendekati apa yg mereka idamkan sesudah berjaya mengawal kekayaan negara di kalangan mereka.

    BalasPadam
  4. Laporan berita luar negara juga menyebut perhimpunan bersih baju kuning secara aman oleh rakyat Malaysia turut berlangsung di Amerika Syarikat, Korea Selatan, Thailand, Australia, Britain, Perancis, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Filipina dan Mesir.

    SYABAS!

    BalasPadam
  5. anon 1;18;00,

    US,Korea,Indonesia ,Jepun ,Filipinadan Mesir tu memang di penuhi oleh orang-orang Melayu.Orang Melayu memang patut menyokong bersih walau di mana saja.Saya pun cukup bangga dengan kejayaan bersih.Kita perlu memberi keadilan kepada pihak lain,walau pun mereka sudah 10 kali lebih senang dari kita.

    BalasPadam
  6. tahniah..kalau depa nak wat himpun org mcm ni puas kene kerah sane sini siap import bangla dan mat pakistan lagi heheh..dapat pulak baju free..

    BalasPadam
  7. Melayu PKR Melayu Pas dan Melayu Umno elok lah mencari apa saja perbezaan pendapat kemudian kita perbesarkan.Jangan sekali-kali duduk berunding,ikut lah pendirian tegas N.Aziz,kesilapan berpuluh tahun yg lalu misti kita ingati.Kita kena kenal dan dendam mereka yg telah menipu kita,tapi tidak menjadi masalah kalau kita di tipu oleh orang lain,kerana orang lain itu memang lebih cerdik dari kita.Anggaplah apa saja kesilapan oleh mana-mana pihak dalam Umno atau Pas sebagai kesilapan semua ahli Umno atau ahli Pas dan perlu terus di dendami.Inilah kebijaksanaan namanya.

    Kita jangan risau ,kerana sebagai orang Melayu kita boleh menjelajah kemana ceruk pun,oleh itu tidak mengapa kalau kita abaikan apa yg kita ada.Lagi pun di negara kita,jambatan-jambatan besar yg melintasi jalan-jalan raya sudah cukup banyak,kita boleh berteduh di sana,apabila para Bangla sudah kembali ketanah air mereka nanti.

    Daulatkanlah Humanright,kerana itu ajaran yg sangat utama sekarang.Hidup Bersih.

    BalasPadam
  8. UMNO dan pencacainya x perlu main isu perkauman. Isu utamanya pilihanraya bersih dan adil. 8 tuntutan bersih sangat relevan utk kebaikan semua pihak termasuk kerajaan yg ada sekarang dan SPR.

    Jelas sgt UMNO dan kerajaan takut PR memerintah, lalu direka2 sentimen kononnya Melayu akan mundur di bawah pemerintahan PR. Bukalah mata, lebih 50tahun UMNO memerintah tanah rezab Melayu makin bertambah ke makin berkurang?

    UMNO juga yg biadab kepada raja2 Melayu. Titah YDP Agong supaya bersih dibuat di stadium juga diingkari oleh kerajaan.

    BalasPadam
  9. KL menjerit 9 julai dah habis.
    puak-puak umno kat sini dah rasa bahangnya.yang diberi auta bukannya fakta
    aku ada berita gembira utk korang
    dalam harakahdaily semalam.ini sebahagian aku paparkan kat sini
    Baharudin meninggal selepas pengsan di perkarangan KLCC. Mengikut laporan awalnya, Baharudin sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata yang ditembak pasukan keselamatan ke arah orang ramai yang menyertai perhimpunan itu.

    Namun, cerita lain mula merebak sebaik sahaja jenazah Allahyarham dikeluarkan dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur jam 3 pagi tadi selepas menjalani postmortem.

    "Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah," kata Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin ketika ditemui Harakahdaily di rumah Allahyarham.

    Sehingga kini, laporan postmortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa. Ia menjadi tandatanya keluarga kerana kenapa laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan.

    Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya.
    Allahyarham adalah bekas askar.apa citer ni.post mortempun x berani beri.apa nak sorok-sorok.tentu ada yang tak kena

    BalasPadam
  10. jawapan orang awam yang aku temui bila polis kata mereka makan nasi bungkus aje hari tu walhal pendemo makan sedap-sedap
    mamat A:nak tunjuk baik coverlinelah konon.dah puas belasah pendemo dan sorang dah meninggal terus jadi baik.macam yahudi hari-hari bunuh rakyat palestine tapi ajak berunding jugak

    aku tanya kat mamat B amr singh pemangku KP KL kata x ada semburan air atau yang sesepesis dengannya di KLCC.dia cakap dalam suratkhabar.mamat B yang hadir di KLCC join rally bersih cakap puluhan ribu orang kat sana.kalau x nak percaya jugak pelancong asing pun nampak

    BalasPadam
  11. najib kata demo bersih 10 ribu je.KPN kata 6 ribu.itu x penting.yang penting seluruh dunia dah tahu memang ramai sertai demo bersih.puluhan ribu.paling sikitpun 50 ribu.kalau cakap syok sendiri bolehlah.
    menipu untuk coverline.jaga air muka.tapi kerosakan dah berlaku.pilihlah nak pecat yang mana dulu.amar singh letak jawatan atau KPN.Lepas tu Khalid,Hisham dan si mulut pink tu

    BalasPadam
  12. kalau puak umno nak tahu lepas demo bersih makin ramai orang dah jadi benci kepada polis,umno dan bn
    eloklah kau bubar parlimen sekarang tengok rakyat sokong ke x korang
    kalau berani siarkanlah demo bersih dalam tv korang.kita tengok lepas tu nak ke tak nak rakyat undi korang
    aku cadangkan keluarga arwah baharuddin desak suruhanjaya di raja siasat kematian arwah.aku sendiripun macam rakyat biasa x percaya arwah sakit jantung.dah 4 tulang dada patah dan 3 gigi patah.itu macam kena pukul.takkan sakit jantung pulak.jika didapati arwah bukan saman jantung,saman amar singh yang cakap arwah meninggal sakit jantung

    BalasPadam
  13. menipu nak selamatkan diri ni biasa.lepas tu salahkan media walhal yang salah tu korang.bukan media yang pukul orang atau sembur gas pemedih mata kat orang.cakap macam orang bodoh,bebal dan sangap

    BalasPadam
  14. Bersih membuktikan keteguhan perpaduan Melayu Cina India dan Sikh menentang kezaliman, penyelewengan dan ketidakadilan. Apa pun yg TV pencacai kerajaan laporkan, rakyat boleh mendapat maklumat sebenar dari sumber yg lebih sahih di internet.

    BalasPadam
  15. Baru balik dari ziarah blog fitnah no 1 papagomo. Mcm biasa, kali ni ada gambar photoshopped kononnya pendemo bersih membaling objek ke arah polis. Tak sudah2 dari keje fitnahnya blogger UMNO ni.

    BalasPadam
  16. apco penasihat kerajaan BN tu yahudi baiklah ya
    sorang-sorang dah terjun kapal.tak lama lagi tinggal najib sorang
    mula-mula marina mahathir sertai demo bersih
    lepas tu bekas setiausaha politik dr mahathir salahkan najib
    muhyiddin pulak serahkan kepada polis
    saifuddin abdullah MP Temerloh pulak kata banyak yang perlu BN perbaiki
    di bawah kenyataan bekas setpol dr mahathir,dr matthias chang

    Bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamed), Matthias Chang menyifatkan Najib gagal melaksanakan cadangannya sendiri agar perhimpunan dijalankan di stadium dan disifatkan pemimpin 'flip-flop' atau 'kluk-klek'.

    Sekali Najib kata boleh guna Stadium kemudian kata diam membisu, bila Bersih minta berjumpa untuk membincangkan isu penggunaan Stadium dia kata tak perlu jumpa cukup untuk berbincang dengan Polis dan anak buahnya sahaja. Akhirnya satu Stadium pun tidak dibenarkan.
    Dalam tulisannya, Matthias memberikan masa sekurang-kurangnya 10 bulan kepada BN untuk boleh membetulkan balik kesilapan cara BN mengendalikan perhimpunan Bersih 2.0 ini.

    Beliau juga menggesa Najib menghantar sepupu beliau, Hishamudin Husein iaitu Menteri Dalam Negeri untuk dianalisa jiwanya untuk “Enlarged Ego Syndrome” (EES) dan menyusun semula semua pegawai kanan Polis Diraja Malaysia.

    BalasPadam
  17. Sekarang pun kau orang dah macam merempat di negara sendiri,kalau PR memerentah apatah lagi.Kau orang nak mampus mampus lah,aku tetap akan memperjuangkan apa yg aku ada selama ini,kerana hanya ini saja lah yg aku ada.Aku tak malu untuk mempertahankan hak aku.Aku tak mampu membentuk bandar Melayu di US seperti mereka ,itu lah sebabnya aku sangat berhati-hati sebelum mendapat bala,jangan sampai menang sorak kampung tergadai.

    Negara Islam Pas pun sudah bertukar sekelip mata ,walau pun itu lah yg telah di perjuangkan berpuluh tahun yg lalu,semuanya berubah kerana perkahwinan sosnsang yg di wali oleh NA.Mat Sabu sudah menjadi ulamak besar,atau Pas juga sudah bertukar dari pegangan kepimpinan Ulamak.Taka lama lagi Pas juga akan memperjuangkan human right,sebab itu mereka bersingkokol dengan pelakun terkenal sebaris dgn Sy.Stallon.

    BalasPadam
  18. Lepas ni kalau ada sapa-sapa jual cd demo bersih 9 julai,agak-agak korang polis rampas tak.
    itu bukti untuk diberitahu kepada rakyat setelah paper-paper dan TV dikuasai umno dan bn
    mula-mula rampas baju kuning bersih,lepas ni ada kemungkinan cd bersih pulak.

    BalasPadam
  19. merempat bukan salah PR.BN memerintah lebih 50 tahun,bagi air percumapun x sanggup kepada rakyat.kat singapura boleh lak beri 3 sen 1000 gelen

    BalasPadam
  20. kESIAN PENULIS BLOG UMNO PORNO ADA BLOG X LAKU PASTU MASUK BLOG PAKATAN RAKYAT HENTAM PR ...KESIANNYE....

    BalasPadam
  21. blog depa x laku.sapa nak baca.
    lepas ni aku cadangkan siarkan demo bersih di klcc.kat sini itu amar singh nafikan ada semburan dan macam-macam lagi.ramai yang jadi saksi watercanon lalu.sembur kat puluhan ribu orang yang berhimpun kat situ.pelancongpun nampak. driver heli polis yang berlegar kat atas kepada pendemo pun nampak.berhentilah menipu.rakyat dah tahu

    BalasPadam
  22. seorang penganalisa berkata,peserta bersih berdemo pada 9 julai dengan niat berhimpun secara aman
    untuk gambarkan bersih ganas
    adalah molotov koktail,pisau dan lain-lain
    kedai ditutup,lrt berhenti operasi dan tunjukkan suasana tegang akan berlaku
    kalau nasib baik dapatlah darurat
    najib boleh memerintah lama lagi
    macam darurat di kelantan,BN dapat memerintah kat sana berbelas tahun lamanya
    hari tu polis ganas nak provok
    jika peserta bersih melawan mungkin akan kena lebih teruk
    bila skrip ni gagal terus tukar skrip polis baik kasi orang makan
    depa makan nasi bungkus
    apasal a samad said tak dibenarkan polis serah memorandum
    nasib baik rakyat sekarang dah cerdik
    sia-sia aje duit korang bazirkan tembak pendemo.
    korang pukul mereka korang jugak yang busuk nama
    sekarang najib dah tersepit
    kawan-kawanpun dah mula menjauhkan diri
    apa kata kau pecat dulu amar singh

    BalasPadam
  23. kelakar.dulu video hitam putih anwar korang terima.ini siap gambar kaler lagi korang boleh pulak reject.takkan nak menipu diri sendiri

    BalasPadam
  24. laporan the star online ahad 10 julai

    PKR leader’s hubby dies of heart attack


    KUALA LUMPUR: The husband of Setiawangsa PKR Wanita chief, who is believed to have participated in the Bersih rally, has died of a heart attack.

    Acting city police chief SAC Amar Singh confirmed that Baharuddin Ahmad, who was in his 50s, died after complaining of chest pains at KLCC yesterday at about 4.30pm.

    “He complained of heart pains and clutched his chest before he collapsed,” he said.

    He refuted claims made in several websites which claimed that Baharuddin had died after being hit by tear gas.

    BalasPadam
  25. itu amar singh kata arwah kena heart attack bukan mati mengejut.ada paham totok umno sekalian

    BalasPadam
  26. mat sabu langgar baru dapat tangkap.kj polis pencen je tangkap,ketua puteri perkasa duk umah takut bini. dah lama dah

    BalasPadam
  27. UMNO tgh gelabah. Blogger UMNO juga gelabah, tgh pikir apa lagi fitnah nak buat ni... apa lagi cerita nak reka ni...

    BalasPadam
  28. Pandai polis dgn KJ berlakon. Layak dapat anugerah pelakon utama dgn pelakon pembantu terbaik.

    BalasPadam
  29. Dalam keadaan SEKARANG, majoriti RAKYAT menuntut HUKUMan setimpal diKENAkan kepada semua PIHAK yang mengambil bahagian dalam RUSUHan tersebut.. PerBUATan mereka adalah jelas melanggari undang-undang dan memBERIkan AIB maha BESAR kepada DYMM SPB YDP Agong yang menegah perHIMPUNan HARAM tersebut menerusi Titah KHAS Baginda..

    - Kalau pelajar IPT, buang sahaja mereka dari IPT..

    - Kalau ahli Parlimen, GANTUNG sahaja JAWATAN mereka..

    - Kalau peguam, TARIK sahaja LESEN guaman mereka atau ambil alih BAR Council!

    - Kalau orang AWAM, dakwa mereka di MAHKAMAH atau jika mereka bertaraf PEMIMPIN, tarik sahaja keRAKYATan mereka!

    KeDAULATan undang-undang inilah yang diTUNTUT oleh majoriti RAKYAT! Bukankah YDP Agong sendiri menyerahkan kepada DS Najib untuk melakukan apa yang patut dalam Titah KHAS Baginda?

    RAKYAT sangat MARAH kerana duit CUKAI mereka diBAZIRkan untuk memBERI makan kepada para peRUSUH, memberikan RAWATAN dan jugak diberikan sebagai ELAUN kepada para ahli Parlimen yang meLANGGARi undang-undang! Jika mereka BEBAS melanggari undang-undang KONONnya atas nama hak asasi, keBEBASan bersuara dan sebagainya, apa MAKNAnya kita susah payah menCIPTA Perlembagaan Negara? Apa maknanya kita mengadakan pilihanraya jika pada AKHIRnya kerajaan cuba diGULINGkan di jalan-jalan raya dengan pemBIAYAan kuasa-kuasan ASING?

    BalasPadam
  30. Cukup menJIJIKkan melihat sebutan 'Lailahaillallah' dipermainkan oleh para peRUSUH yang sepatutnya TAHU bahawa ISLAM mengHARAMkan perbuatan sedemikian, apatah lagi meLAKUkannya dengan berKETUAkan seorang KAFIR La'anatullah yang jelas menyokong usaha meMURTADkan umat ISLAM! Di manakah suara para ulama KHUSUSnya dalam Majlis Fatwa Kebangsaan? Atau semuanya pakat memBISU makan GAJI BUTA sambil bermimpi bila PENCEN nanti dapat jadik calon pilihanraya macam Taib Azamuddin?

    BalasPadam
  31. Mereka tak cermin diri,sangka mereka mereka sudah maju kerana berganding bahu dgn LD untuk mengambil alih kuasa.Walhal ramai di kalangan mereka masih meminta -minta .Kalau ada apa-apa acara ,kononnya mereka akan datang beramai-ramai tanpa di bayar.Betul ke?.Aku tengok budak-budak PKR sentiasa je minta subsidi.Tanya lah siapa yg pernah jadi Ketua Cabang atau yg pernah pegang jawatan ketua AMK,kering poket di buatnya.Macam mana muka-muka ni mampu bersaing dgn gulung LD tu nati,yg memang dah pakar membolot harta?.

    Aku tengok gelagat pencacai PR ni,cakap je berdegar-degar poket semuanya kosong.Ada satu YB PR cakap terus terang pada aku,dia terpaksa melarikan diri jauh-jauh sebab elaun tak cukup , banyak sangat tangan yg menadah,mentaliti subsidi lebih teruk ,sebab ramai penyokong PKR mengnggur,malas nak kerja,hanya rajin gantung poster pelakun handalan ganding Sy.Stallon tu.

    Kah,kah,kah aku sikit pun tak malu pada puak-puak taksub PR ni,aku kenal ramai di atara mereka,habuk pun tarak.

    Mereka ni marah pada Umno kerana kononnya,mereka susah sebab Umno.Tapi apsal orang lain ramai yg senang lenang,walau pun yg memerentah masih Umno.Gulungan LD pun kaya raya,walau pun Umno yg memerentah.Mereka je yg susah,itu namanya susah kerana malaskerja,atau tak tahu buat kerja.Jadi kalau begitu adakah bila PR memerentah nanti mereka jadi rajin kerja?.Entah lah,rasanya tak mungkin.Tapi mungkin mereka akan senang juga sebab gulungan LD akan memberi subsidi pada mereka sebagai balasan membantu mengambil alih kuasa.

    Penyokong PR yg dari parti Pas tu aku respek sikit,mereka ramai yg rajin dan tak meminta-minta.Malahan mereka banyak memberi kepada 'tabung jihad'.Cuma tabung ni sekarang aku rasa dah tak berpa 'jihad'lagi sebab NI dah di buang,kerana gentar dgn KS,ust. Nasa dah terpelanting keran dia bukan 'kawan' rapat KS seperti Mat Sabu.Lagi pun nak berjihad apa kalau terus bersingkokol dgn pelakun handalan anak murid Sy .Stallon.Penjenayah di bela ,mangsa di cerca.

    BalasPadam
  32. Hadiah istimewa buat smen untuk TATAPAN ANDA dari Bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamed), Matthias Chang. Mahathir lebih percaya bangsa ini dari melayu SMEN,,,amacam ada komen, setiausaha politik Mahathir tu baru kelas nak cakap....petikan dari Harakahdaily.

    Bersih 2.0: Matthias sifatkan kegagalan Najib.
    Matthias Chang dalam tulisannya memberikan masa sekurang-kurangnya 10 bulan kepada BN untuk boleh membetulkan balik kesilapan cara BN mengendalikan perhimpunan Bersih 2.0 ini.

    Sebelum Matthias, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifudin Abdullah turut mempertikaikan strategi BN dalam menghadapi Bersih 2.0. Menteri kabinet sendiri pertikai tu, habis pencacai apa kelas nak pertahankan ?

    "Selepas perhimpunan 9 Julai 2011, saya mencadangkan agar Perdana Menteri dan seluruh pemimpin BN, bahawa keutamaan mereka sekarang adalah membuang semua penasihat politik yang tidak ada pengalaman langsung dalam realiti politik," tulis Matthias mengulas peranan penasihat politik Najib yang dikatakan pakar dalam “Blue Ocean Strategy” (strategi lautan biru).

    Kerajaan BN, kata Mathias, membelanjakan bilion ringgit untuk membayar para 'pakar strategi' ini namun sehingga kini tidak menunjukkan sebarang hasil yang jelas 'di alam realiti dan di peringkat akar umbi.'

    Tulisan Mathias membayangkan cerita sebenar di sebalik kegelisahan dan tindakan berlebihan kerajaan pimpinan Najib dalam mengendalikan Bersih 2.0.

    Mathhias yang juga bekas setiausaha politik PM Tun Mahathir sebelum ini berkata, jika pilihan raya diadakan tahun ini, BN tidak akan berjaya mendapat dua pertiga majoriti dalam Parlimen mahupun mengambil balik empat negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat.

    Yang lebih teruk lagi, beliau menjangkakan PM akan dihalau keluar enam bulan selepas itu.

    Bagi menghadapinya, Matthias memberikan tiga cadangan untuk Najib:

    1) Arahkan para penasihat politik beliau menonton siri TV “The Three Kingdoms” dan belajar asas-asas strategi politik.

    2) Hantar sepupu beliau, Datuk Seri Hishamudin Husein iaitu Menteri Dalam Negeri untuk dianalisa jiwanya untuk “Enlarged Ego Syndrome” (EES) dan menyusun semula semua pegawai kanan Polis Diraja Malaysia.

    3) Masukkan ke dalam peti sejuk semua pimpinan Pemuda Umno pimpinan Khairy Jamaludin. Ini kerana masalah sebenar Najib bukannya pembangkang tetapi dalaman BN sendiri.

    Mathias, menimbulkan tujuh persoalan perlu dijawab oleh Najib dlm isu perhimpunan 9 Julai 2011:

    1) Mengapa para pakar "Strategi lautan biru" gagal menjangkakan dengan tepat apa akan berlaku dalam Bersih 2.0 dan membuat langkah awal?

    2) Kenapa pasukan keselamatan kebangsaan gagal menjangka apa berlaku dalam Bersih 2.0 dan bila PM dan menteri kabinet ditaklimatkan tentang demonstrasi itu?

    3) Kenapa kerajaan BN membenarkan agen provokasi Perkasa mengambilalih tugasnya dalam mengendalikan Bersih dan diikuti oleh Pemuda Umno yang tidak matang?

    4) Mengapa Najib flip-flop dalam keputusannya membenarkan perhimpunan di stadium dan memberikan kebenaran kepada polis untuk bertindak sepenuhnya?

    5) Apa yang menyebabkan agen propaganda BN merasa dengan menyekat seluruh ibu negara akan menyebabkan rakyat marah kepada pembangkang bukannya kerajaan BN?

    6) Adakah penilaian dibuat terhadap kesan dari tindakan keras terhadap demonstrasi Bersih 2.0. Adakah ia berjaya mengekalkan penyokongnya atau menghalau keseluruhan 40 peratus pengundi atas pagar dari BN?

    7) Adakah dikenalpasti objektif yang hendak dicapai dengan pendekatan kasar menghadapi Bersih dan bagaimana ia boleh menambahkan lagi sokongan kepada BN dalam pilihan raya umum akan datang?

    BalasPadam
  33. Ada 4 jenis manusia dalam dunia ni...

    Pertama - Golongan Yang Tahu bahawa dirinya Tahu...Ini jenis orang berilmu, selagi dia tak sombong dan lokek dengan ilmunya maka kita bertuah berdamping dengannya!

    Kedua - Golongan Yang Tahu bahawa dirinya Tak Tahu...Ini jenis orang yang insaf dan sedar diri, tolong dan bantu dia jika memerlukan pertolongan!

    Ketiga - Golongan Yang Tak Tahu bahawa dirinya Tahu...Ini jenis orang yang lupa, leka, alpa dan lalai... Tolong ingatkan dia! Tolong sedarkan dirinya!

    Keempat - Golongan Yang Tak Tahu bahawa dirinya Tak Tahu...Ini jenis orang yang bodoh! dungu! malah berlagak sombong dengan kebodohan dirinya... Jenis ini hanya taufik hidayah Allah sahaja yang boleh merubah diri mereka!

    Kalau setakat Polis ke Hishammuddin ke tak payah buang masa! Tak payah nak berhujah lagi dengan puak bodoh@bangang nih...! Dah jelas bahawa perhimpunan 9 Julai tu haram! Perhimpunan haram yang menimbulkan huru hara! Perhimpunan yang memperlihatkan semangat pemberontakan dikalangan anak anak haram!

    Jadi asas kepada tindakan pihak Polis yang dilihat begitu lembut...baik dengan menangkap dan menyediakan makan, minum, menyediakan tempat sembahyang dan layanan kecemasan bagi mereka yang cedera atau sakit. Malah di Jinjang dimana tempat 'VIP VIP' ni ditempatkan siap order makan nasi kandar lagi!!! Yang itu mereka tak bangkit kan...!

    Soal berapa ramai anggota Polis yang menahan lapar dan dahaga hingga ke petang melayan dan mempastikan pemberontak pemberontak, penderhaka dan petualang bangsa dan negara ini agar dapat terus hidup dan terjamin selamatnya! Itu bukan soal mereka...!

    Bagi mereka bagaimana isu perhimpunan kotor lagi haram mereka pada 9 Julai tersebut mampu memberikan milage politik sebelum, semasa dan sesudah perkara itu berlaku!!! Itu yang amat penting! lebih penting dari tuhan seru sekian alam!!!

    Maka hari ini, kerajaan terutama pihak Polis tak perlu lah buang masa dengan melayan segala macam laporan polis yang mengatakan mereka dikasari, tangkapan mereka tidak sah dan banyak lagi kerana ianya tidak akan berkesudahan!!! Itu lantak dia orang la...!

    Yang penting sekarang...bila AG nak dakwa mereka ini! bila AG nak dakwa perusuh! pemberontak! penderhaka! dan pencetus huru hara ini...Itu soalnya sekarang dan itu ialah HAK MAJORITI RAKYAT!!!

    Monday, July 11, 2011 11:06:00 PM
    __________________________________

    Sudah terang tak perlu bersuluh bahawa kumpulan pengacau yang buat demo murahan terletak dalam golongan ke 4 itu.

    BalasPadam
  34. Wall Photos
    TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC

    1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

    2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

    3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

    4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

    5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

    6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

    7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

    8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

    9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

    10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

    11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

    12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

    13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

    14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

    Inilah perjuangan Ambiga yang sedang mendapat sokongan daripada orang Islam PAS dan PKR di dalam Negara kita hari ini. Kalau inilah yang kita mahukan,marilah kita menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi kepada Ambiga dan IFC.Maruah Melayu Islam di bawah tapak kaki si Hindu Ambiga!
    By: Abdul Shukur Mohamad....mari kita sokong ramai.....2

    BalasPadam
  35. salm.
    khas utk sedara2 islam...jgn lah menag sorak kampung tergadaI..TAHNIAH BUAT PENGANJUR yg berjaya porak perandakan org melayu..itu yg anda mahu..kenali lah sape penganjur, sape yg sokong isu murtad lina joy , dana mana yg mereka ambik dari luar negara...hidup melayu..to anom 9.52..bagus anda dah tergolong dlm org yg di cintai penganjur..lepas ni boleh ikut penganjur gi balik negara asal depa....tahniah melayu yg belum tentu islam....buat pdo tahniah kerana berjaya melaga-lagakan kaum kita..yg tersirat dan tersurat anda yg tau je...

    BalasPadam
  36. Whatever pencacai UMNO nak tulis. Mereka seharusnya sedar diri bahawa UMNO yg memerintah lebih 50 tahun adalah punca utama rosaknya Islam di negara ini.

    Kerajaan UMNO BN yg dinasihat oleh APCO Yahudi Laknatullah gagal didik umat Islam mencintai agama, mencintai masjid, menutup aurat dan meninggalkan perkara2 melalaikan.

    Hiburan disuburkan, maksiat berleluasa, zina gagal dibendung, belanjawan utk jabatan agama sgt kecil, golongan ulama gagal dibela sebaliknya dihina jika beri pandangan yg tdk mengikut kehendak pemimpin.

    Pemimpin UMNO gagal tunjuk akhlak Islam sebenar, minum arak, kaki perempuan, rasuah boleh lepas, rogol org boleh lepas, isteri x tutup aurat, sumber negara yg halal n haram gagal diasingkan.... byk lagi yg x mampu nak ditulis lg.

    Bila hudud baru dicadang, belum pun org kafir bersuara UMNO dulu yg bantah. Ada yg hina hukum hudud ketinggalan zaman, x sesuai dsb.

    BalasPadam
  37. NAJIS skang sudah kecut,peguam Peranchis akan datang Malaysia mendedahkan siapa yg pegi ke macau bersama altantuya..jeng jeng jeng..

    persoalannya,adakah kita akan melihat peguam Peranchis itu akan dihalang masuk ke Malaysia ? jeng jeng jeng


    Maklumat itu muncul menjelang ketibaan peguam terkemuka Perancis, William Bourdon ke Malaysia, di mana Suaram berjanji akan mendedahkan maklumat baru tentang urusniaga kapal selam Scorpene yang kontroversi itu, termasuk butiran tentang pembayaran yang tidak diketahui sebelum ini yang melibatkan "pegawai yang berkedudukan sangat tinggi".

    Ditanya jika Suaram bimbang Bourdon tidak akan dibenarkan masuk dan dihantar pulang sewaktu tiba di Malaysia, Fadiah Nadwa Fikri, yang juga seorang ahli sekretariat Suaram, berkata ia adalah suatu risiko.

    "Kami menggesa kerajaan supaya tidak mengenakan sebarang sekatan untuk Bourdon masuk ke Malaysia, apa-apa sekatan yang dikenakan, adalah bertentangan dengan kebebasan pergerakan," kata Cynthia.


    hehe hantu Altantuya makin mengganas skang,mencari siapa pembunuhnya..jeng jeng jeng..Najis jgn takut ya..gunakan anjing2 anda untuk mengagalkan usaha peguam Peranchis ini

    BalasPadam
  38. Gaduh-gaduh juga....hari ini jangan lupa.....

    4D JACKPOT
    Jackpot 1
    RM 9,767,155.21....jom kiter try sama2

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.