script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Anak Mahathir Kata BN Terancam Melihat Gelombang "Kebangkitan Suara Rakyat" Maka Itu Mereka Memandang Remeh Himpunan Bersih 2.0

KUALA LUMPUR 18 Julai - Kerajaan Barisan Nasional yang berada dalam kedudukan panik merasakan kerajaannya kini terancam dan tidak mampu berfikir secara jelas lagi, kata anak sulung mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Paduka Marina Mahathir (foto). “Mereka rasa terancam kerana memandang remeh Bersih pada 2007 dan pada pilihan raya umum 2008 mereka hilang banyak kerusi di parlimen dan dewan undangan negeri. Dan oleh kerana kini dalam keadaan panik, mereka tidak boleh berfikir dengan jelas lagi. Apa di kepala mereka adalah hanya cara untuk menang pilihan raya. “Awak boleh dapatkan semula sokongan orang ramai dengan hanya berbaik kepada mereka. Awak tidak boleh dapatkan sokongan dengan bersikap jahat. Awak tak boleh tuduh peserta perhimpunan itu semuanya kumpulan samseng, mungkin ada segelintir. Tetapi bukan semua mereka. “Majoriti mereka adalah kumpulan professional. Kumpulan itu adalah berbeza-beza dan ia sebenarnya 1Malaysia, muda, kaya, miskin, setiap bangsa dan agama menyertainya,” kata Marina dalam satu wawancara dengan Malaysiakini. Pada 9 Julai lalu, Marina juga mengambil bahagian dalam perhimpunan Bersih 2.0. Beliau turun ke jalanan bersama anak dan rakan-rakannya. Mereka bermula berhampiran Jalan Pudu (Berjaya Times Square) dan berarak sepanjang Jalan Hang Jebat di hadapan Stadium Negara menuju ke bangunan Majlis Olympik Malaysia.


Aksi Marina, sempat bergambar ketika bersama di Himpunan Bersih 2.0
[Katanya, mereka yang turun pada hari itu begitu bangga dengan pertubuhan Bersih 2.0. “Saya mungkin tidak setuju dengan perjuangan mereka tetapi mereka melakukan perkara yang baik. Kami semua menjadi 1Malaysia. “Sekarang kerajaan melabelkan kami dengan pelbagai nama. Biar saya beritahu, mereka kini kehilangan banyak undi. Mereka mungkin beranggap mereka telah tewas tetapi biar saya beritahu, sebenarnya banyak yang masih di atas pagar dan sudah tentu (tindakan kerajaan itu) mereka akan menyokong pihak satu lagi. Saya lihat ini jelas dalam media sosial, terutamanya di emel, twitter dan blog,” kata Marina]. Laporan ini dipetik dari tvsnews
Share:

16 ulasan:

  1. Pada pandangan saya,BN terutamanya Umno,tidak begitu terancam dengan gelombang Bersih.Sebenarnya orang Melayu yg menyertai Bersih adalah penyokong tegar Pas dan PKR,bukan orang atas pagar.

    Yang bakal memenangkan Pas atau PKR atau Umno adalah gulungan atas pagar.Gulungan atas pagara ini hanya memerhati gelagat Pas,PKR dan Umno, mereka hanya akan membuat pilihan sebenar semasa p.rayaa nanti.Dan, hakikatnya gulungan Melayu atas pagar kian menjauhi Pas dan PKR,ini adalah kerana mereka melihat Pas sudah dijinakan dan terlalu jinak dgn DAP manakala PKR pula berketuakan orang yg banyak skandal sex .

    Mungkin Pas ada hujahnya tersendiri bagi membenarkan perbuatan'mengalah' mereka dan tindakan itu adalah tindakan bijak kononnya,namun persepsi orang ramai tidak boleh kita paksa.Kalau mereka merasa kita sudah tidak berkuku lagi,tidak berkuku lah bagi mereka walau apa pun alasan kita.Barubaru ini saya berkenalan dgn 2 orang anak muda seorang jurutera dan seeorang lagi pegawai bank,mereka memang merasa Pas sudah berubah dan terlalu rapat dgn Dap,dan mereka sudah agak keberatan utk menjadi penyokong hardcore Pas.

    Begitu juga PKR,walau bagaimana sekali pun Anwar menafikan kononya'itu bukan saya'tapi mana mungkin beliau menipu semua orang pada semua masa.Kalau kes sodomi 1 katakan 1000 orang tidak percaya,tapi kes sodomi 2 sudah tinggal 800 dan kes v.sex merosot lagi tinggal 500,(saya sendiri pun adalah salah seorang dari yg 500 percaya).Ertinya 500 sudah tidak mengundi PKR.

    Yang paling teruk nanti adalah PKR ,kerana orang Melayu atas pagar bertambah yg menjauhkan diri,manakala bukan Melayu pula sudah kurang percaya pada calun PKR,kerana ramai yg melompat.

    Jadi saya rasa kerja Umno utk menang sekarang tidak sesusah 2008 dulu.Saya bukan ahli Umno,tapi saya pun mempunyai banyak hujah mengapa orang Melayu perlu menyokong Umno sekarang,dengan syaratkemudainnya nanti orang Melayu juga bertanggung jawab membersihkan Umno dari rasuah dan ketidakadilan. Ini bukan kerja pemimpin, tapi kerja ahli bawahan beramai-ramai menjatuhkan pemimpin korup biar siapa pun. Pas dan PKR hanya 'syok sendiri' yg akan menang besar ialah DAP.

    BalasPadam
  2. Kalau ada orang yang setuju 100 persen dengan komen di atas, maka jangan salahkan mereka kalau merekan itu bukan ahli atau penyokong UMNO.

    BalasPadam
  3. tanda2 kejatuhan umPORNO

    - mahathir kate umPORNO dah membusuk sampai ke usus

    - anak dier skang kate BABINASIONAL dah terdesak

    - demo umPORNO hari tuh terpaksa ambik mat2 bangla je sbb tiada sokongan org melayu dah kat umPORNO

    - Najis pergi jmp Pope ketua paderi kristian minta restu

    BalasPadam
  4. Anon diatas membuat penilaian secara rambang-pendapat-simple arithmetic yg janggal.
    Penilaiannya terhadap PAS dan PKR begitu simple. Dia gagal melihat betapa tenatnya UMNO dan BN.
    Dikatakan BN mempunyai peluang yg lebih baik dr 2008. Akhir2 ini,kenapa UMNO terus memujuk PAS? Adakah itu tanda satu kekuatan baru yg perlu dcari?-atau talian hayat yg masih ada.
    Kebanyakan gulungan atas pagar sekarang ini adalah dari kumpulan yg peka pd keadaan keliling.Mereka bukanlah lagi dr gulungan yg pasif. mereka mempunyai tahap pemikiran yg sensitif dan analitikal dan sedang memerhatikan:
    1. Betapa banyaknya kehilangan wang negara akibat rasuah dan ketirisan.
    2. Ketidakadilan sosial ddlm berbagai hal.
    3. Kenaikan harga barangan dan sara hidup.
    4. Kronism dan nepotism sudah menjadi tajuk bualan di kampung dan kedai2 kopi.
    5. Mereka ini adalah dr gulungan yg celik IT, dan sudah tentu mempunyai ekses pada berita2 yg menarik yg dinyah siarkan olih media arus perdana.
    6. Mereka juga dpt melihat betapa negeri2 yg menjadi FD pd BN sudah berubah wajah.
    7. Mereka juga dpt melihat Begitu ramai sekali yg tidak dpt berarak bersama Bersih atas halangan, sekatan dan ugutan-ini kenyataan
    8. dll

    Tuggulah pd jawapan yg PASTI pd PRU13.

    BalasPadam
  5. melayu ngan melayu la tu.......sampai bila pun macam tu....kasihhannn...tak peranh bersyukur dengan apa yang ada...

    BalasPadam
  6. salam.. buat anoyms 11.58..
    anda adalah tergolong org yg sakit jiwa..mungkin anda terlalu ikut perasaan..kalu anda org islam tak patut andaikan seseorg se agama sebegitu rupa..kita boleh komen atau kritik org lain tapi guna ayat yg tidak jatuhkan maruah org,,,anda mungkin terasa puas tp anda kerugian dlm hidup dan kurang dlm jiwa anda sebagai pejuang...tapi kalu anda bukan islam anda tak gi skolah dari kecik,lupakan lah...malang sungguh jika anda jadi mana2 penyokong parti berjuangkan islam..wassallam

    BalasPadam
  7. Harga komoditi melambung,hasil k.sawit dan getah merupakan sumber pendapatan rakyat di kampung.Mereka tidak begitu terasa dgn peningkatan harga barangan.Harga gula naik 20 sen,tapi harga getah dan k.sawit mereka meningkat berganda-ganda dari harga gula.Mereka juga tidak begitu terkesan keran kenaikan harga minyak,kerana kebanyakan masa mereka di kampung dan tidak kesana kemari seperti oragnbandar.Mejority mereka mengunakan motor kapcai je.Jadi merreka tak begitu kesah dgn kenaikan harga dan BN tetap jadi pilihan mereka.

    Pasal rasuah,aku takut bila PR memerentah nanti rasuah lebih berleleuasas.Sebab,LD memang jenis tamak cari harta,mereeka tak kira macam mana,yg penting dapat kekayaan.Macam saya katakan dudlu-dulu,gulungan LD akan terus mengamalkan rasuah,tapi kali ini mereka merasuah mereka yg se bangsa dgn mereka pulak.

    BalasPadam
  8. Sdr sman said,
    Berapa ramai org kpg yg ada getah dan sawit. Yg tinggal di FELDA dan FELCRA pun di tipu-Sila rujuk pd kes2 mahkamah.
    Apakah kesan kenaikan harga barangan tidak d rasai masyarakat banyak d kpg? Majoriti mereka tidak mempunyai sebatang pokok getah atau sawit pun. Apakah moral pd ulasan anda menepati hakikat?
    Setakat ini dah berapa banyak tanah,hutan dan kontrek yg telah dikebas di negeri pakatan? Kalau ada sila lapurkan pd SPRM yg sentiasa bersedia mengambil tindakan keatas kepimpinan pakatan-sila rujuk pd kes lembu korban, penyelenggaraan kereta,kes N Azizi nak kemekah dll. Jangan takut pd statistik yg kosong utk d bawa kedepan.
    Sdr, cuba anda renung pd kes murtad. Kita diPERINTAH utk mengenakan tindakan yg berat terhadap murtaduun ini. Tapi dlm kerajaan kita yg dikatakan Islam, bolih memberi kelulusan! Jangan bercakap pasal halal haram dan hudud kerana terlampau jauh utk d bincang. Itulah kedudukan ugama kita sekarang. Hukum Allah bolih di permainkan.

    BalasPadam
  9. Tak tau lah kg kau,kampung aku memang keseluruhanya cari makan hasil getah dan k.sawit.Dulu dekat puasa macam ni aku balik kampung bawa macam-macam -beras,gula kurma,teh dsb utk di beri kpd org kampung aku,sekarang aku balik lengang kangkung je,mereka dah tak perlu bantuan aku,malahan ada yg kasi duit pd anak aku lak.

    Org Felda tak berfikiran sama macam kau,dapat duit nanti mereka senyap.Mereka fikir LD lebih kuat tipu dayanya berbanding Felda, kau pulak fikir Felda lebih menipu.Akhirnya persepsi mereka juga yg mereka ikut,sampai masa undi BN.Tak caya tunggu.

    Kalau kau nak Pas menang kau kena fikir macam mana nak atasi apa yg aku cakap ni bukan menafikannya.Ini salah satu silapnya penyokong Pas,dok syok sendiri.Org Felda sedar sikit sekarang mujurlah dek kerana kerja kuat Mazlan Aliman dan Suhaimi PKR,kalau harapkan penyokongPas macam kau habuk pun tarak.

    BalasPadam
  10. PR memang bangang bin bahlul bin baghal......

    Orang minta video tu bagi sajalah.
    Nak upload dari youtube tu gambar lakonan orang PR mati hidup semula bolehlah..... + pompuan kelentong nangis gila lagi. Podah....ngalah gambar hindustan........

    BalasPadam
  11. “Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreevenasan sendiri mengaku kepada media bahawa pergerakan tersebut menerima pembiayaan daripada dua buah organisasi yang berpusat di Amerika Syarikat.
    Kedua-dua organisasi berkenaan, iaitu National Democratic Institute (yang dibiayai National Endowment for Democracy, Amerika Syarikat) dan Open Society Institute yang dimiliki George Soros, telah menyalurkan sejumlah wang yang tidak diketahui jumlahnya kepada BERSIH.
    “Badan-badan pemikir dan kumpulan-kumpulan perisikan Amerika itu kesemuanya berpangkalan di Amerika Syarikat, dan sentiasa dikaitkan dengan agenda Amerika dalam usaha mempengaruhi Dasar Luar Amerika Syarikat.
    Badan-badan tersebut juga bergerak mempengaruhi pandangan dunia terhadap beberapa orang pemimpin negara lain.
    “Gerakan mempengaruhi tanggapan ini dilakukan secara aktif melalui kaedah membiayai pergerakan-pergerakan pembangkang menerusi kebangkitan revolusi warna, yang seterusnya akan membawa kepada pelantikan pemimpin-pemimpin yang bersedia bersekutu dan mempunyai tanggapan positif terhadap establishmen Anglo-Amerika dan petualang-petualang korporat antarabangsa”, katanya.
    Menurutnya rekod penglibatan Soros di Malaysia sudah bermula sejak tahun 1990-an lagi, ketika Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia.
    Ketika itu, Soros berperanan meranapkan ekonomi Malaysia dalam krisis ekonomi 1997, dengan harapan Dr Mahathir berundur dari jawatan PM dan Anwar Ibrahim merangkap Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan akan segera mengisi jawatan nombor satu di Malaysia.

    BalasPadam
  12. mangkok pelajar malaysia di mesir. dia pejuang bersih di mesir.


    nama mangkok otak udang ni mohd firdaus madzlan , dikalangan mahasiswa otak udang pas dia dikenali sebagai ustaz alang.


    belum abis belajar dah panggil ustaz.
    balik belajar panggil ulamak.
    mudah nya pas bagi gelaran, semuanya nak beri laluan memudahkan apa juga justifikasi sesat bila balik malaysia.


    kabarnya mangkok hayun otak udang ni dah dibuang setelah diberitahu oleh doktor kuliahnya di darul iftas missyiriyah.


    elok benarlah tu. buang je semua pelajar otak udang yang sokong bershit di mesir tu.


    kempen buang pelajar yang sokong demo bershit wajib dipertingkatkan. lagi ramai lagi bagus.


    kalau 500 pelajar yang disyaki menyertai bershit di KL dibuang, elok benarlah dorang meminta ihsan dan mencium tapak kaki ambiga supaya dapat blessing belajar semula.


    500 pelajar otak udang ? bila dah kena buang pi apply jawatan unit amal ok. korang boleh jaga parking waktu ceramah mat sabu. sorang tukang bawak karung rembat duit, sorang lagi pegang lampu suloh.


    elok2 belajar kat U akhirnya jadi tukang jaga parking ceramah pas, kalau bonus dapat jaga ceramah kit siang. yang pompuan pulak, elok kawin sama-sama pelajar lelaki otak udang.


    jual ubat kote banyak2 masa ceramah. ubat tahan lama, ubat pancut paling jauh ,ubat kote tahan 300 jam dll. agak2 laku ubat tu, pi market dan perluaskan lagi produk dalam iklan haprak-daily.


    muka macam ustaz ? harkk ptuihhh !

    BalasPadam
  13. Aku setuju dgn anon 12.42...mantop

    BalasPadam
  14. Orang atas pagar tak undi PR kata sisemang hehhh hehhh hehhh ya bebenor encik Semang.... encik Semang nak tengok aksi Marina dan anak-anak nya ke ? kan jauh sangat dalam blog ni gak yang encik semang duk merapu ni le, sapa dah tipu sapa hehhh, hehhh, hehhhhh sat no aku nak berak sat. Hoooo hoooo !!! agak-agak dia ngan anak-anak nya sokong sape le gamak nya encik semang ??? Marina tu anak Mahathir tu encikkk Semang Oiiii,, hehhhh, hehhhh, hehhh.

    BalasPadam
  15. anon 8:10;00

    Engkau tak faham pendirian Marina tu,dia tu geng liberal tak mungkin sokong Pas dan mungkin juga tak sokong Umno.Dia cuma mahu pastikan hak asasi di laksanakan dan kebebasan bersuara berjalan.Entah-entah mengundi pun dia tidak.Kau orang kampungan bukan faham pendirian org macam Marina yg tak pakai tudung tu.Aku tahu benarMarna tu,rumah aku tak jauh dari rumah dia.Syok sendiri lah kamu semua.

    BalasPadam
  16. Teman mendesak pihak berkuasa supaya menyiasat mengapa Maureen Aung-Thwin, pegawai tinggi Open Society Foundation yang dikuasai penyangak matawang Yahudi George Soros yang dilapurkan berada di Kuala Lumpur 27.06.2011 - 02.07.2011 dan dikatakan menemui beberapa pemimpin pembangkang dan Bershit-2 baru-baru ini. Wanita ini adalah orang yang sama menemui kepimpinan PKR dalam tahun 1999 bagi maksud membiayai PKR untuk Pilihanraya Umum ke 10. Adakah George Soros turut terlibat membiayai himpunan haram ini? Ini sesuatu yang serius yang perlu disiasat dengan teliti oleh pihak berkuasa; jangan dibiarkan anasir-anasir luar membiayai aktiviti untuk mengkhianati negara!

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.