script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Edisi Pahang: Kerajaan "Sedang Berusaha" Atasi Masalah Bekalan Air Dengan Menjalankan Proses Menaik Taraf Loji Dan Paip Usang Seluruh Negeri

RAUB 15 Julai - Kerajaan Negeri Pahang sedang berusaha mengatasi masalah bekalan air dengan menjalankan proses menaik taraf secara berperingkat bagi menggantikan loji dan paip usang di seluruh negeri. Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob (foto) berkata, isu berkaitan bekalan air dibincang secara serius pada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri dengan mengenal pasti beberapa kawasan yang mengalami masalah tersebut. ''Kerajaan negeri membuat pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan kerana bajet menggantikan semua saluran paip dan loji memerlukan perbelanjaan besar iaitu RM1.5 bilion. ''Bagaimanapun pembangkang menyebar fitnah kononnya kerajaan negeri melakukan pembaziran sebanyak RM2 bilion sedangkan perbelanjaan tersebut bagi memastikan rakyat mendapat bekalan air bersih dan tidak lagi mengalami kesukaran pada masa akan datang," kata Menteri Besar Pahang itu.

[Adnan berkata demikian selepas menghadiri majlis Mesra Bersama Penduduk Daerah Raub di sini baru-baru ini. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin dan ADUN Batu Talam, Datuk Abdul Aziz Mat Kiram. Menurut Adnan, sekiranya proses menaik taraf bekalan air itu dilakukan serentak di seluruh negeri, rakyat akan menghadapi masalah bekalan selama enam bulan dan ia akan menimbulkan kesukaran kepada mereka. Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, bekalan air di Pahang tidak akan terjejas walaupun disalurkan ke Lembah Klang. Katanya, masalah bekalan air yang dihadapi kini bukan berpunca daripada kekurangan sumber tetapi masalah saluran paip usang dan loji pemprosesan yang perlu dinaik taraf. Beliau memberi jaminan bekalan air di negeri ini tidak akan terjejas kerana sumber sedia ada melebihi keperluan]. sumber

Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.