script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Ahli Parlimen Titiwangsa, "Dr.Lo' Lo' Ghazali" Sah Meninggal Dunia Di Hospital Selayang Malam Tadi


SHAH ALAM 18 Julai - Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (foto) yang menerima rawatan kerana kanser di Hospital Selayang meninggal dunia malam ini. Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub. “Ya, saya pun baru dimaklumkan mengenai berita ini. Tapi saya belum ada butiran lanjut,” kata seorang lagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar. Wakil rakyat penggal pertama itu meninggal dunia kira-kira 10.13 malam tadi, kata seorang anggota keluarga menerusi khidmat pesanan ringkas atau SMS. Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan esok, kata anggota keluarga itu. “Jenazah akan diuruskan pagi esok, akan dibawa ke Masjid Al-Akram, Datuk Keramat,” katanya. Maklumat daripada ibu pejabat PAS menyebut jenazah akan diuruskan sekitar 8 pagi esok. Sejak tengah hari tadi, khabar angin mengatakan Dr Lo’ Lo’ yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat telah meninggal dunia disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas SMS dan laman sosial Facebook dan Twitter. Bagaimanapun ia dinafikan oleh pemimpin-pemimpin kanan parti yang secara kebetulan adakan mesyuarat dekat Ampang petang tadi.


Kenangan, Dr.Lo' Lo' ketika ditahan polis dalam satu perhimpunan dulu
[Setelah panas dengan kontroversi khabar angin mengatakan Allahyarhamah Dr.Lo' Lo' meninggal dunia petang tadi, maka akhirnya ia menjadi kenyataan buat seluruh rakyat terutamanya penyokong pembangkang. PDO mengucapkan takziah kepada keluarga arwah dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Perjuangannya dalam membela rakyat selama ini sukar untuk dicari ganti. Malah, kehilangannya pasti amat dirasai semua. Al-Fatihah].
Share:

4 ulasan:

  1. As-Salam...Takziah kepada keluarga Allahyarhamah Dr. Lo'Lo, Hadpilah dugaan ini dgn tabah kerana resam hidup pastikan meninggal jua..Usah ditangisi lagi..yang hidup teruskan hidup..Iringilah pemergiannya dgn doa.Sesungguhnya Allahyarhamah ada pejuang wanita yg hebat...teruskan perjuangnya dan ia adalah utk legecy yang akan datang. Semoga Allahyarhamah ditempatkan bersama org2 yang beramal soleh....Amin

    BalasPadam
  2. takziah..dan alfatihah buat pejuang semoga ditempatkan bersama2 para soleh.

    BalasPadam
  3. takziah kepada keluarga Allahyarhamah Dr Lo'Lo,sejuk je hati tgk menutup aurat...

    kalo bik mama...

    BalasPadam
  4. “Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreevenasan sendiri mengaku kepada media bahawa pergerakan tersebut menerima pembiayaan daripada dua buah organisasi yang berpusat di Amerika Syarikat.
    Kedua-dua organisasi berkenaan, iaitu National Democratic Institute (yang dibiayai National Endowment for Democracy, Amerika Syarikat) dan Open Society Institute yang dimiliki George Soros, telah menyalurkan sejumlah wang yang tidak diketahui jumlahnya kepada BERSIH.
    “Badan-badan pemikir dan kumpulan-kumpulan perisikan Amerika itu kesemuanya berpangkalan di Amerika Syarikat, dan sentiasa dikaitkan dengan agenda Amerika dalam usaha mempengaruhi Dasar Luar Amerika Syarikat.
    Badan-badan tersebut juga bergerak mempengaruhi pandangan dunia terhadap beberapa orang pemimpin negara lain.
    “Gerakan mempengaruhi tanggapan ini dilakukan secara aktif melalui kaedah membiayai pergerakan-pergerakan pembangkang menerusi kebangkitan revolusi warna, yang seterusnya akan membawa kepada pelantikan pemimpin-pemimpin yang bersedia bersekutu dan mempunyai tanggapan positif terhadap establishmen Anglo-Amerika dan petualang-petualang korporat antarabangsa”, katanya.
    Menurutnya rekod penglibatan Soros di Malaysia sudah bermula sejak tahun 1990-an lagi, ketika Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia.
    Ketika itu, Soros berperanan meranapkan ekonomi Malaysia dalam krisis ekonomi 1997, dengan harapan Dr Mahathir berundur dari jawatan PM dan Anwar Ibrahim merangkap Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan akan segera mengisi jawatan nombor satu di Malaysia.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.