script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kontroversi: Siapa Punya Angkara, Paparan Mesej Twitter Anwar 'Di Pertikai' Gara-Gara Mengatakan Dr.Lo Lo Telah Meninggal Dunia Awal Petang Tadi

Berita paling panas dan menggemparkan diterima hari ini ialah mengenai perkabaran Ahli Parlimen Titiwangsa dari PAS, Dr.Lo Lo Ghazali (foto) dikatakan meningga dunia awal petang tadi. Kami turut mendapat panggilan yang bertalu-talu daripada orang ramai yang mahu mengesahkan berita ini. Malah, terdapat banyak SMS dan mesej twitter yang menyebut Dr.Lo Lo telah pun meninggal dunia. Paling mengejutkan ada juga twitter daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri yang mengesahkan Dr.Lo Lo telah meninggal. Kecoh dibuatnya bila laporan dan maklumat tersebut dikeluarkan bertalu-talu oleh orang ramai dan termasuk juga pemimpin pembangkang sendiri. Anwar dalam twitter mesejnya menyebut "Al-Fatihah kehilangan sahabat, pejuang. Al-Fatihah buat Ali Parlimen Titiwangsa Dr.Lo Lo yang ..". Namun, selepas disiasat ternyata maklumat terkini yang diterima Dr.Lo Lo tidak meninggal dunia sebenarnya. Semua maklumat termasuk yang disebarkan oleh kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat sendiri adalah palsu belaka. Sebelum ini terlihat twitter Chegubard salah seorang pemimpin PKR yang menyatakan Dr. Lo Lo sudah meninggal dunia, namun begitu beliau kemudiannya telah memohon maaf kerana tersalah menerima maklumat. Malah difahamkan anggota keluarganya kini berkumpul menemani beliau. Khabarnya beliau masih dirawat dan berada dalam keadaan kritikal. Mesej yang disiarkan dalam laman Facebook Dr.Lo Lo juga menyatakan "beliau masih dalam rawatan di Hospital. Berita yang mengatakan bahawa Dr.Lo Lo' telah meninggal dunia adalah tidak benar. Doakan kesihatan beliau". Ini bermakna beliau sebenarnya masih hidup dan tidak seperti yang dilaporkan oleh pihak-pihak yang berkenaan.

Bukti, inilah mesej yang keluar pada Twitter Anwar awal petang tadi
[Dr. Lo'Lo adalah anak perempuan bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah. Beliau sangat aktif dalam Dewan Muslimat PAS tetapi sejak 8 Mac 2008, kini beliau banyak menumpukan perhatiannya kepada parlimen Tititwangsa yang dimenanginya dalam pilihan raya umum 2008 dengan menewaskan calon BN, Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi. Kami mendoakan semoga beliau sembuh dan dapat kembali bertugas seperti biasa. Kepada pihak yang sengaja menyebarkan SMS dan mesej yang mengatakan beliau meninggal dunia mereka haruslah memohon maaf kepada keluarga Dr.Lo Lo. Apa yang menghairankan kita ialah kenapa pemimpin seperti Anwar Ibrahim juga tidak mendapat maklumat yang tepat tentang isu ini. Sedangkan dia adalah Ketua Pembangkang di parlimen?. Soalnya, siapa yang memaparkan mesej pada twitter beliau itu agaknya?. Bukankah ini menimbulkan kontroversi kerana gara-gara mesej Twitter ia akan menimbulkan berbagai spekulasi. Sebelum ini mesej Twitter Anwar juga menimbulkan kontroversi apabila keluarnya isu video seks. Bukankah ini akan tmbulkan fitnah yang lebih berbahaya terhadap pemimpin terbabit].
Share:

1 ulasan:

  1. AlFatihah buat Dr.Lo'Lo'..walau pun disangkal, namun kuasa Tuhan melepasi segalanya... Allah lebih menyayangi beliau...kembalinya Allahyarhamah jam 1015 malam... sumber Harakahdaily

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.