script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kontroversi: Pihak "Pengurusan Hospital" Tung Shin Menafikan 'Dakwaan Polis' Telah Lepaskan Gas Pemedih Mata Dan Meriam Air Ke Premisnya

KUALA LUMPUR, 12 Julai - Pengurusan Hospital Tung Shin (foto), semalam menafikan dakwaan sebuah berita portal bahawa gas pemedih mata dan meriam air yang dilepaskan oleh polis untuk meleraikan perhimpunan haram Sabtu lepas,memasuki kawasan hospital itu. Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Ng Beh Tong berkata tidak ada gas pemedih mata disembur ke dalam kawasan hospital. “Malah, pihak polis membawa beberapa orang penyokong demonstrasi yang cedera ringan semasa kejadian itu berlaku ke dalam hospital bagi dapatkan rawatan,” katanya selepas memberikan taklimat kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong yang mengadakan lawatan ke hospital itu. Ng berkata pada perhimpunan haram itu, polis juga tidak melakukan sebarang tangkapan terhadap penyokong perhimpunan haram yang melarikan diri ke dalam hospital itu. Sementara itu, Liow berkata pada masa kejadian itu, polis hanya melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan penyokong perhimpunan yang berkumpul di atas jalan raya di Jalan Pudu, di hadapan hospital berkenaan. “Mungkin gas pemedih mata yang ditembak polis bagi meleraikan penyokong perhimpunan haram ditolak angin hingga tersasar dan termasuk sedikit ke kawasan hospital itu,” tambah beliau.

Bukti, gambar video insiden kontroversi yang berlaku di Hospital Tung Shin

Beliau berkata bagaimanapun gas pemedih mata itu tidak mengenai mana-mana pihak yang berada dalam hospital. Mengenai rakaman video yang didakwa menayangkan polis menyembur meriam air ke arah hospital, Liow berkata polis menyembur ke bangunan bersebelahan, di mana para penyokong berkumpul, bukan ke dalam hospital, dan perkara tersebut disokong oleh Ng. Liow turut melahirkan rasa kesalnya dengan sikap pembangkang yang cuba membesarkan isu tersebut dengan tujuan memburukkan kerajaan dan polis. “Pihak pembangkang cuba mempolitikkan keadaan itu dan seolah-olah mahu memberitahu rakyat bahawa kejadian itu benar-benar berlaku, tetapi hakikatnya ia tidak berlaku, jangan cuba mempolitikkan isu ini,” tambahnya.

[Pihak kami tidak dapat mengesahkan kenyataan ini kerana tidak berada di lokasi terbabit ketika kejadian. Namun, berdasarkan gambar dan video yang dipaparkan ternyata nampak seolah-olah ada asas hospital terbabit memang terkena gas pemedih ata dan meriam air. Namun, pengakuan pihak hospital berkenaan diharap dapat meredakan kemarahan orang ramai. Jika pihak berkenaan sudah menafikannya mengapa tidak perlulah lagi isu ini diperbesarkan. Mungkin juga ada gas dan meriam air yang tersasar ke kawasan terbabit akibat peserta himpunan Bersih 2.0 yang cuba berselindung di situ. Namun segalanya terletak ditangan rakyat dan mereka yang menyaksikannya. Biarlah mereka yang menilai dengan sejujurnya isu ini. Usahlah ia terus dijadikan isu kontriversi untuk diperdebatkan. Apa yang penting, mujurlah tidak ada kenyataan daripada mana-mana pesakit yang mereka juga terkena gas dan meriam air yang dilepaskan. Jika tidak, sudah pasti senarionya lebih parah daripada ini].

Share:

11 ulasan:

  1. Wall Photos
    TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC

    1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

    2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

    3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

    4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

    5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

    6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

    7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

    8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

    9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

    10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

    11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

    12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

    13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

    14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

    Inilah perjuangan Ambiga yang sedang mendapat sokongan daripada orang Islam PAS dan PKR di dalam Negara kita hari ini. Kalau inilah yang kita mahukan,marilah kita menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi kepada Ambiga dan IFC.Maruah Melayu Islam di bawah tapak kaki si Hindu Ambiga!
    By: Abdul Shukur Mohamad>>MARI KITA SOKONG AMBIGA

    BalasPadam
  2. PDO, jgn buat kenyataan/posting mcm ni nanti kene boikot dan maki hamun sumpah seranah oleh lembu2 melayu PAS/PKR..
    eloklah ditukar kenyataan dan buboh gambar2 polis/FRU melanyak pendemo2 dan pesakit dihospital tersebut..

    atau ade sesuatu yg PDO inginkan dari puak2 cina ni...

    BalasPadam
  3. Anon 9:17 ni nyata Melayu bodoh, batu api.

    Apa jua tuduhan ke atas kepincangan kerajaan dan polis, mereka pastinya takkan mengaku. Malulah beb kalau mengaku buat silap. Ego mesti tinggi.

    Kalau tersalah tembak org yg disangka penjenayah, jgn lupa letak pistol / parang / pedang samurai dalam but kereta. Itu je teori nya. Hehe.

    BalasPadam
  4. 4D JACKPOT
    Jackpot 1
    RM 9,767,155.21....jom kiter try sama2

    BalasPadam
  5. TAK SANGKA MEREKA MASIH MENDEWAKAN NUAR ALJUBURI WALAUPUN SATU DUNIA DAH TENGOK BATANG PELIR DIA
    kah kah kah.....










    kah kah kah

    BalasPadam
  6. najib skang sudah kecut,peguam Peranchis akan datang Malaysia mendedahkan siapa yg pegi ke macau bersama altantuya..jeng jeng jeng..

    persoalannya,adakah kita akan melihat peguam Peranchis itu akan dihalang masuk ke Malaysia ? jeng jeng jeng


    Maklumat itu muncul menjelang ketibaan peguam terkemuka Perancis, William Bourdon ke Malaysia, di mana Suaram berjanji akan mendedahkan maklumat baru tentang urusniaga kapal selam Scorpene yang kontroversi itu, termasuk butiran tentang pembayaran yang tidak diketahui sebelum ini yang melibatkan "pegawai yang berkedudukan sangat tinggi".

    Ditanya jika Suaram bimbang Bourdon tidak akan dibenarkan masuk dan dihantar pulang sewaktu tiba di Malaysia, Fadiah Nadwa Fikri, yang juga seorang ahli sekretariat Suaram, berkata ia adalah suatu risiko.

    "Kami menggesa kerajaan supaya tidak mengenakan sebarang sekatan untuk Bourdon masuk ke Malaysia, apa-apa sekatan yang dikenakan, adalah bertentangan dengan kebebasan pergerakan," kata Cynthia.


    hehe hantu Altantuya makin mengganas skang,mencari siapa pembunuhnya..jeng jeng jeng..Najis jgn takut ya..gunakan anjing2 anda untuk mengagalkan usaha peguam Peranchis ini

    BalasPadam
  7. Hantu altantuya ok apa..cun kita tak takut pun. yang kita takut hantu lu rupa sebijik macam BULLDOG..eeeeeeeee takutnye...!

    BalasPadam
  8. Gaduh-gaduh juga....hari ini jangan lupa.....

    4D JACKPOT
    Jackpot 1
    RM 9,767,155.21....jom kiter try sama2

    BalasPadam
  9. bodohlah amamt kat atas ni.judikan haram

    BalasPadam
  10. Tok Malim:-
    Hang ni Otak Bebal.....la
    Pi Makan Kismis Jampi Habuan 3 Kilo Baru Otak Open Minded Sikit Kot......

    Sekali Sekala Senang Senang Layarilah ..http://www.papagomo.com/

    Right Is Right

    BalasPadam
  11. blog x laku jugak korang nak promote kat sini.menteri menipu pasal hospital x kena semburan.bukan x biasa.dah biasa menipu.dia kan ahli parlimen bentong

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.