script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Jenayah: Polis Lumpuhkan Kegiatan Pengedaran Dadah Dengan Tertangkapnya Sepasang Kekasih!

KUANTAN 15 Julai - Polis melumpuhkan kegiatan pengedaran dadah dengan tertangkapnya sepasang kekasih di sebuah rumah di Gambang Makmur dekat sini malam kelmarin. Dalam serbuan kira-kira pukul 11 malam itu, seorang lelaki dan teman wanitanya berada di dalam rumah bersama seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dipercayai anak wanita terbabit. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri, Supritendan Yap Thoon Kuan berkata, siasatan awal mendapati suspek lelaki berusia 34 tahun dan teman wanitanya yang berumur 37 tahun mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah. "Kita mendapati suspek lelaki itu masih dalam jaminan mahkamah atas kes sama. Kita percaya rumah sewa milik wanita terbabit digunakan untuk menjalankan aktiviti pengedaran dadah kepada penagih berdekatan," katanya. Menurut Thoon Kuan, dalam serbuan tersebut, polis merampas dadah dipercayai jenis heroin seberat 17 gram dan dua peket dipercayai syabu seberat 1.5 gram. "Pada masa sama, polis merampas satu peket plastik heroin seberat 100 gram, 11 peket syabu seberat 6.86 gram dan beberapa pil Eramin 5 yang cuba dibuang suspek ke dalam mangkuk tandas. "Semua rampasan itu bernilai kira-kira RM5,000. Pemeriksaan turut mendapati suspek lelaki positif dadah manakala wanita itu negatif," katanya. Tambah beliau, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39B dan 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. sumber

Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.