script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Mahathir Kata Anwar Terlalu Ingin Sangat Jadi PM Hingga Sanggup Gadai Bangsanya Sendiri

ALOR STAR, 21 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai satu keinginan tidak terkawal ingin menjadi Perdana Menteri sehingga menyebabkan ketua pembangkang itu sanggup menggadai bangsanya demi mendapat sokongan bukan Melayu, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad. Perpecahan perpaduan orang Melayu adalah kejayaan jelas bekas timbalannya itu sehinggakan Melayu menjadi bangsa yang lemah, kata beliau. Cita-cita orang yang tidak berpuas hati dengan UMNO dan mahu melihat orang Melayu berpecah mengambil peluang dari 'jaguh' yang mampu merealisasikan cita-cita mereka itu katanya lagi. Itu antara apa yang diperkatakan di dalam ucaptama pada perhimpunan anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) di Alor Setar hari ini. Mantan Perdana Menteri itu terus menambah dengan mengatakan orang Melayu mudah lupa. Mereka sepatutnya belajar dari sejarah bagaimana British menguasai Raja-Raja Melayu yang memecah-belahkan perpaduan orang Melayu dan penubuhan Malayan Union. UMNO ditubuhkan untuk menggabungkan bangsa Melayu tetapi masih ada orang yang sanggup merosakkan parti bangsanya sendiri. sumber

[Kenyataan Mahathir ini sememangnya amat mengejutkan seluruh rakyat Malaysia. Tambahan pula mantan PM itu semakin meniti usia dan bila-bila masa sahaja akan dijemput illahi. Namun, beliau berhak bersuara kerana dia adalah orang yang membawa masuk Anwar ke dalam UMNO dulu. Persoalannya, jika Anwar jujur berjuang untuk membala Islam kenapa pemimpin terbabit tidak sertai PAS dulu. Bukankah dia sealiran dengan bekas Presiden PAS, Allahyarhak Ustaz Fadzil Noor ketika bersama dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dulu. Kenyataan Mahathir ini pastinya mengundang kemarahan kepada penyokong pembangkang, namun mereka harus rasional dan sedia menerima pandangan beliau itu].
Share:

52 ulasan:

  1. koi pelik betul la dgn pdo skrg,bukan menda,beritanya membuatkan koi gelok sesorang mcm nk pengsan huhihuhiu

    BalasPadam
  2. Tu dia... KALAU BENAR ANWARM JUJUR NAK PERJUANGKAN ISLAM, KENAPA TIDAK SERTAI PAS DARI DULU?'
    Kenyataan Dr M memang tidak dapat disangkal kebenarannya.

    BalasPadam
  3. Semua ahli politik yang mempunyai kelayakan memang bercita-cita untuk jadi PM sebagai perjuangan yang terakhir sebelum bersara.

    Apakah Tun Dr. Mahathir ketika ingin menjawat PM dulu tidak merosakan perpaduan dalam parti dan tidak menderhaka pada pemimpin UMNO seperti Tunku Abd. Rahman dan Hussein Onn ? ....WTF...?

    Apakah Najib Razak dan Rosmah yang bercita-cita menjadi PM dulu tidak menjahanamkan orang melayu dengan rasuah yang melempah ruah...? WTF ?

    Kenapa nak halang Anwar jadi PM sedangkan yang menentukannya ialah Allah melalui tangan rakyat Malaysia....?

    Kepada Tun Mahathir dan semua ahli UMNO Baru....

    Sesungguhnya bukan Muhyiddin Yassin dan Anwar Ibrahim saja yang ada cita-cita, tapi aku juga berkeinginan mahu jadi PM Malaysia.

    Disebabkan itu aku telah turun kejalanraya bersama perhimpunan Bersih 2.0 yang halal menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.

    Hei orang tua Tun Mahathir... kamu orang tua terkutuk yang memerintah selama 22 tahun yang lalu penuh dengan dosa dan noda. Disebabkan itu kamu jadi takut kepada orang yang mengetahui perbuatan kamu dibelakang tabir..... WTF....?

    BalasPadam
  4. aku sokong komen anon 2.50pm.... kalau orang politik x de cita2 nak jadi Perdana Menteri itu orang x cukup sifat(x de batu pelir)sedangkan JKKKKKKKKK pun berebut nak jadi TOKKKKKK 4444444.....

    BalasPadam
  5. Salam,sy hormat pd awk Tun dan akui byk kejayaan dibawah Tun....tp dlm masa yg sama Tun juga antara org yg terlibat menjahanamkn melayu.dibawah pentadbiran Tun tanah rezab org melayu sebyk 3 juta hektar sebahagiannya 1.5 juta hektar tergadai pd kapitalis2 cina.Dasar DEB gagal krn malayu yg ada lambang keris silang je yg dpt habuan dan setiap prolek diali babakan kpd bangsa cina selain berbilion ringgit yg dibolot oleh Umno bukan rakyat.zaman Tun rasuah paling maha hebat,institusi kehakiman dan polis paling dahsyat terlibat rasuah dan menjahanamkn melayu. sy cuba berfikir positif apa yg penah Umno buat selama 52 tahun memerintah..kesimpulannya Umno byk menggadaikan maruah bangsa2 melayu kpd kaum Cina.tiada org melayu yg mempunyai premis2 besar,kilang2 besar.sy ambil contoh mudah setiap kali perayaan kaum Cina byk pasaraya2 besar,kilang2 dan Workshop2 kereta tutup.maksudnya selama 52 tahun ni Umno yg menjahanamkn Melayu dan jual maruah kpd kaum Cina.hari ni Tun berckp Anwar pulak yg nak menggadaikan bangsa melayu.jika Anwar menjadi PM,pasti Timbalan adalah dr Pas.maknanya kekuatan melayu akn lebih kuat lg dari sudut politik dan ekonomi.sy berharap Tun bertaubat dan berehat sambil beramal sementara masih ada peluang.maaf Tun,kesalahan anda terlalu besar dlm proses merosakkan bangsa melayu.

    BalasPadam
  6. 1. Kenapa Anwar tak masuk PAS?.. Jwpnya kalu Anwar masuk PAS dulu.. Pakatan takkan jadi sekuat ini. Pengaruh Anwar yang memecahkan org UMNO menyebabkan sokongan kepd pembangkan dan PAS meningkat.

    2. Anwar masuk UMNO keran belia igt betulkan parti Melayu terbesar itu ke arah yng lebih baik. Mahathir yg tamak dan tak mahu turun dari jadi PM telah menyebabkan bangsa Melayu berpecah. Kekotorn dlm UMNO berterusan dan membarah kerana Anwar dicantas dan ditendang sehina-hinanya.

    3. Kepala otak Mahathir memang bengap. Tidak berupaya menjangkakan kesan tindakn beliau memecat Anwar boleh menyebabkan UMNO parah.

    4. Perpecahn Melayu yang Mahathir sebut itu sememangkan Melayu yg duduk dalam UMNO sahaja. Sedangkan Melayu yang diluar UMNO semakin erat dan mantap.

    5. Akhirnya. Mari kita sama-sama gelak sakang kepada Mahathir kerana:- PM yang beliau lebih percaya dari Anwar.. adalah yang terhamprak dan tertidur merata-merata. Lalu beliau keluar UMNO kerana marah dan mearjuk.. Masuk balik selepas ayam didikannya naik jadi PM baru.PM baru ni... dengan perangai bohongnya dan pelahap bininya.. nampaknya sangat berpotensi utk membawa legasi UMNO ke lubang kubur.InsyaAllah.

    BalasPadam
  7. kaki putar alam menuduh dsai gila nak jadi pm.IPP yang menghabiskan berbilion duIt rakyat SIAPA PUNYA KERJA?La nak bercakap pasal Melayu....poooooooorrrrrrrrrraaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhh

    BalasPadam
  8. nak tanya sikit boleh tak??.. Mahatir tu melayu ker??..
    Kalau soal pepecahan melayu ni sebenarnya mahathir la org nya.. Bermula sejak zaman univestiti lagi dia terkenal dgn surat layangnya.. Bila dah jadi org umno dia mula mainkan peranan putar alamnya sampaikan Tunku mengaku menyesal bawa masuk dia ke umno.. Demeh ingat ker..??
    Lepas tu dia buat onak lg dlm umno.. Singkir Tun Hussein... Singkir Ku Li.. Sampai tertubuh semangat 46.. Last sekali singkir anwar..
    Sebenarnya yg berpecah tu bukannya org melayu.. Yg berpecah tu umno.. Kerana ramai pemimpin umno yg bagus kena singkir. Ini menyebabkan org yg sokong pemimpin tu ikut sama..
    Soal anwar tak masuk Pas.. Itu sebenarnya kebijaksanaan anwar dlm berpolitik mr CMK.. Kalau masuk pas.. Cina.. India tak mau kwn.. Mana nak menang pikihanraya.. Tolong jgn buat ulasan bangang!!!

    BalasPadam
  9. Tun tak akan insaf....Tun semakin jauh.....rugikan bila Allah kurniaankan umur yg panjang.....jiwa dan hati Tun tetap ke arah keduniaan....

    BalasPadam
  10. Sikap besar kepala dan angkuh DAP semakin hari semakin menjadi-jadi. Semuanya kerana mereka telah terlalu yakin yang mereka akan berjaya merampas pemerintahan negara ini dalam PRU 13 kelak.

    Akhbar Nanyang Siang Pau 18 Julai 2011 melaporkan kenyataan seorang pemimpin DAP yang mengatakan parti itu akan menang pada PRU 13 walaupun mereka meletakkan seekor anjing menjadi calon mereka.

    Kenyataan yang mereka keluarkan itu begitu angkuh sekali dan dalam masa yang sama ianya menghina rakyat Malaysia yang menjadi pengundi. Ianya menggambarkan rakyat Malaysia hanya perlukan anjing sahaja untuk menjadi wakil rakyat mereka.

    Begitulah angkuhnya DAP....

    Mereka menyondol bagaikan babi hutan yang gila mengatakan pilihanraya di Malaysia tidak bersih, tetapi dalam masa yang sama mereka kata anjing pun boleh menang.


    Melayu Melayu PR Yang Otak Terhad... tu Fikir Fikirlah...

    BalasPadam
  11. Hina sungguh Pas dan Melayu dlm PKR dimata DAP. Pas yang dulunya terlalu alergi dengan benda2 haram, akhirnya tunduk dan sujud menjilat tapak kaki DAP laknatullah semahu2nya. Pas akan dengan penuh rela pastinya akan mengundi calon2 'ANJING' DAP pada PRU13 kelak demi untuk berkuasa.

    BalasPadam
  12. Maksud mereka ialah meletakkan anjing (meletakkan calon2 yang mcm anjing) yang pandai menyalak dan menuntut itu dan ini.

    Biasalah sejak dua menjak nie Parti Anjing Semalaysia (PAS) senantiasa menyokong mereka.

    So, letak aja 'anjing-anjing' yang tat pada tuannya pasti mereka akan menang desakan dari Melayu/Islam yang berpecah....

    BalasPadam
  13. teman rase lepas ni ada fatwa bru yg mengatakan anjing dan babi bukan lagi haram.....

    BalasPadam
  14. amno ngelabah dah...mula anak Mahathir sendiri bergabung dgn bersih dah tu siap demos sekali pas tu komen polis ganas, pas tu kritik amno yang bapak dia sendiri bekas presiden nya. Pas tu Michael Chang bekas setiausaha politik Mahathir sendiri kritik amno, la ni Tengku Razaleigh pulak. Kalau puak pembangkang biasalah, kalau anak bekas presiden amno, dan orang amno seperti Tengku Razaleigh sendiri pun dah nampak ada yang tak kena jadi elok le cermin diri tu balik.
    Kalau puak sendiri pun dah nampak keburukan ornag lebih lagi le. Puak pencacai payah nak gi jauh ni !.

    BalasPadam
  15. sabar Tun...sabar....kite semua kena doakan Tun biar panjang umur...

    biar die dpt saksikan Pakatan Rakyat melangkah masuk Putrajaya.....

    then, sama2 la kite tunggu....tgk nasib mcm Suharto, Ben Ali, dan sekarang Mubarak....dan mungkin insyaALLAH, xlama lg di Malaysia lak...

    semua akan dihadapkan ke muka pengadilan....takbir....!!

    Melayu xmudah lupa dgn ape yg Tun dah buat selama 22 tahun....

    BalasPadam
  16. Prak puranda, lintang pukang amno le ni dikerjakan bersih dan pr, dan yang paling syok nya anak mahathir sendiri dah bangun melawan parti bapak dia sendiri, ditumpang sekaki Tengku Razaleigh plak, payah nak menepis ni, macam klimaks dalam drama plak rasanya. Hero dah dekat nak menang, musuh dah jadi kawan, tu yang cukup seronok 2,3 menjak ni.

    BalasPadam
  17. tajuk tu silap, sepatutnya berbunyi
    ANWAR KATA MAHATHIR TERLALU INGIN SANGAT JADI PM SEMULA SEHINGGA SANGGUP GADAI NEGARA

    BalasPadam
  18. Anwar berangan nak jadi PM ,itu dia punya pasal.Tapi, aku dah tak teringin nak meyokong dia sejak tersiarnya video 'itu bukan saya'.Nampak sangat Anwar kaki kelentong,bukan saja dia Wan Azizah dan Nurul Izah pun bersubahat sekali kononnya 'itu bukan saya'.Itu yg buat aku lagi takut dgn PR ni,kalau anak beranak bersingkokol,mampus rakyat nanti.Poraaah.

    Berangan macam mana pun Anwar tak ada peluang jadi PM.Allah Maha Kaya dan Maha Adil.Lambat laun mereka yg bejat akan terhukum juga,dan terhukum secara hina sekalai.Insyaallah.

    Sekarang aku lebih percaya Mahahtir dari Anwar.

    BalasPadam
  19. Kalau tanya sape hok nak jadi piem,
    CSL pun nok. Kawas pun nok. Best ape jadi Piem. Boleh beli kapal selam hok boleh menyelam suku je, boleh beli Cincin RM74 juto bagi ke bini kawas. Boleh suruh bini kawas buat Persidangan gone gaye nok masak gulai masam ikan patin, ajak bini-bini pemimpin dunia hok lain.Hok paling best boleh la bini kawas melancong beli beg tangan sesuka hati beliau.

    Kesimpulannya:
    Kebodohan itu kurnian tuhan. Bangang kita yang cari sendiri.
    Bior meskin harte,
    Jangan meskin Iman & Ilmu.

    Last Sekali: Jangan pangkoh gambo dacing.


    -MatCermin-

    BalasPadam
  20. Bukan nak berangan bang oii dah nak jadi kenyataan pun kalau tak... mau nya anak Mahathir sendiri bagi sokongan lawan amno spr hari tu, untuk meyakinkan mata abang rujuk balik kat muka depan, terpampang segak bergaya bersama anak nya dengan riben kuning. Kami nak nipu wat apa dosa kering nanti bang. Reformasi bang... jangan marah ya!!!! Bawak banyak bersabar kalau pr tak baguih nanti kita bagi balik kat amno amacam ada setuju.

    BalasPadam
  21. PR tanpa DAP lagi baguih..
    DAP tu parti Cina Komunis

    BalasPadam
  22. Pak Semang,,, Mahathir tu dah expired, hang percaya kat dia pun dia tu dah tak ada valuable kata P.Ramli. Lebih baik hang caya kat Kak mah mana tau kalau nasib ada baik dapat juga numpang semangkuk nasi.

    BalasPadam
  23. SEMAKIN KERAP PAS MELAKUKAN SOLAT HAJAT (DENGAN BERPULUH RIBU MANUSIA PENYOKONG PAS) SEMAKIN TERBUKA SATU PERSATU KEJAHILAN PAS DAN KEKHILAFAN MEREKA!

    BalasPadam
  24. Abg Mat tergolek DOG!!! Muahahahahahaha...

    Apalagi bang Mat, saman lah PDRM tuuuuu....

    BalasPadam
  25. Teman mendesak pihak berkuasa supaya menyiasat mengapa Maureen Aung-Thwin, pegawai tinggi Open Society Foundation yang dikuasai penyangak matawang Yahudi George Soros yang dilapurkan berada di Kuala Lumpur 27.06.2011 - 02.07.2011 dan dikatakan menemui beberapa pemimpin pembangkang dan Bershit-2 baru-baru ini. Wanita ini adalah orang yang sama menemui kepimpinan PKR dalam tahun 1999 bagi maksud membiayai PKR untuk Pilihanraya Umum ke 10. Adakah George Soros turut terlibat membiayai himpunan haram ini? Ini sesuatu yang serius yang perlu disiasat dengan teliti oleh pihak berkuasa; jangan dibiarkan anasir-anasir luar membiayai aktiviti untuk mengkhianati negara!

    BalasPadam
  26. PR tanpa DAP tak selamat, ingat senang ke Datuk Chua Ju Ming nak pindah ke PR. MCA pun dah joint kita orang lawan amno dalam isu LYNAS, kita orang dengan DAP, MCA ok apa cuma nak tunggu MIC je lagi mungkin sebelum PRU 13 ni agaknya, tapi ahli dia ramai dah keluar bersama dalam DEMO Bersih hari itu.

    BalasPadam
  27. Laa! hang ni biarle Maureen Aung-Thwin tu datang Malaysia wat apa nak sekat, dia datang bukan mintak duit kita, dia bawak duit dia sendiri wat belanja sini, apa plak nak susahkan dia, jangan le sensitif sangat tak tentu arah, tak bertempat. Dia nak jumpa sapa pun biar le dia apa salah nya bukan dia boleh apa pun. Najib pun tak ada sebab pun nak halang dia masuk sini atas alasan macam yang hang duk fikirkan, lagi pun takkan dengan nasihat hang yang macam bebudak tu dia nak dengar kut ?

    Yang patut hang sekat, patutnya Najib tu apa pasai dia pi Rom jumpa Pope yang tak ada kena mengena pun dengan parti islam amno. Nak pinjam duit dari Pope apa yang dia ada, dia pun ornag dok tanggung makan. Nak lantik dia jadi penasihat Rosmah tak tau la pula.

    BalasPadam
  28. Pembongkaran terhadap konspirasi memperalatkan kematian Baharuddin Ahmad, ahli PAS, benar-benar telah memalukan jentera media alternatif pro-pembangkang. Shuhardi Mohd adalah pelakon utama di dalam satu drama khas untuk memburuk-burukkan pihak polis dan FRU.

    Dek terbongkar pembohongan ini, Shuhardi Mohd menjadi popular, bukan kerana berbakti kepada negara tetapi sebagai petualang negara. Begitu juga dengan pengarah-pengarah drama tersebut.

    Sekarang, Shuhardi Mohd terpaksa menyembunyikan diri dek kebodohan beliau sendiri termakan dan diperalatkan oleh propaganda pihak yang sebenarnya pengecut ibarat 'baling batu sembunyi tangan'. Shuhardi yang susah dan terpaksa menanggung segala pembohongan yang beliau lakukan tetapi pengarah-pengarah drama tersebut?

    BalasPadam
  29. Sakit hati betul bila tengok Melayu bodoh pakai ketayap baling "benda" apa kat polis.
    Mengapalah Melayu hari ini boleh menjadi begitu bodoh dan bahlul sangat.
    Tang ingat langsung budi kerajaan. Tak layak masuk Udan IPT lain pun masih dapat belajar.Tetapi kalau dungu itu dungu jugalah akhirnya. Klau lembu lembu juga akhirnya.
    Ada yang sakit nak mampus pun ikut isteri pergi demo (orang Pakatan Kelentong Rakyat).
    Sudah 50 tahun Merdeka otak sesetengah Melayu masih belum merdeka,otak masih dijajah bangsa yang anti Melayu,
    Kenapalah tuhan panjangkan umor orang2 saperti Anwar,Nik Aziz serta ulam2mak bahlul dan keldai Pas, Lim Kit Siang dan Ambigababi.

    Orang kuat pas pakai serban terlalu ketat dan berat hingga otak tidak boleh berfungsi lagi.

    BalasPadam
  30. Kesimpulannya:
    Jangan Pangkah BN.

    BalasPadam
  31. Aku tahu Umno teruk,tapi dalam keadaan sekarang,aku terpaksa sokong Umno memandangkan Pas dah pun meggadaikan prinsip,ertinya macam lalang dan PKR pula pemimpin berperangai ....ala hai.kambing pun,kambing jantan main kambing betina,tak ada yg main sama jantan.Bangsa dan ugama tidak terjamin lagi jika di biarkan PR berkuasa.Sekali DAP berdehem,semua akan kecut telor,jadi apa lagi yg akan di harap.

    BalasPadam
  32. Pada yang masih marah X tentu hala kat Bersih, sila klik link kat bawah ni

    Klik http://cursingmalay.blogspot.com/2011/07/tiada-apa-yang-lebih-kelakar-melainkan.html

    BalasPadam
  33. Kelakor bebenor.....
    Dalam Quran X ade pun sebut kewajipan menegakkan Hukum Allah tu hanya untuk orang PAS.
    Kalo Amno bebetul perjuangkan hukum Islam, bawak ke Parlimen. kite tengok sape hok tok sokong.

    Logik ni budak tadika pun boleh pikir weh....
    Pohpalih.....

    BalasPadam
  34. sebenarnya mahathir memang bijak membaca gerak lwn apatah lg dia tahu kalau anwar masuk PAS maka umno akan terancam jadi sebelum anwar berura2 masuk PAS lebih baik tarik anwar lebih awal dan tawarkan jawatan ini adalah strategi british di mana utk mendisplinkan org yg jahat dan nakal dgn menawarkan mrk jawatan, pangkat dan kedudukan maka mrk akan mati akal krn telah termakan budi tak heran lah krn mantan PM kita ini memang berguru dgn mat saleh di england, sbb mantan PM mahathir tahu keunggulan anwar memimpin ABIM memang ramai yg kecewa terutama PAS bila anwar masuk umno termasuk lah Allah yarhamah YB Dr Lo'lo, dan sebenarnya anwar juga mempunyai strategi utk mengislamkan umno dgn ertikata yg sebenar. dan org2 umno tahu kalau anwar jadi PM memang punah lah yg kaki2 rasuah, salahgunakuasa, kaki pompuan sbb itu tercipatalah rekayasa tentang anwar, org2 sufi sj yg tak akan percaya apa yg berlaku ke atas anwar lebih2 lg orang2 soleh yg MUQARABBIN.

    BalasPadam
  35. knp mantan PM mahathir tak nak sentuh bagaimana anwar dah tlg selamat kan syarikat perkapalan anak nya berbillion2 rm kmdn tak cukup nak minta tlg lg anwar tak setuju krn dia tak mahu duit rakyat di jadikan sebg duit sendiri. mahathir marah pd george soros tp di thailand mahathir dan soros bersalamman riang gembira soros bgtau mahathir yg dia tahu brape billion duit rakyat dia sapu utk selamatkan sykt anak nya, tp berita dan gambar ini tak keluar dlm akhbar arus perdana knp utusan tak berlaku adil? jawapoan nya ada pd mrk yg berkuasa di utusan meloya.

    BalasPadam
  36. knp mantan PM mahathir tak nak sentuh bagaimana anwar dah tlg selamat kan syarikat perkapalan anak nya berbillion2 rm kmdn tak cukup nak minta tlg lg anwar tak setuju krn dia tak mahu duit rakyat di jadikan sebg duit sendiri. mahathir marah pd george soros tp di thailand mahathir dan soros bersalamman riang gembira soros bgtau mahathir yg dia tahu brape billion duit rakyat dia sapu utk selamatkan sykt anak nya, tp berita dan gambar ini tak keluar dlm akhbar arus perdana knp utusan tak berlaku adil? jawapoan nya ada pd mrk yg berkuasa di utusan meloya.

    BalasPadam
  37. KESIMPULAN NYA DLM PRU KE 13 NANTI TOLAK DACING KRN DACING TERSEBUT TIMBANGAN NYA DAH TAK BETUL.

    BalasPadam
  38. KESIMPULAN NYA DLM PRU KE 13 NANTI TOLAK DACING KRN DACING TERSEBUT TIMBANGAN NYA DAH TAK BETUL.

    BalasPadam
  39. KESIMPULAN NYA DLM PRU KE 13 NANTI TOLAK DACING KRN DACING TERSEBUT TIMBANGAN NYA DAH TAK BETUL.

    BalasPadam
  40. Aku tahu Umno teruk,tapi dalam keadaan sekarang,aku terpaksa sokong Umno memandangkan Pas dah pun meggadaikan prinsip.....
    Smang bukan awak sorang je tahu UMNO tu teruk, satu dunia dah bangkit pakai baju kuning hari itu tahu amno dah tak boleh nak pakai lagi, kurang yakin sila tanya kat Marina Mahathir, kalau awak ada senang cuba-cuba le berbincang dengan Ku Li masalah AMNO ni, teruk, memang teruk, sejak Musa hitam lagi, anak Ghafar Baba pun lari dari amno, tak tahan dia, cuma Ku Li je yang duk bertahan la ni. Tapi tak pe la dia jantanmen sikit, dia pun berani dah hantar peluru kritik Najib, tak caya baca statement yang disalin kat PDO ni juga. Kalau Najib teggelam punca, Amno rasa nya tak payah PR jatuhkan, dari dalam pun dah nampak bunga ada yang nak menjatuhkan nya.

    BalasPadam
  41. org melayu yg hok ada dlm kerajaan sekarang pn, bkn nk memperjuangkn melayu sgt pn, semua nk pehuh'n poket sendiri je, minta projek atas nama org melayu..tp! bl dh kaya lupa akan org2 yg susah..sekarang pn, cina2 dn india ramai yg jd millionaire, org melayu berapa kerat je..melayu atas nama je..org melayu yg nk perjuangkan islam x ramai mn pn..

    BalasPadam
  42. BODOH NYE TUN...
    Melayu makin kuat sekarang dibawah PAKATAN RAKYAT...pas sudah ganti umno sekarang..!!!melayu pas lebih bersih dari umno...PKR pula 70 peratus adalah melayu... Ini bermakna bukan melayu yng lemah tapi Umnolah yang semakin Lemah...MELAYU BERSATU DIBAWAH KERAJAAN KEBAJIKAN PAKATAN RAKYAT !!!!

    umno semakin kotor apabila mahu mengekal kuasa sehingga sanggup membunuh..memfitah ,mereka cipta fitnah..

    Wahai orang umno termasuk Tun ADAKAH ALLAH MENYURUH KITA MEMBUNUH ,MEMFITNAH untuk kekal berkuasa ????....
    jika begitulah fahaman kamu ...bermakna kamu telah membawa orang melayu ke LEMBAH NERAKA...
    FIKIRKANLAH WAHAI TUN...dunia bukanya kekal ..akhiratlah kekal abadi...
    Perbuatan yang baik dibalas syurga..
    perbuatan jahat dibalas neraka...!!!!

    BalasPadam
  43. BODOH NYE TUN...
    Melayu makin kuat sekarang dibawah PAKATAN RAKYAT...pas sudah ganti umno sekarang..!!!melayu pas lebih bersih dari umno...PKR pula 70 peratus adalah melayu... Ini bermakna bukan melayu yng lemah tapi Umnolah yang semakin Lemah...MELAYU BERSATU DIBAWAH KERAJAAN KEBAJIKAN PAKATAN RAKYAT !!!!

    umno semakin kotor apabila mahu mengekal kuasa sehingga sanggup membunuh..memfitah ,mereka cipta fitnah..

    Wahai orang umno termasuk Tun ADAKAH ALLAH MENYURUH KITA MEMBUNUH ,MEMFITNAH untuk kekal berkuasa ????....
    jika begitulah fahaman kamu ...bermakna kamu telah membawa orang melayu ke LEMBAH NERAKA...
    FIKIRKANLAH WAHAI TUN...dunia bukanya kekal ..akhiratlah kekal abadi...
    Perbuatan yang baik dibalas syurga..
    perbuatan jahat dibalas neraka...!!!!

    BalasPadam
  44. Adakah Tun Fikir orang melayu umno betul ??? Contohnye syarikat saham anak mahathir..KENCANA PETROLIUM, mokzani adalah sebagai alat untuk mendapatkan project..tapi hakikatnya ..99 peratus jawatan profesional termasuklah bos bos adalah bangsa cina...Jadi anak mahathir telah dijadikan sebagai alat untuk mendapatkan project petronas secara KABEL...
    pekerja melayu hanyalah kuli batok sahaja..

    APAKAH INI YANG DINAMAKAN ORANG UMNO...betullah inilah yang dinamakan MELAYU UMNO ALI BABA !!!!!!!!!

    BalasPadam
  45. betul tu aku setuju !!!contohnya :

    PERWAJA SEKARANG TELAH DIMILIKI OLEH TOKEY CINA KINSTELL BERHAD.TAN SRI PHENG !!!.melayu hanya kuli batok sahaje.. INILAH HASIL PEMERINTAHAN DIBAWAH UMNO....
    Sekarang aku nak tanya ...INIKAH SLOGAN YANG DIPERJUANGKAN UMNO...menggadai harta pada bangsa lain...inilah yang Tun suka sebenarnya....UMNO ALI BABA !!!

    BalasPadam
  46. Ciss Mahathir. Shup up you!

    BalasPadam
  47. Hidup UMNO.....
    Dulu.. Kini & Selamanya...

    BalasPadam
  48. Apa2 pun UMNO still the BEST..

    BalasPadam
  49. Oh, saya terlupa, kamu tidak bangga menjadi orang Melayu. Berbeza dengan saya yang bangga menjadi orang Melayu walaupun nenek berbangsa cina. Melalui kesetiaan dan kesedaran orang Melayu lah maka agama Islam sampai ke tanah ini, sehingga semua Melayu itu adalah Islam pada hari ini.

    Tidak sama dgn Cina yg tidak semestinya Budha, atau India, tidak semestinya Hindu, atau orang putih, tidak semestinya Kristian. Atas sebab itu, maka agama Islam itu menjadi anutan kamu. Dan kini kamu putar belitkannya pula utk kepentingan kamu sahaja. Manusia jenis apakah kamu wahai Nik Aziz??

    Walau kamu mendoakan keburukan bagi pemimpin kami, mengkafirkan kami dan menjahiliyahkan kami sedangkan lidah kami mengucap syahadah, solat 5 waktu setiap hari, berpuasa di bulan Ramadhan, membayar zakat, dan diterima menjadi tetamu Allah di Mekah bagi menunaikan haji, kami tetap mendoakan kebaikan sahaja bagi kamu.

    Saya cuma doakan hati dan fikiran mu dibukakan Allah kepada kebenaran yg nyata. Hilangkan dendam kesumat pada UMNO yg dulu kerana orang-orang Melayu dalam UMNO hari ni, seperti saya, sudah punya kesedaran bahawa tidak ada satu kaum pun di Tanah Jawi ini yg boleh memayungi orang-orang Melayu kecuali UMNO. Bukan PAS yang boleh diperkudakan, digunakan dan dihenyak pijakkan DAP, yang berbondong-bondong mengibarkan bendera DAP dengan megah, rela berbaring atas jalanraya bagi menghalang sultan mereka sendiri demi kerajaan boneka PAS yang dimiliki empayar keluarga Nga dan Ngo. Tentulah jua bukan PKR yang kejap ke kiri kejap ke kanan yang tidak dapat dipastikan arahnya kecuali demi kelangsungan seorang manusia biasa dengan masalah moral yang bertan-tan beratnya. Walau kamu membutakan hati terhadap kebenaran yang kamu juga mohon dari Allah, terpulang lah..

    BalasPadam
  50. Hah!!! Memang sah la Si Anugay ni suka menyusahkan orang. Kerja dia tak de lain, asyik menipu je kerjanya!!! Memang sial la dia ni!!!


    Cuma yang peliknya, walau pun dah terbukti bahawa Si Anugay ni suka menyusahkan orang dan kuat menipu, orang masih jugak percaya cakap dia.


    Dan tambah pelik, orang bergantung sangat kepada apa yang dikatakan. Macam dah jadi 'Nabi' pulak Si Anugay ni. Semua benda yang dia cakap betul belaka KONONnya.


    Tapi, nak buat macam mana lagi ye tak. Kalau yang percaya kat Anugay ni semuanya otak letak kat lutut. Itu pasal la diorang sembah sangat dia ni!!!

    Anwar Ibrahim, Ketua Penipu Rakyat

    BalasPadam
  51. Mengapa Rabbi Abraham Cooper Sokong Anwar ?

    AIDCNews – 25/07/11 – Laman rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim, anwaribrahimblog menyiarkan kecaman Rabbi Abraham Cooper terhadap Utusan Malaysia yang mengaitkan dengan peranan Yahudi di sebalik perhimpunan haram BERSIH 2.0, 9 Julai lalu.

    Persoalannya kenapa Anwar berminat menyiarkan pandangan Rabbi Cooper, salah seorang daripada 50 Rabbi Zionis yang paling berpengaruh di Amerika Syarikat (AS) itu dan kenapa pula Rabbi itu berminat mengecam Utusan Malaysia dan kerajaan Malaysia yang disifatkan menyokong Anwar dan pergerakan BERSIH ?

    Dalam artikelnya itu, Rabbi Cooper, lebih berminat menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad, walaupun kini beliau bukan Perdana Menteri Malaysia lagi.

    “Dan Mahathir merupakan seorang anti-semitik (anti zionisme) “, kata Rabbi Abraham Cooper yang hanya mengiktiraf Dr Mahathir sebagai anti-semitik di Malaysia dan bukan seteru politiknya, Anwar Ibrahim, yang sebelum ini pernah diwar-warkan sebagai anti-semitik.

    Pada Jun tahun lalu, Jackson Diehl dari The Washington Post telah menuduh Anwar Ibrahim sebagai anti-semitik berdasarkan ucapannya dalam demonstrasi di luar kedutaan AS itu yang menuduh kerajaan Malaysia dipengaruhi dasar Yahudi apabila mengupah syarikat firma, APCO Worldwide.

    Akibat ucapannya itu, Anwar terpaksa berkunjung ke AS untuk memohon maaf kepada tokoh-tokoh Yahudi terutamanya, Malcolm Hoenlein yang menjadi ketua kepada Rabbi Cooper di AS. Klik di sini

    Rabbi Cooper dan Hoenlein merupakan dua tokoh yang dirujuk untuk menjadi penasihat antarabangsa badan penyelidikan Zionis yang berpengkalan di Kanada iaitu The Canadian Institute for Jewish Research (CIJR). Klik di sini

    Bermakna apabila Rabbi Cooper mula mengecam kerajaan Malaysia dan Tun Dr Mahathir memberi mesej bahawa permohonan maaf Anwar telah diterima ?

    “Orang-orang Islam (di Malaysia) menuntut kebebasan dan demokrasi yang lebih. Bukan pengaruh Yahudi memandu ahli minoriti untuk berdemonstrasi jalan-jalan di Kuala Lumpur, tetapi disebabkan oleh kegagalan kerajaan Malaysia mengamalkan demokrasi untuk memberi hak dan peluang sama rata kepada semua rakyatnya”, kata Rabbi Cooper yang merujuk kepada kenyataan Maria Chin Abdullah, jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0.

    Marina Chin Abdullah merupakan tulang belakang BERSIH 2.0 selepas Dato Ambiga Sreenevasan, bahkan peranan Marina lebih meluas berdasarkan rangkaian antarabangsanya yang berkaitan dengan NED (National Endowment for Democracy) dan OSI (Open Society Institute) yang kedua-dua badan ini didalangi oleh agenda zionis.

    Sekurang-kurangnya, empat NGO yang digunakan oleh Marina Chin untuk mencapai objektif demokrasi di Malaysia iaitu EMPOWER, NIEI (National Institute for Democracy and Electoral Integrity), JAG (Joint Action Group for Gender Equality) dan WDC (Women’s Development Collective)

    Marina Chin juga merupakan Pengurus Kanan SIS (Sister In Islam).

    BalasPadam
  52. KESIMPULANNYA:......

    Jangan Pangkah Dacing....
    Tapi Pangkah UMNO.. UMNO..UMNO..
    Jangan Pangkah Dacing....
    Tapi Pangkah UMNO.. UMNO..UMNO..
    Jangan Pangkah Dacing....
    Tapi Pangkah UMNO.. UMNO..UMNO..
    Jangan Pangkah Dacing....
    Tapi Pangkah UMNO.. UMNO..UMNO..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.