script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Salahuddin Ayub Gesa PM Najib Razak Bertindak Gentleman Berhadapan Dengan Pakatan Rakyat !

KUANTAN, 28 Julai - Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak digesa bertindak secara profesional dalam berhadapan dengan pembangkang dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia hari ini. Tindakan yang keterlaluan dan zalim akan menyebabkan imej dan maruah negara tercalar di mata dunia. Najib seharusnya tidak bermusuh dengan rakyatnya yang mahu melihat sebuah keadilan tertegak di negara ini. Tindakan keterlaluan yang dilakukan terhadap peserta perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu jelas sekali membuktikan ketakutan yang amat sangat kepada suara rakyat. Demikian ditegaskan oleh Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub (foto) dalam ceramahnya di Markas PAS Kg.Pandan Dua dekat sini malam tadi. Beliau berkata tindakan yang diluar batasan akan menyebabkan rakyat semakin benci dengan kerajaan yang memerintah pada hari ini. "Najib perlu bersikap gentleman sebagai anak jantan dan tidak mempergunakan pasukan polis sesuka hati sebagai alat untuk menakutkan rakyat", katanya. "Bersih 2.0 adalah gabungan lebih 60 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar secara sah untuk melihat satu pilihanraya yang bersih dan adil terlaksana di negara ini. Makanya kenapa kerajaan mengatakan ianya haram?. Bersih 2.0 itu bukanlah NGO atau pertubuhan. Sama juga seperti 1Malaysia yang diilhamkan oleh Najib. Bukankah ianya satu gagasan rakyat yang mahukan perubahan. Kenapa perlu takut dengan pembersihan dalam pilihanraya?", tambah Salahuddin Ayub lagi.


Ustaz Suhaim Md Saad serta Ustaz Yusoff Embong juga turut berceramah

Saudara Hatta (PKR) juga hadir, Ustaz Tarmizi jadi pengerusi malam itu
Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian turut menegur beberapa kenyataan dan tindakan Ketua Polis Negara dan timbalannya yang dilihat terlalu mengampu kerajaan UMNO BN. "Tak perlu buat kecoh dengan bom molotov coctail, parang, pedang dan sebagainya. Siapa yang mahu menyerang Agong?. Banyak lagi kerja lain yang kita boleh buat. Itu zaman komunis mungkin boleh masuk dek akal. Tapi inikan zaman moden dimana rakyat boleh aksess maklumat cepat", katanya.


Antara sebahagian orang ramai yang hadir dalam ceramah malam tadi
Sementara itu, beliau juga turut hairan kenapa begitu lama baru pihak polis mahu mengeluarkan video Bersih 2.0?. "Sudahlah video yang dikeluarkan itu hitam putih, kini mereka seolah-olah cuba untuk mengubah persepsi rakyat. Bukankah rakyat seantero dunia sudah dapat melihat dan menonton video asli Bersih 2.0 beberapa jam selepas himpunan itu berlangsung pada 9 Julai lalu. Maka kenapa selepas tiga minggu baru polis tayangkan video mereka. Bukankah ini mengelirukan rakyat dan membuktikan seolah-olah ada usaha untuk menutup cerita sebenar apa yang telah pun berlaku sebenarnya", kata beliau lagi.

[Kenyataan Salahuddin Ayub ini ada kewajarannya, kerana mutakhir ini nampak benar kerajaan begitu drastik menggunakn institusi polis untuk mengekang suara rakyat. Mereka beranggapan rakyat seperti komunis yang tiada hak untuk mendapat keistimewaan selagi tidak menyokong UMNO BN. Akhirnya berbagai tindakan tidak munasabah dan tidak masuk dek akal telah dilakukan bagi menakut-nakutkan rakyat supaya berpaling tadah daripada perjuangan. Inilah yang berlaku sebenarnya. Jika fenomena ini berterusan maka kami yakin rakyat secara keseluruhannya akan terus menolak UMNO dan BN dalam pilihanraya umum akan datang. Inilah yang merisaukan kepimpinan kerajaan sekarang ini. Lantaran itulah kini, Najib terpaksa mengadakan roadshow dan menghulurkan projek mee segera kepada rakyat demi memastikan mereka terus menyokong BN pada PRU-13 yang akan datang. Kebangkitan suara rakyat tidak wajar disekat!].
Share:

9 ulasan:

  1. # Kesimpulannya:

    Jangan Pangkah Dacing.

    Takde tapi-tapi.
    Jangan Tidak-tidak.

    -MatCermin-

    BalasPadam
  2. Sallehuddin oh Sallehuddin yg kau tu nak hantar memorandom pada Agong ,tapi pegi berdemo dan bearak tu 'anak jantan' jenis apa?.Bila kena sembur air kuning ,marah pulak.Kalau anak jantan tangung je lah,lawan sampai menang.Kalau menang lah.Kalau kalah,lawan lagi.

    BalasPadam
  3. ## Pada yang belum faham tu:

    Jangan Pangkah Dacing
    (United Malay No Otak)

    -MatCermin-

    BalasPadam
  4. Yang PAS jadi pondan tak genap bulu ketiak masa berhadapan dan berurusan dengan DAP apa hal pula? Baik tanggal serban besdar kat kepala tu buat pengelap kaki. Lagi orang ada respect sikit.

    BalasPadam
  5. ## Pada yang belum faham tu:

    Jangan Pangkah Dacing
    (United Malay No Otak)

    -MatCermin-

    BalasPadam
  6. Jangan Pangkah DAP (Dalang Anasir Perosak)
    Jangan Pangkah PKR (Parti Kelentong Rakyat)
    Jangan Pangkah PAS (Parti Ajaran Songsang)

    -BudakCerminAjaib)

    BalasPadam
  7. Kesimpulannya...
    Ingat jangan tak ingat...
    Jangan Pangkah DAP (Dalang Anasir Perosak)
    Jangan Pangkah PKR (Parti Kelentong Rakyat)
    Jangan Pangkah PAS (Parti Ajaran Songsang)

    BalasPadam
  8. ## Pada yang belum faham tu:

    Jangan Pangkah Dacing
    (United Malay No Otak)

    Takde tapi-tapi
    Jangan tidak-tidak

    -MatCermin

    BalasPadam
  9. ## Pada yang belum faham tu:

    Jangan Pangkah Dacing
    (United Malay No Otak)

    Takde tapi-tapi.
    Jangan tidak-tidak.

    -MatCermin-

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.