script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

50 Sukarelawan Turun Padang Baik Pulih Rumah Sempena Program Cakna Prihatin Anjuran GPMS Pahang Dekat Kampung Cherating Baru-Baru Ini!

KUANTAN 13 Julai - Seramai lima puluh (50) sukarelawan terlibat menjayakan program Cakna Prihatin di Kampung Cherating di sini baru-baru ini. Program tersebut anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang dengan kerjasama Sekretariat Rakan Muda Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS), Kolej Universiti Shahputra dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Cherating. Pengerusi GPMS Pahang, Wan Emril Nizam Wan Embong (foto) berkata, dalam program tersebut, pihaknya telah memilih sebuah rumah usang yang diduduki oleh seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Effarizam Jabar, 33. Menurutnya, pemilihan itu disebabkan ayah kepada empat anak dan bekerja sebagai nelayan tersebut tidak mampu memperbaiki rumahnya berikutan pendapatannya yang tidak menentu. ''Atas keprihatinan itu, semua sukarelawan terbabit beri komitmen baik pulih rumah beliau supaya mereka dapat duduki rumah yang lebih selesa," kata Wan Emril.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Dato' Wan Rosdy Wan Ismail telah menyampaikan peruntukkan bagi menjayakan program tersebut. Wan Rosdy dalam ucapannya, memuji program terbabit serta mengatakan rasa bangganya kerana mereka yang terlibat dalam aktiviti sukarelawan itu terdiri daripada generasi muda. ''Program seperti ini dapat memupuk sikap dan budaya lebih positif di kalangan masyarakat dan berharap dapat dijadikan perintis bagi mewujudkan lebih banyak aktiviti serupa pada masa depan,'' katanya. Sementara itu, Pengerusi Rakan Muda KIPSAS, Mozaid Hasbullah berkata, selain aktiviti tersebut, pihaknya turut mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk. Katanya, usaha tersebut dikendalikan oleh penuntut kejururawatan Kolej Universiti Shahputra (foto). Pihak lain yang turut terlibat menjayakan program itu ialah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Jabatan Belia dan Sukan Pahang dan juga Sekolah Kebangsaan Cherating. Info Siber

[Syabas dan tahniah kepada pihak yang berkenaan atas iniseatif yang baik seperti ini. Sewajarnya rakyat yang miskin dan susah perlu dibantu tanpa membezakan fahaman politik masing-masing. Inilah yang sewajarnya dilakukan oleh pihak kerajaan jika mahu UMNO terus mendapat tempat dihati rakyat. Langkah yang dilakukan oleh NGO seperti GPMS ini wajar dipuji kerana mereka lebih prihatin dalam membantu rakyat biarpun bukan dilandasan politik kepartian sebenarnya. Sepatutnya, perkara yang sama dilakukan oleh mana-mana pemimpin politik baik kerajaan mahu pun pembangkang mulai sekarang. Rakyat haruslah dilayan secara adil dan saksama tanpa ada "double standard". Tanpa mereka siapalah kerajaan itu, kerana rakyat adalah penentu segalanya. Semoga aktiviti seperti ini dapatlah diteruskan pada masa yang akan datang. Rakyat Hakim Negara !!].

Share:

9 ulasan:

  1. GPMS alat Umno di KIPSAS

    BalasPadam
  2. Bagi aku baguslah kita buat lagi banyak program macam ni tak kira mana2 pahaman politik. aku pernah jadi sukarela bagi 'habitat for humanity' & puas hati bila dapat tolong pasang bumbung rumah orang...haha

    lagi elok kalau kita mula tarik pelajar2 sekolah menengah supaya didedahkan kepada budaya sukarelawan sambil menghindarkan mereka drpd terlibat dgn gejala sosial yg atau budaya melepak.

    BalasPadam
  3. Bukan gambar Baharudin tersebar Gambar dan video yang tersebar dalam media sosial bukan gambar Allahyarham Baharudin Ahmad, pemandu teksi yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung, semasa menyertai perhimpunan haram di ibu negara, Sabtu lepas.
    Dalam satu kenyataan hari ini, Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata keputusan itu adalah hasil siasatan bagi mengenal pasti gambar dan video itu.

    "Pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan gambar dan video di dalam media sosial untuk memberi gambaran bahawa seorang anggota perhimpunan yang kelihatan terbaring dan sesak nafas di atas jalan raya merupakan Baharudin," katanya.
    Kenyataan itu turut mengepilkan gambar sebenar Baharudin.

    Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh sebelum ini berkata, Baharudin, 59, meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan bukannya berpunca daripada gas pemedih mata seperti didakwa pihak tertentu.
    __________________________________

    Tak sangka hati budi para pemuja dan pencacai Anwar begitu HITAM dan BUSUK!
    BUSUK!
    BUSUK!
    BUSUK!

    BalasPadam
  4. Tok Malim:-
    Hang ni Otak Bebal.....la
    Pi Makan Kismis Jampi Habuan 3 Kilo Baru Otak Open Minded Sikit Kot......

    Sekali Sekala Senang Senang Layarilah ..http://www.papagomo.com/

    Right Is Right

    BalasPadam
  5. Tok Malim pondan tak genap bulu ketiak. Diulang, TAK GENAP BULU KETIAK!

    BalasPadam
  6. GPMS jelas x profesional, nampak sgt memihak UMNO setiap kali ada isu berbangkit. Bila berdemonstrasi jalanan xde pulak yg ditangkap tu... anak emas kerajaan kot?

    BalasPadam
  7. aku berharap....suatu hari nanti...org melayu berperang sesama sendiri............doa doakan la...

    BalasPadam
  8. blog korang x laku ke sampai promote kat sini totok umno.berjaya aku menganggu tumpuan korang sampai bulu ketiak aku pun jadi masalah korang.hahahaha

    BalasPadam
  9. Khamis depan, rakyat Malaysia berpeluang mendengar maklumat secara langsung daripada peguam Perancis bahawa "lebih besar" komisyen dibayar oleh pegawai kerajaan "peringkat amat tinggi" di Malaysia dalam pembelian dua kapal selam pada 2002

    Di Pulau Pinang, Peguam William Bourdon dijadual mendedahkan perjanjian dengan syarikat Perancis DCNS dalam acara kutipan dana yang digelar 'Ops Scorpene'.

    Gabriel (lihat gambar) mendakwa, bukti baru ditemui bahawa komisyennya "lebih besar" daripada sebelumnya dibayar kepada syarikat perunding Malaysia Perimekar Sdn Bhd.


    komisen yg lebih besar ? hehe kita tunggu minggu depan,adakah bik mama dapat beli cincin tersebut dari duit rakyat yg telah ditipu Najis dari hasil penjualan kapal selam yg tak bley selam nih kah kah kah

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.