script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Parti KITA Intai Untuk Letak Calon Bertanding Di Sepuluh Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Pada "Pilihan Raya Umum" Akan Datang !

JERANTUT, 16 Julai - Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA) bakal meletakkan calonnya di 10 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Pengerusi KITA Pahang, Mohd Nor Jaafar (foto) berkata beliau sedar partinya masih terlalu mentah untuk berhadapan dengan pilihanraya."Ramai dikalangan rakyat masih belum mengenali hala tuju dan perjuangan KITA yang sebenarnya. Misi dan visi KITA samalah dengan apa yang diperjuangankan oleh Pakatan Rakyat selama ini. Kami mempunyai pendirian yang sama seperti yang diperjuangkan oleh pembangkang di negara ini. Maka itu, kami bersedia untuk mewujudkan persefahaman dalam menghadapi UMNO BN pada PRU-13 akan datang", katanya. Mohd Nor adalah merupakan bekas pemimpin PKR Pahang yang telah meninggalkan parti itu bagi menyertai Datuk Zaid Ibrahim bersama KITA. "Setakat ini KITA sudah mengenalpasti beberapa orang calon yang sesuai untuk diketengahkan. Calon terbabit adalah anak tempatan yang pastinya banyak menyumbang jasa kepada masyarakat dan dikenali ramai. Itulah kriteria yang KITA utamakan", tambah beliau lagi. Ketika ditanya apakah KITA akan berhadapan pertandingan tiga penjuru di kawasan DUN yang dipilih itu nanti. Mohd.Nor menegaskan bahawa KITA sebolehnya tidak mahu pertembungan tiga penjuru."Saya telah berbincang dengan pimpinan Pakatan Rakyat Pahang, terutamanya dari PKR untuk memberi ruang kepada pertembungan satu lawan satu dengan BN. Jika Pakatan Rakyat berangan-angan mahu merampas Wisma Sri Pahang, maka mereka perlu pertimbangkan perkara ini. Memang benar, KITA adalah parti baru yang kurang dikenali tetapi faktor calon tidak wajar diperlekehkan. KITA boleh menjadi penentu parti mana yang bakal menubuhkan kerajaan andai kami menang dibeberapa buah DUN terbabit", tambah beliau lagi.


Mohd Nor bersama Zaid ketika majlis pelancaran parti KITA di Jerantut
Beliau tidak menolak kemungkinan untuk berunding dengan Pakatan Rakyat ke arah mewujudkan kesefahaman menentang BN. "Seboleh-bolehnya KITA mahu mengelakkan pertembungan tiga penjuru, namun jika ditakdirkan ianya berlaku maka apa yang boleh dibuat lagi. Misalnya, saya sendiri mungkin akan bertanding tiga penjuru di DUN Damak pada PRU-13 nanti", katanya. Berdasarkan kepada sejarah terdahulu, Mohd Nor ternyata berjaya mengurangkan majoriti undi BN di DUN Damak hingga ke paras tidak lebih dari 600 undi pada PRU-12 lalu. Ketika itu beliau mewakili PKR bertanding tiga penjuru di DUN itu. Kini apakah senario yang sama bakal berulang lagi?. Difahamkan, selain DUN Damak, KITA turut mengintai untuk meletakkan calonnya di DUN Semambu, DUN Luit, DUN Cheka dan DUN Mentakab. Namun segalanya masih dalam perbincangan lagi.

[Nampaknya, kemeriahan PRU-13 bakal dihangatkan lagi dengan kehadiran parti KITA nanti. Namun, harus diingat jika benar KITA mahu meletakkan calon mereka maka sudah sewajarnya KITA perlu menggiatkan promosi agar parti itu lebih dikenali oleh rakyat. Buat masa ini, rakyat masih menaruh kepercayaan kepada parti yang sudah lama bertapak seperti UMNO, PAS, PKR, DAP, MCA, MIC dan sebagainya. KITA perlu memperbanyakkan agenda dan aktiviti mereka agar diterima oleh rakyat. Langkah meletakkan calon tanpa melihat peluang pasti akan menyebabkan KITA terperangkap. Tambahan pula, jika ditanya kepada majoriti rakyat mereka masih tidak jelas dengan perjuangan KITA dan menganggap parti itu adalah untuk golongan orang yang kecewa seperti Datuk Zaid Ibrahim. Ia berbeza dengan parti PKR yang diterima rakyat atas faktor simpati atas kezaliman yang dilakukan oleh Mahathir terhadap Datuk seri Anwar Ibrahim.KITA mungkin akan menjadi seperti Semangat 46 yg dimpimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah dulu. Parti isu diasaskan atas dasar kekecewaan Ku Li akibat kekalahan kepada Mahathir dalam merebut jawatan Presiden UMNO pada pemilihan tahun 1988 dulu. Akhirnya S46 tumbang dimamah usia dan kesemua pemimpin dan ahli mereka kembali menyertai UMNO seperti Ku Li sendiri, Rais Yatim, Shabery Chik dan ramai lagi. Lantaran itu, kehadiran parti KITA mungkin dianggap enteng oleh BN mahupun pembangkang, pun begitu mereka boleh memastikan kekalahan dan kemenangan calon yang bertanding jika undi pecah di situ].
Share:

5 ulasan:

  1. Semuga rakyat dapat yang terbaik.

    Boleh tak saya bertukar bloglist dengan Pahang Daily Online ?
    Saya adalah blogger dari Jerantut,Pahang

    Ini link URL saya

    http://www.miecyber.com

    BalasPadam
  2. bagus...kurang lagilah jawabnya undi beend...bagus...kita tolong promote pun ok ni..

    BalasPadam
  3. Khamis depan, rakyat Malaysia berpeluang mendengar maklumat secara langsung daripada peguam Perancis bahawa "lebih besar" komisyen dibayar oleh pegawai kerajaan "peringkat amat tinggi" di Malaysia dalam pembelian dua kapal selam pada 2002

    Di Pulau Pinang, Peguam William Bourdon dijadual mendedahkan perjanjian dengan syarikat Perancis DCNS dalam acara kutipan dana yang digelar 'Ops Scorpene'.

    Gabriel (lihat gambar) mendakwa, bukti baru ditemui bahawa komisyennya "lebih besar" daripada sebelumnya dibayar kepada syarikat perunding Malaysia Perimekar Sdn Bhd.


    komisen yg lebih besar ? hehe kita tunggu minggu depan,adakah bik mama dapat beli cincin tersebut dari duit rakyat yg telah ditipu Najis dari hasil penjualan kapal selam yg tak bley selam nih kah kah kah

    BalasPadam
  4. PR memang bangang bin bahlul bin baghal......

    Orang minta video tu bagi sajalah.
    Nak upload dari youtube tu gambar lakonan orang PR mati hidup semula bolehlah..... + pompuan kelentong nangis gila lagi. Podah....ngalah gambar hindustan........

    BalasPadam
  5. “Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreevenasan sendiri mengaku kepada media bahawa pergerakan tersebut menerima pembiayaan daripada dua buah organisasi yang berpusat di Amerika Syarikat.
    Kedua-dua organisasi berkenaan, iaitu National Democratic Institute (yang dibiayai National Endowment for Democracy, Amerika Syarikat) dan Open Society Institute yang dimiliki George Soros, telah menyalurkan sejumlah wang yang tidak diketahui jumlahnya kepada BERSIH.
    “Badan-badan pemikir dan kumpulan-kumpulan perisikan Amerika itu kesemuanya berpangkalan di Amerika Syarikat, dan sentiasa dikaitkan dengan agenda Amerika dalam usaha mempengaruhi Dasar Luar Amerika Syarikat.
    Badan-badan tersebut juga bergerak mempengaruhi pandangan dunia terhadap beberapa orang pemimpin negara lain.
    “Gerakan mempengaruhi tanggapan ini dilakukan secara aktif melalui kaedah membiayai pergerakan-pergerakan pembangkang menerusi kebangkitan revolusi warna, yang seterusnya akan membawa kepada pelantikan pemimpin-pemimpin yang bersedia bersekutu dan mempunyai tanggapan positif terhadap establishmen Anglo-Amerika dan petualang-petualang korporat antarabangsa”, katanya.
    Menurutnya rekod penglibatan Soros di Malaysia sudah bermula sejak tahun 1990-an lagi, ketika Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia.
    Ketika itu, Soros berperanan meranapkan ekonomi Malaysia dalam krisis ekonomi 1997, dengan harapan Dr Mahathir berundur dari jawatan PM dan Anwar Ibrahim merangkap Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan akan segera mengisi jawatan nombor satu di Malaysia.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.