
KUANTAN, 31 Julai - Lebih daripada seribu orang telah hadir ke program Pesta Durian 2011 anjuran PAS cawangan Kg.Panching, dekat sini malam tadi. Program yang diadakan di Pasti PAS berhadapan Restoran Hjh.Rokiah, Jalan Sungai Lembing itu sudah masuk musim keenam dan bukan sahaja dihadiri oleh penduduk setempat malahan juga dari kawasan sekitarnya. Berbagai acara menarik telah diadakan termasuk meneka ulas durian, cekoh durian, durian terbaik, durian terberat, teka rambutan, mewarna, cabutan bertuah dan sebagainya. Acara kemuncak ialah orang ramai dijemput menikmati jamuan makan durian secara beramai-ramai. Kemeriahan jelas terasa bila pengacara majlis, Ustaz Tarmizi mengumumkan nama-nama pemenang cabutan bertuah. Berbagai hadiah menarik seperti hamper dan barangan lain menjadi rebutan. Program telah dirasmikan oleh oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Paya Besar, Ustaz Yusof Embong. Program yang bermula jam 9.00 malam itu berakhir sekitar jam 11.30 malam. Turut hadir ialah beberapa orang pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk Hj.Zahari Mamat (Ketua Cabang Paya Besar) dan pakatan rakyat yang lain. Pihak polis juga telah memberikan kerjasama menjaga lalu lintas. Akibat terlalu ramai yang hadir, beberaa insiden sampingan turut terjadi termasuk ada dikalangan mereka yang telah alami pitam akibat kesesakan.


Salah satu dari acara yang dipertandingkan pada program malam tadi


Sebahagian daripada orang ramai yang telah luangkan masa untuk hadir


Orang ramai yang hadir berpusu-pusu mengisi borang cabutan bertuah

Pengerusi, Ustaz Tarmizi dengan YDP PAS Paya Besar Ustaz Yusof Embong


Peraduan mewarna kanak-kanak yang diadakan turut mendapat sambutan


Ustaz Yusof menyampaikan hadiah kepada para pemenang cabutan bertuah


Orang ramai berpusu-pusu menyerbu kaunter untuk mendapatkan durian
[Tiada ceramah diadakan, cuma pengumuman yang dibuat diselang seli dengan lagu nasyid bagi memeriahkan keadaan. Apapun, syabas dan tahniah kepada pihak penganjur atau usaha murni mereka sehingga terjayanya program seperti ini. Semoga apa yang dijalankan ini dapat diikuti oleh pihak lain. Rakyat disatukan tanpa membezakan kaum dan fahaman politik masing-masing. Misalnya, kehadiran malam tadi juga melibatkan kaum India dan Cina. Paling menarik ramai juga ahli dan penyokong UMNO BN yang turut mengambil kesempatan untuk hadir ke program itu malam tadi. Orang ramai ternyata seronok bersama program itu. Semoga program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang].


Salah satu dari acara yang dipertandingkan pada program malam tadi


Sebahagian daripada orang ramai yang telah luangkan masa untuk hadir


Orang ramai yang hadir berpusu-pusu mengisi borang cabutan bertuah

Pengerusi, Ustaz Tarmizi dengan YDP PAS Paya Besar Ustaz Yusof Embong


Peraduan mewarna kanak-kanak yang diadakan turut mendapat sambutan


Ustaz Yusof menyampaikan hadiah kepada para pemenang cabutan bertuah


Orang ramai berpusu-pusu menyerbu kaunter untuk mendapatkan durian






Bergasok derian weh...
BalasPadamMinyak urut yang disenaraikan dibawah merupakan minyak-minyak yang terhebat untuk mengurut bagi memanjangkan dan membesarkan zakar lelaki. Penggunaan yang berterusan dan berdisiplin mampu memberikan kesan pemanjangan dan pembesaran zakar lelaki lebih cepat dan ketara. Kaedah urutan yang betul mampu memberikan zakar lelaki lebih sihat dan bertenaga. Selain itu, ia mampu menghilangkan lendir-lendir dibahagian zakar yang menganggu prestasi zakar lelaki. Ianya juga memberikan kelancaran perjalanan darah keseluruh zakar dengan baik seterusnya meningkatkan fungsinya. Selain itu, ada juga disenaraikan krim-krim atau produk untuk kesegaran & kewangian zakar lelaki. Selamat meneliti, ;)
BalasPadamSatu aktiviti yang baik dalam usaha mendekati rakyat dan penyokong PAS. Namun sebagaimana matlamat parti PAS itu yang seiring dalam menegakkan syariat Islam, maka pesta durian 2011 ini perlulah dijadikan satu pengajaran agar pada masa akan datang tidak ada lagi percampuran dan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita ketika sedang asyik untuk menikmati durian yang enak belaka. Alangkah eloknya jika diasingkan pengunjung wanita dengan lelaki pada program tersebut supaya menampakkan kekonsistenan dan kesungguhan PAS memartabatkan agama Islam di dalam perjuangannya. Tetapi jika beginilah keadaannya (seperti dalam gambar) tiada bezanya antara Pesta Durian PAS dengan Jom Heboh TV3. Wallahu A'lam....
BalasPadamSelamat berjaya kepada PAS Cawangan Kg. Panching....ahli UMNo akan beransur-ansur menyokong PAS sehinggalah UMNO hanya tinggal bendera sahaja....
BalasPadamDurian punya pasal..lupakan dulu beza UMNO dan PAS...sama-sama menikmati raja buah.
BalasPadam