KUANTAN, 15 Julai - Orang ramai adalah dipelawa menyaksikan Karnival Gempaq Motor Pahang 2011 di Stadium Tertutup Sukpa, Bandar Indera Mahkota dekat sini esok (16 Julai). Program sehari itu akan dirasmikan pada jam 8.00 pagi oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob (foto). Berbagai aktiviti menarik disediakan termasuk Sprint Test Motosikal dan Kereta, Persembahan Artis (Ramli Sarip), Free Style Motosikal, Indoor Game (Dart), Sepak Raga Bulu Ayam, Target Shooting (Paintball) dan lain-lain. Disamping itu, cabutan bertuah juga disediakan dimana penganjur menyediakan dua buah motosikal, telefon bimbit dan barangan elektrik. Semua belia yang menunggang motosikal adalah dijemput hadir. Masuk adalah percuma dan T-Shirt disediakan bagi pendaftaran awal. Program ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Pahang dibawah Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan Bukan Kerajaan Pahang dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Pahang.
Tiga saudara maut disambar petir dibawa pulang ke Semporna
-
SERDANG – Jenazah tiga saudara yang maut selepas disambar petir ketika
membaiki kereta di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang petang semalam dijangka
dibawa...
Sejam yang lalu





