script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Majlis Peguam 'Tampil' Dengan Pengakuan Saksi Membuktikan Gas Pemedih Mata Dan Meriam Air Telah Pun 'Di Lepaskan' Ke Hospital Tung Shin !!

KUALA LUMPUR 13 Julai - Walaupun Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai bertegas menafikan polis melepaskan gas pemedih mata dan memancutkan air berkimia ke Hospital Tung Shin pada perhimpunan Sabtu lalu, pasukan pemantau Majlis Peguam semalam tampil dengan pengakuan lebih ramai saksi berhubung apa yang sebenarnya terjadi. Hasil kompilasi daripada 100 pemerhatinya sepanjang perhimpunan itu, Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee (foto) berkata polis didapati melepaskan gas pemedih mata dan meriam air secara sembarangan dan berlebihan ke atas rakyat yang berhimpun dengan aman. Air berkimia yang dipancutkan oleh polis, kata Lim pada sidang medianya di pejabat Majlis Peguam di Kuala Lumpur turut dihalakan ke perkarangan Hospital Tung Shin, dan menurut beberapa saksi, kanister gas pemedih juga dilemparkan ke kawasan hospital. Beliau juga menayangkan visual yang dirakamkan oleh seorang pemerhati yang menunjukkan hospital itu dijadikan sasaran tembakan meriam air semasa perhimpunan berkenaan pada Sabtu lalu.

[Nampaknya isu ini semakin panas bila Majlis Peguam pula campur tangan. Namun, pihak terbabit ada hak untuk memberi kenyataan terbuka kerana mereka menghantar wakil bagi memantau perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan baru-baru ini. Pihak polis mungkin mempunyai bukti termasuk rakaman video berkaitan untuk menafikan tindakan tersebut. Namun, apakah rakyat boleh percaya dengan pendedahan video itu?. Apatah lagi bagi mereka yang berada di lokasi yang berkenaan. Sepatutnya, pihak hospital awal-awal lagi menutup pagar dan tidak membenarkan premis mereka dijadikan lokasi perlindungan mana-mana pihak. Inilah yang memungkinkan ada gas dan meriam air yang akhirnya dihalakan ke bangunan tersebut. Soalnya, siapakah yang harus dipersalahkan? Pihak polis, peserta demo atau pengurusan hospital. Semoga isu ini dapat selesai dengan sebaik mungkin].
Share:

5 ulasan:

  1. TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC

    1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

    2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

    3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

    4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

    5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

    6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

    7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

    8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

    9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

    10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

    11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

    12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

    13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

    14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

    Inilah perjuangan Ambiga yang sedang mendapat sokongan daripada orang Islam PAS dan PKR di dalam Negara kita hari ini. Kalau inilah yang kita mahukan,marilah kita menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi kepada Ambiga dan IFC.Maruah Melayu Islam di bawah tapak kaki si Hindu Ambiga!
    By: Abdul Shukur Mohamad....mari kita sokong ramai.....2...caya la ambiga wa tabik lu....

    BalasPadam
  2. Gaduh-gaduh juga....hari ini jangan lupa.....

    4D JACKPOT
    Jackpot 1
    RM 9,767,155.21....jom kiter try sama2

    BalasPadam
  3. kalo dah anjing tuh,mesti menipu je kejenya polis nih

    BalasPadam
  4. itu tuntutan IFC. x de orang yang sokong. orang PAS bantah awal2 lagi. ini tuntutan BERSIH. cerita lain wehhh.. kalau kerajaan naikkan minyak petrol RON 95 kepada RM 95 seliter, ambiga bantah, takkan orang PAS tak sokong ambiga.. nak cerita tengok kes laa...

    BalasPadam
  5. biasa la dah takde fakta nak membantah,camtuh la pencacai umPORNO

    nak kate bodoh,mmg bodoh pun..ambiga wat camtuh sebab perlembagaan Malaysia yg membenarkan sesiapa berumur 18tahun ke atas boleh menukar agama,sape yg gubal undang2 nih kalo bukan umPORNO,tapi tak ditentang pula perlembagaan tuh,tak ke munafik pencacai umPORNO nih

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.