script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kontroversi Di "Perhimpunan Bersih", Wajarkah Keseluruhan "Institusi Polis" Itu Di Persalahkan Gara-Gara Kesilapan Beberapa Anggota Mereka !!

Rakyat sewajarnya tidak terus menjatuhkan kesalahan atas bahu anggota polis dalam beberapa insiden panas yang berlaku ketika perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara Sabtu lalu. Ini kerana, mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab atas arahan yang telah diberikan. Maka sewajarnya sebagai penjawat awam, pihak polis terpaksa melakukan tindakan sekiranya mendapati keselamatan dan ketenteraman awam terancam. Memang benar, peserta Bersih 2.0 menjatuhkan kesalahan sepenuhnya atas bahu polis kononnya mereka bertindak kasar, biadap, kejam dan keterlaluan kepada orang ramai yang terlibat dengan perhimpunan tersebut. Namun, dalam masa yang sama rakyat juga harus sedar dengan tanggungjawab pihak terbabit dalam memastikan keamanan dan kedaulatan negara tidak tercemar. Rakyat boleh berhimpun tetapi pihak polis juga ada hak menjalankan tugas mereka. Tambahan pula, bila diwar-warkan ia adalah "perhimpunan haram" tanpa permit dan sebagainya. Memang benar, mungkin ada seorang dua yang bertindak keterlaluan terhadap mereka. Namun, apakah kesalahan itu boleh diletakkan kepada keseluruhan institusi polis itu sendiri. Bukankah, pihak polis juga ada banyak jasa dan sumbangan terhadap rakyat itu sendiri. Mungkin ada beberapa tindakan peserta demontrasi terbabit yang bersikap keterlaluan dan sengaja menimbulkan provokasi yang mengundang kemarahan beberapa orang anggita polis yang bertugas. Sesiapa pun akan menjadi marah dan hilang pertimbangan jika maruah mereka dicabar sebenarnya. Oleh itu, tidak perlulah isu ini terlalu diperbesarkan, kerana akhirnya rakyat akan berhadapan semua dengan pihak polis pada bila-bila masa andai mereka berhadapan dengan berbagai kes jenayah dan sebagainya.


Bukti, rawatan kesihatan dan ruang solat turut disediakan kepada peserta
Peserta diambil keterangan dan diberikan jamuan makan ketika ditahan

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sendiri juga mengadu kepada polis
Kepada siapa lagi mereka harus melaporkan kejadian dan musibah yang melanda, jika institusi polis itu terus dimusuhi oleh rakyat. Amatlah tidak wajar "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga". Apa yang berlaku hari ini, seolah-olah rakyat menjadi polis itu sebagai musuh yang perlu ditentang, sedangkan jika berlaku sesuatu kejadia tidak dingini ke atas diri mereka maka Balai Polis itu jugalah yang menjadi tempat mereka mengadu. Oleh itu, bersikap rasional dalam mengeluarkan kenyataan dan tindakan agar hubungan antara polis dan rakyat itu dapat dipertahankan sampai bila-bila. Mereka bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat tanpa mengira masanya.
[Kami juga bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (foto) bahawa tindakan akan diambil terhadap anggota polis yang didapati menyalahi Prosedur Pelaksanaan Standard atau SOP ketika bertugas pada perhimpunan haram, Sabtu lalu. Ketika memberi jaminan itu, beliau berkata, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan itu jika ada laporan dan bukti. Bagaimanapun, beliau yakin anggotanya menjalankan tugas mengikut prosedur ditetapkan. Beliau juga berjanji akan mengkaji keruhan operasi polis semasa Himpunan Bersih 2.0. Namun begitu beliau percaya memang pihak polis telah melakukan tugas dengan betul dan sekiranya ada satu atau dua yang bertindak diluar arahan maka tindakan akan dikenakan selepas laporan terperinci diterima olehnya. Ikuti laporan Buletin Utama TV3 tentang kenyataan ini semalam. Polis telah berjaya mengawal kekecohan yang disebabkan peserta perhimpunan. Biarpun ianya dilihat kejam di mata peserta perhimpunan, mereka juga manusia yang tidak terlepas melakukan kesilapan jika menghadapi provokasi melampau. Tanggungjawab menjaga keselamatan dan keamanan negara].
Share:

21 ulasan:

  1. Pahang dah buta dan naive?

    Walaupun kawan (dan bukan kamu) yg kena injak oleh 5/6 org p adakah kamu ada selera utk makan apa yg p beri? Apatah lagi agaknya kalau kamu sendiri yg kena injak.

    Alahai gambar tu utk public relations aje, istilah sebenarnya ialah memenuhi kehendak "police whitewash".

    Entah-entah mereka tu (bangla pun x mustahil) telah dibayar utk berlakun. Kamu nampak ke muka mereka?

    Buat apa lah kita nak siar berita spt ini yg keikhlasan beritanya amat mencurigakan?

    Kamu x turun pd b2, jauh sekali kena injak kan?

    Maaf bahasa yg agak pedas tetapi saya tidak mahu berkompromi dlm memerangi kemungkaran. Byk lg benda yg p buat yg kita x tahu.

    Mengikut sunnah ada 3 tahap melawan kemungkaran, ikut tertib mulut, tangan dan pedang.

    X kurang dpd 30 thn p masih cuba nak lawan tapi mulut masih gagap nak bersuara. Masih kita nak kata, "eh idak... bukannya semua" selepas lebih 30 thn? Dgn itu langsung x ambil pot lah kita kpd bab tangan dan pedang.

    Maka kita lihat saja lah pd hasilnya yg ada skg.

    V

    BalasPadam
  2. ala.........kalau aku polis pun aku belasah cukup2 padan muka...tak de kerja lain ka nak buat.......bodoh banggang....tembak je polis.....apa pduli...kalau dah maki2

    BalasPadam
  3. 2 mentality org bodoh...nak kontrol rakyat pun ade cara baikkk ...selagi rakyat xmenyerang polis dlm bntuk fizikal, xpayah la p terajang deorg...where human right??.....korang xde hak pukul rakyat....

    lgkan perompak, selagi de x menembak, kita dilarang tmbk.....ni kan lagi rakyat biasa yg hanya bercakap guna mulut je...xpyh nak pukul2 la siallll...ptuihhhh

    BalasPadam
  4. polis yg memusuhi rakyat, x der polis lebih baik

    BalasPadam
  5. Ya, kita kena demonstrasi,utk mengambil alih kuasa.Lepas tu kita kongsi kuasa dengan LD,bagi depa tu kuasai kuasa pula selepas kuasai ekonomi.Gulungan LD misti di nobatkan sebagai tuan kita.Tengok di Kedah Azizan dah langar pantang larang LD,tak kasi pusat hiburan buka bulan puasa,sekarang Azizan panas buntut kena belasah dek mereka.Nanti NA akan keluar fatwa,pusat hiburan utk org bukan Islam boleh di buka,kalau tidak macam mana LD nak kaya raya.Azizan sure nonong je ikut fatwa NA nanti.KS belum keluar lagi kata-kata keramat yg menakutkan 'langkah mayat aku dulu sebelum.....' Tobat Pas tak dapat laksana Islam sampai bila pun.

    BalasPadam
  6. Bila UMNO nak laksana Islam sepenuhnya? Skrg geng UMNO asyik serang PAS isu negara Islam. Konon macam prihatin. Yg UMNO dah memerintah lebih 50 tahun ni bila pulak? Takkan berbangga setakat Bank Islam, Universiti Islam saje?

    Bila PAS nak laksana Islam di Kelantan dan Terengganu dulu, UMNO lah yg lebih dulu menentang (bukannya MCA, DAP, MIC ataupun Yahudi... UMNO yg dulu). Dulu pantang sebut hudud, mulalah Tun Mahathir gila meroyan, merapu, menghina x pepasal. Pemimpin UMNO yg lain pun angguk senada je belaka.

    BalasPadam
  7. NAK TUKAR KALER NAMPAK.....

    BalasPadam
  8. Orang tak janji apa-apa,awak yg beria-ria berjanji.

    BalasPadam
  9. politik Malaysia,polis terpaksa bertindak seperti anjing kerana BABI-BABI atasan memberi perintah

    di kandang2 babi,anjing yg memberi perintah kepada BABI-BABI pula

    BalasPadam
  10. kalau utusan malaysia yang keluar artikel macam ni aku x heran tapi pdo?kita x salahkan semua polis tapi mereka yang memukul pendemo atau orang awam x wajar terlepas daripada hukuman.bukti dah ada dan kita semua tengok dengan jelas x ada sebarang provokasi tapi polis yang provokasi mereka.
    tergamak PDO menyalahkan pendemo.cuba kau tanya soalan tu katb keluarga allahyarham baharuddin ahmad dan mereka- mereka yang kena pukul.takkanlah seorang dua je yang terlibat.
    kebiasaan yang memihak kepada kerajaan BN,kita dapat tengok tak lama lagi lompat partilah seseorang t.banyak dah kes macam tu.
    ramai yang sakit hati baca artikel ni PDO

    BalasPadam
  11. elok kau tarik semula artikel ni dan minta maaf.siapa yang menafikan jasa polis.yang baik-baik tu kita hormat tapi yang pukul orang tanpa sebab takkan nak bela ikut.hari ni dalam media dilaporkan 700 anggota polis yang terlibat memukul pendemo ketika demonstrasi di mesir di buang kerja.orang mesirpun x suka polis pukul orang?kau nampak x.jangan buat cerita tanpa mempertimbangkan perasaan mereka yang teraniaya.ada paham pdo

    BalasPadam
  12. ingat PDO.ramai yang boleh mohon jawatan polis kalau mereka dibuang.kita boleh dapat polis yang bersih,cekap dan amanah.kes ini akan jadi pengajaran kepada polis semua agar x mengampu kerajaan BN ketika menjalankan tugas.Lihat sajalah rahim nor.
    cara PDO tulis macam kena ugut je?betul ke?

    BalasPadam
  13. sman,unopun kalau memerintah 50 tahun lagi belum tentu nak laksana hukum hudud.

    BalasPadam
  14. seekor kerbau membawa lumpur(...)semuanya terpalit.(sembelih kerbau tu..)kerana nila (...)setitik rosak susu sebelanga.(buang nila tu..)hi!hi!.PDRM tak jahat,cuma segelintir orang dlm PDRM.Dlm setandan buah tu kadang kadang ada sebijik dua yang rosak(buang buah yg rosak tu..)hi!hi!

    BalasPadam
  15. Benarkan pusat hiburan beroperasi semasa Ramadan – DAP
    15/07/2011 9:59pm

    KUALA LUMPUR 15 Julai – DAP hari ini meminta kerajaan negeri Kedah yang diterajui Pas supaya menarik balik larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang bulan Ramadan nanti, yang dikeluarkan kerajaan negeri itu mengikut mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

    Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, kerajaan negeri Kedah tidak boleh bertindak sendiri dan membuat keputusan yang memberi kesan terhadap parti-parti komponen lain dalam pakatan pembangkang.

    "DAP sedar mengenai keperluan pelbagai komuniti berbeza dalam negara dan akan berjuang untuk hak mereka, sebagaimana yang dilaksanakannya sejak dahulu, lama sebelum pilihan raya pada 2008 lagi,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

    Beliau berkata, DAP tidak akan mengetepikan prinsip-prinsip perjuangannya, dan menurutnya, parti itu berada di barisan depan sejak dahulu lagi, menentang hasrat Pas menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

    "DAP memberi jaminan kepada penduduk di Kedah, segala langkah akan diambil bagi memaksa kerajaan negeri menarik balik keputusan itu. Pakatan Rakyat tidak boleh mempunyai dasar-dasar yang menyisih penyokongnya.

    “Sebarang keputusan kerajaan negeri tidak seharusnya menjejaskan kaum bukan Muslim. Sebarang undang-undang kecil yang mendiskriminasi kaum bukan Muslim adalah bertentangan dengan perlembagaan,” katanya.

    BalasPadam
  16. Tahniah khas buat PAS
    DAPHUAKHBAR!
    DAPHUAKHBAR!
    DAPHUAKHBAR!
    Agaknya ini takbir terkini PAS!

    Friday, July 15, 2011 11:31:00 PM
    Anonymous Anonymous said...

    anon 11.31

    satu lagi takbir terkini PAS & PKR

    AMBIGAHUAKHBAR!
    AMBIGAHUAKHBAR!
    AMBIGAHUAKHBAR!

    dan utk Tok Malim juga..

    Friday, July 15, 2011 11:41:00 PM

    BalasPadam
  17. SPRM digesa siasat dakwaan Rosmah beli cincin RM24j


    Sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia cawangan Pulau Pinang berhubung dakwaan pembelian sebentuk cincin oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor

    Ketua SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata beliau juga akan menyerahkan salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga RM24.4 juta itu bebas daripada dikenakan cukai import.

    Menurut Badrul, yang popular dengan panggilan Chegubard, berdasarkan maklumat yang diterima SAMM pada 16 April lalu, berlian yang dikenali sebagai“Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

    Harga barangan itu diletakkan pada RM24,458,400, dakwanya.

    Antara maklumat tertera pada cetakan komputer itu adalah:


    Nama Barangan: Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond
    Nama Pengekspot: Jacob & Co dari New York
    Nama Pengimpot: Datin Seri Paduka Rosmah Mansor dan Jeremi Beh Sin Tee
    Tarikh Impot: 6-04-2011
    Tempat Impot: KLIA



    "Kita mendesak SPRM untuk tampil menyatakan hasil siasatan mereka kepada umum kerana ini melibatkan bukan sedikit jumlah wang rakyat Malaysia."

    "Ini mengingatkan kita kepada negara jiran kita yang pernah dihancurkan oleh seorang wanita pertama yang bernama Imelda Marcos. Kita tidak mahu negara kita jadi begitu.

    “Cukuplah rakyat yang terseksa. Kita tidak mahu orang yang bernama sebagai wanita pertama bersikap sedemikian rupa." tambahnya.


    "Jacob & Co merupakan sebuah syarikat yang berpengkalan di New York. Beberapa barang keluarannya yang terpapar dalam web sitenya, kita dapat padankannya dengan beberapa perhiasan yang sering dipakai oleh Rosmah Mansor," katanya.

    Beliau juga mempersoalkan bagaimana pengimport cincin berlian itu mendapat pengecualian cukai bagi membawa masuk perhiasan itu.

    "Adakah suami individu yang dinamakan di atas menggunakan kuasanya sebagai Menteri Kewangan untuk memperolehi cukai kosong itu?" soalnya.



    tu dia bik mama bini Najis,rakyat disuruh makan ubi kayu,guna pelita

    laki bini tibai duit rakyat,korg pencacai umPORNO dpt sehelai kain pelikat dan rm20 tersenyum bangga :)

    BalasPadam
  18. Maruah Tok guru dah tercemar angkara polis umno porno menangkap tuan guru hadi..Ayuh kita bnagkit semua lawan kemungkaran..!!!

    BalasPadam
  19. Khamis depan, rakyat Malaysia berpeluang mendengar maklumat secara langsung daripada peguam Perancis bahawa "lebih besar" komisyen dibayar oleh pegawai kerajaan "peringkat amat tinggi" di Malaysia dalam pembelian dua kapal selam pada 2002

    Di Pulau Pinang, Peguam William Bourdon dijadual mendedahkan perjanjian dengan syarikat Perancis DCNS dalam acara kutipan dana yang digelar 'Ops Scorpene'.

    Gabriel (lihat gambar) mendakwa, bukti baru ditemui bahawa komisyennya "lebih besar" daripada sebelumnya dibayar kepada syarikat perunding Malaysia Perimekar Sdn Bhd.


    komisen yg lebih besar ? hehe kita tunggu minggu depan,adakah bik mama dapat beli cincin tersebut dari duit rakyat yg telah ditipu Najis dari hasil penjualan kapal selam yg tak bley selam nih kah kah kah

    BalasPadam
  20. PDO,
    aku rasa xde alasan polis buat kerja xbaik mcm tu.Dulu Rahim Nor buat jahat xngaku...skrg apa jadi dgn dia...xtobat gok.
    Comonlah..polis ni kan makan gaji..dia kene ikut arahan toke dia..toke besar dok opis je..jd dia org ni buat keje mcm tu kerna bos dia dulu2 seme bgitu!
    So harga kerja xbaik rahim dulu,kpn polis akan dibayar cash kpd Najib/BN.
    So tunggu PRU 13..if u all x percaya.

    BalasPadam
  21. BN yang berada dalam kedudukan panik merasakan kerajaannya kini terancam dan tidak mampu berfikir secara jelas lagi, kata anak sulung mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,
    Datuk Paduka Marina Mahathir.

    “Mereka rasa terancam kerana memandang remeh BERSIH pada 2007 dan pada pilihan raya umum 2008 mereka hilang banyak kerusi di parlimen dan dewan undangan negeri. Dan oleh kerana kini dalam keadaan panik, mereka tidak boleh berfikir dengan jelas lagi. Apa di kepala mereka adalah hanya cara untuk menang pilihan raya.

    “Awak boleh dapatkan semula sokongan orang ramai dengan hanya berbaik kepada mereka. Awak tidak boleh dapatkan sokongan dengan bersikap jahat. Awak tak boleh tuduh peserta perhimpunan itu semuanya kumpulan samseng, mungkin ada segelintir. Tetapi bukan semua mereka.

    “Majoriti mereka adalah kumpulan professional. Kumpulan itu adalah berbeza-beza dan ia sebenarnya 1Malaysia, muda, kaya, miskin, setiap bangsa dan agama menyertainya,” kata Marina dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

    “Sekarang kerajaan melabelkan kami dengan pelbagai nama. Biar saya beritahu, mereka kini kehilangan banyak undi.

    Mereka mungkin beranggap mereka telah tewas tetapi biar saya beritahu, sebenarnya banyak yang masih di atas pagar dan sudah tentu (tindakan kerajaan itu) mereka akan menyokong pihak satu lagi. Saya lihat ini jelas dalam media sosial, terutamanya di emel, twitter dan blog,” kata Marina.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.