script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kerajaan Diharap Pastikan Pemasangan Dua Alat Pengesan Radiasi Benar-Benar Berfungsi Dengan Baik Sekiranya Kilang Lynas Itu Beroperasi Kelak

KUANTAN, 12 Julai - Keputusan Lynas Malaysia untuk memasang dua alat pengesan radiasi di kilang memproses rare earth milik syarikat itu di Gebeng diharap dapat meredakan kemarahan rakyat terhadap projek berkenaan. Alat yang dikenali sebagai Environmental Radiation Monitoring System atau Sistem Pemantauan Radiasi Sekeliling, dikatakan bernilai RM1.4 juta. Ia akan di dua lokasi yang ditetapkan bagi membolehkan kadar radiasi direkodkan dan dilihat sendiri masyarakat setempat. Kenyataan mengenai perkara itu telah dibuat oleh Pengarah Urusan Lynas Malaysia, Datuk Mashal Ahmad (foto) kepada media baru-baru ini. Difahamkan, alat yang diimport dari Austria itu dijangka tiba dalam tempoh tiga bulan lagi dan akan dipasang di pejabat Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) yang dibina di tapak itu bertujuan memantau kilang itu. Beliau bercakap kepada media ketika menerima lawatan Ketua Pengarah AELB, Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan ke tapak kilang itu. “Satu unit lagi akan dipasang di lokasi membabitkan penduduk di kawasan ini supaya meningkatkan keyakinan bahawa kilang ini selamat. Mereka juga boleh datang melihat sendiri bacaan radiasi pada alat itu,” katanya. Dalam pada itu, Masyal juga turut menjelaskan bahawa kadar radiasi sebenar yang bakal dihasilkan oleh kilang tersebut bukanlah seperti yang digambarkan, cuma pemasangan alat itu diharap dapat menghilangkan kebimbangan penduduk setempat. Seramai 300 penduduk sekitar Balok tekah dibawa melawat kilang itu untuk memberi gambaran sebenar mengenai pembinaannya termasuk penerangan terperinci. Mashal turut menyampaikan kunci pejabat sementara AELB kepada Ketua Cawangan AELB Zon Timur, Rozman Mohd Tahar khusus untuk pemantauan setiap hari dalam tempoh 24 jam.

[Soalnya sekarang, apakah pemasangan alat itu akan menghilangkan kerisauan rakyat terutamanya mereka yang membantah projek berkenaan selepas ini. Difahamkan beberapa orang pemimpin NGO Save Malaysia telah ke Australia untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat di sana. Namun, segalanya kini bagai sudah tersurat dan sudah pasti kilang Lynas yang bakal beroperasi kelak akan menyebabkan rakyat menjadi serba tidak kena. Mahu ditentang ia sudah hampir siap, akhirnya rakyat terpaksa menerima kenyataan bahawa kilang tersebut tetap akan beroperasi di Gebeng dalam masa terdekat ini. Cuma kita amatlah berharap agar alat yang banyak digunakan di Eropah itu dapat berfungsi dengan baik sekiranya beroperasi kelak. Apapun, jika benar operasi kilang itu akan diluluskan kelak, diharap ianya tidak akan menimbulkan masalah di kemudian hari. Kerajaan haruslah berpegang kepada janji untuk membuat kawalan ketat terhadap projek berkenaan. Kita tidak mahu, apa yang dibimbangi rakyat bakal menjadi kenyataan suatu hari nanti hendaknya].
Share:

6 ulasan:

  1. Wall Photos
    TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC

    1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

    2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

    3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

    4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

    5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

    6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

    7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

    8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

    9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

    10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

    11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

    12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

    13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

    14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

    Inilah perjuangan Ambiga yang sedang mendapat sokongan daripada orang Islam PAS dan PKR di dalam Negara kita hari ini. Kalau inilah yang kita mahukan,marilah kita menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi kepada Ambiga dan IFC.Maruah Melayu Islam di bawah tapak kaki si Hindu Ambiga!
    By: Abdul Shukur Mohamad

    BalasPadam
  2. TAK SANGKA MEREKA MASIH MENDEWAKAN NUAR ALJUBURI WALAUPUN SATU DUNIA DAH TENGOK BATANG PELIR DIA
    kah kah kah.....










    kah kah kah

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  4. Gaduh-gaduh juga....hari ini jangan lupa.....

    4D JACKPOT
    Jackpot 1
    RM 9,767,155.21....jom kiter try sama2

    BalasPadam
  5. penapispun boleh bocor.lebih baik x ada langsung kilang ni.kelak menyusahkan rakyat.ramai yang akan kena radiasi.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.