script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

ABIM Anggap 'Tuntutan Munasabah', Gesa Agar Kerajaan Pertimbang Apa Yang Telah Di Kemuka Oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih Dan Adil Itu

KUALA LUMPUR, 13 Julai - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) beranggapan tuntutan-tuntutan yang dikemukakan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) wajar diperhalusi dan dipertimbangkan secara bersungguh-sungguh oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan. Presidennya, Dr Muhamad Razak Idris (foto) turut menggesa semua pihak kembali ke meja rundingan bagi meneliti dan menilai secara objektif tuntutan-tuntutan yang dikemukakan oleh Bersih berdasarkan kepada beberapa perkembangan yang hangat berkaitan isu tuntutan itu. Bagi tujuan tersebut, pihaknya ingin menyeru pihak SPR dan Bersih meneruskan usaha rundingan bagi menyahut titah Yang di-Pertuan Agong yang meminta supaya isu ini diselesaikan menerusi dialog. Beliau berkata, sekiranya terdapat sebahagian dari tuntutan tersebut di luar dari bidang kuasa SPR, kedua-dua pihak harus bersetuju tentang langkah yang seharusnya dilakukan untuk tempoh terdekat dan jangka panjang bagi merungkai isu berbangkit berkaitan tuntutan tersebut. Menurutnya, di dalam suasana masyarakat Malaysia hari ini dan kesedaran terhadap nilai demokrasi yang semakin tinggi, sebarang pengesyoran dan permintaan yang boleh membawa kepada pengukuhan amalan dan sistem demokrasi seharusnya diraikan secara positif dan konstruktif. “Tambahan pula dalam konteks ini ialah berkaitan amalan pilihanraya yang merupakan nadi kepada sistem demokrasi itu sendiri,” ujarnya. Amalan pilihanraya yang dihormati oleh semua pihak akan membawa kepada kewibawaan keputusan yang diperolehi. Ini, tambahnya secara langsung akan menyumbang kepada kesatuan penerimaan terhadap mandat kepimpinan yang dibentuk dan diputuskan oleh rakyat terbanyak. “Kepimpinan yang diperoleh menerusi mandat rakyat secara berwibawa akan mewujudkan sebuah kerajaan yang kuat dan diyakini oleh segenap pihak di dalam dan di luar negara,” ujar beliau lagi.

[Nampaknya semakin banyak pihak yang tampil untuk menyokong hasrat bagi melihat pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini. Maka sepatutnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil serius pandangan-pandangan ini. Mereka tidak perlu takut untuk melakukan perubahan jika badan itu benar-benar merasakan mereka jujur dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab bagi mengadili pilihanraya di negara ini. Soalnya, kenapa SPR seolah-olah menggelabah dan takut melakukan perubahan?. Sedangkan keadilan dalam pilihanraya itu perlu sekiranya benar SPR mahu bertanggungjawab kepada semua pihak. Masalahnya, rakyat melihat banyak keputusan yang dibuat oleh SPR mutakhir ini menjurus ke arah memastikan kemenangan UMNO Barisan Nasional. Inilah yang menakutkan rakyat. Mereka tidak takut kalah dalam pilihanraya, namun kekalahan itu biarlah bermaruah. Tapi jika kekalahan itu adalah percaturan, inilah yang dikatakan rasuah. SPR mempunyai undang-undang terhadap rasuah pilihanraya, tetapi begitu mudah mengatakan mereka tiada kuasa. Kenapa ini berlaku? Sebab mereka tahu rasuah kebanyakkan dilakukan oleh kerajaan UMNO BN itu sebenarnya. Justeru, piliharaya adil dan bersih wajar dituntut seluruh rakyat tanpa bezakan fahaman politik masing-masing. SPR perlu buat perubahan jika mereka benar-benar telus].

Share:

12 ulasan:

  1. totok umno sekalian ini ke abim yang x sokong anwar tu.

    BalasPadam
  2. hari tu korang jugak yang cakap abim ramai dah x percaya kat anwar

    BalasPadam
  3. Bukan gambar Baharudin tersebar Gambar dan video yang tersebar dalam media sosial bukan gambar Allahyarham Baharudin Ahmad, pemandu teksi yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung, semasa menyertai perhimpunan haram di ibu negara, Sabtu lepas.
    Dalam satu kenyataan hari ini, Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata keputusan itu adalah hasil siasatan bagi mengenal pasti gambar dan video itu.

    "Pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan gambar dan video di dalam media sosial untuk memberi gambaran bahawa seorang anggota perhimpunan yang kelihatan terbaring dan sesak nafas di atas jalan raya merupakan Baharudin," katanya.
    Kenyataan itu turut mengepilkan gambar sebenar Baharudin.

    Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh sebelum ini berkata, Baharudin, 59, meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan bukannya berpunca daripada gas pemedih mata seperti didakwa pihak tertentu.
    __________________________________

    Tak sangka hati budi para pemuja dan pencacai Anwar begitu HITAM dan BUSUK!
    BUSUK!
    BUSUK!
    BUSUK!

    BalasPadam
  4. Tok Malim:-
    Hang ni Otak Bebal.....la
    Pi Makan Kismis Jampi Habuan 3 Kilo Baru Otak Open Minded Sikit Kot......

    Sekali Sekala Senang Senang Layarilah ..http://www.papagomo.com/

    Right Is Right

    BalasPadam
  5. Tok Malim pondan tak genap bulu ketiak. Diulang, TAK GENAP BULU KETIAK!

    BalasPadam
  6. KOTA BHARU: Seorang doktor layak digelar ‘doktor lalok’ apabila ujian air kencing terhadapnya ketika ditahan dalam operasi membanteras jenayah dadah di daerah ini kelmarin, mendapati dia positif methamphetamine atau pil kuda.
    Source: Harian Metro: Mutakhir
    Published: 2011-07-13 17:15:21 GMT

    BalasPadam
  7. Kenapa UMNO takut dgn 8 tuntutan Bersih? Jawab-jawablah wahai UMNO!

    BalasPadam
  8. hahah dah macam nak jawab soalan upsr lak........PASembok g tanya ngan UMporNO

    BalasPadam
  9. aku berharap....suatu hari nanti...org melayu berperang sesama sendiri............doa doakan la...

    BalasPadam
  10. zahid hamidi dulu abim.penahlah jadi setpol najib.sekarang anak dia pulak jadi pegawai khas najib.ketua pemuda putrajaya.ini jenis yang x menghayati perjuangan abim

    BalasPadam
  11. Anwar memang BODOH, GOBLOK dan PANDIR. Kalau tidak gelaran Anwar kini adalah YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA dan bukan BABI (Badut Anwar Bin Ibrahim).

    Dulu kisah 16 SEPT, skrang 'revolusi' pula. Sama la tu, selagu seirama..
    REVOLUSI apa? Kalau revolusi dalam seluar kecik Anwar rakyat memang dah tahu malah dah hafal sangat la tak payah Anwar nak canang kat luar negara.

    Alahai Badut Anwar Bin Ibrahim
    Cukup-cukup la tu.

    BalasPadam
  12. Angkatan Belia Islam Malaysia pun sokong tuntutan BERSIH

    cuma Angkatan Pencacai umPORNO Malaysia je yg x sokong bab takut kalah PRU !

    standard same cam mat bangla yg pegi berhimpun hari tuh kah kah kah

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.