
MARAN, 26 Julai - Mantan Ahli Dewan Undangan Kawasan Chenor, Parlimen Maran Dato’ Hj.Mahmud Mat Taib (foto) khabarnya telah meninggal dunia malam tadi. Allahyarham dipercayai menyertai UMNO sekitar tahun 80an dan telah berjaya menjadi wakil rakyat selama dua penggal sebelum diambil alih oleh ADUN Sekarang, Dato' Tan Mohd Aminuddin Ishak. Allahyarham lulusan agama universiti Timur Tengah itu merupakan antara pengasas ABIM Pahang dan agak rapat dengan Anwar Ibrahim sehingga ke akhir hayatnya. Malah Allahyarham juga telah menubuhkan sebuah sekolah agama berhampiran rumahnya di Kampung Awah dekat sini. Sekolah tersebut yang dikenali sebagai Sekolah Menengah Agama (SABK) Al-Mahmudi, dan Allahyarham merupakan Pengetuanya hingga ke hari ini. Allahyarham dipercayai lebih rapat dan senantiasa berdampingan dengan orang-orang PAS mutakhir ini sebenarnya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah. Amin.





