script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Aktiviti Rakyat: Orang Ramai Di Pelawa Menyertai Program "Moh Kayuh Ke Lubuk Yu" Pada Hari Ini

MARAN, 16 Julai - Orang ramai di kawasan Maran dan sekitarnya di jemput menyertai program "Moh Kayuh Ke Lubuk Yu" sempena memeriahkan kembali Pusat Rekreasi Lubuk Yu dekat sini. Program tersebut bakal diadakan pada mulai jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang hari ini. Banyak acara menarik akan diadakan dari Dataran Tasik Maran ke Lubuk Yu bermula jam 7.30 pagi hari ini. Perlepasan peserta akan dilakukan oleh Dato' Haji Ismail bin Haji Abdul Muttalib, Ahli Parlimen Maran. Penyertaan acara kayuhan ini adalah terbuka kepada semau peserta yang berumur 18 tahun ke atas sahaja. Sementara itu bagi peserta yang berumur dibawah 18 tahun dinasihatkan mendapat kebenaran ibubapa masing-masing. Acara yang dipertandingkan ialah Mountain Bike, Road Bike dan Fixie. Manakala jarak kayuhan adalah melalui jalan kampung dan jalan utama sejauh 30 kilometer. Peserta juga akan dihiburkan dengan persembahan artis tempatan seperti Ali Terra Rossa, Mohd Mentor, Iqa Mentor, Daly Ahli Fiqir dan Erma Bintang RTM pada hari tersebut. Program ini adalah anjuran Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri Pahang, Sinar Harian dengan kerjasama Pejabat Daerah Maran, Majlis Daerah Maran dan jabatan-jabatan kerajaan Daerah Maran. Yuran pendaftaran untuk terbuka ialah RM15.00 dan bagi kategori pelajar sebanyak RM10.00 sahaja. Peserta dinasihatkan memakai pakai kasut serta helmet ketika berkayuh.
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.