script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Aktiviti: NGO Save Malaysia Adakan Program Hari Mesra Dekat Taman Esplanade Kuantan Pagi Tadi

KUANTAN, 24 Julai - NGO Save Malaysia Stop Lynas telah mengadakan satu program Hari Mesra di Taman Esplanade (Sungai Kuantan), dihadapan Hospital Tg.Ampuan Afzan hari ini. Program yang bertemakan "Kuantan Yang Indah, Sarap Nasi Lemak Bersama" itu telah dihadiri oleh lebih 500 orang peserta. Orang ramai bersenam bersama seawal jam 7.00 pagi sambil diiringi oleh lagu "We Are The World". Selepas bersenam, masing-masing kemudian bersarapan pagi "Nasi Lemak" di Kak Nor Corner, benteng sungai Kuantan. Nampaknya, biar pun kerajaan telah memutuskan bahawa projek pembinaan kilang memproses rare earth Lynas Corporation itu tidah berbahaya dan mendatangkan risiko besar kepada orang ramai, namun NGO terbabut terus mengadakan kempen-kempen mereka. Soalnya, apakah kempen sebegini akan diteruskan sampai bila-bila agaknya?. Jika ini berlaku, apakah kerajaan akan berdiam diri?. Kami menjangkakan sudah pasti operasi besar-besaran terhadap Save Malaysia juga akan dilakukan sama seperti Bersih 2.0 baru-baru ini. Kemungkinan besar, larangan memakai baju T-Shirt Save Malaysia turut akan dikeluarkan atas tindakan pihak berkenaan mutakhir ini. Inilah yang pasti akan berlaku.


Antara orang ramai yang telah hadir ke program Hari Mesra itu pagi tadi

Bergambar beramai-ramai tepian tebing Sg.Kuantan (Taman Esplanade)

Kanak-kanak juga ramai turut terlibat dalam program Hari Mesra pagi tadi


Bersemangat, mereka mulakan program dengan bersenam beramai-ramai

[Nampaknya, semakin ditekan maka semakin ramai rakyat Kuantan yang terlibat dengan kempen bantahan Lynas sekarang ini. Biar pun kerajaan sudah bertindak menyakinkan rakyat tentang risiko projek tersebut, namun segalanya bagaikan sudah tersurat. Sebahagian besar rakyat sebenarnya masih tidak boleh menerima jawapan dan fakta yang diberikan tersebut. Lantaran itulah mereka akan terus turun menyatakan bantahan demi bantahan hinggalah Lynas dibawa balik ke Australia satu hari nanti. Soalnya, apakah mereka akan berundur dari bumi Kuantan?. Hanya kuasa politik di peringkat pusat dan negeri akan menentukan dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. pastinya isu ini akan menjadi millage politik untuk pembangkang dalam menghadapi UMNO BN pada pilihanraya umum nanti. Sesuatu haru dilakukan jika kerajaan negeri benar mahu menggembalikan kepercayaan rakyat terhadap BN. Apa yang jelas majoriti pengundi Cina kini tolak Lynas dan mereka akan buktikan pada PRU nanti].

Share:

27 ulasan:

  1. #Kesimpulannya:
    Jangan Pangkah Dacing.

    -MatCermin-

    BalasPadam
  2. Isu dia: sisa tu nak buang ke mana? Sungai Balok? Atautemberang konon pi buang tempatt lain?

    Itu pun x boleh nak fikir?

    BalasPadam
  3. Pangkah dacing, undi BN. Jangan sokong, jangan undi, jangan pangkah Parti orang gila.

    BalasPadam
  4. Aku akan undi parti yg boleh menjamin kuasa Melayu Islam kekaldi negara ini.Sebab jika Melayu Islam sudaha kehilangan kuasa ini, jangan harap ianya akan dapat di kembalikan,umpama Islam yg sudah kehilanan al Aqsar,Mesir yg kehilangan Bukit.Golan ,Cordova yg terlepas dari Islam dan bumi Palestine yg di rampas dan di jadikan negara Isrel dan yg terakhir ini Sudan yg kehilangan Sudan Selatannya.

    Apakah ini dapat di jamin oleh Pas dan PKR?.Mustahil,kerana Pas dan PKR adalah budak suruahan DAP.Dengan berdehem saja,kedua parti tersebut sudah kecut.Tambahan pula apabila PR berkuasa,orang yg selama ini mempunyai kekayaan,dapat pula berkuasa,dapatkah org Melayu yg serba kekurangan mengatasi mereka ini?.Tnggu lah kucing bertanduk.

    Sekarang penyokong org Melayu yg menyokong Pakatan,masih kabur apakah kesudahan mereka jika PR memerentah.Mereka tidak cukup arif dengan Buku Jingga.Kalau Dasar Ekonomi baru boleh di selewengkan apakah buku jingga tidak di peralatkan.Biasanya dalam dunia kapitasi org miskin dan lemah sentiasa menjadi mangsa,walau pun sekarang mereka di janjikan dgn hal yg muluk muluk ,tapi perlaksanaanya nanti,duit juga yg akan memainkan peranan.Si tamak haloba akan menggunakan segala tipu daya dan wang ringgit yg ada untuk memanipulasi,gulungan susah.Itu lah yg akan di lakukan oleh Linah Darat.Berhati-hatilah.

    Semalam berlaku kejadian kereta api laju terbabas di negeri Cina,iannya berpunca dari kualiti kerja yg kurang memuaskan akibat rasuah.Di negeri Cina kesalahan rasuah boleh di hukum mati,tapi perbuatan rasuah tetap berlaku.Dari peristiwa ini ,saya tidak yakin negara ini akan terlepas dari perbuatan rasuah,bila PR memerentah.Saya penuh percaya rasuah berlaku kerana sikap tamak haloba maknusia,jadi siapakah yg sangant tamak kepada haarta benda ,jika bukan gulungan Lintah Darat?.Hanya orang bijak yg akan mengerti.
    Jangan biarkan menang sorak kampung tergadai.

    BalasPadam
  5. layan je sman ni.
    cuba kau tanya sikit bos kau zaman mahathir jadi pm dulu dia upah syarikat yahudi solomon smith barney.upah tukang kempen untuk bn juga company yahudi sachi sachi.sekarang masa najib upaha syarikat yahudi apco.
    punyalah melayu umno ni
    time susah je pemimpin korang ingat melayu

    BalasPadam
  6. member-member debat politik aku ada cakap polis sebenarnya bukan nak kasi makan kat pendemo bersih.makanan tu disediakan untuk geng patriot KJ tapi x sangka x ramai yang datang.tu yang ubah skrip.tentang video polis pulak kira macam syok sendiri.rakyat semua dah tahu.polis sendiri dah ngaku mereka sembur kat hospital.dulu ketua mereka terang-terang menipu masa buat kenyataan media.patutnya yang menipu tu letak jawatan pasal dah x ada kredibiliti.kau siarlah dalam semua tv kalau dah rakyat x percaya masa korang memerintah negara ini boleh dibilang dengan jari

    BalasPadam
  7. cpr pun boleh patah tulang dada,gigi danpecah bibir.memang suah nak percaya.kesian arwah.geng-geng debat aku cakap kalau guna kaki atau pijak dengan kasut logiklah.satu demi satu kematian misteri sukar dijawab muncul di negara kita.altantuya,teoh beng hock,aminurashid,sarbini dan baharudin.apa yang kerajaan boleh jawab ketika kredibiliti kerajaan BN makin merudum.orang umno sendiri cakap masa gebang-gebang najib x jadi cuti pasal takut kena ekstradisi kes kapal selam.dia phobia ada gerakan nak gulingkan dia di malaysia.usaha terancang dalam selimut.Kuli dan kadir sheikh fadzir dah tubuh ngo dengan nama amanah.nak pru bersih,hapus kronisme dll.ini semua team B.ada yang mendakwa pak lah di belakang tabir.ambiga ketua bersih sebelum jumpa yang di pertuan agong dia jumpa pak lah dulu sebelum jayakan demo bersih 9 julai lepas.suspen suspen.kira ni macam saga.dulu kau jatuhkan aku.sekarang aku jatuh kan kau balik.yang menarik mereka tengah tunggu muhyidin nak sebelah siapa.itu gebang geng umno yang aku dengar sendiri

    BalasPadam
  8. apa motif pdo citer gosip pemimpin pkr pahang nak lompat.ini kes bom jangka yang dipasang dalam pkr yang belum meletup lagi ke.macam nak melaga-lagakan orang je.aku ada dengan daripada pemimpin umno pahang sendiri ada beberapa orang bekas adun di negeri ini nak melompat parti.hangat ni.kalau betullah ada pemimpin pkr nak lompat.biarkanlah.ini bukan pejuang yang ikhlas.jenis mentekedarah duitlah tu

    BalasPadam
  9. imej umno dan bn dah buruk tapi salahkan orang lain.
    yang pegi halau lawyer perancis tu buat apa
    nampak sangatlah bersalah
    patutlah x jadi cuti dengan family kat luar negara
    lepas ni kena pulak jumpa nichlolas sarkozy nak terangkan kenapa halau lawyer perancis tu

    BalasPadam
  10. time susah pemimpin umno ingat melayu yeke?..tapi pemimpin pas pkr time susah atau senang langsung tak ingat melayu..tu lagi teruk hahahaha.

    lynas lynas kesian korang ni..cakap jelah projek tu tak dapat kat korang, tu pasal korang spin cerita ni..cuba kalau dapat? sah korang akan buat cerita lynas tu bagus, lynas tu elok, lynas tu comel..politik semuanya suck

    BalasPadam
  11. ramai yang tergelak bila kerajaan BN nak offer belanja kos biometrik untuk spr.entah berapa ramai korang dah daftarkan imigran asing hari tu guna kaedah biometrik ni.
    kalau nak menipupun agak-agaklah
    zaman sekarang ni bila kerajaan bn tiba-tiba jadi baik rakyat semua kena berjaga-jaga
    baik ada makna tu
    macam dialog filem madu 3 citer p ramlee

    BalasPadam
  12. kat selangor pakatan rakyat perintah baru 3 tahun boleh bagi air free kat rakyatnya.BN dah lebih 50 tahun merintah negara air free pun x dapat bagi kat rakyat.naik harga air adalah macam kat johor,melaka dll.
    kat singapura bolh pulak kau beri free.3 sen untuk seribu gelen.inilah kepandaian pemimpin umno

    BalasPadam
  13. TNB rugi 440 juta.mas rugi.bbmb rugi.bank islam rugi.pos malaysia rugi.sime darby rugi.Felda untung kurang kira rugilah tu.hampir semua rugi.lrtpun rugi.inilah kepakaran pemimpin umno memerintah negara

    BalasPadam
  14. Aku akan undi parti yg boleh menjamin kuasa Melayu Islam kekaldi negara ini.Sebab jika Melayu Islam sudaha kehilangan kuasa ini, jangan harap ianya akan dapat di kembalikan,umpama Islam yg sudah kehilanan al Aqsar,Mesir yg kehilangan Bukit.Golan ,Cordova yg terlepas dari Islam dan bumi Palestine yg di rampas dan di jadikan negara Isrel dan yg terakhir ini Sudan yg kehilangan Sudan Selatannya. By Semang...
    Dan yang terpaling masghul nya kita dah PUN hilang TANJUNG PAGAR PADA 1HB. JULY 2011 DIJUAL OLEH NAJIB PADA LEE HSIEN LOONG....BARU FAIR.

    BalasPadam
  15. Inilah padahnya kalau banyak sangat tengok berita kat TV3/4 & Rancangan Tunggu Mati (RTM).Lepas tu Kitab Tazkirah Utusex & Berita Hairan. kalau Tak Suka kat PAS & PKR pun gunalah alasan yang engkau betul-betul paham & yakin dari Ilmu & Iman kau sendiri. Jangan jadi burung Kakak Tua. Ikut aje apa JKKK kau cakap. Jangan Malas bang. Guna akal tu.
    Kelantan: lebih 90% org Melayu Islam. Diperintah pulak oleh org Melayu Islam. Kenapa bersungguh-sungguh nak rampas? Kalau rasa Tok Guru X pandai memerintah, pergi la tolong.X payah susah payah nak rampas.Isu LYNAS:Suruh Karam singh tu ukur radiasi bila kilang dah beroperasi nanti. baru tahu berapa tahap radiasi dia. Pergi ukur masa kilang tgh bina. Memang lah X ada radiasi. LOL betul lah.

    # Biar miskin Harta,
    Jangan Miskin Ilmu & Iman.

    Last sekali:
    Jangan Pangkah Dacing/Kati.

    -MatCermin-

    BalasPadam
  16. cuba terangkan nak save Malaysia apa,terangkan sejelas jelas nya dengan memgunakan otak dalam kepala bukan dengan kepala lutut. Malaysia tak selamat disebabkan puak2 kau orang lah semua isue nak diputar jadi modal politik mankok ayun.

    BalasPadam
  17. memang la upah YAHUDI....nak upah org melayu semua bodoh....otak letak kat LUTUIIiiiiiii........hahahaha

    BalasPadam
  18. gua sokong lu blader.

    BalasPadam
  19. tok malim said...
    TNB rugi 440 juta.mas rugi.bbmb rugi.bank islam rugi.pos malaysia rugi.sime darby rugi.Felda untung kurang kira rugilah tu.hampir semua rugi.lrtpun rugi.inilah kepakaran pemimpin umno memerintah negara

    Sunday, July 24, 2011 7:01:00 PM

    AKU SETUJU NGAN TOK MALIM..umno haprak !!!ali baba..nak berniaga guna duit rakyat mampuih...

    BalasPadam
  20. Tok Malim dan anon:13:00

    Tolong ulas pencapaian syarikat hartanah kerajaan Selangr dan pencapaian anak sy kerajaan Kel dan Kedah sikit.Aku teringin nak tahu,kalau cemerlang boleh lah jadi model perniagaan aku nanti.

    TS Khalid target RM 150 juta keuntungan jualan pasir ,agak-agaknya capai target tak?aku malas nak sebut kat sini kau org cari lah sendiri.Kalau namanya Melayu usah sebut lah pasal berniaga ni,jauh ketinggalan,walau siapa pun.

    Itu sebabnya jangan berani nak lepaskan kuasa alamatnya merempat lah kamu semua.Nanti nak jadi kerani dan cegu pun melopong.Kalau tak percaya tunggu.

    Aku kenal sangat budak PKR mejoriti mentaliti subsidi,nak minta tolong sokmo.Nak pinjamlah kononnya ,tapi bila beri hangus semuanya.

    BalasPadam
  21. sman.
    Aku pulak nak tanya kau berberapa soalan.
    Dah berapa tahun parti yang kau sokong tu jadi pemerintah?
    Sejak dari Merdeka berapa oranglah pegawai daerah bukan orang melayu?
    Berapa luas rezab melayu yang telah diluluskan tukar milik kepada bangsa asing?

    Tak payah kau jawab. Biar aku jelaskan. Dah lebih 53 tahun parti yang kau sokong tu memerintah. Tak ada seorang pun 'pegawai daerah' bukan orang melayu dan tanah rezab melayu hanya tinggal sepertiga dari jumlah asal.

    Persoalannya, siapa yang mengkhianati orang melayu kalau bukan orang melayu dari parti yang kau sokong tu.
    Fikir-fikirkanlah.

    BalasPadam
  22. Land rover bukan, pajero bukan, tiba-tiba waja polis. Dulu cakap bukan main nak saman polis. Lepas cakap belit sana belit sini. Sampai lani Mat Sabu dok diam lagi. Apa cerita Bang Mat? Bila nak saman polis. Kata polis menipu, tapi polis pun tengah tunggu Bang Mat saman depa. Jangan cakap saja Bang Mat.

    Kata polis menipu, apa lagi buh la saman 100 juta kasi PDRM penin kepala. Lawan bang Mat, jangan tak lawan. Atau pun Bang Mat ada sindrom buta kereta. Dulu ada buta terus dengan buta kaler. Lani ada pulak yang buta kereta, sebab tu tak kenai mana pajero, land rover ataupun waja.

    Susah la macam ni Bang Mat. Cakap berkobar-kobar.. habuk pun tarak..

    Dah la buta, naik wheelca pulak tu.. ishh.. kesian laa..

    McTheory:
    Nama baru Sabu Wheelca.. he he..

    BalasPadam
  23. KESIMPULANNYA:......

    Jangan Pangkah Dacing....
    Tapi Pangkah UMNO.. UMNO..UMNO..
    Jangan Pangkah Dacing....
    Tapi Pangkah UMNO.. UMNO..UMNO..
    Jangan Pangkah Dacing....
    Tapi Pangkah UMNO.. UMNO..UMNO..
    Jangan Pangkah Dacing....
    Tapi Pangkah UMNO.. UMNO..UMNO..

    BalasPadam
  24. Save Malaysia dari kegiatan perjudian, maksiat, dadah dan seangkatan denganya lagi baik maa..

    BalasPadam
  25. #Kesimpulannya:
    Jangan Pangkah Dacing....
    (United Malay No Otak)

    Takde tapi-tapi.....

    -MatCermin-

    BalasPadam
  26. KESIMPULANNYA:......

    Jangan Pangkah Parti Angguk Saja....
    Tapi Pangkah UMNO.. UMNO..UMNO..
    Jangan Pangkah Parti Kencing Rakyat....
    Tapi Pangkahlah UMNO.. UMNO..UMNO..

    BalasPadam
  27. ## Pada yang belum faham tu:

    Jangan Pangkah Dacing
    (United Malay No Otak)

    -MatCermin-

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Yakin BN Dapat Pertahankan Negeri Melaka, Gerak Kerja Jentera Kempen Kalangan Anak Muda Kini Semakin Mantap

MELAKA : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyatakan keyakinan bahawa Barisan Nasional (BN) dapat mempertahankan kemenang...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.