KUALA LUMPUR 31 Julai - Shuhardi Md. Isa (foto), lelaki yang didakwa berlakon sebagai Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan haram di ibu negara pada 9 Julai lalu, semalam menafikan dirinya bersembunyi, melarikan diri dan enggan bekerjasama dengan polis. Shuhardi yang ditemui pada satu sidang akhbar di sini, sebaliknya berkata, beliau tidak pernah menerima sebarang surat rasmi memintanya menghadirkan diri bagi membantu siasatan dari mana-mana balai polis. "Bukankah polis lebih profesional dan tahu segala prosedur jika mahu seseorang itu memberi keterangan berhubung apa-apa kes? Saya tidak bersembunyi, datanglah ke rumah saya dengan tertib. Saya akan bekerjasama dengan mereka (polis),” katanya. Shuhardi yang juga Setiausaha Agung Persatuan Usahawan Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (Uruskop) menjelaskan, beliau terpaksa tampil memberi penjelasan berhubung kekeliruan kematian Allahyarham Baharudin kerana ia jelas menjatuhkan maruah dirinya. "Saya masih hidup... yang meninggal Allahyarham Baharudin. Saya ingat perkara ini dah selesai dan saya tidak perlu tampil beri keterangan kerana ada blogger-blogger yang mengeluarkan gambar saya dengan mengatakan saya adalah Allahyarham Baharudin, telah meminta maaf kepada saya. "Tapi semalam bila saya lihat komen Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang berkata saya dipercayai menyembunyikan diri, saya terpaksalah mendedahkan perkara ini,” tambah beliau lagi.
[Beliau berkata, polis sepatutnya menyiasat mereka yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan mengenai dirinya daripada menumpukan siasatan ke atas dirnya sendiri. Beliau berkata, kekeliruan tersebut terlebih dahulu telah dijelaskan oleh anaknya menerusi laman facebook dengan menjelaskan bahawa gambar yang disiarkan bukanlah gambar Shuhardi yang pengsan dalam perhimpunan tersebut. Suhardi berkata, beliau bersedia memberikan kerjasama dengan pihak polis dan boleh dihubungi di talian 012-3900740. Persoalannya sekarang, kenapa pihak polis tidak menjejaki Shurardi dengan menampalkan gambarnya di seluruh Balai Polis di negara kita. Bukankah kerja ini biasa dilakukan selama ini. Kenapa dalam isu panas ini pihak polis gagal bertindak profesional untuk memastikan kebenaran yang tersurat di sebalik segala insiden berkenaan].






KALI pertama dalam sejarah Malaysia, apabila Ketua Pemuda United Malays No Otak, Umno tidak mendapat sebarang jawatan menteri sedangkan Sharizat Jalil yang kalah kepada Nurul Izzah boleh dapat jawatan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga.
BalasPadamPelbagai usaha dilakukan oleh menantu bekas Perdana Menteri Islam Hadhari ini untuk menarik perhatian isteri Rosmah Mansor, namun kerajaan Rosmah benar-benar sudah berpatah arang terhadap orang yang dianggap sebagai perosak Umno ini.
Isu yang lebih menarik, nampaknya Khairy Jamaluddin dilihat seolah-olah menggunakan Pemuda MIC untuk memujuk isteri Rosmah memberikan jawatan menteri kepadanya
Apapun selagi mahathir hidup khairy akan jadi anak tiri....
JADI UNDILAH PR..KEARAH NEGARA BERKEBAJIKAN...
Wahai semua kaum di MALAYSIA..bersatulah DIBAWAH PNJI PR....tinggalkanlah parti YG mengamalkan RASUAH ZAMAN BERZAMAN...PEMIMPIN nya HIDUP SERBA MEWAH, RAKYAT HIDUP SERBA DAIF,..kepada PIHAK BERKUASA(anggota polis, anggota tentera, anggota SPR), sokongan anda keatas kebangkitan rakyat amatlah berMAKNA, sesungguhnya KITA SEMUA TAHU perlakuan PMIMPIN2 kita selama ini,..cuma kita diamkan KERANA TAKUT DaN DITINDAS,..ayuh tunjukan kuasa RAKYAT MELEBIHI SEGALANYA DI PRU INI..
BalasPadamMu dapat Anugerah Pelakun Lelaki Harapan Terbaik 2011 dalam filem BERSIH 2.........
BalasPadamCayalah..
Shuhardi Md. Isa, lelaki yang digambarkan sesak nafas dan beberapa kali pengsan ketika perhimpunan haram Bersih 2 berlangsung, kini masih dicari polis. Dimana dia menyuruk, kenapa dia menyuruk dan sebagainya masih menjadi persoalan yang bermain-main di minda kita?
BalasPadamBerlakon mati dan diputar belit sebagai Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal kerana sakit jantung, Shuhardi kini masih tidak lagi ditemui.
Menarik, dari pemimpin sampailah ke balaci otak separuh akal, semuanya bijak berlakun. Kalau Mat Sabu dengan head on collisionnya (antara pajero, land rover dan waja, tak tahu mana satu betul), Shuhardi pulak dengan lakonan 2 kali matinya.
Apa yang peliknya. Dah memang polis kat malaysia ni polis yang paling bangang kat dunia ni.
BalasPadambangga la.....
BalasPadam