script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Semua Enam Tahanan ISA Anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) Telah Di Bebaskan Petang Tadi !!

KUALA LUMPUR, 29 Julai - Semua enam tahanan anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan sejak 28 hari lalu mengikut Seksyen 3(1) Ordinan Darurat dibebaskan petang tadi. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam satu kenyataan media ringkas berkata berikutan pembebasan mereka ini, tindakan selanjutnya akan ditentukan oleh Jabatan Peguam Negara. "Polis Diraja Malaysia mengumumkan bahawa keputusan telah dibuat untuk membebaskan semua enam orang yang telah ditangkap pada 2 Julai lalu, di Seberang Prai Utara, Pulau Pinang, di bawah Ordinan Darurat," katanya. Semua mereka dibebaskan pada jam 5.30 petang di Balai Polis Jinjang. Mereka yang dibebaskan itu termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar dan lima yang lain itu ialah setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, AP Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33, M Sukumaran 50,Timbalan Pengerusi PSM, M Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R Sarat Babu, 25. Mereka yang dikenali sebagai PSM6 itu pada mulanya ditahan bersama 24 orang lain atas dakwaan mahu 'melancarkan perang terhadap Agong', tetapi pada jawapan balas permohonan afidavit habeas corpus berhubung pembebasan mereka, polis dakwa mereka sebagai penggerak utama BERSIH 2.0.


Pembebasan enam tahanan terbabit disambung gembira oleh keluarga
[Permohonan habeaus corpus itu bagaimanapun ditangguhkan kepada 5 Ogos, lima hari selepas tahanan 30 hari mereka berakhir. Sebelum ini, pelbagai pihak membidas pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana meneruskan tahanan berkenaan. Selain pemimpin Pakatan Rakyat, Presiden MIC Datuk G Palanivel juga semalam menuntut pembebasan mereka kerana mendakwa tindakan itu menarik “perhatian dunia” dan mungkin memberi kesan kepada BN pada pilihan raya umum akan datang. Turut menuntut Kerajaan Malaysia supaya membebaskan Jeyakumar adalah Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) yang dianggotai lebih 13,000 pengamal profesyen perubatan]. sumber
Share:

4 ulasan:

  1. akhirnya kerajaan akur dgn kuasa rakyat,HAHAHA100x

    BalasPadam
  2. Dah terdesak akur la, tapi jangan lupa dia tu anjing tersepit kalau terlepas habis di ngap semua nanti.
    Muka nya pun muka penipu, selamba todi jer, dia bukan reti malu cuma la ni peluang dah tak ada , tunjuk bagus la. Ingat sejarah Perak macam mana dia buat anjing dua ekor tu yang dah lekat kes dengan sundal pun boleh terlepas asal keluar PKR, tukar sokong BN.
    Sumpah lahanat Najib dalam masjid sewaktu PRK Permatang Pauh, dia bersumpah tak kenal Altantuya yang sekarang Peranchis dah bersiap sedia nak dakwa Najib. Haa jangan main main2 dgn kata2 sumpah dah makan diri sekarang apalagi nak perbodohkan tuhan, sekarang siapa bodoh ?
    Terkini tukar pendirian dalam kes Demo Bersih di stadium merdeka, jalan raya tak bagi, stadium yang mula mulut dia sendiri kata dibagi pun, lepas tu tak dibagi. Memang mulut Pendusta betul manusia bernama Najib ni.
    Jaga2 sikit dia ni jenis manusia liar yang paling bahaya diabad ini.

    BalasPadam
  3. ## Pada yang belum faham tu:

    Jangan Pangkah Dacing

    Takde tapi-tapi.
    Jangan tidak-tidak.

    -MatCermin-

    BalasPadam
  4. Serabutlah aku tengok india ni..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.