KUANTAN, 15 Julai - Orang ramai di seluruh negeri Pahang dan sekitarnya dijemput hadir ke Karnival Kerja Pemuda BN 2011 yang akan berlangsung selama tiga hari (15-17 Julai) bermula hari ini di Pusat Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Hotel Zenith dekat sini. Karnival tersebut dijangka menawarkan lebih 6,000 peluang pekerjaan kepada orang ramai. Difahamkan karnival berkenaan akan melibatkan penyertaan 150 pelbagai syarikat dan agensi swasta dan kerajaan. BN Youth Job Fair (Karnival Kerja Pemuda BN) tersebut akan dirasmikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, karnival berkenaan bermula 10 pagi hingga 8 malam. Perhatian kepada mereka yang hadir, sila bawa bersama resume serta dokumen yang berkaitan untuk temuduga terbuka.
Tiga saudara maut disambar petir dibawa pulang ke Semporna
-
SERDANG – Jenazah tiga saudara yang maut selepas disambar petir ketika
membaiki kereta di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang petang semalam dijangka
dibawa...
Sejam yang lalu





