script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

"Mahkamah Tinggi Pulau Pinang" Mengetepikan Hukuman Terhadap Kesalahan Gobalakrishnan Yang Di Lakukan Beliau Pada Tahun 2002 Dulu !

GEORGETOWN 15 Julai - Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini mengenepikan hukuman terhadap Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan (foto) yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret terhadap beliau atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas pada 2002. Hakim Datuk Zamani Abdul Wahab membuat keputusan itu setelah meneliti rayuan pihak pembelaan dan persetujuan daripada pihak pendakwaan untuk mengekalkan hukuman denda sebanyak RM1,000 terhadap Gobalakrishnan seperti yang terdapat pada peruntukan undang-undang ketika itu. Sehubungan itu mahkamah perlu menggantikan semula wang denda RM2,000 kepada Gobalakrishnan kerana beliau telah membayar kesemua jumlah denda sebanyak RM3,000 yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Majistret tahun lepas. Gobalakrishnan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi di sini pada Mei tahun lepas selepas didapati bersalah mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan dikenakan hukuman denda sebanyak RM3,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret kerana didapati bersalah atas dakwaan menghalang penjawat awam menjalankan tugas pada 2002. Beliau dituduh dengan sengaja menghalang C/Insp V. Saravanan daripada menjalankan tugasnya di Jalan Utama di sini kira-kira pukul 12.20, 29 Jan 2002 dan beliau ditahan selepas mempersoalkan tindakan polis menghalang kira-kira 30 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada menari ketika sambutan Thaipusam di George Town. Gobalakrishnan diwakili peguam bela Saiful Ambar Abdullah Ambar manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Eyu Ghim Siang yang mewakili Suhaimi Ibrahim.

Share:

6 ulasan:

  1. Benarkan pusat hiburan beroperasi semasa Ramadan – DAP
    15/07/2011 9:59pm

    KUALA LUMPUR 15 Julai – DAP hari ini meminta kerajaan negeri Kedah yang diterajui Pas supaya menarik balik larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang bulan Ramadan nanti, yang dikeluarkan kerajaan negeri itu mengikut mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

    Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, kerajaan negeri Kedah tidak boleh bertindak sendiri dan membuat keputusan yang memberi kesan terhadap parti-parti komponen lain dalam pakatan pembangkang.

    "DAP sedar mengenai keperluan pelbagai komuniti berbeza dalam negara dan akan berjuang untuk hak mereka, sebagaimana yang dilaksanakannya sejak dahulu, lama sebelum pilihan raya pada 2008 lagi,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

    Beliau berkata, DAP tidak akan mengetepikan prinsip-prinsip perjuangannya, dan menurutnya, parti itu berada di barisan depan sejak dahulu lagi, menentang hasrat Pas menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

    "DAP memberi jaminan kepada penduduk di Kedah, segala langkah akan diambil bagi memaksa kerajaan negeri menarik balik keputusan itu. Pakatan Rakyat tidak boleh mempunyai dasar-dasar yang menyisih penyokongnya.

    “Sebarang keputusan kerajaan negeri tidak seharusnya menjejaskan kaum bukan Muslim. Sebarang undang-undang kecil yang mendiskriminasi kaum bukan Muslim adalah bertentangan dengan perlembagaan,” katanya.

    BalasPadam
  2. Tahniah khas buat PAS
    DAPHUAKHBAR!
    DAPHUAKHBAR!
    DAPHUAKHBAR!
    Agaknya ini takbir terkini PAS!

    Friday, July 15, 2011 11:31:00 PM
    Anonymous Anonymous said...

    anon 11.31

    satu lagi takbir terkini PAS & PKR

    AMBIGAHUAKHBAR!
    AMBIGAHUAKHBAR!
    AMBIGAHUAKHBAR!

    dan utk Tok Malim juga..

    Friday, July 15, 2011 11:41:00 PM

    BalasPadam
  3. SPRM digesa siasat dakwaan Rosmah beli cincin RM24j


    Sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia cawangan Pulau Pinang berhubung dakwaan pembelian sebentuk cincin oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor

    Ketua SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata beliau juga akan menyerahkan salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga RM24.4 juta itu bebas daripada dikenakan cukai import.

    Menurut Badrul, yang popular dengan panggilan Chegubard, berdasarkan maklumat yang diterima SAMM pada 16 April lalu, berlian yang dikenali sebagai“Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

    Harga barangan itu diletakkan pada RM24,458,400, dakwanya.

    Antara maklumat tertera pada cetakan komputer itu adalah:


    Nama Barangan: Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond
    Nama Pengekspot: Jacob & Co dari New York
    Nama Pengimpot: Datin Seri Paduka Rosmah Mansor dan Jeremi Beh Sin Tee
    Tarikh Impot: 6-04-2011
    Tempat Impot: KLIA



    "Kita mendesak SPRM untuk tampil menyatakan hasil siasatan mereka kepada umum kerana ini melibatkan bukan sedikit jumlah wang rakyat Malaysia."

    "Ini mengingatkan kita kepada negara jiran kita yang pernah dihancurkan oleh seorang wanita pertama yang bernama Imelda Marcos. Kita tidak mahu negara kita jadi begitu.

    “Cukuplah rakyat yang terseksa. Kita tidak mahu orang yang bernama sebagai wanita pertama bersikap sedemikian rupa." tambahnya.


    "Jacob & Co merupakan sebuah syarikat yang berpengkalan di New York. Beberapa barang keluarannya yang terpapar dalam web sitenya, kita dapat padankannya dengan beberapa perhiasan yang sering dipakai oleh Rosmah Mansor," katanya.

    Beliau juga mempersoalkan bagaimana pengimport cincin berlian itu mendapat pengecualian cukai bagi membawa masuk perhiasan itu.

    "Adakah suami individu yang dinamakan di atas menggunakan kuasanya sebagai Menteri Kewangan untuk memperolehi cukai kosong itu?" soalnya.



    tu dia bik mama bini Najis,rakyat disuruh makan ubi kayu,guna pelita

    laki bini tibai duit rakyat,korg pencacai umPORNO dpt sehelai kain pelikat dan rm20 tersenyum bangga :)

    BalasPadam
  4. Keling ni dah mula mendapat tempias "kenikmatan" setelah menjilat basah jubur BN UMNO. Sedikit masa lagi keling ini akan "terpancut kenikmatannya" setelah puas "kemaluannya" (red: maruah) disedut2 oleh si pemerkosa BN UMNO.

    BalasPadam
  5. Buat duit sementara boleh Gobala....lepas pilihanraya boleh cuba masuk Raja Lawak...ganti accapan...hahaha

    BalasPadam
  6. Khamis depan, rakyat Malaysia berpeluang mendengar maklumat secara langsung daripada peguam Perancis bahawa "lebih besar" komisyen dibayar oleh pegawai kerajaan "peringkat amat tinggi" di Malaysia dalam pembelian dua kapal selam pada 2002

    Di Pulau Pinang, Peguam William Bourdon dijadual mendedahkan perjanjian dengan syarikat Perancis DCNS dalam acara kutipan dana yang digelar 'Ops Scorpene'.

    Gabriel (lihat gambar) mendakwa, bukti baru ditemui bahawa komisyennya "lebih besar" daripada sebelumnya dibayar kepada syarikat perunding Malaysia Perimekar Sdn Bhd.


    komisen yg lebih besar ? hehe kita tunggu minggu depan,adakah bik mama dapat beli cincin tersebut dari duit rakyat yg telah ditipu Najis dari hasil penjualan kapal selam yg tak bley selam nih kah kah kah

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.