script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Seorang Lagi 'Tokoh Vateran' UMNO Tegur Najib Razak Supaya Berhenti Sekat Suara Rakyat !

KUALA LUMPUR, 23 Julai - Seorang lagi tokoh UMNO hari ini tampil mencadangkan supaya kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan dialog dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) bagi mengatasi kepincangan proses pilihanraya di negara ini. Bekas Menteri Perlancongan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir (foto) memberikan saranan itu selain menekankan perlunya Najib berhenti menyekat kebebasan bersuara dan sebaliknya memperbaiki imej kerajaan supaya dilihat sebagai pemerintah yang bertanggungjawab. "Kalau kita mula mahu sorok dan sebagainya, maka rakyat akan berasa syak wasangka sebab amanah (sejak) Merdeka (dan) pada zaman Tun Razak (adalah) memberi kebebasan bersuara," ujar beliau. Justeru, tokoh veteran UMNO itu mahukan berkata kerajaan menilai secara positif sebarang pandangan yang dilontarkan oleh mana-mana pihak. Kerajaan mengisytiharkan Bersih yang menggabungkan 62 pertubuhan bukan kerajaan sebagai gerakan haram pada awal bulan ini. Puluhan ribu orang yang menyertai perhimpuan Bersih 9 Julai lalu untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil walaupun terpaksa menongkah arus tembakan air berkimia dan gas pemedih mata oleh polis. Lebih 1,600 orang ditahan manakala Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengawal peribadi beliau, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad antara yang cedera. Seorang meninggal dunia, namun polis hari ini dakwa kematian Baharuddin Ahmad, 59, adalah akibat sakit jantung dan bukan kerana tindakan polis. Enam individu lain ditangkap dibawah Ordinan Darurat yang bolehkan seseorang ditahan tanpa perbicaraan.



[Sebelum ini, bekas Menteri Kewangan dan mantan Naib Presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah menasihati Najib supaya tidak bersifat konfrontasi terhadap Bersih yang hanya menzahirkan tuntutan awam untuk proses pilihanraya yang lebih telus dan adil. Abdul Kadir yang juga bekas Menteri Penerangan menggesa Najib supaya bergerak seiring dengan ketamadunan masyarakat yang berdaya saing dan intelektual, dan bukan menyekat hak rakyat untuk bersuara. Beliau menjelaskan sekiranya kerajaan mampu membuktikan ia melaksanakan tanggungjawabnya dengan ikhlas, maka rakyat tidak akan mempunyai alasan untuk bangkit menyuarakan rasa tidak puas hatinya. Abdul Kadir berkata demikian selepas majlis pelancaran "Angkatan Amanah Merdeka" (Amanah) pagi tadi. Abdul Kadir berkata tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini saring maklumat berkaitan perhimpunan Bersih 2.0 dalam majalah antarabangsa The Economist hanya membangkitkan kecurigaan rakyat terhadap keikhlasan kerajaan. Pendekatan sedemikian ketinggalan zaman dan hanya timbulkan persepsi bahawa kerajaan cuba melindungi maklumat daripada sampai kepada orang awam]. sumber
Share:

26 ulasan:

  1. apa yang boleh kita buat kalau ALLAH dah patrikan segala pintu2 dalam hati .kita cuma menunggu akan balasan ALLAH keatas sapa2 yg sombong,takbur kerana menghalang manusia dari mencari kebenaran dan gagal memahami ayat2 ALLAH dengan terang dan nyata,lebih2 lagi orang yg mempunyai penasihat agama yg khusus dengan ijazah dan gelaran2 keduniaan dan kadang2 kita terkeliru dengan pembawakan ulama2 masakini yg suka menyembunyi kebenaran dgn memilih milih ayat ALQURAN bagi membenarkan sesuatu yg umum tahu salah..ampunkan mereka ya ALLAH kerana mereka tenggelam dgn dunia yg ENGKAU ciptakan dan mereka gagal mengakui KEESAAN ENGKAU yg menciptakan segalanya,dan sesungguhnya ENGKAU jua yg memberi petunjuk dan ENGKAU jua yg menyesatkan dik kerana mereka gagal mengikut jalan yg lurus.semoga mereka menjadi orang2 yg kembali,amin

    BalasPadam
  2. Salam, ana sudah naik meluat dengan sindrom "bekas-bekas" yang baru nak bersuara....kenapa tak bersuara sewaktu berkuasa dulu?...bila dah pencen baru nak kata itu tak betul, ini tak betul...sekali lagi, ana betul2 kecewa..

    BalasPadam
  3. Harap banyak lagi mantan2 Menteri dan MP serta ADUN berani melahirkan pandangan dan menyuarakan hasrat rakyat sebenar peringkat bawahan kp UMNO atau Kerajaan BN yg memerintah.

    Gulungan ini sudah tentu mempunyai banyak pengalaman dan mempunyai fakta serta mengetahui akan kelemahan sebenar kegagalan atau sebab2 penolakan rakyat terhadap beberapa dasar dan program Kerajaan.

    BalasPadam
  4. Yang dh bersara tak payahlah nak kata org lain x intelektual. Masa dia jadi ketua bahagian kulim dulu, ketua pemuda dia sendiri pun dia hentam...dikerat-kerat. Sekarang ni duduk tiam-tiam jaga cucu. Habiskan dgn baik harta rampasan perang. Tuan dh expired. Biar DS Najib mentadbir dgn cara dia sendiri.

    BalasPadam
  5. ha ha... berita sampah mana kutip ni...
    udah udah le jamu bangkai pada masyarakat... dosa..

    BalasPadam
  6. Apa komen sidang Pahang Daily tentang cerita berikut?

    http://kickdefella.wordpress.com/2011/07/18/ancaman-nik-aziz-lebih-bahaya-dari-ancaman-komunis/

    adakah rakyat pahang akan mengalami masalah yang sama bila pas perintah pahang?

    BalasPadam
  7. "Sakit jadi rakyat Malaysia. Nak cakap Bersih tak boleh. Nak demo tak boleh. Nak pakai baju kuning tak boleh. Nak sebut Altantuya tak boleh. Nak bincang bab Scorpene tak boleh. Serba tak boleh. Cakap sepatah polis beri amaran. Cakap sepatah Hishamudin gertak. Cakap sepatah Zahid Hamidi ugut. Cakap sepatah Najib hentam. Apakah rimba negaraku ini?

    Nah, malam ni peguam hak asasi Peranchis pula tak boleh cakap. Habis orang kena tutup mulut. Puas tutup mulut rakyat sendiri, mula tutup mulut orang luar. Cerdikkah kerja ni? Bukankah jadi lebih kusut. William Bourdon tu bukan Pat Mat jual rokok daun. Dia tu peguam internasional. Orang percaya cakapnya. Cakap Najib seantero dunia orang ragu dah.

    Kalau rakyat Malaysia pakai baju Bersih bolehlah kau tangkap. Bolehlah kau paksa rakyat jangan terlibat dengan Bersih. Bolehlah kau tafsir Bersih itu pertubuhan haram sebab kau tu menteri. Di Malaysia, undang-undang kena ikut kata Menteri; bukan Menteri kena ikut undang-undang.

    Di Peranchis mana boleh buat macam tu. Di Malaysia bolehlah kau sekat media cakap tentang Scorpene, tentang Altantuya. Di luar Malaysia, gilalah kau buat kerja macam tu. Orang putih kata jakun mana ni. Jakun pun boleh jadi Menteri? Waduh.

    Pengusiran William Bourdon jadikan politik Malaysia semakin menarik. Tunggulah tindakan peguam ni wahai manusia yang takut akan lembaga hitam Scorpene dan hantu Altantuya. Ya serba tak kena. Kalau tak diusir, habis heboh 1Malaysia. Diusir pulak, habis heboh seantero alam.

    Sakit kepala macam ni. Kau tidur dululah Rosmah. Aku tak berselera malam ni. Tak mahu tidur lagilah,bang. Tak puas lagi tengok cincin di jari ni. Orang kampung juga yang sedap tidurnya. Bangun besok boleh baca berita ribuan sambut PM di KLIA. Oh Najib, kau wiraku. Oh Rosmah, kau intanku. Selamat pulang juga kalian berdua. Seperti harapanmu, William Bourdin juga telah kuhantar pulang."

    BalasPadam
  8. anon 8;0;00,

    Kalau sakit,pegi lah ke Singapore ,Hong Kong atau China.Mungkin kau akan jadi warga negara yg paling di hurmati,dan di beri kebenaran berbuat apa saja.

    Ikhlas aku kata, aku takut orng macam kau ni ada kat Malaysia,aku takut Malaysia jadi Libya, NATO tolong serang.Buruk-buruk Malaysia pun aku masih sayang negara aku,aku tak se gagah orang Cina yg brjaya di mana-man pun mereka berada.Di US pun mereka ada China Town.Kau mungkin sehebat mereka,jadi eloklah belah ke S'pore,HK atau China tadi.

    BalasPadam
  9. Kesimpulannya:
    Jangan Pangkah Dacing.

    -MatCermin-

    BalasPadam
  10. "khlas aku kata, aku takut orng macam kau ni ada kat Malaysia,aku takut Malaysia jadi Libya, NATO tolong serang".

    Kalau takut kena serang bang, duk sebelah kami, kita paksa najib buat perubahan sejajar dgn amalan demokrasi yang diamalkan, gerenti Amerika tak serang. Jangan cakap jer kita negara demokrasi tapi tak ubah macam negara Ghadafi. Amerika marah sangat orang yang macam perangai Muammar ghadafi, keras kepala, tak mau terima langsung tuntutan mudah dari rakyat yang tak merugikan sesiapa.

    BalasPadam
  11. Prof. Dr. Nasoha SaabinSabtu, Julai 23, 2011 11:52:00 PTG

    Actually, PAS is not Islam and Islam is not PAS. In reality PAS is a political party with an Islamic image that want to establish an Islamic state but they do not have the correct understanding on how to establish an Islamic state nor they have the qualities of Islamic leadership. In case PAS rule Malaysia and they implement the Hudud Laws, there will chaos and instability in Malaysia similar to what has happened to Afghanistan when Taliban took over to manage the country. I guess many PAS members may not agree with me but it is natural that if anyone blocks his or her mind into something and nothing else, they will not be ready to think of any alternatives.

    Prof. Dr. Nasoha Saabin
    April 2011
    Dean of Faculty of Optometry
    International University College of Technology Twintech
    Kuala Lumpur, Malaysia

    BalasPadam
  12. Sedarlah kini orang Melayu PAS & PKR telah dijadikan tunggangan oleh DAP, mereka bijak menggunakan kesempatan ini. Akhirnya orang Melayu juga yang kerugian. Perkembangan PRN Sarawak akan merebak ke Semenanjung terutama Penang. DAP akan terus mengukuhkan pengaruhnya di Penang. PKR dan PAS sekali lagi akan ditunggang. Banyak polisi kerajaan negeri kini menguntungkan kaum Cina hanya serpihannya saja dapat kepada orang Melayu.

    Orang Melayu teruja bila setiap tahun warga emas dihadiahkan RM100. Tapi sedarlah lain-lain keuntungan negeri kaum Cina yang mendapat lebih terutama dalam soal perniagaan dan tender terbuka. Orang Cina boleh berniaga dimana saja tapi orang Melayu hanya ditempat2 tertentu saja. Pelbagai diskriminasi telah dilaksanakan tetapi orang Melayu belum lagi sedar.

    BalasPadam
  13. Oh, saya terlupa, kamu tidak bangga menjadi orang Melayu. Berbeza dengan saya yang bangga menjadi orang Melayu walaupun nenek berbangsa cina. Melalui kesetiaan dan kesedaran orang Melayu lah maka agama Islam sampai ke tanah ini, sehingga semua Melayu itu adalah Islam pada hari ini.

    Tidak sama dgn Cina yg tidak semestinya Budha, atau India, tidak semestinya Hindu, atau orang putih, tidak semestinya Kristian. Atas sebab itu, maka agama Islam itu menjadi anutan kamu. Dan kini kamu putar belitkannya pula utk kepentingan kamu sahaja. Manusia jenis apakah kamu wahai Nik Aziz??

    Walau kamu mendoakan keburukan bagi pemimpin kami, mengkafirkan kami dan menjahiliyahkan kami sedangkan lidah kami mengucap syahadah, solat 5 waktu setiap hari, berpuasa di bulan Ramadhan, membayar zakat, dan diterima menjadi tetamu Allah di Mekah bagi menunaikan haji, kami tetap mendoakan kebaikan sahaja bagi kamu.

    Saya cuma doakan hati dan fikiran mu dibukakan Allah kepada kebenaran yg nyata. Hilangkan dendam kesumat pada UMNO yg dulu kerana orang-orang Melayu dalam UMNO hari ni, seperti saya, sudah punya kesedaran bahawa tidak ada satu kaum pun di Tanah Jawi ini yg boleh memayungi orang-orang Melayu kecuali UMNO. Bukan PAS yang boleh diperkudakan, digunakan dan dihenyak pijakkan DAP, yang berbondong-bondong mengibarkan bendera DAP dengan megah, rela berbaring atas jalanraya bagi menghalang sultan mereka sendiri demi kerajaan boneka PAS yang dimiliki empayar keluarga Nga dan Ngo. Tentulah jua bukan PKR yang kejap ke kiri kejap ke kanan yang tidak dapat dipastikan arahnya kecuali demi kelangsungan seorang manusia biasa dengan masalah moral yang bertan-tan beratnya. Walau kamu membutakan hati terhadap kebenaran yang kamu juga mohon dari Allah, terpulang lah..

    BalasPadam
  14. Patut le ayat disusun pun tak tentu hala rupa-rupa nya kamu selalu terlupa. lain kali le kita jumpa yek !!!

    BalasPadam
  15. Pada yang mendabik Dada kata mereka pejuang Islam dan Melayu tu sila buktikan.

    Bawak usul ke Parlimen untuk melaksanakan Undang-undang Islam.
    Kita tengok siapa menyokong siapa membantah.
    Semua MP PAS akan sokong. Puak-puak lain aku X tau.
    Dalam Quran Allah suruh semua umat Islam laksanakan undang-undang Islam.
    Allah X kata orang PAS saja.
    Oleh itu sila zahirkan keimanan anda.
    Jaga aurat yang sama wajib dgn Solat pun X boleh. apa cerita.
    Mata pelajaran pendidikan Islam pun X diwajibkan lulus apa cerita?


    Jangan jadi burung kakak tua la kawan.
    Guna akal yang Allah kurniakan sebaiknya.
    Fikir & Zikir.
    Jangan jadi malas.

    BalasPadam
  16. Semenjak PKR mengambil alih pemerintahan negeri Selangor beberapa agensi yang selama ini mempunyai wang yang banyak tidak pernah sunyi dari masalah. Semua masalah melibatkan penyelewengan dan salah guna kuasa. Antaranya ialah Yayasan Selangor dan PKNS.

    Bagi PKR inilah masanya untuk mereka mengangkut keluar wang-wang dan harta yang ada pada agensi-agensi berkenaan untuk mereka dan kroni-kroni mereka.

    Sebagai permulaan kepada pendedahan bersiri ini kami ingin mulakan siri pertama berkenaan dengan penipuan perlantikan sebuah syarikat untuk menguruskan telemarketing PKNS.

    Pada 28 Julai 2010 mesyuarat pengurusan PKNS telah melantik sebuah syarikat yang bernama Tetuan People Source (M) Sdn Bhd untuk menguruskan telemarketing PKNS dengan nilai kontrak RM 1.34 juta bagi tempoh satu tahun.

    Keputusan untuk menyerahkan kontrak tersebut tidak dibentangkan dalam komiti tender PKNS. Peraturan telah menetapkan setiap kontrak yang melebihi RM 500 ribu hendaklah diputuskan dalam mesyuarat tender.

    Orang yang bertanggungjawab memilih syarikat tersebut dan membentangkannya dalam mesyuarat ialah Pengurus Kanan Pemasaran PKNS Holdings, Pn Madihah. PKNS Holdings adalah anak syarikat kepada PKNS.

    Setelah menyedari perkara tersebut menjadi satu kesalahan dan dalam masa yang sama kontrak tersebut hendak diberikan juga kepada syarikat kroni mereka tanpa perlu melalui komiti tender, maka proksi PKR dalam PKNS iaitu Pengurus Besar PKNS, Othman Omar dan dibantu oleh Puan Madihah dari PKNS Holdings telah membuat keputusan agar kontrak tersebut dipecahkan kepada tiga syarikat dan setiap satu syarikat akan dianugerahkan kontrak yang bernilai RM 447 ribu.

    Dengan cara itu maka kontrak tersebut boleh diberi kepada syarikat kroni-kroni mereka tanpa perlu melalui komiti tender.

    Setelah dipecahkan kepada tiga syarikat maka timbul lagi perasaan tamak dalam diri Othman dan Madihah, lalu mereka menukar keputusan daripada memberi kontrak yang asalnya satu tahun kepada dua tahun kepada setiap syarikat tersebut. Setiap syarikat dapat kontrak yang bernilai RM 894 ribu untuk dua tahun. Untuk tiga syarikat bagi kontrak dua tahun jumlahnya RM 2.68 juta.

    Setelah siasatan dijalankan oleh beberapa pihak dalam PKNS didapati ketiga-tiga syarikat yang diberi kontrak tersebut didapati mempunyai kaitan satu sama lain. Diringkaskan cerita, tuan yang sama, nama syarikat lain-lain.

    Lebih malang salah sebuah syarikat yang diberikan kontrak tersebut, Ping Technologies yang ditubuhkan beberapa bulan sebelum diberi kontrak telah diberi bayaran pendahuluan sebanyak 60% oleh PKNS Holdings. Ini menunjukkan syarikat tersebut tidak mempunyai kekuatan kewangan bagi menjalankan projek yang diberi.

    Satu lagi persoalan yang timbul yang cukup-cukup meragukan dalam hal ini ialah penglibatan Pn Madihah dari PKNS Holdings yang diberi kuasa untuk memutuskan syarikat yang hendak dipilih untuk menguruskan telemarketing PKNS, sedangkan PKNS Holdings adalah sebuah anak syarikat PKNS.

    Cukup setakat ini untuk pendedahan pertama, nantikan pendedahan seterusnya.

    Selangordaily

    BalasPadam
  17. Bagus le pendedahan ini, baru nampak keprihatinan. Penyelewengan bukan Malaysia tempat nya.
    Lapuran SPRM dah buat ke belum ? Kebiasaanya bang SPRM cukup cekap tang benda2 yang ada kena mengena dengan musuh2 amno, tapi tak dengor pun tapak kaki nya sehari dua ni. Kut SPRM pun dah di kautim tak ? amno tak ada apa2 action ke ?

    BalasPadam
  18. senang je naj jawab hujah totok-totok kat sini.mungkin kerana x habis belajar.sekolah asyik ponteng.tun faisal kena hantar training anak buah dia belajar semula kat sekolah

    BalasPadam
  19. tnb rugi 440 juta.patut ceo tnb,che khalib letak jawatan.nasib baik api baru naik rega.kalau x entah lagi banyak rugi tnb.bila tengok ceo tnb sebelum che khalib awang adik dan jamaluddin jarjis memang kuat umno.
    bukti apa yang umno jaga rugi.itu baru tnb

    BalasPadam
  20. hahah ini la contoh menteri bangang nama nya.....nak ambik nama balik...kah kah kah...seikkk khinzir.......p rahhhhhhh

    BalasPadam
  21. Kalau dah di besarakan tu dok lah diam, Semasa jadi Menteri dulu TS dah banyak buat duit bukan orang tak tahu company TS byk projek vendor TS bolot..cukuplah nak bodohkan orang...Hampehhh...Kami di PR dah ada HERO tak perlulah TS dan Kuli nak jadi HERO..

    BalasPadam
  22. PR sendiri pun tak BERSIH..dok kalut nak bersih orang

    BalasPadam
  23. Bersungguh betul Najib dan SPR nak laksana kaedah Biometrik yang lebih canggih dan sepatutnya lebih mahal berbanding dengan celup jari yang sepatutnya lebih mudah dan murah untuk mencegah pengundi hantu. Kalau Mykad rosak macamana? Batalkan penggunaan Biometrik pada saat akhir? Bukan 1 atau 2 Mykad rosak tapi dilaporkan 2.4 Juta Mykad rosak.

    BalasPadam
  24. Kalau dah dasar parti kaki bontot.... pusing manapun bau taikkkkkk.. kah...kah...kah...

    BalasPadam
  25. KESIMPULANNYA:......

    Jangan Pangkah Dacing....
    Tapi Pangkah UMNO.. UMNO..UMNO..
    Jangan Pangkah Dacing....
    Tapi Pangkah UMNO.. UMNO..UMNO..
    Jangan Pangkah Dacing....
    Tapi Pangkah UMNO.. UMNO..UMNO..
    Jangan Pangkah Dacing....
    Tapi Pangkah UMNO.. UMNO..UMNO..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.