script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Majlis Perbandaran Kuantan Akan Menguatkuasa Larangan Umat Islam Jadi GRO Di Pusat Hiburan!

KUANTAN 28 Julai - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan menguatkuasakan larangan umat Islam di daerah ini bekerja di pusat hiburan sebagai pelayan atau gadis pelayan pelanggan (GRO). Yang Dipertuanya, Dato' Zulkifli Yaacob (foto) berkata, perkara itu telah mendapat persetujuan semua ahli majlis MPK dalam mesyuaratnya selepas menerima cadangan dan pandangan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). "Kalau semuanya berjalan lancar, peraturan ini berkuat kuasa menjelang tahun depan dan menjadi dasar baru MPK. "Kita akan mengeluarkan syarat tidak membenarkan orang Islam bekerja di pusat hiburan yang menghidangkan minuman keras," katanya ketika mempengerusikan mesyuarat penuh MPK semalam. Zulkifli menegaskan, kerjaya GRO sering dikaitkan dengan masalah sosial dan perbuatan tidak bermoral. "Kajian mendapati 85 peratus pekerja pusat hiburan terdiri daripada orang Melayu Islam. Secara tidak langsung, ia memberi kesan negatif kepada masyarakat mengenai kebebasan orang Islam mengangkat, menghidang dan meminum minuman keras," katanya. Katanya, berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan bersama JAIP, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), polis dan Jabatan Imigresen, mendapati ramai pekerja pusat hiburan terlibat dalam minuman keras. Katanya, kajian juga mendapati 70 peratus GRO Islam di sini bekerja sepenuh masa dengan pendapatan antara RM2,000 dan RM3,500 sebulan. "Tempoh masa bekerja pula antara pukul 8.30 malam hingga 1.30 pagi dengan purata umur pekerja antara 21 dan 45 tahun," katanya.

[Satu berita baik dan tindakan yang cukup wajar kepada pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) untuk menguatkuasakan peraturan baru ini. Tambahan pula selama ini, memang sudah diketahui bahawa majoriti pusat-pusat hiburan yang terdapat di bandar ini menggunakan wanita Melayu sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO). Wanita terbabit bukan saja dipelihara oleh tokey-tokey pusat hiburan terbabit, malahan mereka juga bebas melakukan maksiat tanpa ada sebarang kekangan daripada mana-mana pihak. Wanita Melayu dijadikan hamba maksiat untuk menarik pelanggan Melayu supaya beramai-ramai hadir ke pusat hiburan terbabit. Justeru itu, sewajarnya MPK juga mengetatkan peraturan kepada orang Melayu Islam yang mahu berkunjung ke pusat-pusat hiburan terutamanya ketika bulan Ramadhan Al-Mubarak tidak lama lagi. Amal Makruf Nahi Mungkar. Apapun syabas dan tahniah buat Dato' Zulkifli Yaacob, Yang DiPertua MPK atas tindakan terpuji serta cukup bertanggungjawab ini].

Share:

19 ulasan:

  1. #Kesimpulannya:

    Jangan Pangkah Dacing.

    -MatCermin-

    BalasPadam
  2. kenapa tak dilaksanakan secepat mingkin? kalau saman parking cepat pula...

    BalasPadam
  3. KESIMPULANNYA:......

    Jangan Pangkah Parti Angguk Saja....
    Tapi Pangkah UMNO.. UMNO..UMNO..
    Jangan Pangkah Parti Kencing Rakyat....
    Tapi Pangkahlah UMNO.. UMNO..UMNO..

    BalasPadam
  4. ## Pada yang belum faham tu:

    Jangan Pangkah Dacing
    (United Malay No Otak)

    -MatCermin-

    BalasPadam
  5. Kalau aku dalam keadaan sekarang,aku tak galakan orang Melayu kerja boroh MPK-cuci longkang,angakat sampah,tanam pokok ,potong rumput dsb kerja yg berat dan kotor tu.Gaji nya tak seberapa,geng dap komplin sana komplin sini,buat kita macam apa je.patutnya biarkan saja mereka buat kerja-kerja tu ,kerana mereka yg ramai tinggal dalam bandar.Orang Melayu lebih baik balik kampung toreh getah dari kerja buruh MPK tu,lagi tinggi pendapatannya.

    Mereka bayar cukai 300 setahun,sampah org angkat,jalan org sapu,rumput org potong,longkang org cucui,mereka dapat lampu jalan lagi kawasan jadi terang benderang,harga rumah mereka lagi naik melambung sedang mereka tidur,kita dapat apa.MPK patut nya beri gaji paling minima RM 1500 sebulan pada pekerja berat dan kotor tu.Kenakan cukai pintu yg lebih tinggi kepada penghuni pusat bandar,mereka tu berniaga dapat untung besar,apa susah.

    Kalau kerajaan pakatan bagus,ini perlu di laksanakan di Selangor,Kelantan ,Kedah dan PP dulu.Cuba lah cadang pada DAP.Fauziah di Kuantan tu laungkan lah ini,jagan hanya pasal Lynas tu je.

    BalasPadam
  6. ## Pada yang belum faham tu:

    Jangan Pangkah Dacing
    (United Malay No Otak)

    MPK tu bukan kerajaan ke?????
    Kesian.........

    -MatCermin-

    BalasPadam
  7. Ludah ke langit.
    Jatuh ke muka sendiri.
    Tau pun pekerja bawahan MPK gaji rendah.
    Siapa yang tetapkan tangga gaji tu?
    Lim Guan Eng? Karpal Singh?
    Lim Kit Siang?

    Dah tentu la Kerajaan.
    Siapa Kerajaan Pahang Sekarang?????
    Mat Sabu Ke?
    Anwar Ke?

    Gaji Menteri Berpuluh ribu.
    Air free, Letrik free, minyak free,
    melancong free. Pendek kata semua free la.....

    Rakyat Didahulukan.....

    Akai ada ka?


    # Jangan Pangkah Dacing.

    -MatCermin-

    BalasPadam
  8. KerajaanPakatan di Selangor buat le dulu ,kata pembela rakyat.Next election kalau aku jadi menteri aku buat itu.Sebab itu idea aku.Ini bukan soal ludah kelangit ke,apa.Aku dah cadang pada Selangor dulu masa aku masih org kuat PR tapi tak jalan pun.Wal hal kat Selangor ada banyak bandaraya pun.Kat PP. DAP LGE buat le kan ke PP ramai Cina,tunjukan lah prihati pada pekerja Melayu tu.

    BalasPadam
  9. JADI SELAMA 50TAHUN NI BABINASIONAL MEMERINTAH APA DIA BUAT???? AKAI ADA KA?

    BalasPadam
  10. Kau kata PR X akan jaga kebajikan rakyat. Kau kata DAP lintah Darat.
    Kau kata PAS ikut telunjuk DAP
    Sekarang dah terbalik pulak.
    Mana satu yg betul ni????
    Apasal org yg dah 50 tahun jadi kerajaan X boleh buat?
    Lain kali pegang hujah kau tu betul-betul. Jangan sekejap ke kiri. sekejap ke kanan.
    Orang boleh bau busuk hati kau tu.

    Bagi Royalti pada kerajaan Kelantan. Kami boleh tunjukkan.

    Bagi Kerajaan pusat pada pakatan.
    Tualah mcm mana kami nak buat.

    # Jangan jadi burung kakak tua.
    Tau cakap je.
    Makna X tau.

    # Last sekali :

    Jangan Pangkah Dacing.

    Takde tapi-tapi.
    Jangan tidak-tidak.

    -MatCermin-

    BalasPadam
  11. Kesimpulannya...
    Ingat jangan tak ingat...
    Jangan Pangkah DAP (Dalang Anasir Perosak)
    Jangan Pangkah PKR (Parti Kelentong Rakyat)
    Jangan Pangkah PAS (Parti Ajaran Songsang)

    BalasPadam
  12. ## Pada yang belum faham tu:

    Jangan Pangkah Dacing
    (United Malay No Otak)

    Takde tapi-tapi
    Jangan tidak-tidak

    -MatCermin

    BalasPadam
  13. tahniah Dato Zul, semoga apa yang dicadangkan ini dilaksanakan secepat mungkin.....marilah kita bersama-sama membanteras maksiat..

    BalasPadam
  14. bila sampai ramadhan je...baru terlompat-lompat nak buat larangan ni..apa ke banggang sangat MPK ni...yang dok bagi lesen ke tokey cina bukak tempat maksiat tu pasal apa?...apa MPK ni tak perasan ke bandar kuantan ni penuh dgn tempat2 maksiat..kelab malam, pub, disko, pusat urut..tulis je kat signboard, urut refleksologi..tapi hakikatnya urut lain...import betina dari China....berlambak-lambak di kuantan ni...kalau nak banteras org islam dari kerja yg tak elok..banteras la dari akar umbi..ni tidak..lesen dok bagi...dok perbanyakkan pusat maksiat di kuantan ni..Jabatan Agama Islam..lagilah tak boleh pakai...duduk ofis goyang kaki je...pantau la sikit...sudah2 la bagi lesen tempat2 maksiat ni...

    BalasPadam
  15. anon 11;08;00

    Apa yg Azizan nak buat tak menjadi di Kedah tu bukan bulan Ramadhan ke?.

    BalasPadam
  16. anon; 519 bukan tak reti bahasa,aku ckap BABINASIONAL mmerintah 50tahun apa dia buat,itupun ko nk marah,releklah bro...lebih baik aku ikut ckap pas daripada BABINASIONAL,dulupun aku dduk dlm parti BABINASIONAL juga, tapi bila aku tengok sendiri dgn mata kepala aku,aku tengok semuanya tak blh pakai,kurap,penipu,depan rakyat bukan main baik,pijak semut pun tak mati,belakang dialah hantu jembalang,duk sapu duit rakyat,kayakan diri sendiri dan kroni,jgnlah...mati hidup semula pun aku takkan jijakan kaki kat parti BABINASIONAL tu lagi

    BalasPadam
  17. JGN PANGKAH DACING....orang tak pakai dacing dah skrng orang pakai KILOGRAM sekarang....HAHAHA100x

    BalasPadam
  18. anon;803 umporno apa kurangnya,cuba2lah bukak blog parpukari.....

    BalasPadam
  19. ## Pada yang belum faham tu:

    Kalau keluar PR jadi Bebas sepenuhnya,
    Aku setuju.
    Tapi keluar PR,
    Masuk Amno.
    Memang kelako.
    Mengalahkan Hantu Kak Limah Balik Rumah.

    Satu soalan Tuan Sman.
    Kamu ni raja sesumpah ke?
    Atau Penjihad Islam Kulim?

    Sebab tu aku kata jangan banyak berkata-kata.
    Nampok pedoahnye......

    Jangan Pangkah Dacing

    Takde tapi-tapi.
    Jangan tidak-tidak.

    -MatCermin-

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.