script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Bantahan Lynas Terus Bersemarak, Save Malaysia Menggempur PC Fair Berjaya Megamall Semalam !!

KUANTAN, 3 Julai - NGO Save Malaysia terus mengadakan aktiviti mereka biar pun keputusan pakar IAEA terhadap keselamatan projek Lynas telah diketahui. Semalam, mereka mengadakan program berbentuk promosi "bantah Lynas" di komplek membeli belah Berjaya Megamall, dekat sini. Program yang bermula sekitar jam 1.30 petang itu berakhir beberapa jam kemudian. Jawatankuasa Save Malaysia yang diketuai oleh pengerusinya, Dr.Tan Bun Teat telah bertemu orang ramai untuk menunjukkan rakyat terus membantah projek berkenaan. Mereka memakai baju T-Shirt "Save Malaysia" dan bergerak bertemu orang ramai untuk meraih sokongan agar sama-sama meneruskan perjuangan membantah Lynas. Turut dilihat hadir ialah Ketua Pemuda MCA Indera Mahkota dan prnyokong yang lain termasuk mahasiswa dari beberapa buat IPT sekitar Kuantan. Aktiviti kumpulan terbabit menarik perhatian orang ramai yang berkunjung ke situ. Tambah menarik apabila ramai petugas di PC Fair yang sedang berlangsung, juga mengenakan pakaian T-Shirt Save Malaysia. Apapun, tidak ada sessi ucapan atau acara perhimpunan. Mereka kemudian berkumpul di sebuah restoran makanan segera untuk berbincang isu-isu yang berkenaan.


Menarik perhatian, petugas PC Fair pakai baju T-Shirt Save Malaysia

Gelombang hitam kuning Save Malaysia menyerang Berjaya Megamall
[Sementara itu, pihak polis dilihat memantau keadaan. Namun tidak ada kejadian yang tidak dingini berlaku. Semuanya terkawal dan berada dalam keadaan tenteram. Cuma sesekali ada anggota polis yang mengarahkan petugas PC Fair menanggalkan baju T-Shirt terbabit jika tidak mahu dikenakan sebarang tindakan. Akibat tekanan itu, ada dikalangan petugas yang menanggalkannya. Tindakan pihak polis itu amatlah dikesali, tambahan pula rakyat hanya memakai T-Shirt untuk menyatakan bantahan. Kenapa ia menjadi satu kesalahan dan ketakutan bagi pihak mereka?. Inilah yang memusykilkan rakyat sebenarnya. Kenapa perlu takut dengan baju Lynas, selepas mereka takut dengan baju Bersih].
Share:

12 ulasan:

  1. Suruh yang menyuruh t-shirt Anti Lynas ditanggalkan itu sukarela bekerja di dalam kawasan kilang Lynas apabila ia beroperasi nanti.

    BalasPadam
  2. UMNO siang malam kutuk PAS berkawan dengan DAP tapi berpuluh2 tahun menjilat MCA, Gerakan dan MIC. Sekarang kawan baik UMNO, MCA juga bantah Lynas.. apa kata UMNO?

    BalasPadam
  3. Inilah jadinya bila Polis lebih menjaga survival parti pemerintah daripada kebajikan dan keselamatan rakyat....

    BalasPadam
  4. MALAYSIA SAFE,START LYNAS!!IAEA dh bg greenlight.pojet ni bersih 2.5!!!bkn bersih 2.0.

    BalasPadam
  5. Rami yang pandirr... boleh la cos dia sokong anti Lynas.. anak buah pakai jela.... hati belum tau lagi... tapi jadi belaci saje je la... kepala2 cina tu tak pakai pun baju anti Lynas hari tu... senang nak lari kalau polis nak tangkap... kui kui kui ... pandir ... pandir...

    BalasPadam
  6. org yg anti lynas seme xblahe pkai..sokong lynas..

    BalasPadam
  7. umPORNO tidak akan berkata apa2 apabila MCA cakap pasal lynas nih,sama seperti MCA menghina agama islam,umPORNO cuma angguk2 sahaja..semua bacul

    BalasPadam
  8. sakit jiwa belaka budak2 yg anti lynas fikir-fikir kn lah.

    BalasPadam
  9. Perkara berkaitan agama perlu dirujuk dan diselesaikan dengan kaedah yang ditetapkan oleh syara'. Jangan panggil gelaran kepada sesiapa tanpa saksi ditetapkan oleh syara'. Yang bengang ni ialah isu Lynas...masalah yang berkaitan dengan teknikal dan jangan dipolitikkan. Kalau ada masalah rasuah ke, salahguna kuasa ke...buat lah report atau buktikanlah dengan evidence yang cukup dan jelas. IAEA datang sampai 10 orang tak percaya tapi maklumat dalam New York Times percaya pulak. Apa ni..PDO dan YB Fauziah. Asal tak sejalan je..kena beli...Kat negara kita ni banyak orang yang belajar pasal nuklear..UTM, UKM, USM banyak pensyarah yang ada kepakaran..pergilah rujuk. Ni dok rujuk Jayabalan si doktor GP, peguam yang tak ada pengalaman dan hanya dapatkan maklumat dari internet je...Engineer Nuclear pulak perasan dah jadi pakar dan boleh janakan reaktor nuklear dan pernah berkerja di Amerika Syarikat...betul ke...tak pernah dengar pun. Kata banyak kajian buat tapi...dah rujuk dan semak, tak jumpa satu pun yang ilmiah. Kata kerja kat UKM...tak pernah dengar present paper pun....jangan buat lawak le...senarai nama pakar-pakar nuklear memang ada tau...senarai nama doktor2 yang berkelayakan untuk kemalangan radiologi pun ada tau.. Jayabalan tak ada dalam senarai...buat kajian sendiri dan claim kajiannya ada kat mahkamah....lawak betul. PDO ni pun, jangan dok ulas le...siar je, tak. Bila ulas nampak sangant jahilnya dalam isu radioaktif ni...

    BalasPadam
  10. Perkara berkaitan agama perlu dirujuk dan diselesaikan dengan kaedah yang ditetapkan oleh syara'. Jangan panggil gelaran kepada sesiapa tanpa saksi ditetapkan oleh syara'. Yang bengang ni ialah isu Lynas...masalah yang berkaitan dengan teknikal dan jangan dipolitikkan. Kalau ada masalah rasuah ke, salahguna kuasa ke...buat lah report atau buktikanlah dengan evidence yang cukup dan jelas. IAEA datang sampai 10 orang tak percaya tapi maklumat dalam New York Times percaya pulak. Apa ni..PDO dan YB Fauziah. Asal tak sejalan je..kena beli...Kat negara kita ni banyak orang yang belajar pasal nuklear..UTM, UKM, USM banyak pensyarah yang ada kepakaran..pergilah rujuk. Ni dok rujuk Jayabalan si doktor GP, peguam yang tak ada pengalaman dan hanya dapatkan maklumat dari internet je...Engineer Nuclear pulak perasan dah jadi pakar dan boleh janakan reaktor nuklear dan pernah berkerja di Amerika Syarikat...betul ke...tak pernah dengar pun. Kata banyak kajian buat tapi...dah rujuk dan semak, tak jumpa satu pun yang ilmiah. Kata kerja kat UKM...tak pernah dengar present paper pun....jangan buat lawak le...senarai nama pakar-pakar nuklear memang ada tau...senarai nama doktor2 yang berkelayakan untuk kemalangan radiologi pun ada tau.. Jayabalan tak ada dalam senarai...buat kajian sendiri dan claim kajiannya ada kat mahkamah....lawak betul. PDO ni pun, jangan dok ulas le...siar je, tak. Bila ulas nampak sangant jahilnya dalam isu radioaktif ni...

    BalasPadam
  11. Bongkar lagi?
    Stop Lynas thePetitionsite sudah pun ditutup (moderator care2U suruh tutup) . Hanya 2.188% sahaja menyokong untuk STOP LYNAS .
    Lawati website YB Fuziah http://www.thepetitionsite.com/1/stop-lynas/
    Fuuuh , kalau tak kena jaja satu dunia website ni...

    BalasPadam
  12. aku tak kisah pon, asal kn dapat baju free.. dapat duit makan pagi ckup la.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.