script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Pendedahan Bala Mencemaskan Najib Serta Membuatkan Dendamnya Terhadap Anwar Ibrahim Dan Pakatan Rakyat Semakin Membara !

Susulan pendedahan demi pendedahan yang dibuat dalam blog Malaysia Today perihal rakaman video pendedahan "skandal pembunuhan Altantunya" oleh Penyiasat Persendirian P.Balasubramaniam, maka ternyata kini Perdana Menteri Malaysia Najib Razak bagai "cacing kepanasan". Biarpun isterinya, Rosmah Mansor mengatakan segala maklumat terbaru itu tidak menganggu tugas-tugas Najib dan dianggap sebagai tuduhan liar yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu yang cemburu dengan suaminya itu. Malah Rosmah juga ada berkata beliau tidak risau dengan begitu banyak tuduhan jahat dan liar dilemparkan terhadapnya oleh pihak-pihak yang bersikap memusuhi beliau dan sebagai isteri perdana benteri, beliau lebih fokus dalam kerjanya untuk membantu rakyat mendapatkan kehidupan lebih sempurna serta baik untuk masa depan. Begitulah kenyataan seorang isteri pemimpin yang kini mungkin tidak lena tidur akibat dibuai oleh mimpi-mimpi ngeri jelmaan "Altantunya Shariibuu". Umum melihat, biarpun kes itu seolah-olah sudah ditutup rapat-rapat bilamana dua "kambing hitam" iaitu Sirul Azhar dan Azilah Hadri didapati bersalah dan dihukum gantung oleh mahkamah hujung tahun lalu. Namun, sehingga kini rakyat masih sangsi dengan keputusan tersebut, tambahan pula pabila dalang disebalik skandal ini iaitu Razak Baginda dibebaskan oleh mahkamah. Sedangkan, kedua-dua tertuduh itu sebenarnya kemungkinan besar mendapat arahan daripada Razak sendiri. Manakala Razak pula sudah pasti mendapat arahan pihak atasan atau "Boss"nya. Malah, di mahkamah sendiri, Razak ada menjelaskan bahawa Altantunya mengugut beliau dan meminta diberi bayaran ratusan ribu ringgit. Soalnya, kenapa tuntutan itu dilakukan oleh Altantunya?. Apakah beliau hanya "berseronok" meminta wang daripada Razak tanpa ada apa-apa perjanjian yang dimeterai sebelum itu?. Kenapa pihak polis tidak mahu menyiasat kaitan perkara ini agaknya?
Altantunya Terperangkap Disebalik Janji Palsu
Inilah yang menimbulkan persoalan dan kesangsian dihati rakyat sebenarnya. Malah, kenapa nama-nama Najib Razak sering disebut oleh saksi-saksi terutamanya sepupu Altantunya sendiri. Anehnya, kenapa pula pihak hakim, pendakwaraya dan peguambela tertuduh pula menghalang Amy (sepupu Altantunya) mengemukakan gambar bukti kelibat Altantunya dengan pemimpin negara yang dipercayai Najib Razak itu?. Bukankah semua ini berpunca daripada skandal pembelian peralatan pertahanan negara yang dipercayai menelan ratusan juta ringgit. Malah, pembelian yang dilakukan dengan negara Perancis itu pula agak pelik kerana menggunakan "sebuah syarikat broker" yang mendapat "untung atas angin" bernilai ratusan juta ringgit. Pembelian yang sepatutnya berlaku antara kerajaan dengan kerajaan "goverment to goverment" dibuat melalui broker yang ada kena mengena pula dengan Razak Baginda pula. Bukankah ini menguatkan lagi firasat rakyat bahawa kes ini masih ada "rahsia besar" yang belum dirungkaikan sebenarnya. Benarlah juga bagai dikataka Altantunya adalah "jurubahasa" untuk semua rundingan pembelian kelengkapan tentera ini sebenarnya. Maka itulah beliau dipercayai ditawarkan dengan "ganjaran lumayan" sekiranya perjanjian pembelian itu dimeterai. Inilah dia "skrip asal" yang bermain difikiran rakyat. Kemudian timbul pula isu "anak Altantunya" yang dipercayai hasil hubungan sulitnya dengan individu terbabit "dipercayai suaminya". DNA yang dikatakan dilakukan terhadap anak Altantunya di Monggolia langsung tidak diambil biarpun katanya ia dilakukan. Hasilnya, memungkinkan Altantunya memberontak gara-gara wang ganjaran penuh yang dijanjikan tidak ditunaikan. Malahan beliau pula dipermainakan oleh pihak yang berkenaan. Maka itu juga, kemungkinan besar dek kerana beliau ingin mendedahkan pasal "kandungan dan anak" tersebutlah, akhirnya terdapat arahan agar "menghapuskan" beliau demi maruah negara yang akan tercemar sekiranya "rahsia besar" itu didedahkan.
Video Pendedahan Bala, Fitnah Atau Kebenaran
Semua ini adalah bersandarkan maklumat dan perjalanan kes yang dilakukan di mahkamah sebenarnya. Justeru itu, perkara seperti ini tidak wajar diistilahkan sebagai "fitnah", kerana ia bermain difikiran setiap hamba rakyat yang mengikuti rentetan perjalanan kes ini sebenarnya. Lantaran itu jugalah, pendedahan terbaru yang dibuat melalui video eksklusif Balasubramaniam (foto), itu menandakan bukti jelas kes ini perlu dibuka semula. Sirul dan Azilah perlu dibenarkan untuk membela diri mereka daripada pertuduhan. Soalnya sekarang, sebagai anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) kedua-dua tertuduh sudah pasti mendapat arahan daripada pihak atasan. Masakan pula mereka membunuh Altantunya "sesuka hati" begitu sahaja. Inilah yang perlu dibongkarkan sebenarnya. Supaya dunia melihat kes jenayah seperti ini mendapat pembelaan sewajarnya di negara kita. Sirul dan Azilah pula dikatakan adalah "polis pengiring" pemimpin negara. Oleh itu, bukankah agak jelas dan mempunyai alasan yang kukuh untuk mengaitkan beliau yang didedahkan oleh Balasubramaniam dengan kes ini?. Rakyat melihat apa yang berlaku didepan mata mereka. Undang-undang ada kalanya boleh dipermain dan diperalatkan. Namun, suara rakyat adalah suara keramat yang akan menghukum mereka yang terlibat itu sebenarnya. Kita tidak hairan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih berteka teki untuk mengambil keterangan daripada Bala seperti yang didedahkan oleh Ketua AMK Parti Keadilan Rakyat, Samsul Iskandar Md Akin baru-baru ini. Mungkin mereka takut, bertemu dan mengambil keterangan dari Bala bakal mengundang "bala yang lebih besar" dalam kerjaya mereka selepas ini. Akhirnya, kes ini akan dibiarkan tanpa pembelaan yang sewajarnya oleh sistem kehakiman di negara kita.
Dendam Terhadap Anwar Semakin Membara
Malahan, pendedahan Bala tentang beliau diugut, dihantar ke luar negara dan ditawarkan ganjaran lumayan oleh nama-nama yang disebut oleh beliau dalam pendedahannya itu juga masih belum dipanggil oleh pihak SPRM sendiri. Apakah mereka takut untuk berpijak di bumi yang nyata, lantaran membiarkan begitu sahaja keterangan dan akuan ini agaknya?. Begitu juga pihak polis sendiri. Apakah mereka menganggap pendedahan terbaru Bala ini sebagai fitnah semata-mata dan tidak perlu dilayan?. Mereka lebih berselera melayan kenyataan dan akuan Saiful Bukhari bahawa dirinya diliwat oleh Anwar Ibrahim daripada satu akuan kes yang cukup besar seperti ini. Maruah negara tercalar dek kerana, terdapatnya amalan undang-undang yang cukup "double standard" di Malaysia ini sebenarnya. Malahan biarpun kes Altantunya sudah diputuskan oleh mahkamah, tetapi "rakyat adalah hakim negara". Mereka lebih bijak menilai dan mengadili sesuatu kes daripada hakim-hakim yang boleh dijual beli sekarang ini. Lantaran itu jugalah mereka melihat kes "liwat II" yang melibatkan Saiful Bukhari Azlan dengan Anwar Ibrahim itu adalah satu tindakan "balas dendam" Najib Razak terhadap Ketua Pembangkang itu sebenarnya. Akhirnya Anwar dinafikan hak sebagai rakyat Malaysia untuk mempertahankan diri dan menuntut keadilan. Segala dokumen dan laporan berkaitan tidak dibenarkan untuk diserahkan salinannya kepada barisan peguam Anwar. Maka, apa yang mahu dibela oleh mereka jika ada bukti-bukti palsu yang direka cipta dibawa ke mahkamah nanti agaknya?.
Atas ketakutan pendedahan Bala ini juga, membawa kepada kejadian yang berlaku di Dewan MBPJ Taman Sri Manja, Petaling Jaya malam tadi. Beratus anggota polis "menggempur" dewan tersebut semata-mata untuk menghalang orang ramai dari mendengar penerangan tentang kes perbicaraan Anwar Ibrahim. Malah, salah seorang pemimpin PKR iaitu Khairul Anwar (Jonah) telah ditahan polis kerana mengedarkan risalah tentang kes Anwar ini. Difahamkan beliau akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk membolehkan tahanan reman dibuat terhadap dirinya. Apa yang jelas dapat dilihat oleh rakyat ialah betapa takutnya pihak terbabit dengan "kebenaran" yang mahu diberikan. Biarpun Anwar yang belum terbukti bersalah, malah kesnya juga yang dilihat bercelaru itu dibicarakan tetapi kerajaan UMNO dan BN pimpinan Najib Razak mahu rakyat percaya bahawa Anwar memang sudah bersalah dan "kaki liwat". Ini jelas berjaya ditanamkan kepada puak-puak UMNO dan BN, tetapi tidak buat rakyat keseluruhannya. Dalam masa yang sama juga, mereka mahu rakyat percaya bahawa Najib Razak dan Rosmah Mansor memang tidak terlibat dengan kes pembunuhan Altantunya Shariibuu itu sebenarnya.
[Kesimpulannya, dunia sudah terbalik sekarang ini pabila kebenaran cuba ditutup rapat tetapi kezaliman cuba diselewengkan supaya rakyat melihat itulah kebenaran sebenarnya. Inilah yang dikatakan undang-undang rimba yang cukup zalim buat rakyat. Kezaliman ini disokong pula oleh beberapa kerat hakim Mahkamah Rayuan yang telah "dibela" oleh kerajaan untuk memastikan mereka senantiasa menang dalam apa jua kes besar yang boleh menjatuhkan maruah mereka. Hasilnya, kita dapat lihat sendiri apa yang berlaku di negara kita sekarang ini. Sistem keadilan jelas sekali telah dirobek oleh mereka-mereka yang rakus untuk terus berkuasa. Hanya rakyat sahaja yang dapat menentukannya dalam pilihanraya umum akan datang. Kerajaan yang adil perlu disokong tetapi kerajaan yang zalim dan menindas rakyat perlu ditentang habis-habisan demi masa depan].
Share:

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Angin Kencang Di Pantai Timur Hingga Selasa
KUALA LUMPUR, 18 Dis [3.34 pm] - Jabatan Metereologi hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat kuning iaitu hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang turun dari semasa ke semasa di Perak dan Kedah bermula hari ini, dijangka berterusan sehingga 20 Disember. Di Kedah daerah yang terlibat adalah Padang Terap dan Sik manakala di Perak daerah yang terlibat adalah Hulu Perak dan keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah seperti berhampiran tebing sungai. "Manakala keadaan yang sama dijangka berterusan hingga 22 Dis di kawasan pantai timur iaitu di Kelantan, Terengganu dan Pahang," kata jabatan itu. Di Kelantan kawasan yang dijangka mengalami keadaan itu adalah jajahan Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai. Manakala di Terengganu kawasan yang terjejas adalah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman, dan di Pahang daerah yang mengalami keadaan demikian ialah Kuantan, Pekan dan Rompin. Kenyataan itu berkata angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer (km) sejam dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter yang berlaku di perairan Samui (Kelantan dan Terengganu), Tioman (Pahang dan Johor Timur) perairan Condore, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah (Pantai Barat dan Kudat) Reef North, Layang-layang dan Palawan di Laut China Selatan dijangka berterusan sehingga 23 Disember. Sehubungan itu, katanya, kawasan pantai di pantai timur Semenanjung terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sepanjang tempoh itu. "Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, kegiatan sukan dan rekreasi laut," kata kenyataan itu.
[Kenyataan yang dibuat oleh Jabatan Metereologi ini seolah-olah ada kebenarannya. Difahamkan, seluruh bandar Kuantan mengalami hujan mulai awal pagi tadi. Kejadian yang sudah dianggap baik selepas edisi banjir baru-baru ini. Apakah banjir akan berlaku lagi untuk kali kedua di negeri ini agaknya?. Apapun kepada semua rakyat Pahang yang mendiami kawasan berisiko banjir, diharap dapat bersedia bagi mengelakkan sebarang kemungkinan berlaku. Pastikan segala dokumen penting disimpan dan diletakkan ditempat yang selamat. Ikut arahan pihak polis dan jangan sesekali memandai-mandai untuk menunjukkan kehebatan. Kita tidak mahu lagi mendengar ada mangsa yang meninggal dunia].
Share:

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

ADUN Tioman Dan Keluarga Terbabit Kemalangan

PEKAN, 17 Dis [4.45 pm] - Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Tioman, Dato' Mohd Johari Hussain (foto), 36, cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terbakar di Batu 16 Jalan Pekan-Rompin dekat sini semalam. Isterinya Zurina Yosof, 34, dan empat anaknya, Mohd Jibrail, 9, Amirah Balqis, 7, Mohd Mikail, 6, dan Mohd Atid, sembilan bulan, serta anak saudaranya Mohd Harun Hamili, 8, turut mengalami kecederaan ringan. Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata, kejadian berlaku kira-kira 11.30 malam ketika mereka dalam perjalanan dari Pekan menuju ke Rompin selepas pulang ke kampung isterinya di Kelantan. "Mohd Johari yang sedang memandu kenderaan itu terlelap menyebabkan kenderaan jenis Toyota Fortuner itu terbabas dan terbalik sebelum terbakar," katanya ketika dihubungi hari ini. Yahaya berkata mereka sekeluarga bernasib baik kerana sempat keluar dari kenderaan itu sebelum ia terbakar sepenuhnya. Yahaya berkata mereka sekeluarga bernasib baik kerana sempat keluar dari kenderaan itu sebelum ia terbakar sepenuhnya. Katanya, mereka diselamatkan oleh saudara-mara yang turut berkonvoi dan dihantar ke Hospital Pekan untuk menerima rawatan.
[Malang tidak berbau, hanya dengan sekelip mata segalanya akan musnah. Namun, nasib ADUN Tioman serta keluarganya cukup bertuah kerana nyawa mereka masih dapat diselematkan biarpun kenderaan yang dinaiki telah terbakar. Sesuatu yang amat menakjubkan sebenarnya. Cuma, ambil hikmah dari sebalik kejadian ini. Jika mengantuk ketika memandu, berehat dan tenangkan fikiran. Sayangilah keluarga dan masa depan anda. Mujurlah tidak berlaku peristiwa sebaliknya dalam kejadian ini. Semoga ADUN terbabit cepat sembuh dan dapat berkhidmat semula kepada rakyat di kawasannya. Banyakkan bermuhasabah atas kejadian ini].
Share:

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Inkues Teoh Ditunda Pada 7 Januari Depan
SHAH ALAM, 17 Dis [2.10 pm] - Inkues kematian mantan Setiausha Politik exco kerajaan negeri, Teoh Beng Hock yang sepatutnya diteruskan hari ini sekali lagi ditunda pada 7 Januari tahun depan. Difahamkan penangguhan itu dibuat selepas pakar patologi gagal menyiapkan laporan hasil bedah siasat ke dua ke atas mayat mendiang yang dilakukan 22 November lalu. Inkues itu mengikut jadual seharusnya diteruskan hari ini tetapi ditangguh untuk kali kedua selepas Koroner Amzil Munthapa Abas sebelum ini menetapkan 9 Disember lalu sebagai tarikh asal inkues.
[Menjadi kemusykilan, kenapa pakar patologi gagal menyiapkan laporan hasil bedah siasat kedua itu mengikut jadual yang telah ditetapkan?. Apakah kerana terdapatnya "tangan-tangan ghaib" yang mahu mereka menyembunyikan fakta kedua yang ditemui itu agaknya. Sebelum ini, hasil bedah siasat pertama yang dilakukan oleh doktor tempatan jelas mengatakan Teoh membunuh diri dengan terjun dari bangunan yang menempatkan pejabat SPRM Selangor itu. Namun, selepas pakar forensik mewakilik Kerajaan Selangor yang diundang dari Thailand melakukannya maka terbukti 80% terdapat kesan kecederaan yang menjurus kepada kes bunuh. Apakah pihak pakar patologi takut dengan hasil siasatan kedua ini agaknya?. Kenapakah harus menyembunyikan lagi fakta kepada rakyat. Kenapa perlu masa lagi untuk membuat keputusan. Tindakan ini jelas menghilangkan kepercayaan rakyat terhadap badan itu sebenarnya].
SPRM Bebas Menyiasat Tanpa Sekatan Waktu
PUTRAJAYA 17 Dis [12.05 pm] - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah satu badan istimewa yang ditubuhkan bagi menangani gejala rausah menerusi tahap penyiasatan yang efektif. Memandangkan kegiatan rasuah tidak mengenal waktu maka tempoh masa siasatan tidak boleh dihadkan, hanya dalam waktu pejabat iaitu 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Peguam kanan Persekutuan, Amarjeet Singh ketika berhujah di Mahkamah Rauyan hari ini menyatakan pegawai SPRM sentiasa berada dalam tugas memandangkan perbuatan rasuah boleh dilakukan pada bila-bila masa. Skop menjalankan siasatan tidak patut disempitkan hanya dalam waktu pejabat kerana interpretasi tersebut tidak betul. Amarjeet berhujah dalam rayuan yang dikemukakan oleh SPRM berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 19 November yang memberikan implikasi besar dalam siasatan SPRM.
[Patutlah SPRM bebas melakukan apa saja terhadap mereka yang disiasat hatta saksi-saksi sekali pun. Jika mereka "terlalu istimewa" seperti yang dinyatakan oleh Peguam Kanan Persekutuan itu, maka apakah mereka juga boleh melakukan apa sahaja sehingga menyebabkan kematian?. Kes Teoh Beng Hock misalnya, biarpun SPRM nafikan mereka terlibat namun harus diingat mangsa berada di pejabat SPRM Selangor ketika kejadian. Dia ditemui mati di bangunan yang sama dan bukannya selepas meninggalkan bangunan yang menempatkan pejabat SPRM terbabit?. Kenapa SPRM masih mahu berselindung dalam hal ini. Bukan punca kematian itu boleh dikaitkan dengan mereka. Samalah dengan kes polis jumpa mayat di rumah seseorang itu, malah selepas disiasat mangsa dipercayai berada dengan individu terbabit sebelum dijumpai mati. Makanya, polis sebenarnya boleh mensabitkan individu itu sebagai suspek utama. Tapi kenapa tidak kepada pegawai SPRM Selangor?. Malah Teoh dikatakan membunuh diri dengan terjun bangunan tinggi itu. Soalnya di mana beliau mati? Bukankah di bangunan yang sama, lainlah kalau dia mati ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Inilah yang menjadi tanda tanya sebenarnya. Apakah SPRM juga istimewa hingga ke tahap boleh mencederakan mangsa agaknya? Atau SPRM istimewa untuk menyiasat kes yang melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat semata-mata, tetapi bagi laporan rasuah ratusan juta ringgit yang melibatkan pemimpin UMNO BN, kenapa tiba-tiba pihak SPRM mula hilang "istimewa" untuk menyiasat mereka itu?]
Share:

Eksklusif: Kerajaan BN Semakin Bercelaru, Bajet Najib Lulus Majoriti Tiga Undi Dan Bajet Zambry Di Perak Pula Lulus Hanya Dalam Masa 20 Minit !

Apa sudah jadi dengan Malaysia di bawah pemerintahan Najib? Bajet 2010 yang menelan belanja bilion ringgit diluluskan dengan suara lebih 3 undi sahaja iaitu 66 menyokong dan 63 menentang dalam pengundian lewat malam tadi. Najib hilang kredibiliti, ia berlaku apabila bajet 2010 itu dibuat bacaan untuk kali ketiga dan diluluskan lewat malam tadi. Mengulas lanjut tentang perkara ini, pemimpin PAS Perak Ustaz Ustaz Misbahul Munir Masduki (foto) selaku Yang Dipertua PAS Bagan Datoh berkata "peristiwa ini juga adalah yang pertama kali berlaku apabila satu bajet diluluskan dengan perbezaan undi yang sangat tipis. Jika ditolak, ia membawa implikasi besar terhadap kerajaan pimpinan Umno itu". Semasa undian dibuat peringkat Jawatankuasa untuk Kementerian Dalam Negeri, iaitu kementerian yang terakhir yang dibahaskan, ia hanya diluluskan dengan majoriti satu undi sahaja. "Bajet kali ini paling tidak sempurna kerana bajet tersebut gagal menyakinkan ahli Parlimen PR dan juga Ahli Parlimen BN. Perbahasan berlaku dengan penuh kecelaruan dan ketidakyakinan. Pengundian pula dijalankan ketika jumlah Ahli Parlimen PR dan BN hampir sama ramainya, sekiranya kehadiran ahli Parlimen PR melebihi BN sudah pasti bajet tersebut akan ditolak, di mana maruah Najib yang sememangnya sudah tidak punya maruah lagi sekiraya bajet 2010 ditolak oleh parlimen" tambah beliau. Beberapa ahli Parlimen PR melihat bajet 2010 banyak kelemahan, antaranya pengurangan RM58 bilion wang Petronas yang sepatutnya diterima dalam suku akhir tahun ini. Cadangan Usul Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Bajet 2010 dinilai semula adalah sangat bertepatan. Bajet Najib dijangka akan gagal disebabkan faktor kesilapan kerajaan dalam mengambil kira pendapatan dan perbelanjaan yang sewajarnya.
Sementara itu, ketika mengulas lanjut tentang bajet Perak 2010 yang dibentang oleh MB Zambry Kadir dalam masa tidak lebih 20 minit. Beliau berkata bajet yang menelan belanja hampir 1 bilion, dibelanja untuk tempoh satu tahun dibentang dan diluluskan dalam masa 20 minit sahaja. "Bayangkan apa akan dan sudah terjadi dengan negeri Perak. Tidak pernah berlaku dalam sejarah pembentangan bajet seluruh negara di mana bajet yang dibentangkan tidak dibahaskan oleh seluruh adun kerajaan haram BN. Pakatan Rakyat sejak dari awal sememangnya tidak mengiktiraf pembentangan bajet tersebut, seklipun PR tidak mengambil bahagian, mengapa adun-adun BN tidak mengambil bahagian untuk membahaskan bajet tersebut. Mengapa adun BN tidak memberi cadangan, pandangan dan kritikan kepada bajet tersebut, kerajaan haram BN pula akan memberi penjelasan dan jawaban-jawaban terhadap persoalan-persoalan yang dibangkitkan dalam sesi penggulungan" katanya. Bajet Perak 2010 sebenarnya bajet yang tidak kredibiliti, tidak ada nilai dan tidak ada maruah. Ia sama tidak bermaruah sebagaimana tidak bermaruahnya kerajaan BN yang merampas kuasa dengan jalan yang paling jijik dan kotor.
[Sebenarnya bukan sahaja Bajet 2010 yang dibentangkan Najib itu tidak relevan dikalangan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, malah ramai juga Ahli Parlimen BN yang kecewa dengan Bajet tersebut. Lantaran itulah kita tidak hairan, bagaimana begitu ramai wakil rakyat BN yang tidak menghadirkan diri bagi mengundi kelulusan bajet tersebut. Tambah melucukan, majoriti 3 undi itu pun terpaksa dicampur dengan Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat sendiri. Jika tidak, sudah pasti angkanya lebih mengerikan dan menjadi igauan buruk buat Najib serta pemimpin BN yang lain sebenarnya. Ternyata Najib kini ditolak oleh wakil rakyat BN sendiri. Andaikata pilihanraya diadakan, sudah pastilah BN bakal tersungkur kali ini. Kenyataan yang dibuat oleh Ustaz Misbahul Munir ini jelas sekali menunjukkan betapa kerajaan BN gagal untuk mendapat mandat yang sebenarnya dari kalangan majoriti rakyat Malaysia itu sendiri].
Share:

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Himpunan Hindraf, Gobala Didenda RM1,000

SHAH ALAM, 16 Dis [4.35 pm] - Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana menyertai perhimpunan Hindraf pada November 2007 lalu.
Nik Aziz Nafikan Bakal Rombak Exco Kelantan
KOTA BHARU, 16 Dis [2.35 pm] - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto) berkata barisan Exco Kerajaan Negeri sekarang akan dikekalkan dan tidak akan berlaku sebarang rombakan dalam tempoh terdekat ini. Beliau berkata khabar angin kononnya akan berlaku rombakan adalah tidak benar. "Saya beri jaminan tidak akan berlaku rombakan exco," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini. Mengenai pertukaran beberapa pegawai kanan kerajaan, Nik Aziz berkata itu adalah perkara biasa dalam memantapkan pentadbiran negeri. Mengenai keputusan kerajaan negeri untuk membawa balik Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra yang sedang menerima rawatan di Singapura, Nik Aziz berkata, ia adalah satu langkah psikologi untuk mendekatkan ingatan rakyat Kelantan agar sentiasa mendoakan kesejahteraan baginda. "Faktor perbelanjaan atau kewangan adalah perkara kedua, tetapi yang nyata ialah psikologi minda rakyat terhadap Sultan dalam menghadapi suasana itu. Kalau tidak ada dalam negara bagi tempoh sebulan dua, itu perkara biasa," katanya. Nik Aziz berkata kerajaan negeri bagaimanapun masih menunggu keputusan perubatan baginda sebelum langkah seterusnya diambil. "Apa pun Tuanku Sultan akan dirawat di hospital yang dipilih dalam negara dan bukannya di Istana," katanya. Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas, berkata beliau tetap memuji Datuk Seri Najib Razak dalam usaha Perdana Menteri membantu umat Islam di Selatan Thailand. Menurutnya, beliau terpaksa akur dengan kebaikan seseorang itu walaupun orang itu merupakan musuh dalam politik. "Mana boleh manusia ini buruk 100 peratus dan baik 100 peratus. Yang baik 100 peratus itu adalah malaikat, dan buruk 100 peratus itu adalah syaitan. Saya (kalau boleh) berusaha nak jadi malaikat," katanya.
Naib Presiden Gerakan Umum Keluar Parti Itu
KUALA LUMPUR, 16 Dis [1.32 pm] - Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan (foto), sebentar tadi mengumumkan meletakkan jawatan dan keluar daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta. Dalam sidang akhbarnya di lobi Parlimen, beliau membayangkan kemungkinan akan menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM). Katanya, beliau membuat keputusan keluar Gerakan kerana tidak lagi diberi peluang untuk menyuarakan masalah dan pendapat ahli dalam parti itu. Jun lalu, Naib Presiden Gerakan itu, yang digantung keahlian selama tiga tahun oleh parti pernah menyatakan akan keluar parti itu jika hukuman tersebut tidak ditarik balik. Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Gerakan memberi tempoh 14 hari kepada Huan untuk membuat rayuan berhubung hukuman tersebut. Huan, yang pernah menyatakan hasrat untuk keluar Gerakan tetapi mengubah pendiriannya untuk kekal dalam parti itu sebelum ini. Dengan pengumuman ini, maka akhirnya terjawab juga segala persoalan yang bermain dikalangan pemimpin Gerakan dan BN sebenarnya.
Isi Minyak, Petronas Larang Guna Telefon Bimbit
KUALA LUMPUR, 16 Dis [1.20 pm] - Kebakaran membabitkan dua kereta berlaku di Stesen Petronas Bandar Indera Mahkota di Kuantan (foto) semalam mengakibatkan kecederaan ringan terhadap pemandu kereta berkenaan. Kenyataan dari Petronas Dagangan Berhad hari ini menjelaskan bahawa kemalangan jam 9.15 pagi itu berlaku di pam stesen itu dan api segera dipadamkan oleh kakitangannya. Pemandu kereta pertama cedera ringan dan diberi rawatan pesakit luar di Hospital Tengku Ampuan Afzan sementara penumpang kereta kedua masih di bawah perhatian di hospital itu. Pihak berkuasa dan wakil Petronas Dagangan ketika itu berada di tempat kejadian untuk membantu dan menjalankan siasatan lanjut tentang sebab kejadian itu. Stesen itu kini ditutup sementara. Dalam pada itu, Petronas Dagangan Berhad menasihatkan pelanggan mematuhi peraturan keselamatan di semua stesennya yang melarang keras penggunaan telefon selular, merokok dan membiarkan enjin hidup semasa mengisi minyak. "Kami ingin menegaskan bahawa kami menganggap keselamatan pelanggan, pekerja, kontraktor dan orang awam sebagai amat penting di kawasan operasi kami," kata kenyataan itu.
Dr.Syed Husin Ali Angkat Sumpah Jadi Senator
KUALA LUMPUR, 16 Dis [12.32 pm] - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Syed Husin Ali (foto), hari ini mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara untuk tempoh tiga tahun. Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Wong Foon Meng di Bangunan Parlimen, di sini. Syed Husin, 63, yang dilantik oleh Dewan Undangan Negeri Selangor, berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada London School of Economics dan berkecimpung dalam bidang politik sejak 50 tahun lalu. Ketika ditemui selepas majlis angkat sumpah itu, beliau melahirkan perasaan gembira dan berharap menyumbang idea yang dapat dimanfaatkan oleh semua pihak.
Share:

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Pengarah Buluh Mas Mengaku Tidak Bersalah

KUALA LUMPUR 15 Dis
[1.23 pm] - Pengarah syarikat Buluhmas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM2.1 juta tahun lalu.
Ame Hamzah Mat Atar, 51, pada Oktober lalu didakwa di Mahkamah Sesyen Klang atas 31 tuduhan yang sama

Hishamuddin, Ada Penulis Blog Tidak Beretika


KUALA TERENGGANU, 15 Dis [12.32 pm] - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Husein (foto), berkata ada antara penulis blog menulis tanpa mengikut peraturan dan etika kewartawanan untuk meraih populariti berbanding wartawan tempatan yang berpegang kepada etika penulisan yang betul. "Kita ada etika dan mereka tidak ada dan tidak mengamalkan etika kewartawanan. Inilah yang membezakan kita dengan mereka," katanya pada majlis penyampaian hadiah Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil 2009 di sini. Hishamuddin berkata wartawan di negara ini tidak perlu bimbang kerana selagi laporan yang dibuat berpegang etika kewartawanan, ia akan diterima baik oleh masyarakat. Katanya tidak mungkin wartawan yang berada di atas dasar yang benar akan dihukum dan tidak mungkin si penabur fitnah itu akan berjaya.

[Kenyataan Hishamuddin ini, jelas sekali menunjukkan betapa dangkalnya tahap mentaliti Menteri UMNO itu. Apakah beliau terfikir bahawa penulis blog perlu ada etika?. Kemudian menulis dengan tertib mengikut selera kerajaan agaknya?. Wartawan media arus perdana memang terpaksa mengamalkan etika kewartawanan, kerana mereka mudah untuk dicucuk hidung dan mengikut segala telunjuk pihak pemerintah. Mereka itu sebenarnya "tidak berpijak di bumi yang nyata", menulis sekadar melepaskan batuk ditangga. Takut untuk berkata benar dan suka memutar belitkan fakta berdasarakan arahan ketua mereka. Maka itulah kita tidak hairan media arus perdana sering dijadikan alat propaganda untuk merosakkan minda rakyat Malaysia sejak dulu kini dan selamanya].


Lagi Ahli Jawatankuasa Pusat MCA Letak Jawatan

KUALA LUMPUR, 15 Dis [11.40 am] - Seramai 13 ahli Jawatankuasa Pusat MCA termasuk Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wee Jeck Seng hari ini menyerahkan surat peletakan jawatan bagi membolehkan pemilihan kepimpinan baru diadakan.Surat peletakan jawatan mereka diserahkan kepada Setiausa Agung MCA, Datuk Wong Foong Meng, di sini hari ini.

Liwat, Permohonan Anwar Diketahui 5 Januari

KUALA LUMPUR, 15 Dis [11.25 am] - Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan kebenaran bagi membatalkan kenyataan bertulis pendakwa raya yang mendakwa tidak dapat fakta-fakta yang memihak kepada pembelaan dalam kes liwatnya akan diketahui 5 Januari depan. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Aziah Ali menetapkan tarikh tersebut selepas selesai mendengar hujah pendakwa raya dan pembelaan di kamar beliau di sini hari ini

Kerajaan Najib Hampir Tumbang Malam Tadi

KUALA LUMPUR, 15 Dis [10.45 am] - Dewan Rakyat bergegar dan Kerajaan Najib nyaris sahaja tumbang malam tadi! Usul untuk meluluskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat (Isnin, 14 Disember 2009) menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti tipis iaitu dengan 3 undi berbanding Pakatan Rakyat. Sebelum itu, usul bagi perbekalan untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang dikira lebih awal iaitu sekitar jam 10.30 malam menyaksikan ia diluluskan hanya dengan 1 undi majoriti, iaitu 60 di pihak Pakatan Rakyat dan 61 di pihak BN. Proses pengundian yang dikenali sebagai “belah bahagi” itu berlangsung kira-kira jam 10.45 malam sehingga kira-kira jam 11.30 malam, dengan beberapa ahli parlimen BN bergegas tiba dan mulai masuk ke dalam dewan sekitar jam 10 malam. Sebelum itu, sesi jawapan menteri bagi kementerian terakhir iaitu KDN juga seperti sengaja dilengah-lengahkan bagi menanti ketibaan ahli-ahli Parlimen BN bagi mempertahankan Kerajaan Najib. Menurut jadual, sepatutnya jawapan menteri tamat kira-kira jam 9.30 malam, tetapi berlarutan sehingga lebih jam 10 malam. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di perkarangan Parlimen kira-kira 10 minit lebih awal berbanding Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sampai sekitar jam 10.10 malam. Speaker Dewan, Tan Sri Pendekar Amin yang membacakan keputusan itu menyebutkan dengan kiraan undi untuk meluluskan Bajet 2010 ialah keseluruhan BN-66 dan Pakatan Rakyat-63. Keputusan berkenaan bagaimanapun tidak boleh dibantah walaupun cuba dilakukan oleh beberapa ahli dewan Pakatan Rakyat.

[Soalnya sekarang, mana perginya 18 orang lagi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat malam tadi?. Apakah mereka tidak tahu bahawa undi "belah bahagi" itu akan dijalankan sebelah malam?. Jika kesemua mereka ada, sudah pasti satu kejutan besar akan berlaku. Kenapa mereka "ponteng" dan "tuang" agaknya?. Sepatutnya kesemua mereka itu berada di dalam dewan agar kiraan undi menyebelahi Pakatan Rakyat. Ini tidak, perangainya tetap sama dengan ahli parlimen BN yang suka tuang dan "buat kerja lain" daripada bersidang. Inilah sikap yang tidak bertanggungjawab mereka yang kononnya mahu bergelar pemimpin rakyat sebenarnya. Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim harus mengambil tindakan terhadap kesemua yang ponteng itu, agar peluang sebegini tidak terlepas lagi di masa yang akan datang hendaknya].
Share:

Edisi Pahang: Dua Wanita Tercedera, Akibat Pam Minyak Petronas Terbakar Di Kuantan Pagi Tadi !

KUANTAN, 15 Dis [9.32 am] - Dua wanita melecur di sebahagian tubuh badan mereka, akibat disambar api gara-gara kebakaran yang berlaku di sebuah stesyen pam minyak Petronas (foto) di Bandar Indera Mahkota dekat sini. Kejadian yang berlaku sekitar jam 9.20 pagi tadi, dipercayai berpunca daripada enjin salah sebuah kereta yang dihidupkan. Apa yang memusykilannya ialah, enjin berkenaan dihidupkan oleh pemandu terbabit selepas beliau mengisi minyak dan bukannya ketika mengisi minyak seperti kebiasaannya. Wanita yang tercedera terbabit dipercayai penumpang kedua-dua buah kenderaan berkenaan. Menurut salah seorang mangsa yang ditemui, ketika kejadian beliau sedang menunggu suaminya untuk membayar minyak di kaunter. "Tiba-tiba api yang marak datang menyambar kereta (Perodua Myvi) saya. Ketika itu cermin tingkap kereta tidak bertutup" katannya. Difahamkan, sebahagian tubuhnya melecur akibat kejadian tersebut. Salah seorang lagi mangsa yang cedera, dipercayai berada dalam kenderaan yang dihidupkan enjin itu (Proton Saga Exclusive). Api yang marak itu menyebabkan kekecohan berlaku di stesyen minyak berkenaan. Orang ramai bertempiaran lari kerana khuatir pam minyak tersebut akan meletup akibat kebakaran tersebut. Api berjaya dipadamkan beberapa minit selepas, ketibaan anggota bomba dari balai berdekatan. Stesyen minyak terbabit kini ditutup kepada orang ramai, untuk siasatan lanjut.

Kenderaan Perodua Myvi yang dinaiki oleh salah seorang mangsa
Inilah pam minyak yang telah mencederakan dua mangsa pagi tadi
[Orang ramai yang berpusu-pusu di tempat kejadian juga amat terkejut dengan insiden yang berlaku itu. Mereka tergaman kerana kejadian yang melibatkan orang awam itu berlaku sehari selepas Speaker Dewan Rakyat menolak usul pembentangan Laporan Kewangan Petronas yang disuarakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam. Seperti di parlimen, wakil Petronas Dagangan yang berada di tempat kejadian juga telah menghalang krew kami daripada melaporkan berita ini, atas alasan sidang media akan diadakan kemudian. Memandangkan kes ini adalah berkaitan dengan rakyat, maka ia perlu didedahkan kepada umum dan tidak perlu diselindungkan seperti yang berlaku di parlimen. Oleh itu, kepada pengguna yang mengisi minyak selepas ini, dinasihatkan agar berhati-hati dengan keselamatan mereka. Masakan, hidupkan enjin selepas isi minyak pun boleh mencetuskan kebakaran. Ini amat berbahaya kepada pengguna yang lain sebenarnya].
Share:

Edisi Pahang: Kenyataan Kontroversi Oleh Ketua Pemuda UMNO Pahang, Supaya Kerajaan BN Itu Mansuhkan Felda Plantations Amatlah Disokong

KUANTAN, 14 Dis [4.08pm] - Rata-rata masyarakat Felda di seluruh negeri ini menyokong penuh kenyataan Ketua Pemuda UMNO Pahang, Abu Jimi Bin Samat (foto), supaya kerajaan bertindak memansuhkan Felda Plantations dan mengembalikan semula misi Felda kepada asalnya. Umum mengetahui, di awal kewujudan Felda mantan Perdana Menteri Malaysia ketika itu iaitu Tun Razak berhasrat untuk membasmi kemiskinan dikalangan orang-orang Melayu dengan menyediakan tanah untuk diusahakan. Hasilnya, ramai rakyat Malaysia yang pada asalnya berada dalam kelompok kemiskinan tegar, akhirnya berjaya merubah nasib dan masa depan mereka. Ini kerana, Felda telah membawa sinaran baru dalam kehidupan mereka ketika itu. Malah, majoriti tanah rancangan Felda kini didiami oleh orang Melayu itu sendiri. Selepas bertahun lamanya, akhirnya kini Felda sudah bertukar imej dan rupa. Tiada lagi keisitimewaan yang dimilik oleh orang Melayu seperti dulu. Tiada lagi tanah rancangan yang dibuka untuk diberikan hak milik, hanya yang ada ialah Felda Plantations yang bercirikan estet untuk diusahakan. Dengan gaji harian, serta sedikit kemudahan lain orang-orang Melayu akhirnya terpaksa menjadi "buruh ladang" sama seperti lain-lain pendatang asing yang dibawa masuk oleh Felda. Hasilnya, dapat dilihat di kebanyakan kawasan Felda Plantations kini terdapat ramai orang Melayu yang tarafnya hampir sama dengan pendatang asing yang menjadi buruh itu sendiri. Malah ada diantara mereka yang sudah hampir 30 tahun menjadi buruh ladang dan mungkin untuk selamanya jika senario ini tidak diubah. Biarpun mereka kecewa melihat rakan-rakan yang lain selesa mendapat hak milik sendiri.

Namun, itulah takdirnya apabila Felda dikorporatkan dan diperdagangkan oleh golongan mereka yang mengejar keuntungan semata-mata. Kini Felda berada dibawah telunjuk Perdana Menteri Najib Razak, iaitu anak kepada pengasas Felda itu sendiri. Namun, segalanya telah berubah. Tiada lagi keistimewaan buat rakyat. Mereka dinafikan hak untuk memiliki tanah yang telah diusahakan sejak bertahun-tahun. Akhirnya mereka yang mendiami Felda Plantations senantiasa berada dalam tekanan dan bebanan. Mahu melawan mereka akan dibuang. Mahu terus tinggal di situ, anak-anak mereka perlu mengambil alih tugas sebagai "buruh ladang". Akhirnya terpaksa mereka terus memperhambakan diri kepada Felda dulu, kini dan selamanya. Inilah masalahnya, jika mereka membuat protes maka akan dituduh tidak mengenang budi. Sedangkan hidup mereka kini sama "standard" dengan buruh asing dari Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan lain-lain yang bekerja di situ. Pemimpin atasan mungkin tidak menyedari dan memahami perkara ini. Hanya mereka yang berada dibawah sahaja dapat merasai segalanya. Justeru itulah, tindakan Ketua Pemuda UMNO Pahang yang juga selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lipis, Abu Jimi menyokong agar Felda Plantations ini dimansuhkan amatlah dihargai sebenarnya. Jika selama ini, perjuangan untuk ini hanya dilakukan oleh pemimpin pembangkang terutamanya Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (ANAK) yang diketuai oleh Saudara Mazlan Aliman (Calon PAS Parlimen Bera dalam pilihanraya umum lalu. Namun kini, apa yang dilakukan oleh Abu Jimi amatlah diharapkan untuk dipertimbangkan oleh pihak kerajaan. Kembalikan semula Felda kepada matlamat asalnya, demi kesejahteraan rakyat.

[Memang benar, kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Pahang ini bakal menimbulkan kontroversi dan amat tidak disenangi oleh sebahagian besar penyokong UMNO itu sendiri. Tambahan pula Abu Jimi dipercayai kroni team Khairy Jamaluddin. Perlantikan beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO Pahang menimbulkan kemarahan kumpulan yang menyokong Suffian Awang. Bagi mereka, Suffian lebih layak. Malah Suffian adalah calon Exco Pemuda yang mendapat undi tertinggi oleh perwakilan dalam pemilihan parti itu Mac lalu. Apakah dengan kenyataan ini Jimi akan dipersalahkan dan dikatakan menyokong pembangkang agaknya. Apapun, syabas dan tahniah buat Jimi kerana menjadi pejuang sejati untuk membela rakyat biarpun sedar akan berhadapan dengan masalah nanti].
Share:

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Dewan Tolak Usul Laporan Kewangan Petronas

KUALA LUMPUR, 14 Dis [4.05 pm] - Dewan Rakyat hari ini menolak usul bagi membincangkan Laporan Kewangan Petronas separuh tahun pertama 2009 yang dibawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh). Timbalan Speaker Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata usul berkenaan ditolak mengikut Peraturan 18(2) kerana tidak mempunyai perkara yang perlu disegerakan. Bagaimanapun, Wan Junaidi berkata, perkara itu masih boleh dibangkitkan pada masa akan datang contohnya ketika Dewan Rakyat membahaskan bajet tambahan.Melalui usul berkenaan, Anwar mendakwa laporan itu menunjukkan kejatuhan purata pendapatan Petronas sebanyak RM58 bilion atau 37.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu yang diumumkan pada 8 Disember lalu. Beliau berkata perkara itu menjejaskan kedudukan ekonomi, kewangan dan Bajet 2010 negara yang sedang dipertimbangkan oleh Dewan Rakyat

[Penolakan yang dibuat oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat ini sebenarnya bukti jelas bahawa beliau menjadi alat kepada kerajaan UMNO BN dalam melindungi "rahsia besar" yang sepatutnya diketahui oleh rakyat. Petronas sebenarnya dirundung masalah yang bertimpa-timpa akibat kerakusan pemimpin kerajaan yang merompak sesuka hati khazanah negara itu. Perkara ini sebenarnya sudah dibangkitkan dalam kabinet oleh pemimpin MCA sendiri, namun kerajaan masih mahu berselindung dan tidak mahu mendedahkan perkara sebenar. Lantaran itulah mereka tidak mahu laporan kewangan Petronas ini didedahkan. Kerana ia akan membongkar segala yang tersirat dan bermain difikiran rakyat].
Share:

Edisi Pahang: Kontroversi Panas, Tindakan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan Guna Dua Buah Kenderaan Rasmi Dipersoalkan Rakyat !!

KUANTAN, 14 Dis - Warga Kuantan terutamanya mereka yang selalu berkunjung ke pejabat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dekat sini kini heboh dan terkejut dengan berita yang mengatakan Yang Dipertua MPK, Dato'Azizan Ahmad (foto), kini mempunyai dua buah kenderaan rasmi. Sesuatu yang tidak masuk akal dan amat mengecewakan jika maklumat ini benar. Amatlah tidak logik seorang ketua jabatan mempunyai dua buah kenderaan rasmi dalam satu masa. Difahamkan, sebelum ini tidak ada mana-mana ketua jabatan baik persekutuan, negeri, badan berkanun atau majlis tempatan di negeri ini yang mempunyai dua buah kenderaan rasmi. Namun, sebaliknya pula yang berlaku kepada Yang Dipertua yang baru ini. Tindakan menggunakan dua buah kenderaan rasmi dalam satu-satu masa adalah satu perbuatan khianat kepada rakyat sebenarnya. Apakah tidak cukup dengan sebuah kenderaan rasmi yang telah disediakan untuk beliau sebelum ini. Perkara ini sebenarnya memang telah disedari oleh sebahagian besar kakitangan Majlis Perbandaran Kuantan sendiri. Namun, dek kerana kuasa dan takut dikenakan tindakan maka mereka semua terpaksa mendiamkan diri. Buat masa ini, Yang Dipertua itu memang beliau telah disediakan sebuah kenderaan rasmi Proton Perdana V6.
Bukti, kereta rasmi kedua iaitu Nissan X-Trail yang diperkatakan itu
Namun, atas kuasa yang ada beliau dipercayai telah mengarahkan sebuah lagi kenderaan rasmi dibeli untuk kegunaan isterinya. Lantaran itulah, kenderaan rasmi kedua "Nissan X-Trail" itu kini diletakkan di kediamannya yang terletak di Taman Gelora. Tinjaun krew kami mendapati, kedua-dua kenderaan tersebut memang ditempatkan di kediaman beliau. Ini membuktikan bahawa beliau telah menggunakan kuasanya sebagai Yang DiPertua untuk kepentingan peribadi. Bukankah kos penyelenggaraan kedua-dua kenderaan itu ditanggung oleh pihak majlis sendiri. Ini bermakna, beliau telah menggunakan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya. Adalah diharapkan agar pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat menyiasat perkara ini. Seandainya ada bukti-bukti kukuh, maka beliau haruslah didakwa kerana pecah amanah dalam melaksanakan tugas sejak mengambil alih tugas sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan.

[Laporan terkini kontroversi ini akan didedahkan kemudian selepas edisi siasat yang lebih detail diperolehi. Tindakan YDP MPK ini jelas sekali sesuatu yang amat memalukan sebenarnya. Tambahan pula difahamkan kenderaan rasmi kedua yang dimiliki itu adalah untuk kegunaan isterinya semata-mata. Ini bermakna, MPK terpaksa menanggung perbelanjaan atas sebuah kenderaan yang dijadikan milik peribadi. Sedangkan beliau telah disediakan sebuah kenderaan rasmi Perdana V6 itu. Diharapkan pihak-pihak terbabit dapat menjalankan siasatan terhadap isu panas ini. Soalnya, kenapakah kebenaran diberikan untuk beliau meluluskan peruntukan membeli sebuah lagi kenderaan rasmi bagi kegunaan sendiri?. Apakah tindakan ini adil buat rakyat? Malahan ia mungkin kes yang pertama berlaku di negeri ini. Sedangkan pemimpin seperti Menteri Besar Pahang sendiri pun hanya memiliki sebuah kenderaan rasmi sebenarnya].
Share:

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Rasuah RM7.5 Juta, Manikavasagan Lapor Polis

KLANG, 13 Dis [4.25 pm] - Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam (foto) hari ini membuat laporan polis mengenai dakwaan penyalahgunaan kuasa membabitkan seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung pemberian kontrak bernilai RM7.5 juta. Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) di sini, jam 11.30 pagi tadi. Dalam aduan itu, Manikavasagam mendakwa satu kontrak membuat pakaian seragam baru SPRM bernilai RM7.5 juta yang diberi kepada satu syarikat tanpa melalui proses tender terbuka. Manikavasagam mendakwa beliau mempunyai semua dokumen berkaitan kontrak berkenaan yang diberi oleh sumber yang boleh dipercayai. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop mengesah menerima laporan yang dibuat.

[Inilah yang dikatakan "harapkan pagar pagar makan padi". Bagaimanakah rakyat mahu percaya tentang ketelusan dan keterbukaan SPRM itu sebenarnya?. Jika inilah rupa bentuk pegawai SPRM yang bertanggungjawab untuk menghapuskan amalan rasuah itu sendiri. Kita amat yakin, sekiranya perkara ini dibawa ke mahkamah satu hari nanti maka sudah pastilah berbagai alasan yang akan dibuat-buat oleh SPRM untuk menutup kelemahan pegawai mereka itu nanti. Samalah dengan apa yang berlaku kepada pegawai SPRM yang dituduh terlibat dalam kes pembunuhan Teoh Beng Hock itu dulu. Hingga kini masih belum terjawab segala kemusykilan tentang kes tersebut. Biarpun rakyat melihat memang SPRM itu terlibat, namun mereka masih terus berdolak-dalih].
Share:

Kontroversi: Isu Belanjawan Negeri Silap, Menteri Besar Dan Kerajaan Negeri Pahang Perlulah Akur Serta Belajar Menerima Kesilapan Yang Berlaku !!

KUANTAN, 12 Dis [8.00 am] - Pakatan Rakyat enggan menyokong rumusan belanjawan Kerajaan Negeri Pahang yang dibentangkan 13 November lepas. Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail (foto), berkata rumusan majoriti ini tidak mempunyai tarikh yang tepat, seraya mengakibatkan belanjawan yang dibentangkan tidak sah. “Saya difahamkan Menteri Besar Pahang menerima dengan reaksi kurang manis, beliau dikatakan telah mengoyak muka surat kerana dikatakan ia tidak berkenaan dan tidak penting kerana ia telah disahkan” kata Azan. Menambah bahawa Menteri Besar Dato' Seri Adnan Yaakob perlu menerima teguran ini dengan matang dan bijaksana, Azan Ismail melahirkan kebimbangan belanjawan silap ini akan menggangu pentadbiran kewangan negeri Pahang. Belanjawan silap ini telah diluluskan majoriti dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang yang berlangsung 13 hingga 21 November lalu. “Segala yang terkandung dalam buku ini sebenarnya ini dikawal di bawah akta cara kewangan yang sama, maksudnya setiap muka surat di dalam itu adalah dianggap sebagai warta kerajaan dan perlu disahkan, dibentangkan di dalam dewan, apa-apa pembetulan mesti dibuat di dalam dewan dan biasanya dibuat semasa persidangan berlangsung” tambah beliau lagi. Sementara itu, pemimpin kanan PKR Pahang, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh berkata kesilapan serius seperti ini tidak wajar berlaku kerana ia membabitkan wang rakyat Pahang dan halatuju ekonomi negeri. “Kerajaan negeri telah begitu lama telah diurustadbir tanpa check and balance. Ya kerajaan negeri telah lama ditadbir tanpa check and balance, tanpa suara pembangkang yang kuat, mungkin kerajaan negeri Pahang agak ‘culture shock’ apabila ditegur dan tidak mahu respon kepada kelemahan sistem pentadbiran kerajaan negeri” kata Fauziah.

[Kerajaan Negeri Pahang wajar untuk menerima kesilapan yang berlaku, kerana ini merupakan satu kes yang amat serius sebenarnya. Jika kes tarikh ini dibawa ke mahkamah, sudah pasti seorang pesalah akan terlepas daripada hukuman akibat fakta yang bercanggah. Kesilapan yang mengundang padah ini juga membuktikan betapa sikap sambil lewa dan tidak telusnya kerajaan negeri mencatur ekonomi negeri ini. Maka itulah, rakyat tidak hairan dengan belanjawan defisit yang sering disajikan kepada mereka sejak 10 tahun yang lalu. UMNO BN terbukti gagal untuk mentadbir dengan baik. Apa yang sering berlaku ialah masalah kemuflisan anak syarikat, rompakan hasil mahsul negeri dan berbagai lagi aktiviti yang menjurus ke arah kerosakan sumber ekonomi negeri itu sendiri sebenarnya. Oleh itu, mereka wajar menerima teguran dan memperbetulkan keadaan bukannya menyalahkan pihak terbabit].
Share:

Edisi Pahang: Amat Memalukan, Orang Kampung Sudah Menjadi Perdana Menteri Malaysia Tetapi Rakyat Pekan Masih Derita Masalah Bekalan Air !!

PEKAN, 11 Dis [9.00 pm] - Warga Pahang sungguh terkejut bila membaca satu keratan suara rakyat yang dihantar oleh seorang penduduk Kg.Ganchong Pekan ke ruangan "surat pembaca" Utusan Malaysia hari ini. Antara lain, pengirim yang hanya mahu dikenali sebagai "Cucu Tok Gajah" itu telah meluahkan rasa kecewa beliau kerana biarpun Pekan cukup terkenal sekarang kerana mempunyai seorang pemimpin yang telah bergelar Perdana Menteri, namun masalah ketiadaan air terus melanda kampung beliau dan kawasan sekitarnya sejak bertahun-tahun lamanya. Menurut pengirim, masalah itu yang sudah dialami sejak sekian lama kini bolehlah dianggap perkara biasa bagi para penduduk disitu. Namun beliau hampa dan merasa terhina kerana Ahli Parlimen Pekan, Dato' Najib Razak kini sudah bergelar pemimpin nombor satu negara. Namun, masalah tersebut terus berlarutan hingga ke hari ini. "Perkara ini telah menyusahkan para penduduk, bukan sahaja setiap kali musim perayaan malahan pada hari-hari biasa" katanya. "Air hanya keluar ke tangki dalam rumah menjelang tengah malam, dan kembali berhenti menjelang subuh. Pada waktu siang pun, kalau ada air pula ia hanya keluar sekejap-sekejap dan tekanannya tidak kuat untuk masuk ke tangki simpanan" tambah beliau lagi. Perkara ini telah dilaporkan kepada pihak akhbar dan jabatan yang berkenaan, namun tiada penjelasan memuaskan telah diberikan. Malah beliau juga berharap dengan pendedahan terbaru ini maka adalah pihak tertentu yang akan mengambil tindakan secara proaktif dan responsif isu ini. "Kami juga tidak mahu lagi mendengar jawapan klise yang menyalahkan paip bekalan, kepadatan penduduk, loji kecil dan sebagainya. Ini kerana perkara tersebut sudah diketahui pihak terbabit sejak sekian lama dan langkah perlu sepatutnya sudah diambil oleh mereka. Apakah kita tidak malu, orang kampung kita sudah menjadi Perdana Menteri tetapi orang kampung Perdana Menteri itu masih tidak berair" katanya.
Klik sini untuk melihat bukti tentang luahan hati rakyat Pekan itu
[Kami tidak terkejut dengan apa yang didedahkan ini sebenarnya. Memang rakyat Pahang terutamanya yang mendiami kawasan penempatan Felda sering berhadapan dengan masalah ketiadaan air sejak lebih 30 tahun lalu. Bayangkan, hingga ke hari ini sudah dua orang Perdana Menteri yang berasal dari Pahang namun masalahnya tetap sama dan tidak berubah. Apakah ia tidak langsung disedari oleh pemimpin terbabit, atau ada pihak yang sengaja mahu merahsiakan perkara ini. Dalam keadaaan bil air yang melambung gara-gara subsidi kerajaan, dan jabatan bekalan air Pahang yang akan diswastakan menjelang tahun hadapan. Apakah senario sebegini harus dibiarkan berlaku dengan sewenang-wenangnya?. Kerajaan Negeri Pahang, mendabik dada kononnya akan mendapat untung daripada hasil penjualan air mentah yang akan disalurkan ke negeri Selangor tidak lama lagi. Namun, sedarkah mereka bahawa rakyat Pahang kini terpaksa berhadapan dengan kemelut air ini. Rakyat Pahang perlu berani membuat perubahan jika mereka tidak mahu terus dipermainkan oleh pemimpin yang "cakap tak serupa bikin" ini].
Share:

Edisi Pahang: 10 Tahun Bajet Defisit, Benarkah Kenyataan Pakatan Rakyat Bahawa Kerajaan BN Tidak Pandai Uruskan Ekonomi Itu Tidak Betul

KUANTAN, 11 Dis [3.15 pm] - Benarkah Pakatan Rakyat menuduh bahawa Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Menteri Besar Dato' Seri Adnan Yaakob (foto) telah berbelanja secara defisit sejak 10 tahun yang lalu?. Persoalan inilah yang sedang bermain difikiran rakyat negeri ini sebenarnya. Malah perkara ini telah didedahkan dalam seminar "Masa Depan Ekonomi Pahang Dalam Gagagasan Pakatan Rakyat" anjuran PAS Pahang baru-baru ini. Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Politik MB Pahang Dato' Shamsuddin Nawawi menempelak kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat itu, yang turut disiarkan dalan akhbar Sinar Harian baru-baru ini. Menurut Dato' Sam "Nyata sekali mereka tidak usul periksa kerana sejak tahun 2000, walaupun bajet yang dibentangkan adalah menunjukkan defisit, TETAPI apabila dibuat perkiraan dihujung tahun, hanya tahun 2008 sahaja yang menunjukkan jumlah akhir yang defisit. Jumlahnya pun adalah berkurangan dari jangkaan awal semasa Bajet dibentangkan; iaitu jangkaan adalah RM50.36 juta sedangkan yang SEBENAR adalah hanya RM27.12 juta" . Beliau turut melampirkan dokumen yang telah pun dibentangkan oleh Menteri Besar semasa ucapan pengulunggannya pada Sidang Dewan pada 20hb November 2009. "Daripada dokumen ini, untuk tahun 2000 dan 2001, bajet yang dibentang sebagai defisit akhirnya adalah berimbang pada perkiraan SEBENAR dihujung tahun. Untuk tahun 2002, 2003, 2004, 2005, 2006 dan 2007, kiraan SEBENAR adalah SURPLUS" katanya didalam blog beliau.


Klik bukti, dokumen yang dinyatakan tentang bajet tersebut

Beliau turut melampirkan dokumen yang telah pun dibentangkan oleh Menteri Besar Pahang itu semasa ucapan pengulunggannya pada Sidang Dewan pada 20 November lalu. "Daripada dokumen ini, untuk tahun 2000 dan 2001, bajet yang dibentang sebagai defisit akhirnya adalah berimbang pada perkiraan sebenar dihujung tahun. Untuk tahun 2002, 2003, 2004, 2005, 2006 dan 2007, kiraan sebenar adalah SURPLUS" katanya didalam blog beliau.

[Persoalannya sekarang ialah, perkara tentang Bajet Defisit Negeri Pahang ini telah didedahkan didalam media arus perdana sejak 10 tahun y ang lalu. Makanya kenapa perlu diselindungkan lagi?. Malah, rakyat Pahang juga yakin kerajaan negeri ternyata gagal menguruskan ekonomi dengan baik apabila sering berlaku aktiviti kecurian kawasan balak yang sering menjadi-jadi di negeri ini sejak 10 tahun yang lalu. Bukankah dengan kejadian-kejadian seperti ini, menyebabkan rakyat tidak yakin bahawa kerajaan menguruskan ekonomi dengan baik. Ditambah lagi dengan Subsidi Kerajaan yang diberikan kepada pengguna air di negeri ini. Subsidi yang diberikan menyebabkan rakyat tertipu dan terpaksa membayar harga yang lebih berganda-ganda atas penggunaan yang sama. Bukankah ini sesuatu yang amat mengelirukan rakyat. Makanya, Bajet Defisit itu memang telah berlaku sejak sekian lama. Apakah rakyat negeri ini harus ditipu lagi dengan satu dokumen yang boleh dibuat-buat itu sebenarnya?].
Share:

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Urusan Kes Saman Fitnah RM10 Juta 16 Mac
KUALA LUMPUR, 10 Dis [12.32 pm] - Mahkamah Tinggi menetapkan 16 Mac bagi pengurusan kes saman fitnah RM10 juta yang difailkan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, terhadap tokoh akademik dan Presiden Just World Movement, Dr Chandra Muzaffar. Tarikh itu ditetapkan apabila kes itu dikemukakan untuk sebutan di hadapan timbalan pendaftar Norazlin Othman di dalam kamar hari ini. Anwar menyaman Dr Chandra berikutan dakwaan kenyataan fitnah yang dikeluarkannya pada satu forum di Menara Star di Petaling Jaya pada 3 Mac tahun lalu dan kemudiannya disiarkan dalam akhbar. Pada 7 Ogos lalu, Pesuruhjaya Kehakiman Datin Zabariah Mohd Yusof memerintahkan Dr Chandra untuk membekalkan butiran dan maklumat lanjut mengenai 64 soalan kepada pemimpin PKR itu. Dalam satu pernyataan pembelaan, Dr Chandra menafikan mengeluarkan sebarang komen berniat jahat dan palsu berhubung Anwar yang kemudiannya disiarkan di dalam dua akhbar harian berbahasa Inggeris pada 5 Mac tahun lalu. Alternatifnya, beliau mendakwa jika perkataan yang digunakannya itu fitnah, yang dinafikan beliau, perkataan-perkataan itu disiarkan pada satu keadaan perlindungan bersyarat tanpa niat jahat.
[Chandra Muzaffar, antara pemimpin NGO terawal yang bersama Anwar selepas pemecatan mantan Timbalan Perdana Menteri itu dulu. Namun, dek kerana masalah peribadi dan kekuatan untuk terus bersuara maka akhirnya beliau mengambil keputusan meninggalkan Anwar dan kini kembali dengan tugas lamanya. Chandra bukanlah manusia yang tetap pendirian dan amat lemah kekuatan jiwa serta mentalnya. Beliau sanggup "menjilat kembali ludahnya" semata-mata memikirkan tiada masa depan jika terus menyokong Anwar. Namun kini, beliau harus sedar bahawa rakyat sebenarnya mahukan perubahan seperti apa yang dibawa oleh Anwar. Maka, kes saman ini dijangka akan menyebabkan kehidupan dan diri Chandra semakin tidak tenteram dek kerana tindakannya itu].
Share:

Edisi Pahang: Ketua Cawangan Kg.Ubai Pekan Sarankan Supaya UMNO Pahang Beri Peluang Kepada Golongan Muda Untuk Terajui Parti !!

PEKAN, 10 Dis - Golongan veteran harus memberi ruang kepada generasi baru untuk menerajui parti UMNO, bagi memastikan parti bertambah kuat. Proses tersebut seterusnya dilaksanakan di dalam semua peringkat dalam menghadapai pilihanraya umum ke-13. Demikian menurut kenyataan Mohammad Hanapi Salleh, Ketua UMNO cawangan Kg.Ubai dekat sini. "Antara faktor yang menguatkan UMNO adalah perpaduan di peringkat akar umbi dan peralihan kepimpinan UMNO kepada generasi muda. Beliau juga berharap supaya wakil-wakil rakyat rakyat yang telah lama berkhidmat, khususnya di negeri Pahang ini perlu ditamatkan tempohnya. Ini kerana ada sesetengah dari kalangan mereka yang sudah hampir 20 tahun berkhidmat, maka sudah semestinya ia perlu diberi peluang kepada generasi muda" katanya. Menurut beliau lagi, jawatan Menteri Besar dan Ahli-Ahli Exconya perlu ditukar dan digantikan dengan generasi muda yang lebih berkelayakan dalam memajukan negeri sesuai dengan perkembangan semasa. Beliau turut mencadangkan agar jawatan Menteri Besar tidak dilantik dikalangan ahli politik, sebaliknya individu yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ekonomi bagi memacu pembangunan negeri supaya lebih maju dan tersusun. "Dengan adanya kepimpinan baru ianya akan dapat memantapkan kemajuan negeri Pahang. Kerajaan negeri juga diseru lebih berhemah dalam semua perbelanjaan serta lebih mengutamakan rakyat" tambah beliau lagi.

[UMNO sebenarnya tidak wajar dipersalahkan, yang salah ialah individu yang memimpin parti itu. Ia timbul bila ada yang meletakkan kuasa didepan tanpa memikirkan rakyat di bawah. Akhirnya yang kaya terus kaya dan miskin terus papa kedana. Rakyat tertindas dibumi sendiri oleh dasar "pecah perintah" yang diamalkan oleh pemimpin UMNO. Mereka terbawa-bawa dendam pilihanraya ke dalam pentadbiran kerajaan itu sendiri. Mereka menjadi pemimpin hanya untuk golongan mereka sahaja. Membantu, memberi peruntukan dan kebajikan hanya untuk pengundi mereka sahaja. Sebaliknya, bagi rakyat yang tidak sehaluan pasti akan dinafikan hak untuk mendapat sumbangan yang sepatutnya diterima. Inilah yang menyebabkan UMNO terus ditolak oleh orang Melayu sebenarnya. Jika UMNO benar-benar mahu berubah, sudah pasti rakyat akan kembali menyokong parti itu. Namun, jika senario ini terus berlarutan nescaya akhirnya parti itu akan karam dan tinggal sejarah].
Share:

Cyberita: Berbalah Isu Biro Tata Negara, Nazri Aziz Berang Dan Anggap Mantan PM Mahathir Sebagai Bapa Segala Perkauman Buat Rakyat !!

KUALA LUMPUR, 9 Dis [9.32 pm] - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menepis serangan Tun Dr Mahathir Mohamad dan menyelar mantan Perdana Menteri itu sebagai 'bapa segala perkauman'. Berhubung isu modul perkauman Biro Tata Negara, Nazri membidas mantan Presiden Umno itu sebagai cuba menegakkan benang yang basah, dan mengkritik Tun Dr Mahathir sebagai seorang munafik. Nazri berkata demikian ketika mengulas mengenai cabaran Mahathir supaya beliau meletakan jawatan bagi membuktikan Nazri bukan seorang yang rasis. Cabaran itu timbul selepas Nazri menyifatkan veteran Umno tersebut sebagai sangat rasis dengan mempertahankan kursus berkenaan. “Jika saya bersifat perkauman kerana dalam Umno, beliau adalah bapa perkauman selaku Presiden Umno selama 22 tahun. “Apa yang dia buat kini, kami menyokong dia sepenuhnya sebelum ini tanpa ragu dan sekarang dia menyerang kami lebih teruk dari pembangkang. Hari ini pembangkang tidak perlu buat kerja bagi Tun Mahathir sahaja,” katanya. Mantan Perdana Menteri itu dan Nazri Aziz bertelagah selepas kerajaan dikritik kerana akur dengan tuntutan rakyat supaya kursus BTN yang pro-Umno dan anti-Cina dirombak dan diperbaharui dengan modul yang pro-Malaysia. Tun Dr Mahathir yang Nazri sifatkan sebagai gurunya dalam politik ala-Umno dikecam kerana menggerakkan kempen menjatuhkan kerajaan dibawah para penggantinya. Nazri juga menolak cabaran Dr Mahathir yang beliau sifatkan sebagai satu perangkap politik. “Dulu masa dia hendak berhenti kita kata jangan berhenti, dia yang hendak berhenti. Lepas tu nak suruh saya berhenti kenapa? “Saya tidak akan memenuhi permintaanya untuk membuat dia gembira kerana itu yang dia mahu dari saya. Saya tidak bodoh untuk terperangkap,” katanya. Nazri juga menyanggah dakwaan bahawa beliau telah bersikap kurang ajar terhadap mantan Perdana Menteri itu. Beliau menambah Tun Dr.Mahathir perlu redha bahawa dalam negara demokratik, tidak ada orang yang bebas dari kritikan. “Jangan kata saya ni kurang ajar, yang dulu pada tahun 60-an dia kritik Tunku Abdul Rahman beliau tidak kurang ajar? Dia ajar saya. “Kalau dia boleh komen orang kenapa saya tidak boleh komen dia? Siapa dia? Hanya sebab dia mantan PM dia boleh buat apa yang beliau suka saya tidak setuju.” katanya.

[Ramai yang melihat, perbalahan yang berlaku antara Mahathir dan Nazri Aziz ini sesungguhnya memang tidak dijangka kerana Nazri diangkat ke tahap tertinggi dalam politik oleh mantan PM itu sebenarnya. Namun, tahniah kita ucapkan kepada Nazri Aziz kerana beliau berani bercakap kerana benar. Namun, memang sudah menjadi adat dalam UMNO mereka tidak mahu kebenaran itu ditegakkan. Maka, kemungkinan besar Mahathir akan menggunakan pengaruh proksinya Najib Razak untuk menjahanamkan kerjaya politik Nazri dalam masa terdekat ini. Nazri harus ingat, bahawa PM Najib adalaha bayangan Mahathir sebenarnya].
Share:

Cyberita: Kontroversi Isu Biro Tata Negara, Ku Li Syorkan Supaya Program Itu Dihapuskan Kerana Telah Jauh Menyeleweng Dari Matlamat Asalnya

KUALA LUMPUR, 8 Dis [9.00 pm] - Program Biro Tata Negara (BTN) hanya membazirkan wang rakyat, demikan diberitahu oleh pemimpin UMNO yang sangat dihormati, Tengku Razaleigh Hamzah (foto). Sehubungan itu, Ahli Parlimen Gua Musang itu mencadangkan program BTN itu dihapuskan kerana ia sudah jauh menyeleweng daripada matlamat asal. "Saya diserang bertubi-tubi dalam seminar, perbincangan semasa mengikuti BTN. Mereka cakap pelbagai perkara," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan Hari Hak Asasi Bangsa-Bangsa Bersatu di sini hari ini. Ku Li menjadi mangsa kempen kotor dan jahat semasa beliau mengetuai barisan pembangkang apabila mengetuai parti Semangat 46 yang mewujudkan Perpaduan Ummah bersama PAS. BTN, yang dibawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri, menganjurkan kursus berkenaan yang wajib disertai oleh kakitangan kerajaan dan penuntut universiti. Kursus berkenaan mendapat kritikan sama ada daripada pemimpin Pakatan Rakyat mahupun kerajaan. “Ia sepatutnya ditutup kerana kursus itu hanya menanam kebencian dan menghentam mereka yang menentang kerajaan dengan kempen-kempen berbau perkauman dan fitnah,” katanya. Kekecuhan isu BTN ini memuncak apabila, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melarang kakitangannya dan pelajar tajaan mereka daripada menyertai kursus ini bulan lalu. Beberapa hari selepas itu Kerajaan Pulau Pinang pula mengambil langkah sama manakala Kelantan dan Kedah sedang menimbangkannya untuk mengambil keputusan yang sama.

[Sebagai orang lama dalam kerajaan, sudah pasti kenyataan Ku Li ini adalah ikhlas dan ada rasionalnya. Malah, beliau sendiri tahu dan yakin bahawa BTN tidak lebih daripada propaganda UMNO dan BN untuk memesongkan minda rakyat supaya terus menyokong mereka, biarpun banyak perbuatan serta tindakan yang jelas menyalahi peraturan sebenarnya. Malah, apa yang disuarakan oleh Ku Li ini, jelas sekali menempelak kenyataan yang telah dibuat oleh "Menteri Kanan UMNO" Mahathir Mohamad sebelum ini. Nampaknya, dalam UMNO sendiri mereka bertelagah tentang isu BTN ini, apatah lagi buat rakyat. Kita masih menantikan kenyataan dibuat oleh parti bukan Melayu dalam komponen Barisan Nasional. Apakah mereka juga bersetuju agar BTN diteruskan, atau sebaliknya?. Pasti ia akan menambahkan lagi betapa kontroversinya program ini nanti. Apapun, teruskan usaha hapuskan BTN !!].
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.