script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Edisi Pahang: Kenyataan Kontroversi Oleh Ketua Pemuda UMNO Pahang, Supaya Kerajaan BN Itu Mansuhkan Felda Plantations Amatlah Disokong

KUANTAN, 14 Dis [4.08pm] - Rata-rata masyarakat Felda di seluruh negeri ini menyokong penuh kenyataan Ketua Pemuda UMNO Pahang, Abu Jimi Bin Samat (foto), supaya kerajaan bertindak memansuhkan Felda Plantations dan mengembalikan semula misi Felda kepada asalnya. Umum mengetahui, di awal kewujudan Felda mantan Perdana Menteri Malaysia ketika itu iaitu Tun Razak berhasrat untuk membasmi kemiskinan dikalangan orang-orang Melayu dengan menyediakan tanah untuk diusahakan. Hasilnya, ramai rakyat Malaysia yang pada asalnya berada dalam kelompok kemiskinan tegar, akhirnya berjaya merubah nasib dan masa depan mereka. Ini kerana, Felda telah membawa sinaran baru dalam kehidupan mereka ketika itu. Malah, majoriti tanah rancangan Felda kini didiami oleh orang Melayu itu sendiri. Selepas bertahun lamanya, akhirnya kini Felda sudah bertukar imej dan rupa. Tiada lagi keisitimewaan yang dimilik oleh orang Melayu seperti dulu. Tiada lagi tanah rancangan yang dibuka untuk diberikan hak milik, hanya yang ada ialah Felda Plantations yang bercirikan estet untuk diusahakan. Dengan gaji harian, serta sedikit kemudahan lain orang-orang Melayu akhirnya terpaksa menjadi "buruh ladang" sama seperti lain-lain pendatang asing yang dibawa masuk oleh Felda. Hasilnya, dapat dilihat di kebanyakan kawasan Felda Plantations kini terdapat ramai orang Melayu yang tarafnya hampir sama dengan pendatang asing yang menjadi buruh itu sendiri. Malah ada diantara mereka yang sudah hampir 30 tahun menjadi buruh ladang dan mungkin untuk selamanya jika senario ini tidak diubah. Biarpun mereka kecewa melihat rakan-rakan yang lain selesa mendapat hak milik sendiri.

Namun, itulah takdirnya apabila Felda dikorporatkan dan diperdagangkan oleh golongan mereka yang mengejar keuntungan semata-mata. Kini Felda berada dibawah telunjuk Perdana Menteri Najib Razak, iaitu anak kepada pengasas Felda itu sendiri. Namun, segalanya telah berubah. Tiada lagi keistimewaan buat rakyat. Mereka dinafikan hak untuk memiliki tanah yang telah diusahakan sejak bertahun-tahun. Akhirnya mereka yang mendiami Felda Plantations senantiasa berada dalam tekanan dan bebanan. Mahu melawan mereka akan dibuang. Mahu terus tinggal di situ, anak-anak mereka perlu mengambil alih tugas sebagai "buruh ladang". Akhirnya terpaksa mereka terus memperhambakan diri kepada Felda dulu, kini dan selamanya. Inilah masalahnya, jika mereka membuat protes maka akan dituduh tidak mengenang budi. Sedangkan hidup mereka kini sama "standard" dengan buruh asing dari Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan lain-lain yang bekerja di situ. Pemimpin atasan mungkin tidak menyedari dan memahami perkara ini. Hanya mereka yang berada dibawah sahaja dapat merasai segalanya. Justeru itulah, tindakan Ketua Pemuda UMNO Pahang yang juga selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lipis, Abu Jimi menyokong agar Felda Plantations ini dimansuhkan amatlah dihargai sebenarnya. Jika selama ini, perjuangan untuk ini hanya dilakukan oleh pemimpin pembangkang terutamanya Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (ANAK) yang diketuai oleh Saudara Mazlan Aliman (Calon PAS Parlimen Bera dalam pilihanraya umum lalu. Namun kini, apa yang dilakukan oleh Abu Jimi amatlah diharapkan untuk dipertimbangkan oleh pihak kerajaan. Kembalikan semula Felda kepada matlamat asalnya, demi kesejahteraan rakyat.

[Memang benar, kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Pahang ini bakal menimbulkan kontroversi dan amat tidak disenangi oleh sebahagian besar penyokong UMNO itu sendiri. Tambahan pula Abu Jimi dipercayai kroni team Khairy Jamaluddin. Perlantikan beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO Pahang menimbulkan kemarahan kumpulan yang menyokong Suffian Awang. Bagi mereka, Suffian lebih layak. Malah Suffian adalah calon Exco Pemuda yang mendapat undi tertinggi oleh perwakilan dalam pemilihan parti itu Mac lalu. Apakah dengan kenyataan ini Jimi akan dipersalahkan dan dikatakan menyokong pembangkang agaknya. Apapun, syabas dan tahniah buat Jimi kerana menjadi pejuang sejati untuk membela rakyat biarpun sedar akan berhadapan dengan masalah nanti].
Share:

9 ulasan:

  1. Sebenarnya Felda Plantations ini diujudkan olih pemimpin atasan Felda sebagai punca dana pengurusan Felda.Gaji kakitangan dibiayai dari keuntungan nya.Malah kini keuntungan itu juga diteropong Olih Kerajaan untuk digunakan sebagaimana keuntungan PETRONAS dan GLC lain.Keuntungan ini juga digunakan untuk membeli projek luar negara yang kita tak tahu keuntungan nya lebih lebih lagi PM mengumumkan Felda ke arah Global.Minta ADUN pembangkang melihat pelaburan atau pembelian mana mana syarikat olih Felda Holdings yang diterajui bekas Eksekutif Tabung Haji Dato'Bakke Salleh yang telah membawa kerugian LTH>

    BalasPadam
  2. Kita perlu melihat tujuan dan peranan Felda Plantations sebelum membuat syor untuk menghapuskannya. Saya pun tidak tahu mengapa Peneroka begitu mendesak untuk Felda Plantations dihapuskan. Saya mencadangkan pihak Felda untuk memberikan penerangan yang jelas kepada peneroka supaya sebelum usaha desak mendesak ini berlarutan. Kita perlu meninjau dan meneliti apakah faedah kepada peneroka, rakyat jelata dan juga negara jika Felda Plantations ditutup.

    BalasPadam
  3. salam...he he he
    apa cerita pulak kenyataan Shamsul iskandar yang inginkan perbicaraan kes liwat Saiful di bicarakan? walhalkan anwar nak GUGUR kan sebelum bicara.

    apa sudah jadi? ha ha ha

    meh baca ni bro..hang tu dah kena getah dengan Saiful dulu..TRAUMA lagi ka?

    Pihak Syarikat Evergreen Sdn Bhd yang telah di kaitan dengan seorang berpengaruh politik di Wilayah Persekutuan sebenarnya telah MENCABAR Wee Choo Keong agar berani tampil membuktikan Tuduhan tidak berasas nya itu. Jika benar apa yang Wee Choo Keong nyatakan tidak perlulah untuknya BERSEMBUNYI dan terus MENYIMPAN bukti yang ada. Dedahkan pada Media dan Rakyat akan hal ini. Berani kerana benar, takut kerana salah! http://www.papagomo.com/2009/12/terkini-laporan-polis-menyangkal.html

    BalasPadam
  4. salam blogger & komentar PDO,

    pada hemat saya tidak banyak relevan diantara fungsi felda plantation dgn masalah yg dihadapi oleh peneroka skrg.

    felda plantation hanyalah sebuah entiti perniagaan dibawah felda holdings menguruskan perkhidmatan perladangan.

    peneroka yg telah mendapat geran dibenar utk memilih samada utk mengusahakan sendiri ladang atau menyerahkan sepenuhnya kpd felda dan dibayar pendapatan tetap setiap bulan.

    di sini terdapat pro & contra di mana peneroka yg mengusahakan sendiri ladang berupaya berupaya memaksimumkan pendapatan mereka mengikut harga btb semasa. namun mereka juga terpaksa menghadapi risiko harga btb jatuh, tiada cukup wang pusingan utk membaja & kerja maintenance.

    manakala ladang2 yg diserahkan kpd felda tidak perlu runsing dgn segala masalah tadi.

    cuma persepsi atau polisi tersirat felda atau masyarakat sendiri yg melihat peneroka yg memilih utk mengusaha sendiri adalah pro pembangkang dan pada peringkat awal dulu sering dipinggirkan & mereka pula mula menjauhkan diri.

    jika wujud syarat atau polisi tersurat kenapa tidak dijelaskan?

    apakah menjadi satu kesalahan jika peneroka cenderung utk mengusahakan ladang mereka tanpa bergantung kpd felda lagi?

    di felda skrg semakin ramai memilih utk mengusaha sendiri ladang kerana mereka telah mempunyai pengalaman selama lebih 20 tahun. alhamdulillah mereka berjaya.

    felda hanya perlu menyediakan prasarana spt kilang sawit & mengawal harga pasaran.

    bukankah hasrat felda utk mengubah nasib bangsa ? sekaranglah !

    bahashim, spu ktn.

    BalasPadam
  5. bahashim...apa yg dibicarakan ialah Felda Plantations..bukan peneroka yang dapat geran kemudian mahu usahakan sendiri...sila ikut tajuk artikel ok

    BalasPadam
  6. salam PDO

    kpd matjengka

    maaf kerana tergelincir dr tajuk. saya peminat setia pdo, walau sekadar reader. namun utk entry kali ini saya terpanggil utk menghantar komen.

    mungkin teruja atau geram wallahulam.

    PDO dulu kini & selamanya.

    bahashim, spu ktn.

    BalasPadam
  7. Salam,
    Demi memertabatkan warga peneroka atau rakyat amnya, sesiapa sahaja boleh bersuara dan perjuangkan. Saya amat menyokong kenyataan sdr. Abu Jimi, beliau mengikut saluran yang terbaik.Selamat berjuang!

    BalasPadam
  8. SALAM.. kpd mat jengka, apa yang diperkatakan oleh puaka tu ada bersangkutnya ngn masalah Felda Plantation.. Felda Plantation di tubuhkan bagi mengendalikan tanah rancangan yang telah ditanam semula. Sebenarnya banyak permasalahan yang timbul dgn sistem yang dilaksanakan oleh Plantation nie. Saya salah seorang anak peneroka di Felda Pasoh 1, yang mana baru lebihkurang 5 tahun di tanam semula pokok sawit. Peneroka masih dibebani ngn masalah hutang yang tidak pernah diberi butiran terperinci, hasil ladang tidak diketahui.. Ladang tidak terurus, bila ladang tidak terurus maka hasil tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya dan pembajaan tidak dapat dilakukan mengikut skala. Mohon pihak atasan turun ke bawah untuk mengetahui masalah yang timbul ini.. Kalau dulu tanah rancangan ini adalah kubu kuat kerajaan, jangan nanti salahkan peneroka kalau mereka ini beralih kpd pembangkang pula.. Pengurusan FELDA sila balik kpd penubuhan asal seperti juga UMNO..

    BalasPadam
  9. salam pdo
    kpd matjengka & anak paloh 1, tksih atas komen anda.

    selama ini peneroka terpaksa menelan sgl keperitan demi kelansungan hidup.

    matlamat penubuhan felda jelas tapi tidak persistent & akhir ini melencong.

    pengurus/pegawai mengambil kesempatan ke atas peneroka yg lemah & tidak berpelajaran, menggunakan pendekatan pecah & perintah serta mengeksploitasi sentimen kenegerian bg mghalang usaha penyatuan.

    saya kagum dgn keberanian Sdr KPU Phg menyentuh isu Felda ttp kurang jelas saranan memansuhkan FPSB.

    Apa bentuk mekanisma pengurusan utk digunapakai? Siapa badan pelaksana dasar? Bagaimana hendak diKPIkan?

    Semuga dpt penjelasan..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tengku Ampuan Pahang Mencuri Perhatian Bila Duduk Bersama Graduan Lain Sebagai Seorang Pelajar Pada Majlis Konvokesyen UIAM Ke-42

GOMBAK:  “Saya masuk ke dewan ini sebagai Tengku Ampuan Pahang. Saya duduk bersama saudara dan saudari sebagai seorang pelajar. Saya melangk...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.