KUANTAN, 8 Dis [2.31 pm] - Orang ramai terutamanya para penduduk sekitar taman perumahan Atabara Perdana (Pasdec Makmur), Bandar Indera Mahkota di sini kecewa dengan sikap pihak berkuasa yang "lepas pandang" dengan isu "pembinaan premis perniagaan kekal di atas tanah TOL" dekat sini. Pembinaan yang mencetuskan kontroversi ini telah beberapa kali didedahkan sebelum ini. Namun sehingga ke saat ini projek tersebut terus dijalankan dan sudah 90% siap (foto). Sikap sambil lewa pihak yang berwajib seperti Pejabat Tanah Daerah Kuantan, Pejabat Pengarah Tanah & Galian Pahang dan Majlis Perbandaran Kuantan ini amatlah dikesali. Mereka seolah-olah melihat projek tersebut tidak melanggar apa-apa syarat dan undang-undang. Walhal sudah terang lagi bersuluh, ia jelas melanggar akta Kanun Tanah Negara iaitu pembinaan bangunan kekal di atas tanah Lesen Pendudukan Sementara (TOL) adalah tidak dibenarkan. Tambah mengecewakan premis yang dijangka akan dijadikan sebuah restoran itu kini dipercayai telah dijual kepada "orang luar" dan bukan rakyat tempatan. Ini bermakna, individu yang membeli projek berkenaan sudah pasti akan membukanya selepas menghabiskan wang mencecah RM100,000 untuk membina dan membayar kepada pihak terbabit yang dipercayai bergelar "Dato". Tanpa menghiraukan bantahan penduduk setempat, projek tersebut terus dijalankan dan kini menunggu masa sahaja untuk dibuka kepada orang ramai.
Pembinaan Menyalahi Akta Dan Kanun Tanah
Premis yang terletak di belakang Pasaraya Tunas Manja Indera Mahkota itu dipercayai telah mendapat bantahan jawatankuasa penduduk setempat. Malah, tapak itu yang pada asalnya telah dipohon oleh pihak jawatankuasa surau dan penduduk taman berkenaan untuk didirikan sebuah surau baru. Namun, atas kebijaksanaan dan kelicikan beberapa orang individu yang mengejar keuntungan akhirnya fail permohonan jawatankuasa penduduk dan taman berkenaan telah diabaikan atau dilewat-lewatkan. Sehinggalah dimaklumkan terdapat permohonan lain (bertindih) atas tapak yang sama. Walhal, tapak itu telah diserahkan oleh pemaju taman perumahan berkenaan untuk kegunaan orang ramai (awam) sama ada dijadikan Dewan Orang Ramai, Surau atau sebagainya dan bukan untuk tujuan komersial. Perkara ini terdapat dan termaktub dalam "master plan" taman tersebut. Oleh itu, apakah kewajarannya ada pihak lain yang merompak tanah tersebut daripada penduduk bagi dijadikan sebuah premis perniagaan sedangkan tanah itu adalah tanah yang berstatut Lesen Pendudukan Sementara (TOL). Anehnya, didirikan pula bangunan kekal tanpa mendapat halangan daripada pihak berkuasa tempatan atau jabatan yang berkaitan. Sedangkan, memang sudah diketahui umum hanya bangunan sementara sahaja yang dibenarkan atas tanah TOL. Kenapa ini berlaku? Bukankah terdapat campurtangan pihak-pihak yang berkepentingan projek ini.
Kelulusan Permohonan Yang Cukup Meragukan
Kembali Hak Tanah Kepada Penduduk Setempat
Bagi mengelirukan MUIP, kerana tapak itu pada asalnya dipohon oleh jawatankuasa penduduk dan surau bagi kegunaan untuk membina sebuah surau baru yang lebih selesa. Maka, individu berkenaan telah "menipu sokongan tandatangan pengerusi taman". Surat sokongan bukan disokong oleh pengerusi taman berkenaan, sebaliknya daripada taman bersebelahan yang tidak sepatutnya berlaku. Bukankah ini satu penipuan, kononnya permohonan dilakukan itu mendapat sokongan penduduk setempat dan tanah itu akan dijadikan kegunaan orang ramai. Namun, selepas mereka merompak tanah itu dengan cara penipuan yang licik ini akhirnya ia diluluskan dek kerana banyak wang "under table" dengan pihak yang berkenaan di PTD. Kini tanah itu sudah dirompak dan bakal dijadikan premis perniagaan, bukan untuk kegunaan orang ramai seperti yang dimaksudkan sebenarnya. Oleh itu, pihak jawatankuasa penduduk kini tidak lagi dapat berbuat apa-apa biarpun ada campurtangan politik. Kononnya, proses sudah dijalankan dan sukar untuk dibatalkan. Difahamkan, premis yang sudah 90% siap itu kini masih belum beroperasi lantaran menunggu lesen TOL tahun berikutnya daripada pihak berkuasa. Memandangkan lesen TOL perlu disambung dari tahun ke tahun, akhirnya operasi ditangguhkan ke tahun hadapan (2010). Kemungkinan besar selepas lesen disambung, barulah operasi akan dijalankan oleh pihak berkenaan. Maka itu, jika permohonan menyambung lesen berkenaan ditangguhkan ia bakal memberi kesan besar kepada projek berkenaan. Akhirnya perniagaan itu tidak dapat dijalankan dan tanah terbabit pula akan dirampas untuk dikembalikan semula kepada penduduk setempat.
- Pendedahan Terdahulu (Kesalahan Permohonan)
[Oleh itu, sebelum operasi perniagaan di premis haram itu dijalankan maka adalah diharapkan pihak Kerajaaan Negeri Pahang terutamanya exco yang terlibat dengan urusan tanah untuk memantau perkara ini. Demi kuasa rakyat, sesuatu harus dilakukan untuk menghalang lesen TOL terbabit disambung biarpun dibuat bayaran "under table" yang banyak oleh pihak berkenaan. Tapak terbabit perlulah diserahkan semula kepada jawatankuasa penduduk untuk dijadikan kegunaan ramai dan bukannya premis perniagaan seperti yang berlaku sekarang. Tambahan pula, jika premis itu dibuka maka ianya akan menjejaskan perniagaan penduduk tempatan yang telah sedia ada di tapak sementara belakang Pasaraya Tunas Manja sekarang. Itu belum lagi berasaskan kepada "orang luar" dan bukan penduduk tempatan yang akan mengusahakan perniagaan tersebut. Kenapa perkara ini tidak mahu diselesaikan secara profesional dan telus. Sudah beberapa kali juga laporan ke pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilakukan. Namun hingga ke saat in, masih belum nampak tindakan yang sepatutnya diambil. Justeru itu, semua pihak diharap dapat berkerjasama untuk memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi di masa yang akan datang. Janganlah dek kerana kepentingan politik maka hak rakyat dinafikan begitu sahaja !!].
"Mintak PTG pahang jelaskan perobohan bengkel kereta di kg kubang ikan cerating (berdekatan impiana) yang berstatus TOL dengan alasan besarkan jalan tapi sebaliknya. Sikap double standard PTG pahang amat mengecewakan. Tlg siasat bangunan kedai yang berstatus TOL di sebelah jalan menuju ke Club Med tapi tidak dirobohkan.alasan tuan punya ada hubungan dgn kerabat diraja dan juga pegawai atasan PTG Pahang"






salam bro.
BalasPadamMintak PTG pahang jelaskan perobohan bengkel kereta di kg kubang ikan cerating(berdekatan impiana)yang berstatus TOL dengan alasan besarkan jalan tapi sebaliknya.Sikap double standard PTG pahang amat mengecewakan.Tlg siasat bangunan kedai yang berstatus TOL di sebelah jalan menuju ke Club Med tapi tidak dirobohkan.alasan tuan punya ada hubungan dgn kerabat diraja dan juga pegawai atasan PTG Pahang.
Pihak SPRM Pahang dikhabarkan telah menjalankan siasatan dan telah merujuk hal ini kepada pihak MPK.Pihak MPK telah berjanji untuk menjalankan kerja perobohan premis haram tersebut tetapi sehingga kini masih belum dilaksanakan.
BalasPadamDATO PHANG SIBUK JAGA URUSAN BISNES BELIAU DI PELABUHAN KUANTAN. 1 TAHUN UNTUNG BERSIH 1 JUTA. NAK JAGA MASALAH RAKYAT NUAT APA BUKAN ADA KEPENTINGAN.
BalasPadam