ADUN Tioman Dan Keluarga Terbabit Kemalangan
PEKAN, 17 Dis [4.45 pm] - Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Tioman, Dato' Mohd Johari Hussain (foto), 36, cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terbakar di Batu 16 Jalan Pekan-Rompin dekat sini semalam. Isterinya Zurina Yosof, 34, dan empat anaknya, Mohd Jibrail, 9, Amirah Balqis, 7, Mohd Mikail, 6, dan Mohd Atid, sembilan bulan, serta anak saudaranya Mohd Harun Hamili, 8, turut mengalami kecederaan ringan. Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata, kejadian berlaku kira-kira 11.30 malam ketika mereka dalam perjalanan dari Pekan menuju ke Rompin selepas pulang ke kampung isterinya di Kelantan. "Mohd Johari yang sedang memandu kenderaan itu terlelap menyebabkan kenderaan jenis Toyota Fortuner itu terbabas dan terbalik sebelum terbakar," katanya ketika dihubungi hari ini. Yahaya berkata mereka sekeluarga bernasib baik kerana sempat keluar dari kenderaan itu sebelum ia terbakar sepenuhnya. Yahaya berkata mereka sekeluarga bernasib baik kerana sempat keluar dari kenderaan itu sebelum ia terbakar sepenuhnya. Katanya, mereka diselamatkan oleh saudara-mara yang turut berkonvoi dan dihantar ke Hospital Pekan untuk menerima rawatan.
[Malang tidak berbau, hanya dengan sekelip mata segalanya akan musnah. Namun, nasib ADUN Tioman serta keluarganya cukup bertuah kerana nyawa mereka masih dapat diselematkan biarpun kenderaan yang dinaiki telah terbakar. Sesuatu yang amat menakjubkan sebenarnya. Cuma, ambil hikmah dari sebalik kejadian ini. Jika mengantuk ketika memandu, berehat dan tenangkan fikiran. Sayangilah keluarga dan masa depan anda. Mujurlah tidak berlaku peristiwa sebaliknya dalam kejadian ini. Semoga ADUN terbabit cepat sembuh dan dapat berkhidmat semula kepada rakyat di kawasannya. Banyakkan bermuhasabah atas kejadian ini].






Alhamdulillah semuanya selamat.
BalasPadamTok nak ambik kesempatan menegur jabatan agama islam pahang supaya menyemak semula senarai ajk masjid yang hanya meletakkan ahli umno sebagai ajk sedangkan ada di antara mereka jarang menunjukkan muka ke masjid.
mengapa tak boleh diletakkan ahli-ahli PAS sebagai AJK masjid.
Terdapat beberapa daerah di Pahang termasuk di Temerloh yang hanya meletakkan orang umno sebagai AJK.
di Perak,senarai AJk masjidnya bercampur umno dan pas.mengapa jabatan Agama Islam Pahang tidak boleh melakukannya.
inilah perpaduan ala umno gamaknya.masjid bukan untuk orang umno sahaja.orang pas dan pkr juga sering ke masjid.jika Jabatan agama islam pahang terlepas pandang,eloklah dibaiki kesilapan itu
nampaknya telah dipinda senarai asal.jadi kita tahulah siapa yang mempolitikkan masjid kalau bukan umno.
BalasPadamsedarlah ke diri tu..duit membina masjid bukan duit umno sahaja tapi duit pembayar cukai yang turut terdiri daripada ahli pas dan pkr.
ingatlah masjid bukan reta peribadi korang.
makin ramai yang meluat dengan tindakan umno
74 MP BN ponteng time mengundi bajet sulung najib.
BalasPadamMP sendiri tak yakin lagikan pulaklah rakyat marhain.
tak lama lagi tumbanglah umno dan bn
Bila cakap pasal demokrasi,Abraham Lincoln mantan presiden Amerika pernah berkata of people by people for people.
BalasPadammaknanya kerajaan yang memerintah tapi mengikut kehendak rakyat.bukan kerajaan memerintah dan rakyat kena ikut dengan membuta tuli.
ambik contoh masjid.perlantikan ajknya patut mengikut pilihan kariah dan bukan kehendak jabatan agama islam negeri.
dah sah kariah masjid tahu apa yang terbaik buat mereka.bukan semuanya ditentukan oleh kerajaan.
kenapa perlu semuanya umno?ahli PAS dan PKRpun layak.inilah namanya politik balas dendam.
asal kalah je pilihanraya rakyat yang menyokong pembangkang akan dinafikan hak mereka dan negeri itu akan dikurangkan atau dilambatkan peruntukan kewangan.
kita kena ingat bukan semua orang umno yang bayar cukai.yang culas bayarpun ada.bila dah yang bayar semua cukai tu termasuk ahli PAS dan PKR,jadi mengapa amalkan amalan keji sebegini.rakyat selangor bayar cukai pada kerajaan persekutuan cecah RM16 bilion tapi kerajaan pusat beri peruntukan kepada selangor hanya RM400 juta.reti ke tak kerajaan pusat yang dikuasai BN ilmu hisab.
kita boleh tengok rakyat yang sokong pembangkang diberikan layanan kelas kedua.
media pulak tak laporkan berita yang sepatutnya.inilah menghilangkan kepercayaan rakyat kepada institusi media.
dulu ketika PRU yang buat julung kali ditandingi semangat 46.gambar kuli memakai sigah yang nampak seolah-olah salib diperbesarkan oleh media.impaknya semangat 46 kalah teruk.
dulu sama sekarang pun sama.kita boleh lihat kecenderungan media arus perdana memainkan sentimen perkauman dan agama.Kita boleh lihat apa yang berlaku di selangor,perak,pulau pinang dan negeri-negeri lain.
sampai bila kita harus melihat pembohongan umno dan bn.rakyat yang harus menilai dan memperbetulkan kebobrokan yang dilakukan oleh kerajaan.
Lebuh raya utara selatan makin naik kadar tolnya walaupun kenderaan yang menggunakan lebuhraya ini meningkat kepada RM500 ribu sehari.kalau boleh tiap-tiap tahun kadar hendak dinaikkan.
BalasPadamkeuntungan petronas tidak langsung dinikmati rakyat.bailout bank dan syarikat-syarikat yang menghadapi risiko muflis.BBMB,Proton dan MAS selain digunakan untuk membina KLCC dan Putrajaya.tidak bolehkah duit petronas itu digunakan untuk membina rumah murah untuk rakyat miskin,biasiswa untuk pelajar miskin dan hospital percuma.rakyat perlu tahu dan keuntungan dan kerugian petronas perlu dibentangkan di parlimen setiap tahun
tahniah tok iskandar merombak kebobrokan dalaman BN/UMNO maha melanun dari mula merdeka hingga kini dan selamanya membaham hingga ke akar umbi hasil mahsum negara umpama membelanja hak harta mak bapak dia org.
BalasPadamDulu belanda portugis jepun tidaka serakus depa menggomoli kekayaan negara depa ni bak anai anai membusut busut hingga licin sebuah busut nan tinggi...
Jika dibiarkan depa ni kita akan papa kedana kais pagi makan pagi tk kais tk dapat makan.