KUANTAN, 8 Dis [12.15 pm] - Sebelum ini banyak pendedahan panas telah kami lakukan terhadap berbagai isu rakyat di negeri ini, khasnya di Kuantan telah mendapat perhatian daripada pihak yang bertanggungjawab. Malah ada sesetengah kes yang didedahkan mengambil masa tidak sampai pun satu jam untuk diselesaikan. Semua ini memberi kesan positif terhadap kewujudan blog eksklusif Pahang Daily Online ini. Rakyat Pahang merasa, blog ini adalah benar-benar menjadi "Suara Pemangkin Reformasi Rakyat", yang menjurus ke arah perubahan sebenarnya. Jika dulu, pihak-pihak berkenaan boleh menyepikan diri atau menutup segala rasuah, penyelewengan dan masalah rakyat yang menimpa. Kini tidak lagi, malah kami telah mendapat banyak fail-fail baru untuk didedahkan dalam tempoh terdekat ini. Segalanya bergantung kepada jalan penyelesaian yang dibuat oleh pihak berkenaan. Sekiranya didapati mereka masih tidak mahu menyelesaikan masalah terbabit, maka pendedahan lebihh eksklusif akan dilakukan dari masa ke semasa. Bagi kami, isu rakyat adalah pokok utama kewujudan blog ini disamping isu politik yang menjadi tarikan para pembaca. Sehubungan dengan itu, kami amatlah berharap agar para pembaca terutamanya rakyat Pahang yang mempunyai sebarang maklumat dan informasi tentang permasalah rakyat di kawasan mereka. Sila berhubung terus dengan pihak kami untuk didedahkan. Adalah lebih baik disertakan gambar berkaitan untuk menguatkan bukti. Sila email ke pahangdaily@yahoo.com.
[Portal Pahang Daily Online akan dilancarkan dalam masa terdekat ini. Justeru itu kepada semua pembaca budiman diharap dapat terus memberi sokongan kepada kewujudan blog panas ini. Biar pun mendapat berbagai dugaan dan rintangan, namun suara kebenaran harus ditegakkan walaupun ia pahit sebenarnya. Memang ramai dikalangan penyokong UMNO BN yang marah dengan kekuatan blog ini untuk terus bersuara. Selepas setahun hits melebihi angka sejuta, maka kini ramai yang telah membuka mata untuk menjadikan blog ini sebagai wadah informasi terkini mereka. Kami amat berbangga dengan sokongan ini. Bukan sahaja rakyat Malaysia dan Pahang di dalam negara, malahan juga kepada mereka yang berada diluar negara. Saban hari peminat blog ini terus bertambah dari masa ke semasa. Ini semua memberi dorongan untuk kami terus memberikan bahan berita yang menarik, berbeza dan mempunyai nilainya yang tersendiri. Ia tidak sama dengan apa yang dipaparkan oleh media arus perdana yang dilihat lebih cenderung kepada kerajaan BN. Teruskan sokongan anda !!]






Salam. tahniah PDO atas pencapaian memberangkan capai pelawat ke sejuta dlm masa tersingkat. Tiada blog atau capaian lain dapat menandingi kehebatan dan citarasa warga negara kita yang dahagakan media bercorak bersih telus dan menjunjung cita aspirasi rakyat.
BalasPadamtahniah sekali lg semoga PDO terus maju hingga mencapai tujuan asal kemunculan mendukung hasrat dan isihati rakyat yg cintakan keadilan kemakmuran dikecapi bersama.