Peguam Teoh Belum Terima Hasil Bedah Siasat
SHAH ALAM, 24 Dis [4.45 pm] - Peguam mewakili keluarga Teoh Beng Hock, Gobind Singh Doe masih menunggu laporan hasil bedah siasat ke atas mayat mantan Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri itu. Katanya sehingga ke hari ini, pihaknya masih belum menerima apa-apa maklumat berhubung laporan itu. “Tidak ada apa-apa perkembangan lagi, saya masih belum terima laporan itu,” katanya. Gobind berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terbaru inkues kematian Beng Hock. Prosiding inkues bagi menyiasat kes kematian Beng Hock yang sepatutnya didengar di Mahkamah Majistret Shah Alam 17 Disember lalu terpaksa ditangguhkan ke 7 Januari tahun depan. Penangguhan itu dibuat bagi menunggu laporan bedah siasat mayat Beng hock disiapkan oleh pakar patalogi dari Hospital Sungai Buloh. Penangguhan ini merupakan penangguhan kedua selepas Koroner Azmil Munthapa Abas menetapkan 9 Disember lalu sebagai tarikh untuk meneruskan prosiding selepas bedah siasat kali kedua dijalankan. Pada 22 November lalu, sekumpulan pakar patologi di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh yang diketuai Ketua Unit Patologi HSB, Dr Shahidan Md Noor selesai melakukan bedah siasat kali kedua ke atas mayat mendiang yang digali semula sehari sebelum itu. Mayat Teoh dikebumikan semula pada 24 November di Taman Peringatan Nirvana, Semenyih. Gobind berkata, beliau tidak tahu bila laporan itu dapat dityerima namun berharap pakar patologi dapat menyiapkannya sebelum prosiding diteruskan 7 Januari depan. “Ya kita masih menunggu, saya tidak tahu (bila) tetapi harap sebelum kes pada tarikh yang akan datang,” katanya. Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat 5, Plaza Masalam, pada 16 Julai lalu, beberapa jam selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang berpejabat di plaza itu. Bedah siasat kali kedua ke atas mayatnya dibuat setelah Pakar Patalogi dari Thailand, Dr. Pronthip Rojanasunand yang dilantik Kerajaan Negeri Selangor mendedahkan 80 peratus kemungkinan mendiang telah pun dibunuh.
[Rakyat begitu hairan dan tertanya-tanya, apakah laporan bedah siasat kedua itu memang lambat atau sengaja dilambat-lambatkan bagi mengubah fakta yang telah diperolehi. Kita tidak harus percaya lagi dengan segala apa yang dilakukan oleh pihak terbabit, terbukti mereka mencari jalan untuk mengubah fakta yang ada bagi membuktikan mereka berada di pihak yang benar. Walhal, rakyat sendiri boleh menilai apajah rahsia yang berlaku di sebaliknya. Justeru itu, kami amat yakin laporan ini akan dilengah-lengahkan seolah-olah ada masalah yang berlaku. Pihak doktor pakar yang terlibat juga sudah pasti akan ditekan dengan berbagai ugutan agar melakukan sesuatu untuk menyelamatkan maruah kerajaan. Kiranya mereka tidak mahu berkompromi, sudah pasti tindakan drastik akan dilakukan. Oleh itu, janganlah kita terlalu berharap kes Teoh Beng Hock ini akan mendapat keadilan yang sewajarnya jika tiada campurtangan pihak yang lebih berwibawa. Amalan undang-undang dan kehakiman di negara kita memang sudah tercemar dan tidak layak untuk dipercayai lagi].
SHAH ALAM, 24 Dis [4.45 pm] - Peguam mewakili keluarga Teoh Beng Hock, Gobind Singh Doe masih menunggu laporan hasil bedah siasat ke atas mayat mantan Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri itu. Katanya sehingga ke hari ini, pihaknya masih belum menerima apa-apa maklumat berhubung laporan itu. “Tidak ada apa-apa perkembangan lagi, saya masih belum terima laporan itu,” katanya. Gobind berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terbaru inkues kematian Beng Hock. Prosiding inkues bagi menyiasat kes kematian Beng Hock yang sepatutnya didengar di Mahkamah Majistret Shah Alam 17 Disember lalu terpaksa ditangguhkan ke 7 Januari tahun depan. Penangguhan itu dibuat bagi menunggu laporan bedah siasat mayat Beng hock disiapkan oleh pakar patalogi dari Hospital Sungai Buloh. Penangguhan ini merupakan penangguhan kedua selepas Koroner Azmil Munthapa Abas menetapkan 9 Disember lalu sebagai tarikh untuk meneruskan prosiding selepas bedah siasat kali kedua dijalankan. Pada 22 November lalu, sekumpulan pakar patologi di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh yang diketuai Ketua Unit Patologi HSB, Dr Shahidan Md Noor selesai melakukan bedah siasat kali kedua ke atas mayat mendiang yang digali semula sehari sebelum itu. Mayat Teoh dikebumikan semula pada 24 November di Taman Peringatan Nirvana, Semenyih. Gobind berkata, beliau tidak tahu bila laporan itu dapat dityerima namun berharap pakar patologi dapat menyiapkannya sebelum prosiding diteruskan 7 Januari depan. “Ya kita masih menunggu, saya tidak tahu (bila) tetapi harap sebelum kes pada tarikh yang akan datang,” katanya. Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat 5, Plaza Masalam, pada 16 Julai lalu, beberapa jam selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang berpejabat di plaza itu. Bedah siasat kali kedua ke atas mayatnya dibuat setelah Pakar Patalogi dari Thailand, Dr. Pronthip Rojanasunand yang dilantik Kerajaan Negeri Selangor mendedahkan 80 peratus kemungkinan mendiang telah pun dibunuh.[Rakyat begitu hairan dan tertanya-tanya, apakah laporan bedah siasat kedua itu memang lambat atau sengaja dilambat-lambatkan bagi mengubah fakta yang telah diperolehi. Kita tidak harus percaya lagi dengan segala apa yang dilakukan oleh pihak terbabit, terbukti mereka mencari jalan untuk mengubah fakta yang ada bagi membuktikan mereka berada di pihak yang benar. Walhal, rakyat sendiri boleh menilai apajah rahsia yang berlaku di sebaliknya. Justeru itu, kami amat yakin laporan ini akan dilengah-lengahkan seolah-olah ada masalah yang berlaku. Pihak doktor pakar yang terlibat juga sudah pasti akan ditekan dengan berbagai ugutan agar melakukan sesuatu untuk menyelamatkan maruah kerajaan. Kiranya mereka tidak mahu berkompromi, sudah pasti tindakan drastik akan dilakukan. Oleh itu, janganlah kita terlalu berharap kes Teoh Beng Hock ini akan mendapat keadilan yang sewajarnya jika tiada campurtangan pihak yang lebih berwibawa. Amalan undang-undang dan kehakiman di negara kita memang sudah tercemar dan tidak layak untuk dipercayai lagi].






toksah lah mengarut dan mengasut,kan ada pakar luar negara bersama membuat posmoterm tu.kalau nak ubah fakta ianya datang dari pdo,siapa lagi
BalasPadamabis nape lembab sgt weh?
BalasPadam