script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Peserta Perhimpunan Bukannya Ahli Parti PAS

KOTA BHARU, 28 Dis [5.30 pm] - PAS berkata tidak ada ahlinya yang terbabit dalam perhimpunan mendesak parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat yang diadakan di hadapan Pejabat Perhubungan PAS Selangor, semalam. Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto), berkata siasatan awal mendapati mereka yang terbabit bukanlah ahli Pas. "Jika benar mereka ahli PAS sudah tentu mereka akan diheret kepada jawatankuasa disiplin parti tetapi kita sudah menyiasat termasuk jurucakapnya dan didapati mereka bukan ahli kita," katanya selepas Majlis Ijtimak Ulamak Muda Negeri Kelantan hari ini. Pada perhimpunan itu, kumpulan terbabit turut mengemukakan 13 perkara dalam memorandum untuk mendesak parti itu keluar daripada pakatan itu. Jurucakap kumpulan yang menamakan diri mereka Badan Bertindak Gerakan Kesedaran Penyokong dan Pengundi PAS, Wan Hilman Wan Ibrahim, berkata tindakan itu diambil kerana mereka mahukan PAS terus kekal sebagai parti politik yang tidak perlu bersekutu dengan PKR dan DAP. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, pula berkata perhimpunan itu sebenarnya sengaja diadakan untuk memburukkan imej PAS. Katanya, ahli PAS tidak akan mengadakan perhimpunan seperti itu kerana mereka sudah masak dengan keadaan politik.

[Inilah dia kerja-kerja puak-puak UMNO dan BN sebenarnya. Mereka mengadakan demo tetapi mengatakan ia dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Banyak kes yang berlaku seperti ini sebenarnya. Maka, tidak hairanlah kita melihat peserta demo menganggat sepanduk lebih tinggi dari muka mereka. Mungkin dek kerana malu dengan wajah mereka yang bakal disiarkan dalam media dan mereka pula bukanlah ahli parti PAS agaknya. Terkadang lucu benar kita melihat adengan seperti ini. Ternyata mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai matlamat mereka itu. Nampak benar, mereka sudah kehilangan idea dalam tindakan].

Kes Liwat, Permohonan Munawar Anees Ditolak

PUTRAJAYA, 28 Dis [3.45 pm] - Dr Munawar Ahmad Anees (foto), bekas penulis ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim, gagal dalam cubaannya supaya dipadamkan sebahagian daripada penghakiman Mahkamah Persekutuan berhubung kes liwat membabitkan dirinya. Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Raus Md Sharif, sebulat suara bersetuju menolak permohonan supaya diadakan semakan semula bagi membenarkan rayuannya bertarikh 17 Disember 2008 terhadap pensabitan dan hukuman penjara enam bulan berhubung kes liwat itu. Munawar dan peguamnya, Manjeet Singh Dhillon tidak hadir di mahkamah hari ini manakala Timbalan Pendakwa Raya, Awang Armadajaya Awang Mahmud, adalah satu-satunya pihak yang hadir. Ketika membacakan penghakiman 15 muka surat, Hakim Raus berkata, mahkamah mendapati perenggan 20 hingga 26 dalam penghakiman sebelum ini bukanlah sesuatu yang direka. "Adalah jelas bahawa apa yang dinyatakan oleh mahkamah ini dalam perenggan 20 hingga 26 ada kaitan dengan sesuatu yang dihujah oleh semua pihak. Oleh itu, tidak ada apa salahnya bagi mahkamah ini untuk memberikan pendapatnya berhubung persoalan yang dibentangkan," kata Hakim Raus.

[Terkadang malu melihat permainan ini. Langsung tidak munasabah seorang manusia seperti Muanawar Anees ini menjadi habuan Anwar Ibrahim. Jika beliau seorang anak muda dan masih bergetah, mungkin boleh masuk dek akal sebenarnya. Inilah yang dikatakan takdir buat seorang pemimpin yang dicemburui oleh rakyat serta musuh-musuh politiknya. Adengan liwat ini telah menjatuhkan imej negara di mata dunia. Hingga menyebabkan seorang ulamak terkenal seperti Yusoff Al-Qardawi pun mahu kes ini ditangani dengan dengan berlandaskan Islam yang sebenarnya, dan bukan Islam ala Malaysia yang banyak menyimpang].

Empat Tentera Dituduh Rogol Gadis Bawah Umur


SEREMBAN, 28 Dis [2.45 pm] - Empat anggota tentera hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini kerana dituduh merogol seorang gadis bawah umur berusia 16 tahun pada 14 Disember lalu. Nor Effendi Mohd Yusof, 22; Muhammad Khairi Mohd Rashid, 22; Ismail Darus, 20 dan Mohammad Shahrul Md Noor, 27, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Amran Jantan. Ia didakwa berlaku di sebuah kereta di kawasan kebun pisang dekat Masjid Kampung Teluk Pelandok, Pasir Panjang, Port Dickson, antara jam 2.10 pagi dan 2.40 pagi. Nor Effendi menghadapi dua pertuduhan iaitu rogol dan samun, Ismail dan Muhammad Khairi pula dikenakan satu pertuduhan rogol, dan Mohamad Shahrul dikenakan dua pertuduhan rogol. Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan So Phon dan mereka semua tidak diwakili peguam. Keempat tertuduh dikenakan ikat jamin RM5,000 dengan dua penjamin. Kes akan disebut semula pada 29 Januari tahun depan.

[Sungguh menjijikan apabila melihat adengan seperti ini. Ternyata ada dikalangan tentera di negara kita yang mempunyai tahap displin yang amat mencurgikan. Mereka yang diharapkan membela dan menjaga keselamatan negara serta rakyat Malaysia, tetapi mereka pula yang menggunakan kesempatan untuk melakukan perbuatan terkutuk itu. Apakah mereka terpengaruh dengan tabiat pemimpin atasan yang melakukan adengan ini secara diam-diam agaknya. Atau inilah yang dikatakan kepimpinan melalui tauladan yang dilaung-laungkan oleh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional selama ini agaknya].
Share:

6 ulasan:

  1. bukan ahli PAS ,cuma hamPAS,SATU TAMPARAN TERHADAP PAS,SENDIRI JAGALAH JANGAN TUDUH ORANG LAIN

    BalasPadam
  2. AHLI PAS ADA AGAMA JAGA AGAMA RETI DOSA PAHALA KENAL SYURGA NERAKA. ORANG UMNO API NERAKA PUN MAU TEGUK BUKAN TAKAT TEGUK ARAK. MAIN BETINA SUNDAL TIDO DALAM DUIT RASUAH CELAKA LAKANATULLAH...OOOIII UMNO MU SEDAR LAH MATI MASUK KUBUR KAMU RASALAH LAYANAN MESRA ULAR JENGKING URUTAN MESRA DARI MUNGKAR NAKIR...

    UMNO MENATANG KEJI LEBIH KEJI DARI SYAITAN DAN IBLIS KERANA KERJANYA MEROSAKKAN UMMAH. BEZA DGN IBLIS CUMA HASUT ORG ISLAM JADI KAFIR

    BalasPadam
  3. la.. depa ngaku tak salah.. biaq la mahkamah tentu hukuman dulu.. jangan la kita dok kalut nak tuduh lagi... tapi kalu betoi la depa buatbenda tu, leceh la...

    BalasPadam
  4. ERM SEMUA NYA SALAH UMNO....APA YG TERJADI... SALAH KERAJAAN... ORG PAS SEMUA BAIK2.. SEMUA KUAT AGAMA... SO JGN TUDUH DEMO SEMUA OK

    BalasPadam
  5. Org PAS kuat agama... kalau idak tak adalah yg boleh lari walaupun dilarang dok bersama isteri... tak adalah yg dok mengata kat org... tak adalah dok rogol org kat kelantan tu... sebab org PAS semua bagus...bagus....bagus....

    BalasPadam
  6. wei apa kena mengena askar,disiplin dan politik? satu lagi kau delete gambar ni sebelum aku saman kau...aku salah seorang yang ada dalam gambar tu....

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tengku Ampuan Pahang Mencuri Perhatian Bila Duduk Bersama Graduan Lain Sebagai Seorang Pelajar Pada Majlis Konvokesyen UIAM Ke-42

GOMBAK:  “Saya masuk ke dewan ini sebagai Tengku Ampuan Pahang. Saya duduk bersama saudara dan saudari sebagai seorang pelajar. Saya melangk...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.