• Pilihan Raya
    • Keputusan Pilihan Raya Umum
      • PRU-15
      • PRU-14
      • PRU-13
      • PRU-12
    • Portal Rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
    • Pejabat Pilihan Raya Negeri Pahang
  • Portal DiRaja Pahang
  • Hospital
    • Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)
    • IIUM Medical Specialist Centre
    • Pahang Medical Centre (PMC)
    • Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS)
    • Kuantan Medical Centre (KMC)
    • KPJ Kuantan Care N Wellness Centre
    • Darul Makmur Medical Centre (DMMC)
  • Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
    • International Islamic University Malaysia (IIUM)
    • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang
    • University Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIPSAS)
    • Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)
    • Widad University College (WIDAD)
    • Pahang Skills Development Centre (PSDC)
PAHANGDAILY
  • Laman Utama
  • Kerajaan Negeri Pahang
    • Portal Rasmi
    • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)
    • Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco)
    • Ahli Parlimen
    • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
  • Pihak Berkuasa Tempatan
    • Majlis Bandaraya Kuantan
    • Majlis Perbandaran Temerloh
    • Majlis Perbandaran Bentong
    • Majlis Daerah Pekan
    • Majlis Daerah Lipis
    • Majlis Daerah Maran
    • Majlis Faerah Bera
    • Majlis Daerah Raub
    • Majlis Daerah Jerantut
    • Majlis Daerah Rompin
    • Majlis Daerah Cameron Hihglands
  • Jabatan Kerajaan Negeri
    • Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan
    • Suruhanjaya Pkerhidmatan Awam (SPA)
    • Jabatan Kerja Raya (JKR)
    • Jabatan Perhutanan (JPNP)
    • Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV)
    • Jabatan Pertanian
    • Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS)
    • Jabatan Pengarah Tanah Dan Galian (PTG)
    • PLAN Malaysia @Pahang
    • Jabatan Agama Islam (JAIP)
    • Jabatan Kehakiman Syariah
    • Jabatan Mufti
    • Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  • Pejabat Daerah Dan Tanah
    • PDT Bentong
    • PDT Bera
    • PDT Cameron Highlands
    • PDT Jerantut
    • PDT Kuantan
    • JPDT Lipis
    • PDT Maran
    • PDT Pekan
    • PDT Raub
    • PDT Rompin
    • PDT Temerloh
  • Badan Berkanun Negeri
    • Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP)
    • Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP)
    • Yayasan Pahang (YP)
    • Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang (Pahang Skills)
    • Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (PKBF)
    • Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)
    • Perbadanan Perpustakaan Awam
    • Lembaga Muzium Negeri Pahang
    • Lembaga Pembangunan Tioman
    • Perbadanan Stadium Darul Makmur
    • Universiti Islam Pahang Sultan Haji Ahmad Shah
    • Maahad Tahfiz Negeri Pahang
  • Projek Rumah Rakyat
    • PR1MA Pahang
    • Projek Rumah Makmur
    • Projek Perumahan Rakyat (PPR)
    • Bayaran Sewa Rumah PAKR
    • Rumah Kos Sederhana Renda
script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">

Pages

  • Home
  • SACHA INCHI
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Fuziah: OCPD Berjanji Pindahkan Acara Ragbi Ke Lokasi Lain Untuk Bagi Laluan Himpunan Hijau !

5 ulasan
KUANTAN, 25 Feb- Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (foto) sebentar tadi memaklumkan bahawa pihak polis akan memberikan kerjasama yang baik bagi membolehkan Himpunan Hijau 2.0 berjalan lancar seperti yang dijadualkan esok. "Saya baru bercakap dengan Tuan Jasmani (OCPD Kuantan) berkenaan kejohanan ragbi di padang MPK4 iaitu lokasi himpunan terbabit esok. Beliau berjanji akan memastikan Himpunan Hijau 2.0 berjalan di situ dan akan memastikan kejohanan ragbi berkenaan dipindahkan ke tempat yang lain", kata Fuziah Salleh.

[Kerjasama oleh pihak polis amatlah diharapkan dalam menjayakan program ini esok. Jika ada sebarang provokasi pihak-pihak tertentu untuk merosakkannya, maka pihak polis perlu bertindak segera. Difahamkan, ada pihak-pihak tertentu akan cuba untuk memberi gambaran negatif Himpunan Hijau 2.0 esok. Tidak diketahui, apakah yang akan dilakukan oleh mereka. Namun berdasarkan maklumat kemungkinan sesuatu yang boleh menjatuhkan imej penganjur dan juga Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh sendiri. Oleh itu semua pihak digesa berhati-hati dan tidak melakukan tindakan yang boleh mencetuskan hura-hara pada hari esok].
Share:
Read More

Terkini: MPK 'Nafi Meluluskan' Perlawanan Akhir Ragbi Di Lokasi Tapak Himpunan Hijau 2.0 Esok !

7 ulasan
KUANTAN, 25 Feb [1.49 pm] - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) hari ini menafikan mereka telah meluluskan perlawanan akhir ragbi di Padang MPK4 iaitu lokasi yang dibenarkan untuk Himpunan Hijau 2.0 esok. Sebelum ini PDO ada mendedahkan berkenaan satu Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Majlis Sukan Universiti-Universiti Malaysia (MASUM) Siri I anjuran Universiti Malaysia Pahang akan diadakan mulai hari ini dan esok (26 Feb). Susulan laporan tersebut, semua pihak menjadi kecoh semula. Tambahan pula baru semalam jawatankuasa penganjur himpunan terbabit mengadap pihak polis dan MPK, serta mendapat persetujuan untuk mengadakan di lokasi baru itu (Padang MPK4). Dalam satu kenyatan kepada portal berita Malaysiakini, Pegawai Perhubungan Awam MPK, Haslinda Hassan (foto) mengesahkan bahawa perlawanan ragbi itu sedang berlangsung di padang itu hari ini. Ia bermula semalam. Tetapi katanya, perlawanan akhirnya esok, telah dipindahkan ke padang MPK 2."Perlawanan akhir ragbi kita atur ke tempat lain iaitu di Padang MPK2," kata beliau.

[Harapan kita semoga MPK mengotakan segala janji-janji mereka. Jika benar dakwaan tersebut, maka kami akan memantau Padang MPK2 berhadapan dengan Stadium Darul Makmur untuk melihat sendiri persiapan perlawanan akhir ragbi itu di sana. Mereka perlu dirikan tiang gol dan lain-lainnya. Untuk maklumat, perlawanan ragbi biasanya dijalankan di Padang MPK4 dan MPK2 hanyalah untuk acara bolasepak selain acara sambutan yang berbentuk keramaian seperti Jom Heboh TV3 dan sebagainya. Jiba benar dakwaan MPK, maka lewat petang ini penganjur wajar mendirikan tiang-tiang gol ragbi di sana. Tidak mungkin mereka akan mencabut tiang di Padang MPK4 malam ini atau awal pagi esok. Jangan pula ada muslihat, seperti MPK kata mahu anjurkan Futsal di Padang MPK1 (lokasi asal Himpunan Hijau 2.0) tiba-tiba padang itu dipagar dengan zink untuk diperbaiki secara tiba-tiba. Oleh itu, sila hantarkan maklumat terkini untuk kita pastikan rakyat tidak ditipu lagi].
Share:
Read More

Panas: Penganjur "Himpunan Hijau", Di Perdaya, Padang MPK4 Ada Sukan Ragbi Hari Ini Dan Esok

8 ulasan
KUANTAN, 25 Feb - Keputusan pihak polis dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) memberi kebenaran Himpunan Hijau di Padang MPK4 dekat sini, dilihat satu tindakan yang tidak wajar dan jelas cuba menipu pihak penganjur terbabit sebenarnya. Tinjauan krew kami ke lokasi berkenaan sebentar tadi, mendapati satu Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Majlis Sukan Universiti-Universiti Malaysia (MASUM) Siri I anjuran Universiti Malaysia Pahang (UMP) diadakan di padang itu mulai hari ini dan esok (25-26 Februari). Maknanya padang tersebut telah disewa dan akan digunakan untuk kejohanan terbabit. Maka, bagaimana pihak polis dan MPK boleh meluluskan kebenaran agar pihak penganjur Himpunan Hijau 2.0 berpindah dari lokasi asal (Padang MPK1) ke Padang MPK4 semalam?. Inilah yang memusykilkan sebenarnya. Masakan MPK tidak mendapat maklumat lanjut tentang apa-apa aktiviti di lokasi terbabit, atau mereka sengaja mahu memperdayakan pihak penganjur berkenaan. Apa yang berlaku ini sungguh memalukan, dan jelas menghakis kepercayaan rakyat terhadap agensi terbabit. Sebelum ini di Padang MPK1, mereka mendakwa mahu mengadakan Kejohanan Futsal pada 15-26 Feb namun tiba-tiba ada pula projek ubah suai padang untuk persiapan Sukan Malaysia (SUKMA) Julai ini. Semua ini jelas menimbulkan tanda tanya, apakah kerajaan benarkan seperti di dakwa oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob atau rakyat perlu berhimpun dan bertempur dengan pihak berkuasa seperti biasa?. Nampaknya, harapan menjurus ke arah itu kini kian nampak tanda-tandanya. Maka, rakyat dan peserta diminta bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang berlaku.


Bukti, kejohanan ragbi 7's MASUM siri I akan diadakan hari ini dan esok

Para peserta kejohanan ragbi sedang bersiap sedia untuk beraksi di padang

Dua pasukan ragbi tersebut sedang berlawan dalam kejohanan itu pagi tadi

[Sungguh mengejutkan bila ada acara sukan boleh diadakan di atas lokasi tapak, sedangkan MPK meluluskan tapak untuk Himpunan Hijau 2.0. Tidak mungkin pihak MPK tidak tahu ada kejohanan sukan di lokasi berkenaan. Sudah pasti perancangan untuk program tersebut sudah lama dilakukan. Maka, kenapa mereka boleh terlepas pandang dalam isu ini. Kemungkinan besar ini satu lagi permainan politik untuk menggagalkan himpunan esok. Apapun, semua pihak diminta bersabar dengan permainan ini. Jika mereka berbuat demikian maka eloklah rakyat dikerah turun ke jalanan bagi menyatakan bantahan mereka. Sokongan semua untuk meramaikan perhimpunan esok amatlah diharapkan demi kehidupan kita hari esok].
Share:
Read More

Fuziah: Polis Beri Kerjasama Baik Untuk Pastikan Himpunan Hijau 2.0 'Ahad Ini' Berjalan Lancar !!

7 ulasan

KUANTAN, 24 Feb - Penganjur Himpunan Hijau 2.0 berjaya mendapatkan kerjasama baik daripada pihak polis bagi memastikan perhimpunan yang bakal berlangsung pada Ahad ini, berjalan lancar. Jawatankuasa Himpunan Hijau 2.0, Fuziah Salleh (foto) berkata, pihak polis memberi jaminan akan menjaga keselamatan peserta selain menghalang sebarang provokasi melampau daripada pihak yang tidak bertanggung jawab. “Pada pertemuan dengan Ketua Polis Negeri, Datuk Sharifudin dan Ketua Polis Kuantan, Tuan Jasmani, polis memberikan kebenaran kepada perhimpunan ini dan kita mendapat respon yang baik daripada polis. “Polis memberi jaminan akan menjaga keselamatan peserta, orang awam dan juga pemimpin Pakatan Rakyat. “Mereka juga akan memberi kerjasama dengan menunjukkan arah trafik lokasi perhimpunan memandangkan ia telah ditukar pada saat-saat akhir,” katanya. Menurut Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan, pihak penganjur juga berjaya mendapatkan kebenaran bertulis polis setelah permohonan yang dibuat menepati syarat yang ditetapkan di bawah akta polis yang baru. Katanya, penganjur juga tidak dihalang menggunakan pembesar suara dengan syarat ia tidak mengganggu ketenteramaan awam pada perhimpunan yang dijangka bermula jam 9.30 pagi hingga 12 tengah hari itu. Perhimpunan Hijau 2.0 dianjurkan bagi membantah pembinaan loji pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Advanced Materials Plant di Gebeng, Kuantan. Lokasi awal yang dirancang adalah di kawasan Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang terletak di tengah bandar Kuantan, namun MPK telah memagar kawasan berkenaan. Persetujuan kemudiaan dicapai untuk memindahkan himpunan itu ke Padang MPK 4 yang dinamakan Padang Kemunting, terletak di depan Hospital Tengku Ampuan Afzan. Padang tersebut boleh mengisi sekitar 20,000 orang pada satu masa.

[Kerjasama dan kebenaran yang diberikan oleh pihak polis sebenanrya mungkin datang dari Kerajaan UMNO BN sendiri. Selepas melihat berbagai pendedahan yang sungguh memalukan kerajaan maka akhirnya kelulusan terpaksa diberika bagi menggelakkan sebarang kemungkinan yang boleh menjejaskan nama baik kerajaan itu sendiri. Namun, apakah Penganjur dapat merealisasikan hasrat untuk mengumpul jumlah peserta semaksima yang mungkin pada hari itu nanti. Jika mereka gagal, maka sudah pasti media arus perdana akan memainkan isu ini. Apakah mereka sudah bersdia untuk berhadapan dengan segalanya ini. Malah, apakah kehadiran ramai pemimpin besar Pakatan Rakyat boleh menarik perhatian dan sokongan rakyat dari seluruh negara untuk hadir ke Kuantan pada Ahad ini. Sama-sama kita nantikan dan lihat apa yang akan terjadi di himpunan itu nanti].

Share:
Read More

Video: Sidang Media 'Isu Felda' Bersama ANAK !!

Share:
Read More

Terkini: Polis "Beri Kebenaran" Himpunan Hijau 2.0 Di Padang MPK 4, Kemunting Pada Ahad Ini !!

3 ulasan

KUANTAN, 24 Feb - Polis hari ini memberi kebenaran kepada penganjur untuk mengadakan Himpunan Hijau 2.0 di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 4 pada Ahad ini. Ketua Polis Daerah Kuantan ACP, Mohd. Jasmani Yusof (foto), berkata, pihak terbabit boleh mengadakan perhimpunan berkenaan tetapi bersyarat. "Menerusi perjumpaan dengan penganjur pada 10 pagi tadi, kami telah menjelaskan syarat-syarat yang perlu dipatuhi. Antaranya perhimpunan itu hanya boleh bercakap mengenai perhimpunan hijau sahaja selain mereka yang hadir tidak boleh membawa senjata dan benda tajam,” katanya hari ini. Selain itu, beliau berkata, tempoh untuk mengadakan perhimpunan itu hanya dibenarkan bermula pada 10 pagi sehingga 12 tengah hari sahaja. Menerusi perjumpaan itu juga katanya, penganjur bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk di sekitar Kuantan selain mengelak berlaku kesesakan. Mengenai perubahan tempat, Jasmani berkata, MPK tidak dapat memberi kebenaran untuk menggunakan padang MPK 1 berikutan pengubahsuaian padang berkenaan untuk persiapan temasya Sukan Malaysia. "Polis telah mencadangkan tempat penganjuran diubah ke padang MPK 4, Kemunting dan telah dipersetujui oleh MPK serta penganjur terbabit,” katanya.

[Keputusan untuk mengubah lokasi Perhimpunan Hijau 2.0 dari Padang MPK1 ke Padang MPK4 di Kemunting itu dilihat sebagai satu tindakan terbaik dalam memastikan program ini berjalan lancar seperti yang dijadualkan. Akhirnya, pihak kerajaan sedia untuk memberi ruang kepada rakyat menyatakan isi hati mereka tentang isu Lynas. Syabas dan tahniah kepada Ketua Polis Daerah Kuantan atas usaha beliau untuk memastikan satu situasi yang "win win situation" kepada semua pihak. Jika tidak, sudah pasti kejadian yang lebik mendukacita akan berlaku anda lokasi asal dikekalkan. Tambahan pula selepas pihak MPK membenarkan kerja-kerja pembinaan di lokasi terbabit. Kini terpulang kepada rakyat untuk hadir atau tidak. Jika mereka menyokong bantahan ini maka eloklah hadir beramai-ramai sebagai tanda sokongan. Sila klik foto untuk besarkan imej].

Share:
Read More

Ceramah Anwar Sempena Himpunan Lynas 2.0 !


Share:
Read More

Panas: Terkini, MPK Bina Projek Meragukan Demi Menghalang "Orang Ramai Berhimpun" Ahad Ini!

2 ulasan
KUANTAN, 24 Feb - Tinjaun terkini krew PDO ke lokasi tapak Himpunan Hijau 2.0 sekitar jam 2.00 petang tadi mendapati kerja-kerja pembinaan sedang rancak dijalankan di kawasan tersebut. Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dipercayai telah mengeluarkan satu tender yang cukup meragukan kepada seorang kontraktor yang dikenali sebagai Shahruddin Bin Yusof, tanpa alamat dan tanpa segalanya untuk membuat kerja-kerja yang dikenali sebagai "Cadangan Membina Dan Menaikkan Taraf Dua Buah Padang MPK (1 & 2) Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Kuantan Pahang". Banyak persoalan yang timbul terhadap projek ini kerana ia tidak mempunyai maklumat tentang lesen bila tarikh mula kerja dan tarikh siap projek berkenaan. Malah, ramai yang keliru dari sumber mana MPK mengeluarkan peruntukan untuk projek berkenaan. Difahamkan, projek tersebut adalah dari peruntukkan "Wang Amanah Pengeluaran Jalan Negeri Pahang Darul Makmur". Malah, logo Kerajaan Negeri Pahang juga tertera pada papan tanda projek berkenaan. Tambah mengejutkan, terdapat tiga jalur lubang yang dibina di hujung padang terbabit. Khabarnya ia dibuat untuk mendirikan bangku penonton di padang berkenaan. Namun persoalannya, kenapa projek itu tergesa-gesa dimulakan. Kenapa tiada papan tanda berkenaan sebelum ini. Inilah yang menjadi kemusykilan di kalangan orang ramai yang lalu lalang di situ. Turut kelihatan pagar yang sudah dibina zink berhampiran masjid negeri. Malah, kerja-kerja lain sedang dijalankan oleh pihak terbabit sekarang ini.


Papan tanda sudah pun dinaikkan di padang oleh pihak MPK semalam

Inilah, tiga jalur longkang besar dipercayai untuk dibina tempat duduk


Zink berwarna biru juga sudah dipasangkan pada pagar-pagar tersebut

[Difahamkan pihak MPK juga akan menganjurkan Pertandingan "Street Soccer" Terbuka MPK 2012 yang akan diadakan pada 26 Februari ini (Ahad) dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang bertempat di Tapak Letak Kereta, Hadapan Mahkota Square iaitu di lokasi tapak perhimpunan Hijau 2.0 akan dijalankan nanti. Maknanya mereka memagar kawasan padang dan menggunakan kawasan tempat letak kereta. Jika sebelum ini acara futsal mahu diadakan di padang itu, namun kini hanya acara street soccer sahaja yang tinggal. Semua acara ini adalah untuk menganggu himpunan yang dijadualkan di lokasi yang sama pada hari itu sebenarnya].
Share:
Read More

Himpunan Hijau: Sah, 'MB Pahang' Kaki Penipu, Lidah Bercabang Serta Cakap Tak Serupa Bikin !!

7 ulasan
KUANTAN, 24 Feb - Rata-rata orang ramai yang ditemui sekitar bandar ini kecewa dengan Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Dato' Sri Adnan Yaakob (foto), apabila jelas cuba memperbodohkan rakyat dengan tindakan kebudak-budakan dan tidak masuk dek akal terhadap penganjur Himpunan Hijau 2.o. Mereka hairan dengan sikap MB Pahang itu yang "cakap tak serupa bikin". "Baru minggu lepas dia kononnya bermurah hati membenarkan perhimpunan terbabit diadakan di sini, malah bercakap seolah-olah dia pemimpin yang hebat dan berani apabila mengatakan Kerajaan Negeri Pahang mengalu-alukan kehadiran peserta himpunan terbabit Ahad ini. Tapi, apa yang berlaku sekarang, jelas sekali melambangkan betapa "munafiknya" pemimpin itu. Lihat saja apa yang terjadi di Padang MPK sekarang?. Tidak cukup dengan menipu rakyat kononnya MPK nak anjurkan kejohanan futsal. Terbaru, kerajaan mengarahkan MPK memagar lokasi tersebut dengan memberi alasan padang itu mahu dibaikpulih untuk kegunaan Sukan Malaysia (SUKMA) Julai ini. Bukankah ini bererti kerajaan pimpinan Adnan jelas menipu rakyat. Cakap besar, tapi bagai cacing kepanasa bila dia tahu puluhan ribu rakyat akan bangkit dan berhimpun di padang itu untuk membantah kilang memproses rare-earth Lynas Corporation Ahad ini", kata seorang kakitangan swasta yang ditemui pagi tadi. Sementara itu menurut seorang pesara kerajaan yang ditemui pula berkata, dia tidak hairan dengan perangai MB Pahang itu kerana memang sejak dulu lagi Adnan dikenali sebagai MB yang paling samseng di Malaysia katanya. "Rakyat boleh menilai, bagaimana sikap Adnan Yaakob sekarang?. Dia sanggup merompak khazanah rakyat termasuk balak, hutan, lombong untuk diagih-agihkan kepada kroni dan proksinya ... tapi tergamak menghancurkan harapan rakyat dalam isu Lynas. Apa yang mahu dibanggakan sangat dengan kilang itu?. Walau pun ada laporan AELB dan pakar-pakar luar negara terhadap projek berkenaan, namun rakyat tetap tidak percaya sebenarnya.


Bukti, inilah kenyataan seorang MB yang awalnya benarkan Himpunan Hijau

Tambahan pula banyak kepincangan dalam proses yang berlaku. Saya tahu, sebenarnya Lynas dibawa masuk dengan cara yang salah. Mereka semua mahu untung termasuk pemimpin-pemimpin UMNO di Pahang. Rakyat dipinggirkan kerana komisyen dan habuan yang bakal mereka perolehi nanti. Jika tidak, mana mungkin kilang berisiko yang 12 tahun tidak perlu bayar cukai kepada kerajaan boleh dibawa masuk. 12 tahun akan datang Adnan mungkin bukan lagi MB, tapi beliau dan keluarganya akan hidup senang lenang untuk 20 tahun akan datang. Sedangkan rakyat terpaksa menanggung risiko kilang terbabit. Apakah ini maknanya UMNO BN memperjuangkan rakyat?. Saya kecewa dengan sikap mereka!", kata En.Ibrahim yang pernah bertugas di SUK Pahang itu.

[Apa yang berlaku di Padang MPK, iaitu lokasi Himpunan Hijau 2.0 sekarang tidak selaras dengan kenyataan MB Pahang ini sebenarnya. Ternyata MPK telah melanggar arahan dan dasar kerajaan dengan cuba menggagalkan perhimpunan itu. Padahal Ketua Kerajaan Negeri sendiri dengan bangganya mahu dan benarkan ia diadakan di bandar ini. Rakyat boleh menilai sendiri sikap pemimpin UMNO BN sekarang. Jika dalam isu sebegini pun mereka sanggup menipu rakyat, apatah lagi dengan cara mereka membawa masuk kilang Lynas itu sendiri. Ternyata kini, segalanya terbongkar. Sikap sebenar pemimpin yang kononnya berjiwa rakyat tetapi sebaliknya lebih rela membela kilang terbabit, sedangkan dia sendiri tahu risiko yang akan ditanggung oleh seluruh rakyat Kuantan untuk tempoh 10 atau 20 tahun akan datang. Oleh itu, rakyat kini boleh menilai, apakah pemimpin sebegini layak dikekalkan pada Pilihanraya Umum akan datang].
Share:
Read More

Terkini: Penganjur Setuju Pindah Lokasi Jika Dua Syarat Di Pertimbangkan Pihak Yang Berkenaan !!

KUANTAN, 24 Feb - Maklumat terkini diterima, selepas rundingan dengan pihak polis, pihak penganjur telah membuat keputusan untuk mengadakan Himpunan Hijau 2.0 di Padang MPK4 (Kemunting), yang terletak lebih kurang dua kilometer daripada Padang MPK1. Padang MPK4 adalah lokasi sambutan Hari Kemerdekaan peringkat kebangsaan di Kuantan satu ketika dulu. Difahamkan, pihak penganjur memberi dua syarat untuk berpindah ke lokasi tersebut, iaitu pertamanya tiada gangguan kepada semua peserta yang hadir dan kedua tiada pembatalan permit oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) itu sendiri. Jika kedua-dua syarat itu gagal dilaksanakan, maka perhimpunan terbabit akan tetap diadakan di Padang MPK1, berhadapan Masjid Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah I dekat sini.
Share:
Read More

Lagu Khas Buat Peserta Perhimpunan Hijau 2.0 !!

Share:
Read More

Terkini: Anwar Bakal Hadir Ke Himpunan Hijau !

1 ulasan
SHAH ALAM, 24 Feb - Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) dijangka akan bersama pimpinan utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan hadir ke Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan, Ahad ini bagi bersama rakyat untuk membantah projek pembinaan kilang memproses nadir bumi Lynas. Sehubungan itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, Temu Rapat Pimpinan PKR yang dijadualkan berlangsung di Lumut, Perak akan diadakan di Kuantan bagi membolehkan semua pimpinan parti menghadiri perhimpunan itu. “PKR memberikan sokongan penuh kepada Himpunan Hijau 2.0. Saya juga telah mengeluarkan arahan kepada semua anggota PKR di Pahang khususnya dan di seluruh Malaysia umumnya untuk bersama sokong Himpunan Hijau 2.0 dan kempen Hentikan Lynas,” kata beliau.

[Difahamkan ramai lagi pemimpin Pakatan Rakyat akan hadir menyokong Perhimpunan Hijau 2.0. Kerajaan UMNO BN pasti akan mengatakan program itu didalangi oleh pembangkang, namun jika pemimpin UMNO BN yang kononnya "berjiwa rakyat" itu sudah tidak mahu membela dan mendengar rintihan rakyat, maka eloklah pemimpin pembangkang menjuarai isu ini. Tambahan pula, rakyat di Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota yang bakal menjadi suspek utama terhadap risiko Lynas ini telah mengundi pembangkang pada PRU12 lalu. Maka, eloklah mereka buktikan yang mereka sanggup turun membela rakyat walau dalam apa jua cara sekali pun. Mahu diharapkan UMNO BN, maka sampai "kiamat" pun mereka pertahankan Lynas dan meminggirkan nasib rakyat yang tidak berdosa].
Share:
Read More

Fuziah: 'Pagar Padang', Untuk Halang Himpunan Hijau, Terbukti Ada Pihak Kini Semakin Terdesak

7 ulasan
KUANTAN, 23 Feb - Menjelang Himpunan Hijau 2.0 bagi membantah pembinaan pusat memproses nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng yang dijadualkan di Kuantan pada Ahad ini, lokasi perhimpunan di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mula dipagar oleh pihak berkuasa. Dalam satu kenyataan akhbarnya, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh (foto) berkata pihak berkuasa dan majlis tempatan mula bertindak seperti yang tidak sepatutnya. “MPK bertindak seperti yang tidak sepatutnya yang menggambarkan seolah-olah tindakan terdesak sesetengah pihak yang dipercayai di belakang kerajaan negeri. “Dua hari lalu, notis memaklumkan MPK akan menganjurkan perlawan Futsal di padang berkenaan dan hari ini, ini pula,” katanya. Menurut pemimpin PKR itu, beliau telah menghubungi pejabat MPK dan dimaklumkan pagar berkenaan didirikan bagi menaik-taraf padang MPK1 untuk acara SUKMA yang dijadualkan pada Julai 2012. Namun apabila berbual dengan perkerja asing yang ditugaskan membina pagar itu, mereka memberitahunya, kerja itu diarahkan dibina secara tergesa-gesa. Fuziah juga diberitahu mereka dibawa dari Temerloh dan masalah penginapan mereka untuk malam ini juga belum diselesaikan oleh pihak yang mengarahkan mereka membina pagar itu.“Nampaknya ada tangan tersembunyi dalam seluruh plot ini. Justeru, saya gesa MB (Dato' Sri Adnan Yaakub) supaya tidak bercakap dengan lidah bercabang. “Beliau berkata kehadiran berama-ramai orang ke Kuantan untuk Himpunan Hijau 2.0 adalah baik untuk ekonomi tempatan. Malah, beliau juga berkata dirinya mungkin datang ke majlis itu pada Ahad ini,” kata Fuziah Salleh.



Menurut beliau, penangguhan dua hari lagi bagi membina pagar tidak akan menjejaskan kerja-kerja menaik-taraf padang itu dan mengulangi desakan supaya menteri besar mengotakan kata-katanya. “Tidak ada sebarang alasan bagi majlis tempatan tidak memberi kebenaran supaya perhimpunan itu diadakan. “Adalah pilihan terbaik bagi mereka membenarkan padang itu digunakan untuk perhimpunan aman demi solidariti rakyat daripada membiarkan orang ramai turun ke jalanan.“Kita selalu menganjurkan (Konsert) Jom Heboh TV3 di padang MPK. Mengapa Himpunan Hijau 2.0 tidak boleh diadakan? Ini adalah untuk perkara yang baik dan paling penting, rakyat sekitar Kuantan mahukannya,” kata beliau lagi.
Share:
Read More

Panas: Memalukan, "Kerajaan Negeri" Paksa MPK Memagar Kawasan Tapak Perhimpunan Hijau 2.0

15 ulasan
KUANTAN, 23 Feb - Akhirnya sah dan terbongkar, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) memang mahu membina pagar (foto) bagi menghalang rakyat berhimpun di Padang MPK1 berhadapan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I dekat sini. Tinjauan kami sekitar jam 1.00 petang, kayu-kayu terbabit masih dilonggokkan di tepi padang itu. Namun, terkini sekitar jam 3.00 petang tadi sudah ada pihak memacakkan kayu tersebut di sekeliling padang berkenaan. Ini bermakna, mereka memang mahu menghalang dalam apa jua cara sekali pun. Paling melucukan, MPK sebelum ini mewar-warkan akan mengadakan kejohanan futsal atas tapak itu, tiba-tiba mereka sendiri memagar kawasan itu. Apakah MPK fikir, pemain Futsal adalah "lembu-lembu Sharizat" yang mahu dicucuk hidung seperti mereka. Apa yang pasti, segala yang dilakukan oleh MPK ini sungguh memalukan dan menjatuskan imej Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terbabit. Namun, dek kerana arahan oleh Kerajaan Negeri Pahang, maka tindakan ini terpaksa dilakukan. Agak menghairankan kenapa tiba-tiba Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob takut dengan kebenaran yang telah beliau berikan. Sebelum ini dia berbangga mengalu-alukan peserta himpunan datang ke Kuantan atas berbagai alasan termasuk meningkatkan ekonomi. Namun kini nadanya sudah berbeza, bermula dengan tindakan MPK mahu mengadakan futsal dan kemudiannya NGO kerajaan membuat laporan polis dan kini memagar kawasan itu. Ketakutan kerana meminggirkan nasib rakyat menyebabkan mereka sanggup lakukan apa saja. Apa yang penting, Lynas tetap akan beroperasi kepada kerajaan yang tidak akan mendapat apa-apa keunutngan dalam tempoh 12 tahun akan datang. Inilah yang memusykilkan rakyat sebenarnya. Mereka terpaksa menanggung risiko atas satu projek yang tidak memberi keuntungan kepada kerajaan. Maka, dimana mereka buat untung?. Kenapa sanggup terima projek yang tak ada untung?. Rakyat dipaksa menanggung risiko untuk tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang.


Bukti, kayu-kayu pancang itu telah dipacakkan sekeliling padang terbabit

Kerja-kerja memagar dan juga persediaan memasang zink sedang dilakukan

[Tindakan MPK ini jelas sekali memalukan dan tidak patut dilakukan oleh sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebenarnya. Mereka yang hadir hanya ingin menyatakan bantahan terhadap projek berisiko itu, maka itu adalah hak mereka sebagai rakyat dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia yang tercinta ini. Kerajaan meluluskan dan rakyat membantah, itu satu senario biasa dan tidak perlu sampai memagar padang seolah-olah rakyat itu seperti "haiwan ternakan masuk kandang"!. Terkini, difahamkan hampir 50,000 akan hadir ke Himpunan Hijau 2.0 pada Ahad ini. Jika ini berlaku, maka Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Pahang akan mendapat malu besar. Cabaran MB Pahang yang memperli penganjur supaaya mengumpulkan 20,000 peserta pasti akan tercapai. Justeru, sama-sama kita nantikan apakah tindakan seterusnya yang akan dilakukan oleh MPK selepas ini. Semakin ditekan, maka rakyat semakin seronok dan tidak sabar untuk turun berhimpun. Jom, Selamatkan Rakyat Kuantan!].
Share:
Read More

Panas: MPK Anjur "BBQ Rakyat 1Malaysia" Untuk Halang Rakyat Hadir Ke Perhimpunan Hijau 2.0 !

11 ulasan
KUANTAN, 23 Feb - Mungkin akibat ketakutan dengan gelombang kebangkitan suara rakyat dalam membantah isu Lynas, maka Kerajaan Negeri Pahang telah bertindak "kurang cerdik", apabila mengarahkan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mengadakan program "Pesta BBQ Rakyat 1Malaysia" di Padang MPK1 iaitu lokasi Himpunan Hijau 2.0 bakal diadakan Ahad ini. Ini terbukti, apabila orang ramai yang melalui sekitar kawasan terbabit terkejut dan tertanya-tanya dengan beberapa "longgokan pancang kayu api" di sekeliling padang itu sejak malam tadi. Malah, difahamkan kemungkinan besar kayu-kayu tersebut mahu digunakan untuk jamuan bagi menyambut kehadiran ramai pemimpin Pakatan Rakyat yang bersama dalam himpunan terbabit. Malah ada yang mendakwa kemungkinan besar akan ada satu program "BBQ Rakyat 1Malaysia" di padang itu Ahad ini. Jika bukan jamuan rakyat, apakah motif longgokan tersebut kata seorang pemandu teksi yang ditemui. "Saya terkejut bila datang ke sini pagi tadi. Apakah tujuan MPK itu agaknya?. Kenapa buat tindakan bodoh yang jelas memalukan ini?. Kenapa jamuan BBQ mahu diadakan di atas padang itu, sedangkan banyak lagi kawasan lain boleh digunakan.", katanya. Pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) gagal dihubungi untuk mengesahkannya. Namun, jika benar program itu mahu diadakan, kenapa ia tidak dimaklum kepada rakyat terlebih dahulu?.


Bukti, longgokan kayu api yang akan digunakan untuk program tersebut

Longgokan kayu api tersebut sudah diletakkan di sekeliling Padang MPK1

Jika bukan "Pesta BBQ Rakyat 1Malaysia", apa motif ia diletakkan di situ

[Kami akan cuba menyiasat, apakah motif sebenar kayu-kayu itu dilonggokkan di sekeliling padang terbabit, sedangkan mereka tahu pada Ahad ini akan diadakan Himpunan Hijau 2.0. Bahkan, Menteri Besar Pahang sudah memberi kebenaran untuk program itu. Masalahnya, kenapa pula MPK melatah dengan mahu mengadakan acara seperti itu dilokasi terbabit. Sebelum ini mereka mewar-warkan akan mengadakan Futsal pada tarikh itu. Namun, kenapa pula kayu-kayu itu dilonggokkan. Apakah mereka mahu membuat BBQ atau "pagar-pagar" bagi menghalang rakyat masuk ke padang tersebut. Jika ini berlaku, maka sudah pasti ia satu "kerja gila" yang tidak masuk dek akal. MPK akan memalukan agensi terbabit di mata dunia. Satu kerja yang sungguh biadap dan sangat manjatuhkan maruah mereka sebenarnya. Janganlah kerana arahan yang tidak masuk dek akal ini, maka MPK rela "memperbodohkan" diri mereka. Sedarlah, rakyat yang hadir adalah pembayar-pembayar cukai dan mereka punyai hak untuk menyatakan bantahan terhadap isu Lynas ini. MPK tidak wajar bersikap sedemikian rupa, kerana mereka hidup dengan duit rakyat. Kami akan laporkan perkembangan terkini di lokasi. Kepada yang ingin hadir, jangan risau perjuangan harus diteruskan! Ayuh! turunlah beramai-ramai].
Share:
Read More

Video: Tragedi 'Amukan UMNO' Semasa Ceramah Anwar Ibrahim Di Kluang Johor, Baru-Baru Ini !!

Share:
Read More

Hasan Ali Berceramah Di Kuantan Pada 24 Feb Ini

KUANTAN, 22 Feb - Mantan Pesuruhjaya PAS dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr.Hasan Ali (foto) sekali lagi bakal turun menghadiri program "Bicara Ummah" ke negeri Pahang. Kali ini beliau dijangka akan mengadakan program tersebut di Perkampungan Sg.Isap dekat sini pada 24 Februari 2012 ini. Sebelum ini Hasan telah hadir ke program yang sama di Dewan Tun Razak, Temerloh dan Balora Mastika, Bandar Jengka. Ini bermakna, beliau akan menghadiri programnya buat kali yang ketiga di negeri ini. Difahamkan, dalam setiap ceramahnya majoriti yang hadir adalah ahli dan penyokong UMNO. Mereka datang untuk mendengar kenyataan pedas Hassan Ali terhadap parti yang menganggat beliau sebagai tokoh politik selama ini iaitu PAS. Hassan kini semakin laris di pentas UMNO dan beliau khabarnya berkemungkinan besar akan bertanding atas tiket parti itu pada PRU-13 ini nanti. Oleh itu, orang ramai di sekitar kawasan Parlimen Kuantan, Paya Besar dan Indera Mahkota yang terlepas peluang saksikan beliau berceramah sebelum ini, dipelawa hadir beramai-ramai.

Share:
Read More

Panas: "Laporan Polis", NGO Derhaka Kepada MB Dan Terbukti Adnan Bersandiwara Tipu Rakyat !!

9 ulasan
KUANTAN, 22 Feb - Orang ramai di sekitar bandar ini terkejut dengan tindakan 26 buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang kononnya membantah Himpunan Hijau 2.0 pada 26 Februari ini. Sinar Harian Pahang hari ini melaporkan NGO terbabit membantah himpunan tersebut yang didakwa di dalangi oleh pihak pembangkang. Jurucakap kesemua NGO itu, Wan Emril Nizam Wan Embong (foto), berkata himpunan yang dirancang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 1 di sini pada Ahad ini, akan menimbulkan masalah keselamatan dan ketenteraman awam. Difahamkan, satu laporan polis dibuat hari ini bagi pihak 26 badan bukan kerajaan di Pahang yang mempunyai keahlian lebih 50,000 orang bagi membantah perhimpunan berkenaan. Malah, Wan Emril, yang juga Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang, berkata pelbagai penerangan telah dibuat oleh kerajaan mengenai operasi kilang itu yang telah diakui selamat oleh pakar-pakar dalam bidang berkenaan. "Perhimpunan itu lebih bermotifkan politik dan hanya mahu menggugat soal keselamatan dan ketenteraman awam," katanya. Malah mereka juga mempertikaikan kenyataan Wan Emril bahawa majoriti penduduk di sekitar Kuantan tidak bersetuju dengan penganjuran himpunan itu kerana menimbulkan rasa kurang selesa dan memberi gambaran negatif kepada pihak luar. Walhal hakikatnya majoriti rakyat memang mahu menyatakan bantahan mereka untuk menolak projek berisiko iu daripada terus beroperasi di Kuantan. Persoalannya, benarkah majoriti tidak sokong Himpunan Hijau 2.0, atau sebenarnya mereka amat menyokong dan ingin turut serta pada Ahad ini. Apakah Wan Emril rela menipu diri sendiri agaknya?. Walhal beliau sendiri tahu apa yang berlaku di depan mata. Demi menjaga pemimpin UMNO, NGO terbabit sanggup membuat laporan polis kononnya tidak mahu ia diadakan di lokasi yang berkenaan.

Bukti, inilah dia kenyataan MB yang membenarkan perhimpunan tersebut

[Ramai yang berpendapat, tindakan NGO terbabit jelas sekali bercanggah dengan kenyataan MB Pahang yang membenarkan himpunan itu diadakan baru-baru ini. Jika ini keadaannya, mereka telah melanggar kenyataan pemimpin besar kerajaan yang bersetuju ia diadakan. Maka, apakah motif NGO terbabit tiba-tiba membuat laporan polis berkenaan. Bukankah ini menunjukkan satu "sandiwara politik" yang telah dirancang oleh pihak terbabit bagi menggagalkan himpunan terbesar di Kuantan itu. Harus diingat, Wan Emril juga telah bersama dengan NGO berkenaan mengadakan demo semasa kejadian pergaduhan di Hotel Hyatt Teluk Chempedak bulan Jun 2011 dulu. Makan itu tidak hairanlan beliau sekali lagi dipergunakan untuk membantu kerajaan dalam hal ini. Taktik yang sama digunakan, MB bersetuju, MPK tidak luluskan lesen, Polis mintak rujuk MPK utk guna padang, MPK buat acara sukan di lokasi dan akhirnya NGO buat laporan polis. Semua ini telah dirancang dari awal oleh mereka. Namun, jika ia tidak benar maka bererti NGO terbabit telah memalukan imej MB yang sudah pun membenarkan perhimpunan aman itu dijalankan sebelum ini. Kini segalanya kian nampak ketara, bahawa mereka kini cuba tipu rakyat].
Share:
Read More

Panas: Ku Li Dakwa Penyenaraian FGVH Ke Bursa Malaysia Satu Langkah Bahaya Kepada Peneroka !

3 ulasan

KUALA LUMPUR, 22 Feb - Usaha kerajaan UMNO BN yang mahu menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia, dijangka pertengahan tahun ini, adalah satu langkah yang bahaya kepada masa depan peneroka Felda, kata Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah (foto). Dipetik Harakahdaily hari ini, beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata, beliau ada dimaklumkan oleh banyak pihak bahawa apabila disenaraikan, bererti pemilikan harta khususnya tanah peneroka akan terdedah kepada pasaran terbuka. Apabila terdedah di pasaran terbuka, tambah beliau, sesiapa sahaja termasuk pihak asing boleh datang untuk membeli saham tersebut dengan berapa harga sekalipun sekiranya mereka mampu. Oleh itu kata bekas Menteri Kewangan ini, ia akan menyebabkan peneroka bakal berdepan risiko kehilangan aset tanah-tanah mereka sekiranya pemegang saham menjual pegangan mereka. "Kalau harga melonjak naik, pemegang saham nak rasa keuntungan, sudah tentu dia akan jual (kepada pihak lain)... bodohlah kalau tak jual untuk ambil kesempatan keuntungan. "Akhirnya tanah yang kita miliki dahulu sudah hilang kerana orang lain sudah memiliki saham yang mempunyai hak ke atas tanah milik kita dahulu. Itu suatu yang bahaya," kata beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li. Malah menurut beliau, jika nasib mereka tidak baik, peneroka mungkin akan diusir dari tanah yang telah jadi milik masing-masing.



[Kenyataan Ku Li ini pasti akan mengundang kemarahan mereka-mereka yang sedang berusaha merompak khazanah dan hasil mahsul Felda. Sekarang terbukti, apabila pemimpin UMNO sendiri bersuara maka rakyat terutamanya masyarakat peneroka lebih mudah untuk memahaminya. Kini segalanya terletak ditangan mereka, mahu menyokong atau membantah tindakan penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia April ini. Sudah terang lagi bersuluh, agenda tersembunyi pihak terbabit kini semakin terbongkar apabila didedahkan. Isa Samad pasti bagai cacing kepanasan dengan penjelasan berani oleh Ku Li ini. Justeru, diharapkan agar masyarakat peneroka berhati-hati dan memikir masa depan mereka sebelum membuat tindakan menyokongnya].
Share:
Read More

Lynas: Penganjur 'Perhimpunan Hijau 2.0' Desak Kerajaan Usah Halang Mereka Gunakan Padang !

1 ulasan
KUANTAN, 22 Feb - Penganjur Himpunan Hijau 2.0, bagi membantah pembinaan pusat memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang mendakwa ada cubaan bagi menghalang mereka menggunakan padang di Kuantan untuk perhimpunan pada hari Ahad ini. Menurut pengerusi bersama penganjur Wong Tack (foto), Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) pada 20 Feb memaklumkan kepada mereka bahawa bahawa permohonan hanya boleh diluluskan dengan surat sokongan daripada polis. Walau bagaimanapun, pihak polis dalam jawapan lisan mereka kepada Himpunan Hijau 2.0 pada 15 Februari lalu, berkata kelulusan diperlukan terlebih dari MPK. "Ia seperti permainan ping-pong dan kita tidak berminat. Pada 26 Februari ini, rakyat akan berhimpun secara aman di Kuantan, di padang ataupun di bandar Kuantan. (MPK) mempunyai pilihan," kata Wong. Dalam perkembangan berkaitan, akhbar China Press melaporkan bahawa polis di Kuantan telah meletakkan notis sekitar padang dan bandar Kuantan malam tadi, meminta maklum balas orang ramai mengenai perhimpunan tersebut. Notis yang bertujuan memberitahu orang ramai berhubung perhimpunan yang dijadualkan itu juga meminta pihak-pihak yang berkepentingan untuk menulis kepada polis jika mereka mempunyai sebarang soalan ataupun bantahan. Ini adalah langkah baru di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011 yang memberi kuasa kepada polis untuk menentukan butir-butir perhimpunan termasuk tarikh, masa dan tempoh selepas mempertimbangkan maklum balas daripada pihak berkepentingan.


Pihak Penganjur Himpunan Hijau sebulat suara teruskan agenda asal

[Cubaan pihak tertentu untuk menghalang Himpunan Hijau 2.0 pada 26 Februari ini aalah satu perbuatan khianat terhadap hak-hak rakyat untuk berhimpun secara aman dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini sebenarnya. Paling menarik, Menteri Besar Pahang sendiri sudah bersetuju membenarkan ia diadakan, tapi tiba-tiba ada pula pihak yang cuba bermain "tarik tali" untuk menggagalkannya. Apa yang pasti, tindakan ini adalah atas arahan Kerajaan Negeri Pahang sendiri dam Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) hanyalah melaksanakan apa yang diarahkan sahaja. Mana mungkin padang itu dijadikan gelanggang Futsal, sedangkan sudah ada banyak gelanggang tersebut di dalam bandar Kuantan sekarang ini seperti di Kg.Tiram, Semambu dan sebagainya. Apa yang pasti kejohanan Futsal yang bakal diadakan itu hanyalah helah untuk membolehkan MPK tidak meluluskan permit perhimpunan terbabit dan ini bermakna perhimpunan Ahad ini akan menjadi "haram". Jika ini berlaku, maka pihak polis akan menggunakan kuasa mereka untuk membuat provokasi bagi menghalang rakyat menyatakan pandangan dan bantahan terhadap projek Lynas itu. Inilah agenda yang dirancangkan oleh mereka].
Share:
Read More

Haram "Bersekongkol" Dengan Negara Israel Kata Nik Aziz Selepas Bertemu Dengan Anwar Ibrahim !

10 ulasan

SHAH ALAM, 22 Feb - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto) yang mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menegaskan, adalah haram bagi mana-mana pihak bersekongkol dengan Israel dalam apa jua bentuk hubungan. Dalam satu kenyataan dikeluarkan sebentar tadi, Nik Abdul Aziz berkata, beliau berpandangan bahawa Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin. "Oleh kerana itu tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat," katanya. Sehubungan itu kata Nik Abdul Aziz, beliau yakin, pihak Pakatan Rakyat tetap sepakat dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan tanah airnya daripada cengkaman Israel yang zalim itu. Nik Abdul Aziz berkata, dengan memahami penjelasan Anwar, yang diberikan semalam, Pas kekal dengan pendirian yang telah diputuskan oleh Majlis Syura Ulama iaitu parti Islam itu sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel. "Maka PAS tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian PAS ini," katanya. Menurut Nik Aziz, bagi beliau, pendirian PAS adalah wajar kerana kewujudan negara haram Israel merupakan suatu kezaliman, tanpa peri kemanusiaan dan menafikan hak umat Islam, malah merampas hak seluruh rakyat Palestin. "Tambahan pula, tindakan penguasa Israel yang tidak habis-habis menzalimi dan membunuh rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua. Justeru, adalah haram menerima kewujudan negara Israel yang haram. "Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian Pas yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin," katanya.



Dalam kenyataan yang dikeluarkan kira-kira 24 jam selepas pertemuan mereka, Nik Abdul Aziz berkata, Anwar telah datang menemuinya untuk menjelaskan maksud kenyataannya berhubung ‘keselamatan Israel’ yang disiarkan oleh Wall Street Journal, bulan lalu. "Mungkin juga beliau datang setelah mengetahui keputusan Majlis Syura Ulama PAS minggu lepas yang menggesa beliau menarik balik kenyataan dalam Wall Street Journal itu yang difahami sebagai menyokong Israel. "Majlis Syura Ulama juga menggesa, sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dinasihatkan agar mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama," katanya. Nik Abdul Aziz menjelaskan bahawa pertemuan mereka telah berlangsung dalam suasana harmoni dengan Anwar telah menjelaskan kesemua isu yang berbangkit. Pada pertemuan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man juga hadir.

[Pertemuan kedua pemimpin itu diharap menghuraikan segala kekalutan yang melanda selama ini. Namun anehnya, ada pula pihak yang tidak setuju dan mencari alasan lain untuk Anwar membuat pegakuan terhadap Isu Israel yang diperkatakan. Sedangkan sudah terang lagi bersuluh, isu itu diputar belit oleh media arus perdana dan beberapa kerat pemimpin UMNO yang sudah hilang idea untuk menyerang Ketua Pembangkang terbabit. Ada yang mengarahkan beliau mengadap majlis syura PAS dan sebagainya untuk membuktikan beliau tidak bersalah. Persoalannya, jika beliau bercakap sedemikian rupa sekali pun ertinya dia hanya bercakap. Tapi, bagaimana pula dengan urusan dagangan yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia dengan Israel seperti yang didedahkan mutakhir ini. Bukankah itu agenda yang lebih besar dan perlu diberi perhatian oleh seluruh umat Islam di negara ini. Kenapalah mereka yang kononnya memperjuangkan Islam itu seolah-olah terlepas pandang isu tersebut].
Share:
Read More

Minit NFC: PAS Selar Dolak Dalih Pengerusi PAC !

Share:
Read More

Agenda Tersembunyi Hasan Ali Terbongkar, Logo Syaitan Jadi Bukti Dia Adalah Parasit Sebenarnya

20 ulasan
Sungguh tidak disangka, pada awalnya kami menyangka blogger-blogger pembangkang hanya mereka cerita kononnya logo Jalur Tiga (JATI) iaitu NGO yang baru ditubuhkan oleh Dr.Hassan Ali (foto) itu mirip logo "Syaitan". Namun, sungguh menggemparkan, apabila ia ternyata benar belaka dan sudah tidak menjadi rahsia lagi. Malah, logo JATI jelas menyerupai logo "Syaitan" seperti yang terdapat pada blog Art Backwash atas tajuk Satan's Logo. Apa yang dapat dilihat, jelas sekali logo JATI 100% menyerupai logo terbabit. Mahu dikatakan logo itu meniru logo JATI, mungkin tidak masuk dek akal. Ini kerana, logo yang dipaparkan di blog terbabit sudah bermula pada 7 Mei 2008. Makanya, Hasan Ali yang telah meniru logo berkenaan. Soalnya, kenapa perlu tiru logo "Syaitan", sedangkan JATI dikatakan mahu perjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR). Jika inilah keadaannya, maka sia-sia saja Hasan Ali menubuhkan NGO seperti itu. Walau pun beliau mendakwa JATI tiada agenda tersembunyi, namun kita khuathir Hasan Ali "dijelmakan" untuk memesongkan akidah dan pemahaman Islam sebenar kepada Umat Islam di negara ini. Justeru, rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam digesa berhati-hati dengan taktik licik Hasan Ali ini. Ia cukup berbahaya dan boleh memesongkan akidah jika inilah NGO yang mahu dibangga-banggakan sangat oleh beliau selama ini. Nampaknya, agenda Hasan Ali sudah mula terbongkar walau pun baru saja melancarkan JATI. Jika inilah senarionya, maka sahlah selama ini dialah "Perasit dalam PAS". Maka itu, tidak syak lagi tindakan PAS memecat Hasan Ali dilihat satu langkah wajar sebelum dia terus merosakkan parti tersebut dari dalam. Dengan pendedahan panas ini, eloklah Hasan Ali berfikir sejenak dan menginsafi atas apa yang telah beliau lakukan sekarang ini. Jangan dek kerana mengejar "keuntungan duniawi" dia terlupa siapa dirinya yang sebenar. Kembalilah ke jalan kebenaran, jika benar dia perjuangkan Islam.


Bukti, inilah dia keratan blog terbabit yang jelas sungguh mengejutkan

Bukti, carian "JATI LOGO" memaparkan logo "Syaitan" pada google image

[Pembongkaran ini pastinya tidak dapat diterima oleh Hasan Ali dan penyokong beliau. Namun, itulah hakikatnya bila terlalu ingin berpolitik dengan tidak mengambilkira kepentingan Islam itu sendiri. Islam tidak wajar dijadikan alat untuk memuaskan hawa nafsu. Perkara ini mungkin satu kebetulan namun ia tidak boleh dinafikan lagi. Seluruh dunia kini tahu bahawa JATI telah mengambil lambang "syaitan" sebagai logo NGO terbabit. Ini sungguh memalukan umat Islam, dikala Hassan Ali sendiri kononnya mahu memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR). Akhirnya semua kini faham, apakah yang diperjuangkan oleh Hasan Ali. Beliau ternyata telah terikut-ikut nafsu syaitan yang mungkin sengaja ingin memesongkan dirinya yang pernah disanjung sebagau tokoh Islam satu ketika dulu. Soalnya, apakah Hasan Ali akan mengubah senario ini atau dia akan terus merencana segala apa yang sedang dilakukannya sekarang ini].
Share:
Read More

Panas: Hasan Ali Dakwa Tiada Sebarang Agenda Tersembunyi Beliau Tubuhkan Jalur Tiga (JATI) !

4 ulasan
SHAH ALAM, 21 Feb - Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Ali (foto) menegaskan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) itu diwujudkan tanpa mempunyai sebarang agenda tersembunyi, seperti didakwa pihak tertentu. Menurutnya, JATI tidak mempunyai agenda hanya untuk kemajuan orang Melayu semata-mata, sebaliknya kepentingan kaum lain juga dipelihara berdasarkan ajaran Agama Islam. Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata, sekiranya wujud dakwaan sedemikian, beliau menganggapnya sebagai satu fitnah dan menggesa orang ramai tidak mempercayainya. “Agenda saya adalah untuk umat Islam dan bangsa Melayu, walaupun pelbagai tuduhan dilemparkan kepada saya, namun berdoa agar sebutir cahaya diberikan mereka. “Saya juga akan memaafkan kerana mereka tidak tahu apa sebenarnya penubuhan Jati ini,” katanya dalam ucapannya sempena Majlis Pelancaran Jati di SACC, di sini, semalam. Turut hadir, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, Timbalan Presiden JATI, Datuk Aidit Ghazali dan Senator Ezam Mohd Nor. Beliau turut mengulas bahawa JATI ditubuhkan bukan untuk terlibat dalam dunia politik, namun ahli-ahli dalam NGO terbabit masih dibenarkan berpolitik, selagi tidak membawa nama JATI. “Ahli JATI boleh terlibat menerusi organisasi tertentu yang dibenarkan berpolitik, tetapi untuk membawa JATI ke dunia politik, itu tidak boleh dan ROS sendiri tidak membenarkannya,” katanya. Menurutnya, beliau sendiri selaku ahli politik juga tidak akan menggunakan JATI sebagai bahan kempen untuk berpolitik kerana barisan pimpinan JATI telah memberi nasihat kepadanya berhubung garis panduan ini. Hasan berkata, sehingga kini jumlah permohonan ahli JATI telah mencecah lebih 1,000 orang sejak NGO itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan minggu lalu. Ketika ditanya sama ada beliau akan bertemu dengan PAS berhubung dakwaannya berkaitan parasit dalam parti itu, Hasan berkata, sehingga kini tiada sebarang keperluan untuk berbuat demikian. “Semua pihak telah mengetahui tentang perkara ini, dalam Internet juga banyak maklumat berhubung dakwaan ini, bagi saya tiada keperluan untuk bertemu dalam isu ini,” katanya. Dalam majlis yang dihadiri hampir 1,000 orang itu turut diserikan dengan persembahan multimedia khas penubuhan JATI dan nyanyian nasyid Asma Husna menggunakan alat muzik angklung.


Dr.Hasan Ali melihat logo JATI ketika lancarkan NGO itu di Shah Alam

[Ramai yang kurang yakin dengan dakwaan Hasan Ali kononnya JATI tidak mempunyai agenda tersembunyi. Tambahan pula kini beliau sering diusung ke sana sini di atas pentas UMNO sekarang. Hasan boleh menipu sesetengah orang, namun beliau harus sedar ramai lagi orang lain yang mula melihat kebobrokan dirinya. Malah mereka mula percaya bahawa memang Hasan telah mengadakan beberapa pertemuan dengan pemimpin UMNO untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan seperti yang telah diwar-warkan selama ini. Hasan sengaja membuka "pekung didada" apabila dilihat bertindak menyerang PAS yang baginya sudah terlalu kotor berbanding dengan UMNO. Namun, anehnya beliau mahu bekerjasama pula dengan Ibrahim Ali (Perkasa) dalam memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR). Inilah yang mengelirukan rakyat sekarang ini, kerana Ibrahim Ali tidak layak untuk melakukan itu semua kerana imej dan penampilan beliau jauh terpesong daripada apa yang ingin diperjuangkan itu sebenarnya].

Share:
Read More

Iktiraf Israel, UMNO Yang Perlu Memohon Maaf !!

Share:
Read More

Panas: Cadang Debat Anwar Saiful, Adnan Serlah Bukti Kebodohan Pemimpin UMNO Sebenarnya !!

6 ulasan
Sungguh memalukan apabila Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (foto) menolak cadangan agar diadakan debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak ada apa yang perlu untuk didebatkan. Sebaliknya, Tengku Adnan dengan bangganya menawarkan diri untuk mengaturkan satu debat dengan bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Apakah layak mentaliti seorang pemimpin seperti ini. Baginya, Najib tidak layak untuk berdebat dengan Anwar dan tiada apa yang perlu didebatkan, walhal sebenarnya mereka sendiri takut Najib dimalukan apabila gagal menjawab hujjah-hujjah yang dikemukakan oleh Anwar agaknya. Persoalannya, siapa Saiful Bukhari yang bagi Adnan amat layak untuk berdebat dengan Anwar?. Dalam mana-mana perdebatan baik di sekolah atau di peringkat universiti sekali pun perdebatan itu pasti akan membabitkan "Pencadang" dengan "Pembangkang". Maknanya dalam kontek sebuah kerajaan pula, pencadang sudah semestinya Ketua Kerajaan iaitu Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak dan pembangkang pula sudah pastilah Ketua Pembangkang iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Maka itu, siapa Saiful yang dikatakan layak berdebat dengan Anwar oleh Adnan itu agaknya?. Kenyataan Adnan ini jelas sekali melambangkan betapa lemahnya mentaliti pemimpin UMNO sebenarnya. Bukankah, kes liwat yang dihadapi oleh Saiful di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sudah pun berakhir. Maka, beliau sepatutnya akur dengan keputusan mahkamah yang membebaskan Anwar. Maka, apakah perlunya Saiful untuk berdebat dengan Anwar?. Apakah dia itu seorang pemimpin negara?. Atau siapa?. Semoga Adnan sedar apa yang diperkatakan ini boleh menjatuhkan maruah beliau sebagai pemimpin. Jika ini keadaannya, maka UMNO tidak layak punyai seorang Setiausaha yang rendah mentalitinya, Sudah tiba masanya UMNO menukarkannya dengan calon lain, sebab pemikirannya kini sudah pun terlalu jauh berbeza dengan mereka yang cerdik pandai.

[Kenyataan Adnan Mansor ini jelas sekali melambangkan kebodohan pemimpin UMNO sebenarnya. Beliau rela memperbodohkan dirinya dengan mengeluarkan perkataan yang jelas menyebabkan rakyat tidak yakin dengan kepimpinan beliau sekarang. Adnan tidak layak untuk menjadi pemimpin UMNO apatah lagi parti itu jika dia masih berfikiran kebudak-budakan seperti ini. Debat adalah satu medan pertembungan hujjah yang sihat dan telah diamalkan di negara-negara maju seluruh dunia hatta negara polis seperti Amerika Syarikat sendiri. Selama ini, kita mengatakan Amerika itu jahat kerana menyokong Israel menjajah dan menganiaya rakyat Palestin, namun mereka masih amalkan sistem demokrasi yang subur. Perdebatan dijadikan medan untuk rakyat berfikir dan membuat pilihan. Namun, di Malaysia keadaannya lebih teruk dari negara terbabit. Debat dianggap satu ruang yang tidak memberi makna langsung kepada rakyat. Sedangkan umum mengetahui pemimpin kerajaan sebenarnya takut untuk berhujjah di depan rakyat kerana akan dimalukan akibat gagal membela nasib mereka. Kini terbukti kenyataan itu benar-benar berlaku, apabila alasan demi alasan diberikan bagi mengelakkan dari berlakunya perdebatan. Apakah ini namanya demokrasi yang dilaungkan!].
Share:
Read More

Video: MB Alukan Para Peserta Himpunan Hijau

Share:
Read More

Panas: Ramai Musykil BR1M Dan Kecewa Bila Ada Pemimpin BN Yang Terpilih Menerimanya Di Bera

3 ulasan
KUANTAN, 21 Feb - Beberapa hari yang lalu, sebuah portal berita terhangat di negara kita, Malaysiakini telah melaporkan satu berita panas berkaitan seorang pemimpin BN terpilih menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Pemimpin terbabit yang dipercayai merupakan Pengerusi MCA Bahagian Bera, Datuk Tang Hock Lok (foto), khabarnya menerima bantuan tersebut selepas pihak berkenaan mendapati dia layak dan memenuhi kriteria. Beliau yang juga merupakan seorang pemimpin masyarakat dan dermawan terkenal di Triang, telah menyumbangkan wang RM500 itu kepada seorang penduduk kampung yang kurang upaya selepas itu. Soalnya sekarang, apakah benar beliau layak menerima bantuan terbabit sedangkan dia merupakan Pengerusi sebuah parti komponen BN di Bera. Malah, apa yang lebih mengejutkan ialah apakah kriteria yang menyebabkan beliau yang mempunyai kedudukan itu boleh terpilih, sedangkan ramai lagi rakyat yang layak masih gagal mendapat bantuan tersebut. Apa yang berlaku ini sungguh memalukan. Tidak wajar seorang pemimpin BN memohon dan dipilih pula mendapat bantuan yang dikhaskan untuk rakyat yang berpendapatan dibawah RM3,000 itu sebenarnya. Apa yang terjadi ini sangatlah memusykilkan kita, dan menunjukkan bahawa apa yang dilakukan kerajaan sekadar untuk mengaburi mata rakyat sahaja. Menurut seorang pemimpin NGO yang ditemui berkata, beliau hairan bagaimana Tang Hock Lok boleh memohon BR1M, sedangkan jelas beliau merupakan pemimpin masyarakat di kawasanya. "Tak mungkin pegawai BR1M buta mata dan hati untuk melihat calon-calon yang memohon, sampaikan seorang pemimpin pun boleh layak dan melepasi kriteria. Jika inilah keadaannya, maka saya tidak hairan banyak bantuan kerajaan untuk rakyat miskin akhirnya terlepas ke tangan proksi-proksi UMNO BN termasuk rumah kos rendah dan bantuan kebajikan yang lain. Sebab mereka yakin semuanya boleh!", kata beliau dengan nada kecewa.

[Apa yang lebih melucukan, apakah wajar pemimpin terbabit memohon wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk memberi kebajikan kepada orang lain?. Bukankah kerajaan yang disokongnya iaitu UMNO BN sudah mempunyai berbagai tabung kebajikan dan bantuan untuk rakyat. Dalam hal ini pihak yang sepatutnya dipersalahkan juga ialah pegawai yang meluluskan permohonan beliau. Nampak benar mereka buat kerja sekadar melepaskan batuk ditangga semata-mata. Ini bukti jelas, ramai proksi-proksi mereka yang sepatutnya tidak layak akhirnya dipilih dan ia bercanggah dengan syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan itu sendiri. Rakyat digesa bijak untuk menilai semua ini, dan mereka perlulah melakukan perubahan dalam pilihanraya umum akan datang ini agar tidak terus ditipu oleh pihak terbabit. Jika begini caranya, memang sah mereka semua cuba untuk menipu rakyat dengan cara ini!].
Share:
Read More

Bantahan Lynas: "PAS Pahang" Kerahkan 10,000 Ahlinya Dari Seluruh Negeri Hadir Beri Sokongan

4 ulasan
KUANTAN, 21 Feb - PAS Pahang mengerahkan kira-kira 10,000 ahlinya dari semua 14 kawasan di negeri itu untuk turun ke demonstrasi membantah loji memproses nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Ahad ini. Pesuruhjaya PAS negeri Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) berkata, setakat ini Naib Presiden PAS Salahudin Ayub sendiri telah mengesahkan kehadirannya bagi mengetuai penyokong mereka. "Saya juga mendapat berita bahawa ahli kita dari Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka turut memberi komitmen untuk menyertai perhimpunan berkenaan. "Tetapi saya tidak pasti jumlahnya," katanya, purata 1,000 ahli bagi setiap kawasan di Pahang akan hadir dalam perhimpunan tersebut. Tuan Ibrahim yang juga ketua penerangan PAS berkata, selain beliau, kepimpinan tertinggi PAS negeri turut hadir dalam perhimpunan itu. Perhimpunan membantah kehadiran kilang itu adalah yang kedua selepas perhimpunan pertama pada 9 Oktober di Taman Gelora. Perhimpunan kedua itu dijadual berlangsung di padang Majlis Perbandaran Kuantan pada 26 Februari mulai jam 9.30 pagi, di samping pelbagai lagi program serentak di beberapa bandar raya besar, termasuk Kuala Lumpur. Selain disertai parti pembangkang, ia turut mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk NGO dan kumpulan mahasiswa. Sementara itu kepimpinan PAS Terengganu juga akan hadir bersama-sama penyokong dari negeri itu, termasuk pesuruhjayanya Mohd Abdul Wahid Endut, yang juga ahli parlimen Kuala Terengganu. "Kita galakkan (ahli PAS negeri) pergi kerana isu ini melibatkan kepentingan dan keselamatan negara. "Jadi kita bertindak (membantah) sebelum berlaku apa-apa (kemudaratan). Kalau dah berlaku, tak berguna," kata Setiausaha PAS negeri Yahya Ali. Walaupun ia melibatkan isu nasional, Yahya menggesa penyokong parti itu dapat datang seramai mungkin, khususnya dari kawasan berdekatan Kuantan seperti Kemaman dan Dungun.

[Apa yang pasti, sejarah akan tercipta di bandar Kuantan 26 Februari ini. Biar pun mendapat berbagai halangan, namun kebangkitan suara rakyat usah dikekang dan cuba digagalkan. Tindakan pihak berkenaan yang sedang merancang strategi untuk menghalang aktiviti terbabit di Padang MPK 1 iaitu lokasi program, bakal mengundang kemarahan rakyat yang akan datang berbondong-bondong pada hari itu nanti. Inilah masanya untuk rakyat bangkit menyatakan bantahan secara besar-besaran selepas suara mereka tidak diendahkan oleh Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Malaysia selama ini. Kerajaan lebih berselera membantu Lynas membawa masuk kilang mereka ke negara ini, sedangkan mereka tahu risiko yang bakal dihadapi oleh rakyat. Justeru, semua dijemput hadir beramai-ramai].
Share:
Read More
← Catatan Terbaru Catatan Lama → Laman utama
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
Powered by Jasper Roberts Consulting - Widget

Recent Posts

Wikipedia

Hasil carian

Arkib Berita

  • ▼  2026 (680)
    • ▼  September 2026 (11)
      • PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen...
      • Wan Rosdy: Akses Terus Lebuhraya Pantai Timur 2 (L...
      • Keluarga Kepada Mangsa Nahas Tragis 11 Kenderaan D...
      • Kerajaan Pahang Yakin Kutipan Hasil Melebihi RM1 B...
      • Dua Premis Bangunan Lama Di Jalan Mahkota Terbakar...
      • Nahas Sebelas Kenderaan Di LPT, Jenazah Tiga Beran...
      • Kerajaan Negeri Pahang Dan Agensi Berkaitan Digesa...
      • Lori Tangki Simen Hilang Kawalan Jadi Punca Nahas ...
      • Status Instagram Terakhir Mangsa Nahas Ngeri Di LP...
      • Seorang Daripada Empat Mangsa Yang Maut Kemalagan ...
      • Empat Mangsa Maut, Empat Lagi Cedera Dalam Kemalan...
    • ►  Ogos 2026 (90)
    • ►  Julai 2026 (54)
    • ►  Jun 2026 (89)
    • ►  Mei 2026 (137)
    • ►  April 2026 (109)
    • ►  Mac 2026 (80)
    • ►  Februari 2026 (61)
    • ►  Januari 2026 (49)
  • ►  2025 (1045)
    • ►  Disember 2025 (81)
    • ►  November 2025 (97)
    • ►  Oktober 2025 (99)
    • ►  September 2025 (52)
    • ►  Ogos 2025 (73)
    • ►  Julai 2025 (82)
    • ►  Jun 2025 (122)
    • ►  Mei 2025 (118)
    • ►  April 2025 (102)
    • ►  Mac 2025 (90)
    • ►  Februari 2025 (86)
    • ►  Januari 2025 (43)
  • ►  2024 (789)
    • ►  Disember 2024 (80)
    • ►  November 2024 (90)
    • ►  Oktober 2024 (79)
    • ►  September 2024 (64)
    • ►  Ogos 2024 (64)
    • ►  Julai 2024 (39)
    • ►  Jun 2024 (80)
    • ►  Mei 2024 (68)
    • ►  April 2024 (54)
    • ►  Mac 2024 (54)
    • ►  Februari 2024 (57)
    • ►  Januari 2024 (60)
  • ►  2023 (492)
    • ►  Oktober 2023 (17)
    • ►  September 2023 (47)
    • ►  Ogos 2023 (50)
    • ►  Julai 2023 (52)
    • ►  Jun 2023 (44)
    • ►  Mei 2023 (44)
    • ►  April 2023 (61)
    • ►  Mac 2023 (67)
    • ►  Februari 2023 (73)
    • ►  Januari 2023 (37)
  • ►  2022 (863)
    • ►  Disember 2022 (64)
    • ►  November 2022 (72)
    • ►  Oktober 2022 (92)
    • ►  September 2022 (63)
    • ►  Ogos 2022 (81)
    • ►  Julai 2022 (55)
    • ►  Jun 2022 (49)
    • ►  Mei 2022 (43)
    • ►  April 2022 (72)
    • ►  Mac 2022 (82)
    • ►  Februari 2022 (104)
    • ►  Januari 2022 (86)
  • ►  2021 (1703)
    • ►  Disember 2021 (93)
    • ►  November 2021 (86)
    • ►  Oktober 2021 (112)
    • ►  September 2021 (152)
    • ►  Ogos 2021 (195)
    • ►  Julai 2021 (118)
    • ►  Jun 2021 (96)
    • ►  Mei 2021 (158)
    • ►  April 2021 (136)
    • ►  Mac 2021 (217)
    • ►  Februari 2021 (182)
    • ►  Januari 2021 (158)
  • ►  2020 (1681)
    • ►  Disember 2020 (235)
    • ►  November 2020 (230)
    • ►  Oktober 2020 (151)
    • ►  September 2020 (169)
    • ►  Ogos 2020 (212)
    • ►  Julai 2020 (82)
    • ►  Jun 2020 (81)
    • ►  Mei 2020 (196)
    • ►  April 2020 (136)
    • ►  Mac 2020 (88)
    • ►  Februari 2020 (95)
    • ►  Januari 2020 (6)
  • ►  2019 (1163)
    • ►  Disember 2019 (38)
    • ►  November 2019 (23)
    • ►  Oktober 2019 (9)
    • ►  September 2019 (20)
    • ►  Ogos 2019 (94)
    • ►  Julai 2019 (104)
    • ►  Jun 2019 (111)
    • ►  Mei 2019 (202)
    • ►  April 2019 (144)
    • ►  Mac 2019 (163)
    • ►  Februari 2019 (91)
    • ►  Januari 2019 (164)
  • ►  2018 (3344)
    • ►  Disember 2018 (262)
    • ►  November 2018 (209)
    • ►  Oktober 2018 (184)
    • ►  September 2018 (286)
    • ►  Ogos 2018 (221)
    • ►  Julai 2018 (436)
    • ►  Jun 2018 (329)
    • ►  Mei 2018 (593)
    • ►  April 2018 (437)
    • ►  Mac 2018 (262)
    • ►  Februari 2018 (89)
    • ►  Januari 2018 (36)
  • ►  2017 (1565)
    • ►  Disember 2017 (33)
    • ►  November 2017 (5)
    • ►  Oktober 2017 (36)
    • ►  September 2017 (26)
    • ►  Ogos 2017 (77)
    • ►  Julai 2017 (102)
    • ►  Jun 2017 (191)
    • ►  Mei 2017 (174)
    • ►  April 2017 (207)
    • ►  Mac 2017 (257)
    • ►  Februari 2017 (272)
    • ►  Januari 2017 (185)
  • ►  2016 (2383)
    • ►  Disember 2016 (203)
    • ►  November 2016 (224)
    • ►  Oktober 2016 (245)
    • ►  September 2016 (171)
    • ►  Ogos 2016 (208)
    • ►  Julai 2016 (67)
    • ►  Jun 2016 (123)
    • ►  Mei 2016 (127)
    • ►  April 2016 (222)
    • ►  Mac 2016 (377)
    • ►  Februari 2016 (211)
    • ►  Januari 2016 (205)
  • ►  2015 (3057)
    • ►  Disember 2015 (197)
    • ►  November 2015 (236)
    • ►  Oktober 2015 (209)
    • ►  September 2015 (255)
    • ►  Ogos 2015 (360)
    • ►  Julai 2015 (311)
    • ►  Jun 2015 (288)
    • ►  Mei 2015 (226)
    • ►  April 2015 (213)
    • ►  Mac 2015 (380)
    • ►  Februari 2015 (287)
    • ►  Januari 2015 (95)
  • ►  2014 (4109)
    • ►  Disember 2014 (294)
    • ►  November 2014 (168)
    • ►  Oktober 2014 (184)
    • ►  September 2014 (286)
    • ►  Ogos 2014 (281)
    • ►  Julai 2014 (386)
    • ►  Jun 2014 (338)
    • ►  Mei 2014 (443)
    • ►  April 2014 (260)
    • ►  Mac 2014 (619)
    • ►  Februari 2014 (609)
    • ►  Januari 2014 (241)
  • ►  2013 (2728)
    • ►  Disember 2013 (379)
    • ►  November 2013 (186)
    • ►  Oktober 2013 (108)
    • ►  September 2013 (255)
    • ►  Ogos 2013 (335)
    • ►  Julai 2013 (366)
    • ►  Jun 2013 (387)
    • ►  Mei 2013 (327)
    • ►  April 2013 (132)
    • ►  Mac 2013 (120)
    • ►  Februari 2013 (82)
    • ►  Januari 2013 (51)
  • ►  2012 (1115)
    • ►  Disember 2012 (54)
    • ►  November 2012 (13)
    • ►  Oktober 2012 (27)
    • ►  September 2012 (53)
    • ►  Ogos 2012 (92)
    • ►  Julai 2012 (137)
    • ►  Jun 2012 (73)
    • ►  Mei 2012 (116)
    • ►  April 2012 (135)
    • ►  Mac 2012 (147)
    • ►  Februari 2012 (174)
    • ►  Januari 2012 (94)
  • ►  2011 (1243)
    • ►  Disember 2011 (94)
    • ►  November 2011 (75)
    • ►  Oktober 2011 (109)
    • ►  September 2011 (100)
    • ►  Ogos 2011 (178)
    • ►  Julai 2011 (127)
    • ►  Jun 2011 (96)
    • ►  Mei 2011 (105)
    • ►  April 2011 (106)
    • ►  Mac 2011 (85)
    • ►  Februari 2011 (87)
    • ►  Januari 2011 (81)
  • ►  2010 (933)
    • ►  Disember 2010 (61)
    • ►  November 2010 (57)
    • ►  Oktober 2010 (121)
    • ►  September 2010 (98)
    • ►  Ogos 2010 (66)
    • ►  Julai 2010 (66)
    • ►  Jun 2010 (51)
    • ►  Mei 2010 (61)
    • ►  April 2010 (90)
    • ►  Mac 2010 (91)
    • ►  Februari 2010 (104)
    • ►  Januari 2010 (67)
  • ►  2009 (1066)
    • ►  Disember 2009 (46)
    • ►  November 2009 (43)
    • ►  Oktober 2009 (45)
    • ►  September 2009 (50)
    • ►  Ogos 2009 (73)
    • ►  Julai 2009 (77)
    • ►  Jun 2009 (58)
    • ►  Mei 2009 (110)
    • ►  April 2009 (198)
    • ►  Mac 2009 (103)
    • ►  Februari 2009 (151)
    • ►  Januari 2009 (112)
  • ►  2008 (612)
    • ►  Disember 2008 (132)
    • ►  November 2008 (117)
    • ►  Oktober 2008 (223)
    • ►  September 2008 (139)
    • ►  Ogos 2008 (1)

TwitterFacebookGoogle PlusInstagramRSS FeedEmail
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS
Nilai RM - USD Terkini

Arkib Blog

  • ▼ 2026 (680)
    • ▼ September (11)
      • PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen...
      • Wan Rosdy: Akses Terus Lebuhraya Pantai Timur 2 (L...
      • Keluarga Kepada Mangsa Nahas Tragis 11 Kenderaan D...
      • Kerajaan Pahang Yakin Kutipan Hasil Melebihi RM1 B...
      • Dua Premis Bangunan Lama Di Jalan Mahkota Terbakar...
      • Nahas Sebelas Kenderaan Di LPT, Jenazah Tiga Beran...
      • Kerajaan Negeri Pahang Dan Agensi Berkaitan Digesa...
      • Lori Tangki Simen Hilang Kawalan Jadi Punca Nahas ...
      • Status Instagram Terakhir Mangsa Nahas Ngeri Di LP...
      • Seorang Daripada Empat Mangsa Yang Maut Kemalagan ...
      • Empat Mangsa Maut, Empat Lagi Cedera Dalam Kemalan...
    • ► Ogos (90)
    • ► Julai (54)
    • ► Jun (89)
    • ► Mei (137)
    • ► April (109)
    • ► Mac (80)
    • ► Februari (61)
    • ► Januari (49)
  • ► 2025 (1045)
    • ► Disember (81)
    • ► November (97)
    • ► Oktober (99)
    • ► September (52)
    • ► Ogos (73)
    • ► Julai (82)
    • ► Jun (122)
    • ► Mei (118)
    • ► April (102)
    • ► Mac (90)
    • ► Februari (86)
    • ► Januari (43)
  • ► 2024 (789)
    • ► Disember (80)
    • ► November (90)
    • ► Oktober (79)
    • ► September (64)
    • ► Ogos (64)
    • ► Julai (39)
    • ► Jun (80)
    • ► Mei (68)
    • ► April (54)
    • ► Mac (54)
    • ► Februari (57)
    • ► Januari (60)
  • ► 2023 (492)
    • ► Oktober (17)
    • ► September (47)
    • ► Ogos (50)
    • ► Julai (52)
    • ► Jun (44)
    • ► Mei (44)
    • ► April (61)
    • ► Mac (67)
    • ► Februari (73)
    • ► Januari (37)
  • ► 2022 (863)
    • ► Disember (64)
    • ► November (72)
    • ► Oktober (92)
    • ► September (63)
    • ► Ogos (81)
    • ► Julai (55)
    • ► Jun (49)
    • ► Mei (43)
    • ► April (72)
    • ► Mac (82)
    • ► Februari (104)
    • ► Januari (86)
  • ► 2021 (1703)
    • ► Disember (93)
    • ► November (86)
    • ► Oktober (112)
    • ► September (152)
    • ► Ogos (195)
    • ► Julai (118)
    • ► Jun (96)
    • ► Mei (158)
    • ► April (136)
    • ► Mac (217)
    • ► Februari (182)
    • ► Januari (158)
  • ► 2020 (1681)
    • ► Disember (235)
    • ► November (230)
    • ► Oktober (151)
    • ► September (169)
    • ► Ogos (212)
    • ► Julai (82)
    • ► Jun (81)
    • ► Mei (196)
    • ► April (136)
    • ► Mac (88)
    • ► Februari (95)
    • ► Januari (6)
  • ► 2019 (1163)
    • ► Disember (38)
    • ► November (23)
    • ► Oktober (9)
    • ► September (20)
    • ► Ogos (94)
    • ► Julai (104)
    • ► Jun (111)
    • ► Mei (202)
    • ► April (144)
    • ► Mac (163)
    • ► Februari (91)
    • ► Januari (164)
  • ► 2018 (3344)
    • ► Disember (262)
    • ► November (209)
    • ► Oktober (184)
    • ► September (286)
    • ► Ogos (221)
    • ► Julai (436)
    • ► Jun (329)
    • ► Mei (593)
    • ► April (437)
    • ► Mac (262)
    • ► Februari (89)
    • ► Januari (36)
  • ► 2017 (1565)
    • ► Disember (33)
    • ► November (5)
    • ► Oktober (36)
    • ► September (26)
    • ► Ogos (77)
    • ► Julai (102)
    • ► Jun (191)
    • ► Mei (174)
    • ► April (207)
    • ► Mac (257)
    • ► Februari (272)
    • ► Januari (185)
  • ► 2016 (2383)
    • ► Disember (203)
    • ► November (224)
    • ► Oktober (245)
    • ► September (171)
    • ► Ogos (208)
    • ► Julai (67)
    • ► Jun (123)
    • ► Mei (127)
    • ► April (222)
    • ► Mac (377)
    • ► Februari (211)
    • ► Januari (205)
  • ► 2015 (3057)
    • ► Disember (197)
    • ► November (236)
    • ► Oktober (209)
    • ► September (255)
    • ► Ogos (360)
    • ► Julai (311)
    • ► Jun (288)
    • ► Mei (226)
    • ► April (213)
    • ► Mac (380)
    • ► Februari (287)
    • ► Januari (95)
  • ► 2014 (4109)
    • ► Disember (294)
    • ► November (168)
    • ► Oktober (184)
    • ► September (286)
    • ► Ogos (281)
    • ► Julai (386)
    • ► Jun (338)
    • ► Mei (443)
    • ► April (260)
    • ► Mac (619)
    • ► Februari (609)
    • ► Januari (241)
  • ► 2013 (2728)
    • ► Disember (379)
    • ► November (186)
    • ► Oktober (108)
    • ► September (255)
    • ► Ogos (335)
    • ► Julai (366)
    • ► Jun (387)
    • ► Mei (327)
    • ► April (132)
    • ► Mac (120)
    • ► Februari (82)
    • ► Januari (51)
  • ► 2012 (1115)
    • ► Disember (54)
    • ► November (13)
    • ► Oktober (27)
    • ► September (53)
    • ► Ogos (92)
    • ► Julai (137)
    • ► Jun (73)
    • ► Mei (116)
    • ► April (135)
    • ► Mac (147)
    • ► Februari (174)
    • ► Januari (94)
  • ► 2011 (1243)
    • ► Disember (94)
    • ► November (75)
    • ► Oktober (109)
    • ► September (100)
    • ► Ogos (178)
    • ► Julai (127)
    • ► Jun (96)
    • ► Mei (105)
    • ► April (106)
    • ► Mac (85)
    • ► Februari (87)
    • ► Januari (81)
  • ► 2010 (933)
    • ► Disember (61)
    • ► November (57)
    • ► Oktober (121)
    • ► September (98)
    • ► Ogos (66)
    • ► Julai (66)
    • ► Jun (51)
    • ► Mei (61)
    • ► April (90)
    • ► Mac (91)
    • ► Februari (104)
    • ► Januari (67)
  • ► 2009 (1066)
    • ► Disember (46)
    • ► November (43)
    • ► Oktober (45)
    • ► September (50)
    • ► Ogos (73)
    • ► Julai (77)
    • ► Jun (58)
    • ► Mei (110)
    • ► April (198)
    • ► Mac (103)
    • ► Februari (151)
    • ► Januari (112)
  • ► 2008 (612)
    • ► Disember (132)
    • ► November (117)
    • ► Oktober (223)
    • ► September (139)
    • ► Ogos (1)

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pahang

  • Pahangku Media
  • Pahang Media
  • Fikrah Pahang

Media Pilihan

  • Kosmo Digital
    Jun Hao perlu buktikan kemampuan - LEONG Jun Hao masih menjadi sandaran utama perseorangan lelaki negara, namun status itu perlu dibuktikan menerusi keputusan lebih meyakinkan selepas pema...
    Sejam yang lalu
  • Free Malaysia Today (FMT)
    Israel emptying West Bank refugee camps could be crime against humanity - The UN rights office said a military operation in the occupied territory last year forcibly displaced more than 33,000 Palestinians.
    9 jam yang lalu

Blogger Pahang

  • Laman Pahang
    24:26 [7] Adakah boleh kenal pasti bahawa kami pasang suami isteri yang keji? - *BAHAYA ZINA: Bahagian 7* *An Nur 24:26 Bagaimana saya hendak tahu bahawa saya dan isteri saya ada dalam kelompok mana. Antara lelaki dan perempuan dalam...
    Sehari yang lalu
  • Sakmongkol AK47
    Anwar's political needs. - 1. When I was a 6th former, our economics teacher gave us a homespun wisdom which i remember till today 2. Studying economics is like putting up a brick wa...
    3 hari yang lalu
  • Cucumatkilau
    PAS Pahang Perlu Hentikan Naratif Kononnya UMNO Tolak Penyatuan Ummah, Jika Mahu Ia Menjadi Kenyataan Di Negeri Ini - PAS Pahang digesa menghentikan serangan naratif kononnya UMNO Pahang tidak mahu 'penyatuan ummah' di negeri ini. Saya ingin mengulas lanjut tentang kenya...
    3 minggu yang lalu
  • WFauzdin
    NGETEH -
    Sebulan yang lalu
  • WZWH
    [Autosaved] WZWH Mula Menulis… - Sudah lama WZWH tidak berblog WZWH mula menulis… Sekarang Perang US-Israel VS Iran. Ganggu keamanan dan ekonomi dunia Sudah tentu beri kesan kepada Malay...
    6 bulan yang lalu
  • Selamatkan Pahang
    EMPAT PAHLAWAN MELAYU KELAHIRAN BUMI PAHANG - PAHLAWAN MELAYU NAMA-NAMA PENDEKAR KELAHIRAN BUMI PAHANG 1. Dato' Bahaman Nama sebenar: Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh. Asal: Semantan, Temerloh, Paha...
    10 bulan yang lalu
  • Angkara Terjah
    Perbaiki Segera Lampu Isyarat, Atasi Kesesakan Jalan Raya Di Simpang Panching - Kem Batu 10 Kuantan ! - Laluan dari arah Gambang ke simpang lampu isyarat Kem Batu 10, kini sesak teruk. Dari batu 11 ke lokasi dilaporkn ambil masa 1 jam 30 minit. Difahamk...
    3 tahun yang lalu
  • Khabar Pahang
    Kuantan menang Anugerah WHO berkaitan usaha bantu golongan rentan bandar semasa COVID-19 - *BANDARAYA KEBANGGAAN KITA... * *KENYATAAN MEDIA * *MENTERI BESAR PAHANG * *Kuantan menang Anugerah WHO berkaitan usaha bantu golongan rentan ba...
    4 tahun yang lalu
  • Pahangku Media
    UMNO TUNJANG PERJUANGAN ORANG MELAYU DAN ISLAM” - TENGKU AZLAN ISTIHAR TINGGALKAN BERSATU SERTAI UMNO - Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al Mu’Muazzam Shah atau lebih di kenali dengan panggilan...
    5 tahun yang lalu
  • Semut Hitam
    #BUBARPARLIMEN MALAYSIA BUKAN DIA PUNYA!!! - Percaturan yang direncanakan sebelum ini GAGAL memenuhi kehendak Mahathir apabila gabungan PAS dan UMNO serta komponen lain dalam Muafakat Nasional menar...
    6 tahun yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Langgan

Catatan
Atom
Catatan
Semua Ulasan
Atom
Semua Ulasan
PDO. Dikuasakan oleh Blogger.
Copyright Reserved © PAHANGDAILY | Powered by Blogger Network Team