script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Usah Tergesa-Gesa Untuk Bentang RUU Antilompat Di DUN Pahang Pada Mei Ini

 

KUANTAN: Ketua Pembangkang DUN Pahang, Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan supaya Rang Undang-Undang (RUU) antilompat parti untuk negeri itu tidak dibentangkan secara tergesa-gesa.

Sebaliknya dia yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Cheka berkata masih ada perkara yang perlu diperhalusi agar tidak timbul masalah di masa akan datang.

"Taklimat yang diberikan hari ini perlu diperhalusi satu persatu (walaupun) secara umumnya tidak ada beza dengan RUU (antilompat parti) di negeri lain.

"Cuma di Pahang kita ada ADUN lantikan lima orang dan dia ada kuasa mengundi dalam dewan sebagaimana ADUN yang dipilih (melalui pilihan raya).

"Jadi di situ kita lihat ada keperluan untuk perhalusi (RUU)," katanya dalam sidang media bersama Speaker DUN Pahang Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsudin di sini hari ini.

Terdahulu Mohd Sharkar bersama ADUN Pahang menghadiri sesi taklimat berkaitan RUU perlembagaan (pindaan) 2022 (antilompat parti).

Timbalan Presiden PAS itu juga memberi jaminan semua ADUN pembangkang di Pahang akan menyokong RUU itu selepas ia diperhalusi, terutama berkaitan ADUN lantikan.

"Sebab dia ada implikasi dari segi undang-undang, contohnya katakanlah kita lantik seorang ADUN lantikan daripada NGO, tiba-tiba lepas dilantik dia menyertai parti yang NGOnya tak setuju.

"RUU belum ada terangkan hal itu, jadi kita perlu jelas dengan perkara tersebut," katanya lagi.

Katanya lagi, lebih baik jika RUU itu dilengkapkan dan diperkemaskan terlebih dahulu sebelum dibentangkan.

Dalam pada itu, Mohd Sharkar memberitahu draf mengenai RUU antilompat parti perlu dihantar ke pejabat speaker DUN sebelum 22 April ini.

"Sidang DUN akan diadakan pada 8 Mei. Jadi kalau nak bentang, draf RUU perlu dihantar ke pejabat saya 14 hari sebelum sidang bermula," katanya.

Setakat ini hanya tujuh negeri yang telah meluluskan undang-undang antilompat parti.

Pulau Pinang adalah negeri paling awal memperkenalkan RUU itu dan diluluskan sidang DUN pada Nov 2012.

Negeri lain yang telah meluluskan pindaan bagi mengekang tindakan ADUN melompat parti ialah Sarawak, Perak, Kedah, Selangor, Perlis dan Kelantan.

Kerajaan Terengganu pada Nov tahun lalu pula memaklumkan tidak ada keperluan untuk RUU itu diperkenalkan di negeri terbabit kerana hanya ada wakil rakyat PAS dan Umno di negeri itu.

Di peringkat persekutuan pula, RUU antilompat parti diluluskan Dewan Rakyat pada 28 Julai 2022 sebelum dibentangkan dan diluluskan di Dewan Negara pada 9 Ogos 2022. #sumber

Share:

Aksi Tok Wan 'Berbaris' Buat Bayaran Di Kaunter Pasaraya Jadi Perhatian Netizen

KUANTAN: Aksi 'berbaris' ketika membuat bayaran di kaunter sebuah pasaraya di sini, menjadi tarikan netizen. Rata-rata teruja dengan sikap 'humble" Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail ketika melayan kerenah cucunya. 

Momen tersebut dikongsikan di facebook Wan Rosdy Bin Wan Ismail Official.  Antara lain beliau menyatakan dia mengambil kesempatan dengan masa yang terluang untuk bersama-sama dengan cucu membeli belah di East Coast Mall, Kuantan baru-baru ini.

"Sesekali nak juga bawa cucu berjalan-jalan dan bermanja dengan mereka.

"Apa pun dalam hidup ini, kita perlulah menghargai masa bersama keluarga walau sesibuk mana pun kita. 

"Carilah peluang untuk bersama dengan mereka agar kehidupan kita akan menjadi lebih bermakna. InsyaAllah," kata kenyataan Naib Presiden UMNO terbabit.

Melihat komen netizen di page berkenaan, ternyata mereka juga terharu dengan aksi yang dilihat. 

Shahril Survival berkata ia satu contoh yang terbaik buat semua rakyat Pahang. 


Sementara itu, Kamal Shah Tsd pula bersetuju dengan sikap Wan Rosdy itu sempat meluangkan masa bersama keluarga tersayang biar pun sibuk dengan tugasan sehariannya. 


Begitu juga dengan Prathap Santosh turut menyokong tindakan Wan Rosdy itu. 

"Seisize the moment.. Betul Dato' Sri jika ada peluang, masa kita perlu diluangkan dengan keluarga. Memang terbaik YAB Dato' Sri," katanya. 


"Steady Tok Wan," kata Mustafa Jamaluddin


Bagi Nor Lina Mohd Nor pula, dia amat bangga melihat kelibat Wan Rosdy yang rela berbaris di kaunter ketika membuat bayaran. 

"Terbaiklah Dato' Sri... Walau pun YAB tapi masih boleh beratur di kaunter cashier macam orang lain. Memang rare pemimpin nombor 1 Pahamg ni..," katanya. 


"DS Tok Wan sangatlah humble. Inilah contoh pemimpin yang disegani dan dihormati. Selamba beratur panjang. Sorang pulak tu," kata Nizam Aziz


Sementara itu Fadhil Roslizan, turut bersetuju dengan sikap Wan Rosdy. 

"Betul Dato' Sri, sesibuk mana pun kita, ppasti akan ada masa kita hendak selit uuntuk keluarga tersayang," katanya. 

Apa pun, sikap Menteri Besar Pahang ini ternyata amat disenangi oleh seluruh rakyat sebenarnya. 

Wan Rosdy memang dikenali sebagai seorang pemimpin yang cukup dekat di hari rakyat selama ini. 

Sikap 'humble' beliau amat disenangi oleh semua lapisan masyarakat. Moga beliau akan dipermudahkan dalam urusan pentadbiran ke arah menjadikan negeri Pahang bertambah aman makmur dan sejahtera di masa yang akan datang. #PDO

Share:

Penembusan Terowong Genting ECRL Di Jangka Di Capai Pada Suku Kedua 2025

 

BENTONG: Penembusan Terowong Genting projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di sini, sepanjang 16.39 kilometer yang melintasi Banjaran Titiwangsa dijadualkan dicapai pada suku kedua 2025, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Beliau berkata, kerja pengorekan terowong dengan menggunakan mesin Tunnel Boring Machine (TBM), yang menjadikan Terowong Genting sebagai terowong ECRL pertama menggunakan kaedah itu berbanding kaedah gerudi dan letup seperti terowong lain, bermula sejak Jun lepas manakala pengorekan Terowong Genting kedua bermula November tahun sama.

"Setakat ini, kerja pengorekan Terowong Genting pertama telah mencapai kedalaman 2,602 meter (m) manakala 2,497 m untuk Terowong Genting kedua," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan terowong itu di sini pada Selasa.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff; Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Jana Santhiran Muniayan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link (MRL) Sdn Bhd, Datuk Seri Darwis Abdul Razak.

Anthony juga menyifatkan pembinaan Terowong Genting yang menghubungkan Bukit Tinggi, Pahang dan Gombak, Selangor sebagai komponen utama ECRL, kerana melengkapkan jambatan darat (land bridge) bagi pengangkutan kargo dari Pelabuhan Kuantan ke Pelabuhan Klang, selain menghubungkan penumpang pantai timur ke Gombak.

Mengulas mengenai kerja pembinaan ECRL yang keseluruhannya sepanjang 665 kilometer, Anthony berkata, setakat Mac lepas, ia telah mencapai tahap kemajuan 42.06 peratus manakala pencapaian semasa untuk penyertaan tempatan ECRL ialah 96 peratus daripada anggaran RM10.8 bilion kerja awam.

Beliau juga memaklumkan pelaksanaan projek ECRL telah berjaya mencapai 10 juta jam bekerja tanpa kemalangan dan berharap ia dapat diteruskan, mengambil kira ia melibatkan lebih 17,000 tenaga kerja di 350 tapak kerja utama.

"Pematuhan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja adalah mutlak dan tidak boleh diabaikan. Saya berharap projek ini dapat dijalankan dengan lancar dan selamat tanpa mengorbankan kepentingan keselamatan pekerja," katanya. #sumber

Share:

Mangsa Kes 'Tumbuk' Akhirnya Membuat Laporan Polis Dekat IPD Pekan Semalam

PEKAN: Satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa kejadian kes tumbuk oleh bekas pemimpin UMNO Pekan pada Selasa lalu. 

Difahamkan, mangsa pada mulanya enggan melaporkan kes itu kepada pihak polis, namun berbuat demikian selepas bimbang tentang keselamatan diri dan keluarganya. 

Laporan telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan, dekat sini semalam. 

Mangsa mendakwa beliau telah ditumbuk di bahagian mulut dan pipi oleh dua suspek. Kejadian tersebut berlaku di Restoran Farouk Maju di bandar ini. 

Mangsa mulanya mengadu telah menghampiri meja makan suspek di restoran terbabit dan menghulurkan tangan untuk bersalam.

Bagaimanapun suspek tiba-tiba bangun dan menumbuk di bahagian mulutnya, kemudian disusuli pula pukulan di bahagian pipi oleh suspek kedua yang dipercayai seorang Ketua Kampung (Tok Empat). 

Suspek kedua iaitu orang kanan bekas pemimpin terbabit kemudian menarik dan memaksa mangsa keluar dari restoran ke kawasan bangunan parti berdekatan.

Kemudian mangsa telah memarahi oleh bekas pemimpin tersebut dengan mengeluarkan kata-kata kesat dan mengugut mangsa sebelum beredar.

Kes dipercayai ada kaitan dengan isu politik, memandangkan suspek telah tewas dalam perebutan jawatan penting pada pemilihan UMNO bahagian Pekan baru-baru ini. #PDO

Share:

Liga Super: Gol Masa Kecederaan Lonjak Sri Pahang FC Ke "Tangga Ketiga" Liga !

 

KUANTAN: Sri Pahang FC melonjak ke kedudukan tiga teratas Liga Super buat pertama kali musim ini, setelah menewaskan Kelantan United 1-0 di Stadium Darul Makmur malam tadi.

Ketika perlawanan seakan sudah pasti akan berakhir dengan keputusan seri, tandukan Stefano Brundo pada masa kecederaan menghadiahkan skuad Fandi Ahmad kemenangan keempat musim ini.

Mereka melonjak ke tangga ketiga dengan 16 mata, mengatasi Kedah Darul Aman menerusi beza jaringan manakala Kelantan United yang mengalami kekalahan keenam, kekal menghuni tangga tercorot.

Dalam perlawanan di hadapan kira-kira 2,000 penyokong, turun dengan prestasi yang tidak berapa bagus sejak kebelakangan ini, tidak menghalang Kelantan United untuk memberi tentangan sengit kepada Sri Pahang.

Malah pasukan pelawat bimbingan Nazrulerwan Makmor boleh dikatakan pasukan lebih baik di separuh masa pertama dengan mencipta beberapa momen dan gerakan berbahaya ke dalam kotak penalti.

Satu-satunya peluang terbaik Sri Pahang dalam 45 minit yang pertama adalah pada minit-17 menerusi tandukan kencang Kpah Sherman yang diselamatkan Ilham Amirullah, dan percubaan susulan dilakukan Lucas Rodriguez pula sedikit tersasar.

Di babak kedua, tuan rumah lebih agresif mencari ruang memecahkan kebuntuan, namun sukar menembusi keutuhan pertahanan Kelantan United.

Dengan Kelantan United seperti sudah menetapkan mindset mahu pulang dengan keputusan seri, Sri Pahang tampil dengan dominasi penuh di babak kedua, namun walaupun tidak putus asa mencuba, gol yang dicari tidak kunjung tiba.

Sehinggalah pada masa kecederaan, Brundo muncul wira dengan menjaringkan gol kelima peribadinya musim ini. #sumber

Share:

Fakhruddin "Secara Rasmi" Kekal Ketua UMNO Bahagian Pekan Sesi 2023-2026

 

KUANTAN: Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bersidang pada 7 April 2023 memutuskan bahawa tiada sebarang unsur ketidakaturan yang berlaku dalam mesyuarat dan pemilihan tersebut.

Ini bermakna keputusan pemilihan bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Pekan adalah sah.

Selepas 41 tahun, jawatan tersebut yang selama ini dipegang bekas Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak, kini beralih kepada Exco Kerajaan Pahang, Dato' Sri Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.

Jawatan itu sebelum ini dipangku oleh Dato' Sri Zamri Ramly selepas Najib yang memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Pekan sejak 1982 dikekalkan sabitan dan hukuman penjara serta denda ke atasnya oleh Mahkamah Persekutuan pada Ogos tahun lalu.

Pada pemilihan baru-baru ini Fakhruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar menang selepas mendapat 449 undi daripada keseluruhan 888 undi, menewaskan pesaingnya dengan hanya beza 14 undi di mana Zamri memperolehi 435 undi.

Berdasarkan keputusan rasmi yang dikeluarkan oleh ibu pejabat UMNO bertarikh 10 April 2023 yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung UMNO, Dato' Dr Asraf Wajdi Dusuki itu, maka harapan pihak yang tidak berpuas hati dan mencabar keputusan tersebut kini berakhir sudah.

Semua pihak harus berlapang dada dan menerima keputusan rasmi itu dengan hati terbuka hendaknya. #PDO

Share:

Tanah Adat: Saman Orang Asli Kuala Lipis Terhadap Kerajaan 'Di Dengar' Hari Ini !

 

TEMERLOH: Mahkamah Tinggi Temerloh mendengar saman yang difailkan penduduk Kampung Orang Asli dari Kampung Pos Lanai, Kuala Lipis berhubung dakwaan pencerobohan di atas tanah mereka oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pahang.

Saman sivil berkenaan dibicarakan selama tiga hari bermula hari ini.

"Pada hari ini, kami telah bertindak memberanikan diri untuk memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Temerloh," kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah dan Wilayah Orang Asli Pos Lanai, Jeffry Hassan di luar mahkamah.

Orang Asli daripada suku Semai terbabit menamakan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, Pengarah Tanah dan Galian Pahang, pengarah Jabatan Perhutanan Negeri dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sebagai defendan.

Mereka memohon pengisytiharan mahkamah bahawa mereka adalah pemegang tunggal hak tanah adat Pos Lanai, serta agar kerajaan mewartakan kampung itu sebagai penempatan Orang Asli yang dilindungi di bawah Akta Orang Asli.

Mereka juga mahu mahkamah menghalang defendan daripada melakukan sebarang aktiviti yang boleh memudaratkan tanah.

Saman yang difailkan pada 2021 itu bukan tindakan kali pertama yang dilakukan Orang Asli Pos Lanai untuk mempertahankan tempat tinggal mereka.

Pada 2011 terdapat rancangan untuk mendirikan empangan berhampiran Pos Lanai, tetapi projek itu dibatalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan pada 2019 selepas penduduk membawa perkara itu ke mahkamah dan mengadakan beberapa bantahan.

Pada tahun 2020 pula terdapat rancangan untuk membangunkan lombong nadir bumi meliputi kawasan yang boleh memuatkan 924 padang bola di hutan Ulu Jelai berhampiran.

Walaupun permohonan projek itu ditolak oleh Jabatan Alam Sekitar, pihak berkuasa menemui lombong haram di kawasan itu pada Mac tahun ini. #sumber

Share:

Kes 'Tumbuk' Libatkan Bekas Pemimpin, Mencalarkan 'Nama Baik' UMNO Pekan !

 

PEKAN: 'Budaya samseng' dalam UMNO tidak wajar berlaku, tambahan pula di ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadann Al-Mubarak ini.

Namun, lain pula halnya yang terjadi kepada UMNO Pekan. Satu kejadian 'kes tumbuk' dipercayai telah berlaku Selasa lalu dan ia melibatkan bekas pemimpin kanan UMNO bahagian itu sendiri. 

Demikian dilaporkan oleh seorang saksi yang melihat kejadian itu di sebuah restoran mamak di bandar ini.

"Saya nampak seorang individu telah ditumbuk oleh pemimpin itu bersama orang kanannya. Bukan sekali, malahan dua kali kena tumbuk.

"Ketika kejadian saya sedang makan di restoran itu. Tiba-tiba saya lihat mangsa menghampiri meja pemimpin  terbabit. Beliau menghulurkan tangan tanda salam.  Namun, dengan sepantas kilat kejadian tumbuk berlaku," kata saksi terbabit.

Menurutnya lagi, sehingga ke hari ini dia tidak pasti mangsa kejadian ada membuat laporan polis atau pun tidak.

"Saya nampak mangsa ditumbuk pada bahagian muka. Ketika kejadian rakan mangsa berada di meja satu lagi, mungkin dia tidak sedar kerana kejadian berlaku sepantas kilat," katanya.

Ketika ditanya bagaimana beliau boleh kenal suspek adalah bekas pemimpin UMNO Pekan? Beliau berkata dia turut ikuti perkembangan semasa politik Pekan, selepas ketiadaan Datuk Sri Najib Tun Razak. 

"Saya kenal kerana dia (pemimpin) itu juga bertanding salah satu jawatan penting pada pemilihan UMNO baru-baru ini. Tapi beliau tewas. 

"Kejadian tumbuk yang berlaku ketika menjelangnya sambutan Hari Raya Aidil Fitri ini amatlah memalukan. Apakah budaya samseng kini menjadi budaya pemimpin tertentu dalam UMNO Pekan?.

"Saya harap pemimpin atasan UMNO dapat menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya atas kes ini. UMNO sebuah parti Melayu yang dipimpin oleh orang Islam. Kenapa budaya seperti ini harus dibiarkan?," tambah beliau lagi.

Sementara itu, terdapat dakwaan mengatakan mangsa merupakan seorang guru di sebuah sekolah di bandar ini.

Difahamkan, beliau turut mengalami kecederaan namun tidak mahu memanjangkan kes demi menjaga imej dan kerjayanya.

Apa pun kejadian seperti ini amatlah tidak wajar berlaku. Tambahan pula pada bulan yang mulia ini. Tindakan displin wajar dikenakan terhadap pihak berkenaan, demi keharmonian dan kesejahteraan UMNO Pekan itu sendiri sebenarnya. #PDO

Share:

Bekas "Menteri Besar Perlis", Azlan Man Akan Di Dakwa Tuduhan Palsu Dokumen

 

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar hari ini.

Memetik laporan Berita Harian Online, Azlan akan didakwa atas pertuduhan di bawah Akta 18 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Laporan itu menyebut Azlan akan dibawa pukul 8.30 pagi ke Mahkamah Sesyen Kangar.

Untuk rekod, Azlan pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pauh pada 2013 hingga 2018 sebelum memenangi kerusi DUN Bintong dari 2018 hingga tahun lalu dan kemudian tewas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

gagal mempertahankan kerusi itu selepas tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN) Fakhrul Anwar Ismail dalan pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Azlan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perlis ketika itu, hanya memperolehi 2,996 undi, berbanding 7,325 undi yang diperoleh Fakhrul Anwar.

Fakhrul Anwar menang dengan majoriti 4,329 undi dalam saingan lima penjuru itu.

Calon Pakatan Harapan (PH) memperolehi undi sebanyak 2,029; Shazwan Suban (PEJUANG) 157 undi; Datuk Hashim Suboh (Bebas) 157 undi dan Mohamad Khair Mohd Noor (WARISAN) 57 undi.

Bekas Menteri Besar Perlis ke tujuh itu akan didakwa atas tuduhan mengemukakan atau mengesahkan dokumen mengandungi butiran palsu.  #sumber

Share:

Akhirnya 'Lembu Tak Cukup Umur' Yang Menang Dan Kini Bangkit Membela Najib

PEKAN: Ternyata barisan kepimpinan baharu UMNO Pekan tidaklah seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak sebelum ini.

Malahan, rata-rata ahli akar umbi UMNO yang ditemui menyatakan sokongan penuh dan memuji kepimpinan baharu yang dilihat lebih cakna dan prihatin dengan nasib bekas Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak.

Terdahulu Ketua UMNO Bahagian Pekan, Dato' Sri Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff mengeluarkan kenyataan hari ini bahawa mereka sedaya upaya dan akan menuntut keadilan bagi mengelak kekeliruan serta pandangan yang berbeza dalam kalangan rakyat  kepada keputusan sistem perundangan negara terhadap Najib.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, seorang ahli UMNO dari Felda Chini berkata beliau terharu dengan sokongan padu UMNO Pekan terhadap Najib yang juga bekas Ketua UMNO bahagian itu sebelum ini.

"Biarpun pernah dicop sebagai 'lembu tak cukup umur dan tidak sampai hati untuk disembelih' oleh pihak tertentu, namun Dato' Fakaruddin telah menang dan ternyata lebih terbaik daripada pihak terbabit.

"Saya terbaca kenyataan itu di group WhatsApp Suara Rakyat Pahang sebelum pemilihan UMNO baru-baru ini.

"Kenyataan tersebut difahamkan ditujukan kepada Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail yang kononnya melakukan kesilapan besar menghantar 'lembu-lembu tak cukup umur' untuk bertanding bagi merebut jawatan penting UMNO Pekan pada pemilihan lalu," katanya.

Namun kini terbukti mereka menang dan berjaya membawa perubahan baharu terhadap kepimpinan UMNO Pekan untuk sesi 2023-2026.

"Kini mereka yang dituduh lembu tak cukup umur itulah yang menang dan kini bangkit membela Datuk Sri Najib. Bukannya kumpulan yang menggelar mereka selama ini. Syabas Dato' Fakharuddin dan semua barisan kepimpinan UMNO Pekan yang baharu. Teruskan usaha dan hubungan erat dengan Kerajaan Pahang selepas ini, " tambahnya lagi.

"Ternyata MB telah membuat keputusan bijak untuk kekalkan Dato' Fakharuddin dan YB Shahrim, bertanding di DUN Bebar dan DUN Chini pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu. Pilihan yang tepat sama sekali," tambah beliau. #PDO

Share:

Pengampunan: UMNO Pekan Menyokong 'Usaha' Tuntut 'Keadilan' Terhadap Najib !

 

PEKAN: Proses mengemukakan pengampunan penuh diraja untuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat satu usaha muafakat dalam menuntut keadilan kepada bekas Perdana Menteri itu.

Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, semua ketua bahagian sedaya upaya dan menuntut keadilan bagi mengelak kekeliruan dan pandangan yang berbeza dalam kalangan rakyat  kepada keputusan sistem perundangan negara.

“UMNO Pekan amat berharap agar Lembaga Pengampunan kelak akan mengambil kira hujah Pengerusi Panel lima hakim, Yang Amat Arif Datuk Abdul Rahman Sebli dalam permohonan semakan yang menyebut secara jelas berlakunya penyelewengan keadilan dan hak Najib mendapat perbicaraan yang adil telah dinafikan.

“Kita turut mengalu-alukan dan amat menghargai persetujuan kesemua 191 Ketua UMNO bahagian seluruh negara untuk merayu kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar memberi pengampunan kepada Najib.

“Keadilan bukan semata-mata menentukan seseorang itu bersalah atau tidak. Orang yang dituduh itu mesti mendapat perbicaraan yang adil dan mesti merasakan diberi perbicaraan yang adil.

“Jika sistem tidak dapat menyediakan ini, lebih baik dia (Najib) tidak dibicarakan sama sekali,” katanya ketika sidang media semalam.

Najib semasa menjadi perdana menteri merupakan pemimpin UMNO Bahagian Pekan.

Tambah Mohamad Fakharudin, bersandarkan hujah tersebut, kerajaan perlu menubuhkan suruhan siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat sebarang salah laku demi memelihara integriti dan keyakinan rakyat kepada badan kehakiman negara.

Katanya, siasatan itu perlu dilakukan melalui penubuhan RCI demi menjaga imej dan integriti badan kehakiman negara.

“Dengan tidak sedikitpun mengurangkan rasa hormat kepada badan kehakiman negara, UMNO Pekan mendesak agar kerajaan menubuhkan RCI bagi menyiasat Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat serta empat orang panel hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang dan menolak rayuan dikemukakan Datuk Seri Najib pada 23 Ogos 2022.

“Desakan ini adalah dengan mengambil kira hujahan ketua panel mahkamah Persekutuan, Abdul Rahman Sebli – hakim besar Sabah dan Sarawak, yang menyebut dengan jelas bahawa berlaku penyelewengan keadilan (miscarriage of justice) dan hak Datuk Seri Najib mendapat perbicaraan yang adil telah dinafikan (deprived of a fair hearing),” katanya.

Pihaknya juga berharap pihak kerajaan mengambil tindakan undang-undang ke atas Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang telah disahkan melalui laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bahawa beliau telah melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik kepentingan ketika menghakimi kes SRC International Sdn. Bhd. #sumber

Share:

UMNO Pekan "Menggesa" RCI Terhadap Hakim Yang Menolak Rayuan SRC Najib

 

PEKAN: UMNO Pekan menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat hakim Mahkamah Persekutuan yang mengetuai hakim yang menolak rayuan Datuk Seri Najib Razak terhadap sabitan dan hukuman dalam kes SRC International Sdn Bhd.

Ketuanya Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff membuat gesaan itu berdasarkan penghakiman bertulis Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli, yang mempengerusikan panel lima anggota Mahkamah Persekutuan.

“(Dalam penghakiman bertulisnya), Hakim Abdul Rahman dengan jelas menyatakan bahawa berlaku penyelewengan keadilan dan hak Najib untuk perbicaraan yang adil telah dilucutkan.

“Abdul Rahman, dalam penghakimannya, telah berkata bahawa keadilan bukan sahaja mengenai kesalahan atau tidak bersalah orang yang dituduh, tetapi ia juga mengenai memberi orang itu perbicaraan yang adil

"(Beliau) juga berpandangan sekiranya orang itu tidak boleh dibicarakan secara adil atas kesalahan yang didakwanya, dia tidak sepatutnya dibicarakan sama sekali," kata Fakhruddin kepada pemberita malam tadi (8 April).

Beliau berkata berdasarkan penghakiman Abdul Rahman, adalah perlu bagi kerajaan untuk menubuhkan RCI.

Ini, kata Fakhruddin, bagi melindungi integriti dan keyakinan rakyat terhadap badan kehakiman negara.

“Berkenaan dengan badan kehakiman, UMNO Pekan menggesa kerajaan menubuhkan RCI untuk menyiasat (Ketua Hakim Negara) Tun Tengku Maimun Tuan Mat, serta empat lagi hakim yang mengetuai apabila Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Najib,” katanya.

Empat hakim lain ialah hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang, dan Datuk Nordin Hassan, dan hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais.

Bernama memetik penghakiman bertulis setebal 78 muka surat Abdul Rahman, yang menyatakan bahawa hakim Mahkamah Persekutuan sebelum ini berkemungkinan tidak adil kepada Najib apabila ia menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman dalam kes SRC International Sdn Bhd, kerana beliau tidak diwakili secara sah. #sumber

Share:

Pemuda UMNO Pekan Gesa Tubuh RCI Siasat Kepincangan Penghakiman Najib

PEKAN: Pemuda UMNO Bahagian Pekan mahu Kerajaan Perpaduan campur tangan dan menilai semula perjalanan penghakiman melibatkan Datuk Seri Najib Razak dalam kes SRC International Sdn Bhd yang didakwa tidak mendapat peluang perbicaraan yang telus.

Ketuanya, Mohd Fakhrul Akhmal Mohamed berkata, kerajaan juga perlu memandang serius gesaan banyak pihak supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan khusus untuk menyiasat kepincangan yang berlaku dalam proses penghakiman seperti dalam perkembangan baru-baru ini.

“Datuk Seri Najib tidak pernah minta digugurkan kesnya, namun beliau hanya mahu proses perbicaraan yang adil.

“Namun, berdasarkan dua laporan baru-baru ini, satunya berkenaan laporan SPRM yang bocor berkenaan hakim Datuk Nazlan dan kenyataan Ketua panel hakim Persekutuan, Datuk Abdul Rahman Sebli, keadilan belum dapat ditegakkan untuk bekas Perdana Menteri itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan, di sini, baru-baru ini bersama Ketua Pergerakan Puteri Bahagian, Norshaidatul Akhmar Sharudin dan kira-kira 12 Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO.

Mengulas berkenaan laporan polis yang dibuat itu, Fakhrul berkata, Pergerakan Pemuda UMNO Pekan mahu siasatan dilakukan ke atas Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan hakim lain yang berkaitan, mengikut peruntukan perlembagaan dan undang-undang sedia ada agar integriti sistem kehakiman negara tidak terus tercemar.

“Secara dasarnya kita akur dengan keputusan mahkamah. Namun, kita merasa amat terkilan kerana perkara sedemikian. kita rasakan perlu dinilai semula untuk memastikan keadilan kepada Datuk Seri Mohd Najib dapat ditegakkan,” ulasnya.

Pada 31 Mac lalu, Najib Tun Razak gagal mendapat kebenaran menyemak keputusan rayuan akhirnya oleh panel yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tengku Tuan Maimun Tuan Mat pada pada 23 Ogos tahun lalu berkaitan sabitan hukuman kes penyelewengan dana sebanyak RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Pada hari yang sama, Hakim Besar Sabah, Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli yang mengetuai lima panel hakim mendengar semakan kes sabitan salah dan hukuman terhadap Najib berpendapat bekas Perdana Menteri itu tidak mendapat pengadilan sewajarnya dalam prosiding terdahulu.

Ketika membacakan penghakimannya, Abdul Rahman berkata, adalah sesuatu yang wajar supaya Najib dibebaskan dan dilepaskan kerana bekas Perdana Menteri itu tidak diberikan perbicaraan yang adil.

Malah beliau berkata, panel hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Tengku Maimun telah menyalahguna kuasa dengan memaksa peguam mewakili Najib untuk meneruskan prosiding walaupun peguam itu (Datuk Hisyam Teh Poh Teik) menarik diri.  #sumber

Share:

Majlis Kerja Tertinggi UMNO Bersolidariti Berusaha Ke Arah 'Pembebasan' Najib !

 

KUALA LUMPUR: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bersetuju untuk bersolidariti dalam usaha ke arah pembebasan bekas Presidennya, Datuk Seri Najib Razak yang tertakluk di bawah Perlembagaan negara ini.

Ahli MKT, Dato' Sri Shahaniza Shamsuddin berkata, UMNO akan memastikan Najib akan mendapat perbicaraan yang adil agar dapat dilepaskan dan dibebaskan.

Justeru beliau berharap akar umbi parti memberi kepercayaan kepada Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid dan ahli MKT yang berusaha memberi keadilan kepada bekas Perdana Menteri itu.

“MKT telah bersetuju sebulat suara untuk usaha-usaha ke arah pembebasan Datuk Najib dan segala usaha akan kita buat yang tertakluk di bawah Perlembagaan dan undang-undang.

“Bagi saya walaupun ia belum menjanjikan apa-apa, kita akan pastikan perkara ini berlalu begitu sahaja dan kita ada alasan-alasan yang kukuh untuk meneruskan usaha ini dan ia bukan melibatkan MKT sahaja di mana ia disambut ketua bahagian di seluruh negara.

“Saya juga yakin akar umbi akan sambut usaha ini dan beri kepercayaan kepada Presiden dan MKT untuk sama-sama berusaha tanpa putus asa untuk beri keadilan kepada Najib,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Berbuka Puasa UMNO di Pusat Dagangan Dunia di sini semalam.

Beliau diminta mengulas mesyuarat MKT UMNO petang tadi sebulat suara bersetuju untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan permohonan memberi pertimbangan pengampunan diraja kepada Najib.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan berkata, mesyuarat yang dipengerusikan Presiden UMNO, akan mempersembahkan warkah rayuan kepada Seri Paduka beserta memorandum ditandatangani seluruh pimpinan UMNO daripada 191 bahagian.

Mengulas lanjut diminta mengulas mengenai surat tular didakwa daripada Tan Sri Azam Baki kepada Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat bertarikh 20 Februari lalu yang menyatakan siasatan SPRM telah menemui “isu salah laku” Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang “perlu dipertimbangkan oleh Ketua Hakim”, Shahaniza berkata, bukti baharu diharap dapat memberi keadilan kepada Najib.

“Bila kita lihat bukti SPRM keadilan dapat diberikan kepada Najib dan beliau (Hakim Nazlan) boleh dikenakan hukum sewajarnya,” katanya. #sumber

Share:

Penganalis: Rayuan Pengampunan Najib, 'Biar Lembaga Pengampunan Tentukan' !

 

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib. Tun Razak dan UMNO perlu diberi peluang untuk membuat rayuan pengampunan diraja dan seterusnya menerima keputusan yang dibuat Lembaga Pengampunan.

Ini kerana, menurut penganalisis politik, Mazlan Ali, setiap individu bersalah berhak berbuat demikian sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Perlembagaan Persekutuan meletakkan hak, jaminan kepada seseorang yang didapati bersalah. Sebab soalnya, mestilah kita letak kepercayaan kepada Lembaga Pengampunan.

"Lembaga Pengampunan adalah satu badan yang sangat teliti menimbang keputusan untuk mengatakan setuju atau tidak berdasarkan fakta yang ada," katanya.

Namun, menurut Mazlan, rayuan pengampunan diraja terhadap Najib bagaimanapun dijangka berdepan rintangan memandangkan bekas Perdana Menteri itu masih mempunyai banyak kes mahkamah yang lain.

"Najib berada dalam situasi yang sangat mencabar kerana kes-kes mahkamah beliau masih banyak dan masih berjalan itu kemungkinan akan menyebabkan rayuan beliau akan menghadapi rintangan," katanya kepada Astro AWANI pada Ahad.

Malah, jika Najib turut didapati bersalah dalam kes-kes lain yang dihadapinya, maka pemimpin itu akan terus berdepan cabaran meskipun mendapat sokongan penuh UMNO, Perdana Menteri dan Kerajaan.

"Penentuan dibenarkan atau tidak bergantung kepada Lembaga Pengampunan yang akan melihat isu-isu dan akan mendapat nasihat daripada Peguam Negara yang arif tentang kesan undang-undang dan perlembagaan," tambah beliau.

Beliau mengambil contoh kes mahkamah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diberi pengampunan diraja selepas menjalani hukuman dan Perdana Menteri itu tidak mempunyai kes-kes lain di mahkamah.

"Dalam kes yang lepas, individu salah dan pertimbangan Agong adalah mereka yang sudah jalani hukuman dan tidak ada kes-kes lain di mahkamah.

"Misalnya Anwar sendiri yang diberi pengampunan oleh Agong setelah disokong Lembaga Pengampunan, serta setelah dijatuhkan hukuman dan tidak ada kes lain di mahkamah," kata Mazlan.

Tambahnya, rakyat perlu bersikap rasional dengan memberi peluang kepada UMNO serta pemimpin itu membuat rayuan dan Lembaga Pengampunan akan menimbang dari semua aspek sebelum membuat sebarang keputusan.

"Jadi, beri peluang kepada UMNO dan Najib sebagaimana mengikut perlembagaan untuk mereka mencuba dan kita meletakkan kepada Lembaga Pengampunan untuk memberi pertimbangan yang sewajarnya," ujarnya lagi. #sumber

Share:

Kerjasama Strategik Malaysia Dan China Bukan Hanya Sebagai 'Perangkap Hutang'

 

KUANTAN: Projek berskala besar yang dibiayai China di negara ini perlu dilihat sebagai kerjasama dua hala yang strategik dan bukan sebagai 'perangkap hutang'.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, setiap projek yang dilaksanakan mempunyai kepentingan atau kelebihan dan kerajaan perlu memaksimumkan nilai pulangan projek berkenaan.

"Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) adalah satu model pembangunan dan dasar luar China yang menyediakan peluang kepada negara membangun untuk bekerjasama dengan mereka dalam membangunkan projek infrastruktur dan mereka mempunyai kemampuan untuk memberikan pembiayaan kewangan.

"Namun itu adalah satu pilihan kepada mana-mana kerajaan dan sekiranya sesuatu perjanjian itu telah ditandatangani, itu komitmen yang perlu diambil tanggungjawab.

"Yang pentingnya ialah kita maksimumkan nilai sesuatu projek untuk pembangunan negara," katanya dalam sidang media selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 Taman Indistri Malaysia–China Kuantan (MCKIP), di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Jawatankuasa Guangxi dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Guangxi, China, Liu Ning.

Beliau berkata, projek infrastruktur yang dilaksanakan itu penting namun kerajaan perlu bijak dalam menguruskannya supaya berdaya maju.

Antara projek berskala besar yang dibangunkan kerajaan dengan kerjasama China termasuk Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL), Taman Perindustrian Malaysia - China Kuantan (MCKIP) dan Terminal Laut Dalam Pelabuhan Kuantan. #sumber

Share:

Pelaburan MCKIP Di Gebeng Mencecah 'RM30 Bilion' Dalam Tempoh 10 Tahun !

 

KUANTAN – Kewujudan Pembangunan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) di Gebeng, Kuantan kini mencapai tempoh satu dekad dengan jumlah pelaburan mencecah RM30 bilion.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata MCKIP merupakan projek utama bagi kerjasama pelaburan dua hala antara Malaysia dan China serta  memainkan peranan yang cukup penting dalam negeri ini termasuk negara dalam memacu pertumbuhan ekonomi.

“Sememangnya ulang tahun Ke-10 MCKIP adalah satu pencapaian penting dalam kerjasama ekonomi dua hala antara Malaysia dan China.

“Pencapaian yang luar biasa ini adalah bukti kerja keras dan dedikasi ramai individu dan organisasi yang terlibat dalam menjadikan MCKIP sebagai satu kejayaan yang besar,” katanya.

Beliau berkata demikan pada Majlis Tahun Melabur di China (Menyambut baik ASEAN) dan Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Penubuhan MCKIP di bawah China-Malaysia ‘Dua Negara, Taman Berkembar’ yang dianjurkan oleh Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, China pada pagi ini.

Hadir sama Menteri Pengangkutan, Anthony  Loke Siew Fook dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak.

Jelas Wan Rosdy, taman perindustrian itu telah menarik lebih daripada 50 syarikat antarabangsa serta mewujudkan lebih 10,000 pekerjaan untuk masyarakat tempatan.

“Ia juga merupakan taman perindustrian pertama di Malaysia yang dibangunkan bersama kedua-dua negara iaitu Malaysia dan China serta diberikan status sebagai Taman Perindustrian Negara.

“Jumlah pelaburan RM30 bilion yang luar biasa ini menggambarkan potensi besar kepada MCKIP untuk terus memacu pembangunan ekonomi di Pahang dan Malaysia,” katanya.

Kerajaan Negeri Pahang berharap MCKIP akan terus menarik lebih banyak pelabur dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk Pahang.

“Kita jangkakan lebih banyak syarikat dalam pelbagai sektor akan masuk membawa pelaburan ke taman perindustrian ini pada masa akan datang, dan kerajaan negeri dari semasa ke semasa akan melihat keperluan dan kemudahan yang boleh diberikan untuk menarik mereka.

Menurutnya sehingga tahun 2022, Pahang telah berjaya menarik RM11.01 bilion pelaburan langsung asing (FDI), yang mana  RM5.6 bilion adalah dari China.

Justeru, kerajaan negeri mengalu-alukan lebih banyak FDI dari China, terutamanya dalam industri teknologi tinggi, serta penyelidikan dan pembangunan bagi industri automotif dan penerbangan.

Dalam pada itu, projek infrastruktur yang sedang berlangsung berhampiran dengan MCKIP melibatkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menghubungkan Pantai Timur dan Pantai Barat Malaysia yang akan siap pada tahun 2026 dan beroperasi pada 2027.

Manakala pembinaan bagi fasa ke-2 dan ke-3 MCKIP sedang berjalan dan dijangka fasa ketiga akan menghubungkan Pelabuhan Kuantan dan ECRL,  yang mana pembangunan ini akan mengubah kawasan MCKIP menjadi Bandar Pelabuhan Kuantan sebagai bandar yang kondusif.  #sumber

Share:

ECRL Mampu Kendalikan Semua Muatan Kargo Dari Pantai Timur - Lembah Klang

 

KUANTAN: Kementerian Pengangkutan menggalakkan segmen pemunggahan barang dan muatan kargo dari Pantai Timur ke Lembah Klang menggunakan perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berbanding lebuh raya, apabila ia beroperasi awal 2027.

Menterinya Loke Siew Fook berkata perkara itu antara dasar penting kementerian yang melihat medium pengangkutan itu bukan hanya menjimatkan kos dan mesra alam sekitar, namun turut meningkatkan tahap keselamatan jalan raya.

“Ini dapat mengurangkan kenderaan besar di laluan menghubungkan Pantai Timur dan Lembah Klang, dengan kebanyakannya melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak. Bila melalui kawasan seperti Genting Sempah, ia boleh menyebabkan kesesakan teruk selain demografinya juga boleh membahayakan.

“Satu daripada yang akan kita pentingkan (dalam penggunaan) ECRL ialah pemunggahan barang antara Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuantan, dan bukan hanya fokus kepada penumpang,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Ulang Tahun ke-10 Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP).

Pembangunan ECRL juga, menurut Loke, menjadi pemangkin kepada kewujudan lebih banyak taman perindustrian dan hub lojistik di sepanjang laluannya, seperti di Bentong dan Temerloh, sekali gus meningkatkan sektor ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan.

Loke juga memaklumkan pelaksanaan projek ECRL yang keseluruhannya sepanjang 665 kilometer, berjalan mengikut perancangan, dengan jangkaan kerja fizikal siap pada 2026 bagi membolehkan beberapa siri percubaan dijalankan sebelum mula beroperasi.

“Berkaitan (harga) tambang dan tiket, ia masih belum diputuskan dan akan diperincikan bersama Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) selaku pemilik projek apabila semakin hampir tempoh operasi,” katanya.

Ditanya mengenai rancangan kerajaan Pahang membina lapangan terbang baharu Kuantan, Loke berkata kementerian menghormati hasrat itu dan sentiasa cuba untuk memudah cara dalam permohonan berkaitan pembangunan infrastruktur pengangkutan.

Pembinaan sebuah lapangan terbang, bagaimanapun menurut Loke memerlukan perbincangan lanjut kerana prosesnya lebih rumit dan melibatkan pelbagai kelulusan syarat dan aspek teknikal seperti daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Malaysia (CAAM).

Loke juga berkata hasrat kerajaan Pahang juga difahami memandangkan lapangan terbang sedia ada, iaitu Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah di sini, adalah di kawasan milik Tentera Udara Diraja Malaysia.

Rancangan pembinaan lapangan terbang itu, diumumkan Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail pada Okt 2021 yang semasa itu memaklumkan secara dasarnya ia telah dipersetujui Majlis Perancangan Fizikal Negara, dengan kerajaan negeri diminta membuat kajian mendalam berhubung projek itu.

Pada 6 Julai 2022, Wan Rosdy berkata pembinaan lapangan terbang dengan kos RM2 bilion itu akan menjadi sebahagian daripada rancangan pembangunan bercampur bandar aeroangkasa di Gebeng di sini, dengan pembinaannya bermula pada 2023 dan dijangka beroperasi pada 2026. #sumber

Share:

Tiga Projek 'Menaiktaraf' Infrastruktur Di Kuantan Siap Sebelum Hujung Tahun Ini !

  

KUANTAN: Tiga projek utama di bandar raya ini yang menaik taraf infrastruktur semasa, berjalan mengikut jadual dan bakal siap sepenuhnya sebelum hujung tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, setakat ini kerajaan negeri berpuas hati dengan perkembangan projek itu.

Ia termasuk projek naik taraf laluan Gambang ke Segamat, pembinaan jambatan kedua yang menghubungkan bandar Kuantan ke Tanjung Lumpur serta projek pembetungan fasa satu.

Katanya, bagi projek naik taraf Jalan Jabor-Jerangau di Balok pula dijangka akan selesai pada 2025.

"Saya diberi penjelasan oleh pihak kontraktor bahawa jambatan kedua Tanjung Lumpur ke pusat bandar merentasi Sungai Kuantan boleh disiapkan pada Ogos tahun ini.

"Projek naik taraf Jalan Gambang – Segamat pula, pihak terbabit akan menyerahkannya pada Mei depan," katanya dalam kenyataan di sini.

Mohammad Fakhruddin berkata, bagi projek pembetungan di Jalan Teluk Sisek di sini, ia siap sepenuhnya dan sudah dibuka kepada lalu lintas, Sabtu lalu sekali gus menyelesaikan isu kesesakan lalu lintas di laluan itu.

"Baki projek pembetungan iaitu di Jalan Gambut dan Sungai Soi (Pak Mahat dan Bandar Putra) kini di peringkat terakhir kerja-kerja pembangunan dan dijangka dapat disiapkan tidak lama lagi," katanya.

Beliau mengarahkan agensi dan pihak bertanggungjawab supaya bekerjasama dengan baik dalam memastikan semua projek dilaksana mengikut piawaian, tatacara dan jadual yang ditetapkan.

Tambahnya, kerajaan negeri terus berusaha sebaik mungkin bagi memastikan rakyat mendapat kebaikan daripada setiap usaha yang dilaksana. #sumber

Share:

Tok Imam, Bilal & Siak Masjid Di Pahang Terima Bantuan Khas Aidilfitri Tambahan

 

KUANTAN: Seramai 2,711 orang terdiri daripada imam, bilal dan siak masjid di negeri ini diumumkan sebagai penerima tambahan Bantuan Khas Aidilfitri 2023 membabitkan peruntukan berjumlah RM640,200.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, daripada jumlah penerima tersebut, seramai 980 imam masjid bakal menerima RM300 setiap seorang dengan jumlah peruntukan keseluruhan RM294,000.

Menurutnya, bilal pula menerima RM200 setiap seorang yang melibatkan 877 penerima dengan jumlah peruntukan RM175,400.

“Siak masjid pula akan menerima RM200 setiap seorang yang melibatkan 854 orang penerima dengan jumlah peruntukan RM170,800,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Kelmarin, Kerajaan Pahang mengumumkan bantuan khas Hari Raya Aidilfitri tahun ini kepada lima kategori penerima di negeri ini membabitkan implikasi kewangan RM12.9 juta dan memberikan manfaat kepada 22,973 orang.

Secara keseluruhannya bagi keenam-enam kategori Bantuan Aidilfitri tahun ini, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM13.59 juta yang memberi manfaat kepada 25,684 orang penerima.

Wan Rosdy berkata, bantuan kepada golongan sasar tersebut dilaksanakan berdasarkan kepada keupayaan kewangan kerajaan negeri.

“Saya berharap menerusi bantuan khas ini, ia dapat mengurangkan beban penerima terutama dalam membuat persiapan menjelang perayaan Aidilfitri nanti,” katanya. #sumber

Share:

Pahang Umum 'Bantuan Khas' Aidilfitri, 8,000 Penjawat Awam Dapat RM1,200

 

KUANTAN: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini, mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri 2023 bernilai RM1,200 seorang kepada semua 8,000 penjawat awam negeri ini.

Selain penjawat awam, Wan Rosdy berkata kerajaan negeri juga bersetuju memberikan bantuan kewangan itu kepada empat lagi kategori penerima melibatkan nilai RM500 dan RM200.

Bantuan RM500 diberikan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKKR), Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) dan Tok Batin manakala RM200 kepada Setiausaha JPKK, yang keseluruhannya melibatkan 2,773 orang.

Selain itu, bantuan RM200 juga diberikan kepada 700 anak yatim yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 4,500 pesara kerajaan negeri dan 7,000 ibu tunggal miskin di negeri ini.

"Bantuan khas ini melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM12.95 juta dengan jumlah keseluruhan penerima seramai 22,973 orang," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Wan Rosdy berharap bantuan itu dapat meringankan beban penerimanya dalam membuat persiapan hari raya yang dijangka disambut pada 22 April ini. #sumber

Share:

Pencapaian Shahaniza Angkat Martabat Dan Amat Membanggakan Warga Maran

MARAN: Perlantikan secara rasmi Ketua UMNO Bahagian Maran, Dato' Sri Shahaniza Shamsuddin sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah KYP Education Sdn Bhd (KESB) baru-baru ini merupakan satu pengikhtirafan besar kepada jasa-jasa beliau selama ini.

Malahan pencapaian beliau hari ini juga memberi satu penghormatan cukup bermakna dan amatlah membanggakan warga Maran secara keseluruhannya.

Demikian ditegaskan oleh aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli yang merupakan anak peneroka Felda Jengka 7, Maran kepada PDO hari ini. 

"Saya melihat, dari segi pengalaman  Shahaniza adalah antara pemimpin wanita di Pahang yang paling menonjol sekarang ini. 

"Beliau juga merupakan bekas Exco Kerajaan Pahang dan ADUN Kuala Sentul untuk beberapa penggal. Maka, dia cukup berpengalaman dan amat sesuai dilantik ke jawatan tersebut," kata Shukri. 

Menurutnya lagi, reputasi politik Shahaniza kini naik mendadak selepas beliau menang jawatan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO. Paling terbaik dia berada di rangking kelapan daripada 25 orang calon MKT yang terpiluh, satu pencapaian yang terbaik bagi calon dari Pahang sejak sekian lama. 

"Biar pun tewas pada PRU-15 lalu, namun semangat juang dan kecekalan beliau jelas dapat dilihat menerusi aktiviti dan gerak kerjanya. 

"Shahaniza tidak menoleh ke belakang dan tidak menjadikan kekalahan itu sebagai sesuatu yang melemahkan masa depan politiknya. Malah, kerja buat beliau di Parlimen Maran lebih hebat daripada calon yang menang kerusi tersebut sebenarnya. 

"Saya melihat dengan perlantikan beliau sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah KYP Education Sdn Bhd (KESB), ia dapat membantu dalam usaha pembangunan pendidikan mahasiswa mahasiswi terutamanya anak pahang. 

"Moga University College Yayasan Pahang (UCYP) akan terus menjadi medan dan wadah penyedia pendidikan tinggi kepada anak-anak watan seperti yang dihasratkan oleh Shahaniza sendiri" tambah Shukri lagi. 

Justeru perlantikan anak jati Chenor itu diharap dapat menaikkan lagi martabat dan mutu pendidikan di bumi Pahang khasnya dan negara kita amnya.

Shukri bercakap demikian selepas bertemu Shahaniza ketika beliau merasmikan Kejohanan Sukan Liga Sahur Pemuda di Gelanggang Futsal, Majlis Daerah Maran (MDM) pada Sabtu.

"Shahaniza bijak menyantuni anak-anak muda dan beliau tidak patut kalah pada PRU lalu sebenarnya. Namun, dek kerana unsur sedekah yang ditaburkan kepada golongan terbabit untuk mengundi parti tertentu, akhirnya pemimpin hebat sepertinya tumbang.

"Mungkin ada hikmah disebalik kekalahan tersebut, kini nama Shahaniza semakin harum di peringkat nasional sebenarnya. Syabas saya ucapkan dan selamat menjalankan tugas baharu dengan UCYP," katanya lagi.

Difahamkan, Shahaniza juga merupakan Penyelaras DUN Chenor dan baru sahaja dilantik sebagai Pengerusi Majlis Perkaderan dan Latihan UMNO Negeri Pahang oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail semalam. #PDO

Share:

Warga Kuantan Lega, 'Projek Naik Taraf Pembentungan' Siap Selepas Tiga Tahun

 

KUANTAN: Warga bandar raya ini khususnya pengguna Jalan Teluk Sisek, di sini, mampu menarik nafas lega apabila kerja-kerja pembentungan di laluan berkenaan akhirnya siap selepas tiga tahun.

Sebelum ini, jalan berkenaan yang menghubungkan Pantai Teluk Cempedak dan Pusat Bandar sesak terutama waktu puncak atau hari minggu berikutan penutupan sebahagian laluan bagi kerja-kerja pembentungan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Datuk Hamdan Hussin berkata, Projek Loji Rawatan Kumbahan Serantau dan Rangkaian Projek Pembentungan Bandar Kuantan Fasa 1 memulakan pembinaannya sejak tiga tahun lalu.

"Kerja-kerja pemasangan paip pembentungan di laluan Teluk Sisek kini selesai sepenuhnya dan laluan ini mula dibuka kepada orang ramai.

"Pembukaan semula Jalan Teluk Sisek ini selepas hampir tiga tahun kini mampu memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya di kawasan ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas meninjau pembukaan semula Jalan Teluk Sisek yang terbabit dalam Fasa 1 projek Pembetungan Kuantan, di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sallehuddin Ishak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chon Siang.

Hamdan berkata, sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, kerja-kerja pembentungan di sekitar bandar ini akan ditangguh buat sementara waktu.

"Setiap musim perayaan sudah pasti jumlah kenderaan akan meningkat dan langkah ini dibuat bagi melancarkan aliran trafik. Pemakluman mengenai penangguhan itu sudah disampaikan kepada kontraktor terlibat," katanya. #sumber

Share:

Tiga Individu Kena Tahan Dalam Serbuan 'Dadah' Di 'Felda Bukit Damar' Lanchang !

 

KUANTAN: Tiga individu, termasuk seorang wanita, ditahan ditahan polis dalam serbuan di Felda Bukit Damar, Lanchang pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, dalam serbuan itu pihaknya merampas dadah disyaki ganja seberat 422.95 gram, pil eramin (125.79 gram), pil yaba (61.27 gram) dan syabu (1.76 gram).

“Polis telah membuat siasataan ke atas sebuah kenderaan jenis perodua Myvi milik suspek dengan anggaran nilai rampasan dadah dan sitaan adalah berjumlah lebih kurang RM47,420.

“Kesemua dadah yang dirampas ini dipercayai untuk pasaran sekitar Temerloh, Pahang yang menyasarkan untuk kegunaan seramai lebih kurang 50 ke 100 orang penagih dadah,” katanya dalam kenyataan , hari ini.

Menurut Mohd Azhar, hasil semakan mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah dadah.

Tambah beliau, ketiga-tiga suspek yang berusia antara 34 hingga 42 tahun direman bermula 31 Mac sehingga 8 April ini bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang jika disabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mandatori gantung sampai mati atau penjara seumur hidup. #sumber

Share:

Dua Wanita Maut: Nahas Dua Kenderaan Di KM55, Jalan Pekan - Nenasi Pagi Tadi

 

PEKAN: Dua kakitangan Jabatan Perangkaan Pahang maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 55 Jalan Pekan - Nenasi - Rompin di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, kedua-dua mangsa yang bertugas sebagai pembantu perangkaan iaitu pemandu kereta, Ruzana Mohamad Agin, 50 dan penumpang, Suhaizan Abdullah,41 meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin memberitahu, kemalangan terbabit melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan lori jenis Man TGA.

Menurutnya, siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu dan penumpang kereta terbabit dalam perjalanan dari Pekan menghala ke Rompin.

"Apabila sampai di tempat kejadian selepas kereta itu melalui selekoh ke kiri dan keadaan jalan licin menyebabkan Myvi telah terbabas masuk ke laluan bertentangan lalu terlanggar lori yang datang dari arah hadapan.

"Akibat kemalangan itu, pemandu dan penumpang kereta meninggal dunia di tempat kejadian," katanya satu dalam kenyataan pada Isnin.

Ujar beliau, pemandu lori berusia 44 tahun itu pula selamat dan tidak mengalami kecederaan.

Jelas Mohd Zaidi lagi, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan dan bedah siasat akan dijalankan selepas memperoleh keputusan ujian swab Covid-19 dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987. #sumber

Share:

Kenyataan Hakim Mahu Najib Bebas Jadi Sokongan Petisyen Pengampunan DiRaja

 

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan mengemukakan penghakiman menentang oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli kepada Yang di-Pertuan Agong dalam permohonan petisyen pengampunannya.

Bekas Perdana Menteri itu memfailkan petisyen pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan (PP) pada 2 September 2022, susulan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta selepas didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata dalam permohonan petisyen pengampunan, pihaknya menyatakan Najib tidak diberikan perbicaraan yang adil dan rayuannya langsung tidak didengar di Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos tahun lalu serta panel hanya mendengar hujahan pendakwaan (sebelah pihak).

Muhammad Shafee berkata, penghakiman menentang itu sudah dimasukkan dalam permohonan untuk mendapatkan pengampunan diraja dan ia akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong minggu ini.

"Permohonan (petisyen pengampunan) ini sama seperti apa yang Hakim Abdul Rahman nyatakan dalam penghakimannya.

"Kami akan hantar penghakiman ini kepada Yang di-Pertuan Agong untuk dibaca. Kami juga akan hantar penghakiman majoriti untuk dilihat bagi perbandingan.

"Hakim kanan (Abdul Rahman) bersetuju dengan kedudukan pembelaan, dan oleh itu Yang di-Pertuan Agong harus digalakkan untuk melihat bahawa terdapat juga aspek ini untuk dipertimbangkan dalam permohonan pengampunan itu," katanya.

Muhammad Shafee berkata demikian kepada pemberita selepas prosiding sebutan kes pecah amanah dihadapi Najib dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Dalam penghakimannya 31 Mac lalu, Abdul Rahman berkata, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan akhir Najib gagal memberikan keputusan yang saksama kerana beliau dinafikan hak untuk mendapat perbicaraan yang adil.

Abdul Rahman yang mempengerusikan panel lima hakim dalam permohonan semakan Najib, berkata sehubungan itu perintah sewajarnya yang diberikan adalah Najib dilepas dan dibebaskan daripada semua kesalahan yang dikenakan ke atasnya.

Bagaimanapun empat lagi hakim dalam panel iaitu Datuk Vernon Ong Lam Kiat bersama-sama Datuk Rhodzariah Bujang serta Datuk Nordin Hassan termasuk Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais menolak permohonan kebenaran Najib untuk menyemak keputusan rayuan akhir itu. #sumber

Share:

Kerajaan Pahang Pertimbang Fasa Kedua Projek Pembentungan Di Indera Mahkota

 

KUANTAN – Kerajaan Pahang sedang mempertimbang pelaksanaan Fasa 2 Projek Loji Rawatan Kumbahan Serantau dan Rangkaian Projek Pembentungan Bandar Kuantan membabitkan kawasan Indera Mahkota, di sini.

Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Sallehuddin Ishak berkata, pihaknya telah menerima permohonan bagi tujuan itu daripada Jabatan Perkhidmatan Pembentungan negeri.

Namun, katanya, jika ia telah mendapat kelulusan, beberapa syarat tambahan akan dibuat agar pengurusannya dapat ditambah baik.

“Antaranya, tiada lagi interchange yang besar di tengah jalan. Keduanya, pihak pemaju perlu memastikan kawalan trafik yang lebih baik di kawasan terbabit,” katanya.

Datuk Seri Sallehuddin Ishak
Beliau berkata demikian ketika ditemui hari ini selepas meninjau pembukaan semula Jalan Teluk Sisek yang terbabit dalam Fasa 1 projek Pembetungan Kuantan di sini bersama Datuk Bandar, Datuk Hamdan Hussin.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chon siang dan wakil pihak pemaju Jalur Cahaya (JC) Sdn Bhd.

Berdasarkan pemantauan kepada kerja-kerja pembinaan dalam Fasa 1, kerajaan negeri memandang serius isu membabitkan keselesaan pengguna jalan raya warga Kuantan.

“Kita juga tidak benarkan penutupan jalan pada waktu puncak kerana melibatkan kos kepada orang awam. Kita juga minta dipastikan laluan dibuka dua hala bagi sepanjang masa,” tambah Sallehuddin lagi.

Projek Pembetungan Kuantan merupakan sebuah projek Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Perkhidmatan Pembetungan yang bertujuan menambahbaik sistem pembetungan di kawasan tadahan Bandar Kuantan dan Kempadang.

Difahamkan, kos keseluruhan bagi Fasa 1 projek itu membabitkan RM570 juta, dijangka siap sepenuhnya menjelang 2024. #sumber

Share:

UMNO Pahang Umumkan Pelantikan Ahli Jawatan Kuasa 'Baharu' Sesi 2023-2026

 

KUANTAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muadzam Shah merangkap Exco Felda, Koperasi dan Usahawan Negeri dilantik sebagai Setiausaha UMNO Pahang bagi Sesi 2023-2026.

Pelantikan itu diumumkan Naib Presiden UMNO yang juga Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Wan Rosdy berkata, pelantikan itu dipersetujui pada Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri kali pertama di sini pada Ahad.

Menurutnya, Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi Dan Pendidikan Negeri merangkap ADUN Benta, Datuk Seri Ir Mohd. Soffi Abd Razak pula dilantik sebagai Bendahari UMNO Pahang.

"Turut dilantik Ketua Penerangan UMNO Pahang yang dipertanggungjawabkan kepada Exco Komunikasi Dan Multimedia, Belia, Sukan Dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri yang juga ADUN Dong, Fadzli Mohamad Kamal.

"Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang juga Ketua Bahagian UMNO Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Perkaderan dan Latihan UMNO Negeri Pahang," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Wan Rosdy berkata, mengiringi pelantikan pegawai dan pengerusi majlis bagi sesi 2023-2026 itu, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said yang dilantik sebagai Pengerusi Majlis Keahlian dan Perundangan UMNO Pahang.

"Bekas Ketua Penerangan UMNO Pahang merangkap Exco Hal Ehwal Islam, Kemajuan Desa Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri dan ADUN Kerdau, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad dilantik Pengerusi Majlis Hal Ehwal Agama UMNO Negeri Pahang.

"Sementara itu, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Sekretariat Muafakat Wakil-Wakil Rakyat UMNO Negeri Pahang dan Datuk Sabariah Saidan dilantik sebagai Pengerusi Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga UMNO Negeri," jelasnya.

Beliau berkata, pelantikan itu diharapkan dapat membantu UMNO Pahang bangkit kembali, kekal relevan dan terus diyakini rakyat terutamanya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) nanti.

"Saya berharap, kepimpinan yang dilantik ini akan dapat melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh tanggungjawab, amanah dan berdedikasi," ujarnya. #sumber

Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.