KUALA LUMPUR [11.45] - PAS menyifatkan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menarik balik larangan penerbitan sementara dua akhbar, Harakah dan Suara Keadilan sebagai petanda yang mampu menyuburkan semangat demokrasi di negara ini. Ketua Pemuda PAS Pusat, Sallahuddin Ayob (foto), berkata langkah menarik balik larangan itu dilihat mengembalikan kepada yang hak yang sememangnya diberikan sebelum ini serta ia sememangya sepatut dilakukan oleh Najib yang baru memegang jawatan itu. "Adalah diharapkan jika Perdana Menteri ingin menyuburkan lagi semangat demokrasi yang mungkin menjadi perkara yang dilakukan hari ini, kita berharap supaya akhbar rasmi Pas, Harakah dan akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suara Keadilan diberikan permit harian," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini Walaupun Najib tidak menyebut secara khusus nama dua akhbar terbabit dalam ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri malam ini tetapi diketahui umum bahawa Harakah dan Suara Keadilan telah digantung sementara penerbitannya. Harakah dan Suara Keadilan digantung serta-merta selama tiga bulan mulai 23 Mac lalu. Salahuddin berkata tindakan Najib itu juga mampu menaikkan rating negara sebagai sebuah negara yang tinggi indeks demokrasi di dunia. Mengenai tindakan pembebasan 13 tahanan Akta ISA dan kajian semula akta itu, Salahuddin berkata sekiranya ruang yang terbentang sekarang ini digunakan sepenuhnya, ia merupakan satu harapan baru untuk mendapatkan impak yang lebih baik dalam menghapuskan ISA. "Pembebasan 13 orang tahanan itu juga adalah satu permulaan ke tahap ISA dihapuskan. Akta yang sedia ada sudah cukup untuk menjaga keselamatan negara," katanya.[Walau pun ada pihak yang memepertikaikan tindakan Najib ini adalah sebagai gula-gula buat rakyat. Namun dalam hal ini eloklah kita bersangka baik dan berterima kasih kepada beliau atas keperihatinan itu. Cuma apa yang diharapkan agar Najib dapat mewarisi kepimpinan arwah bapanya yang memang amat disayangi oleh rakyat tidak kira dari parti pemerintah atau parti lawan. Najib harus membina kembali jambatan itu].
Exco Buat Laporan Polis Terhadap V.Sivakumar
IPOH [8.50 pm] - Satu laporan polis dibuat terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar hari ini kerana didakwa mengemukakan afidavit palsu semasa perbicaraan saman pemula Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abd Kadir dan enam exconya untuk membatalkan keputusan penggantungan mereka menghadiri sidang DUN. Laporan dibuat oleh ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rapat, Hamidah Osman (foto) di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini jam 7 malam tadi. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri merupakan seorang daripada enam Exco Barisan Nasional (BN) yang digantung oleh Sivakumar daripada menghadiri sidang DUN selama 12 bulan. Katanya laporan dibuat kerana Sivakumar dikatakan telah mengemukakan afidavit palsu semasa perbicaraan dalam kamar di Mahkamah Tinggi di sini pada 30 Mac lalu. "Saya dimaklumkan oleh peguam yang mewakili Menteri Besar dan enam Exco BN bahawa Sivakumar telah mengemukakan afidavit palsu semasa perbicaraan kes itu diadakan dalam kamar hakim pada 30 Mac lalu," katanya kepada pemberita di sini. "Dalam afidavitnya, beliau mengatakan bahawa keputusan menggantung Menteri Besar dan enam Exco BN daripada menghadiri sidang dewan adalah keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN," katanya. Bagaimanapun, beliau berkata, afidavit dikemukakan oleh Sivakumar ini adalah bertentangan dengan kenyataannya sebelum ini yang mengatakan keputusan menggantung Menteri Besar dan enam Exco BN dibuat oleh beliau sendiri selaku Speaker DUN. Malah, kata Hamidah, perkara itu turut dinyatakan dalam surat yang dihantar oleh Sivakumar kepada mereka semasa memaklumkan mengenai penggantungan itu.[Nampaknya BN Perak masih terus mencari isu untuk menghalang V.Sivakumar. Sememangnya kes penggantungan MB dan Exco BN itu sudah diketahui umum sebelum ini yang ia dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN. Seantero dunia sudah diwar-warkan perkara itu, mengapa Hamidah beriya-iya benar mahu mempertikaikannya dan mengatakan Sivwakumar membuat afidavit palsu di mahkamah. Soalnya sekarang, apakah pihak polis juga akan sepantas kilat berlari untuk menyiasat dakwaan tersebut bila ia dilaporkan oleh pemimpin UMNO dan BN. Tetapi mereka menyepi dan menikus jika laporan polis dibuat oleh pembangkang. Makanya Najib perlu membersihkan imej polis agar kelihatan adil dan saksama hendaknya nanti].
SHAH ALAM [8.25 pm] - Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim (foto), berharap Datuk Seri Najib Razak dapat mentadbir negara tanpa dipengaruhi perbezaan politik di peringkat negeri dan pusat. "Secara peribadi, saya percaya Datuk Seri Najib mempunyai permulaan yang baik sebagai Perdana Menteri kerana beliau dipayungi legasi ayahandanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang banyak berjasa terhadap pembangunan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan. Dalam aspek ekonomi pula, katanya, kerajaan Selangor percaya tugas utama dan terpenting Najib adalah bagi memastikan negara berjaya menghalang impak kegawatan dan seterusnya menyuburkan pertumbuhan Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, Najib perlu mendapatkan keyakinan rakyat, pertama sekali dengan membawa negara keluar daripada kemelut ekonomi global.
[Jika Najib ikhlas dan tawaduk menerima tanggungjawab sebagai Perdana Menteri Malaysia, maka beliau haruslah bersikap terbuka dan tidak "double standard" dalam menangani setiap permasalah dan isu-isu rakyat. Begitu juga dengan peruntukan serta bantuan kebajikan harus disalurkan dengan adil kepada seluruh rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik masing-masing. Jika perkara ini gagal ditangani dengan betul dan tetap seperti dulu juga maka rakyat akan terus menolak kepimpinan beliau sama seperti yang lainnya dulu].







Presiden utk UMNO tp PERDANA MENTERI utk seluruh rakyat MALAYSIA.. lu pikir la sendiri
BalasPadam