PULAU PINANG [8.37 am] - Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin (foto) mendakwa namanya telah dibersihkan daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ahli politik dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa telah dimaklumkan oleh pegawai SPRM berhubung perkara itu petang tadi. "Saya dimaklumkan bahawa nama saya telah dibersihkan dan kes ini telah pun selesai. Saya bersyukur bahawa akhirnya kebenaran berpihak kepada saya," katanya. Mohamad Fairus, 33, yang dikaitkan dengan siasatan rasuah membabitkabn projek kuari di Pulau Pinang, meletakkan jawatan timbalan Ketua Menteri 1 pada 8 April lalu. Beliau juga melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 16 April lepas atas alasan ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca ijazah. Mohamad Fairuz berkata, berkat kesabarannya mengharungi saat getir dikaitkan dengan isu rasuah kuari, akhirnya membuahkan hasil apabila kebenaran berpihak kepadanya. Beliau yang mendapat anak lelaki semalam menganggap berita baik ini sebagai kegembiraan berganda buat dirinya. "Inilah berkat kesabaran kita berjuang kerana agama dan bangsa, Alhamdulillah," kata Mohamad Fairus. Bagaimanapun, pegawai SPRM itu tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan dakwaan tersebut.
[Hairan dan pelik kerja-kerja pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ini. Mereka belum menyiasat tetapi sudah mendakwa bermacam-macam, kononnya ada bukti kukuh dan sebagainya. Tetapi kini tiba-tiba pula bertukar dan lain pula jadinya. Apakah ini kerana ada kaitan dengan pilihanraya kecil Penanti agaknya. Atas arahan pihak atasan, Fairus dibebaskan dari tuduhan. Secara tidak langsung ini menggambarkan bahawa Fairus membuat satu kesilapan besar kerana meletakkan jawatan sebagai ADUN yang membolehkan pilihanraya kecil diadakan. Sebelum ini, Fairus dianggap bertanggungjawab bila sanggup melepaskan jawatan itu setelah beliau disiasat pihak berkenaan. Ini bagi tidak mencalarkan imej PKR itu sendiri. Namun kini tiba-tiba pula beliau dibersihkan sebelum pendakwaan di mahkamah. Mudah benar permainan politik ini berlaku. SPRM juga diseru berhati-hati dalam menjalankan tugas. Jangan buat kenyataan awal jika belum jalankan siasatan. Inilah yang berlaku kepada MB Selangor dulu berkaitan isu lembu dan kereta Lexus beliau. Akhirnya senyap sunyi kes itu. Begitu juga kes yang melibatkan dua ADUN dan Exco PKR Perak. Selepas mereka menyokong UMNO dan BN kes itu terus senyap sunyi tanpa berita. Apakah ini bermakna, bila sokong UMNO dan BN individu terbabit akan selamat dari pertuduhan?].
[Sokong Blog Ini, Sila Sign Buku Pelawat Kami]
[Ada Masalah Di Tempat Anda, Laporkan Di Sini]






Semakin pening dengan politik tanah air. Apabila agensi kerajaan dikudakan menjadi kuda kepang. Punah segala - galanya.
BalasPadamMungkin SPRM telah disuruh oleh tuan2 mereka dlm UMNO utk membersihkan nama YB Fairus supaya pilihan raya Penanti ntidak diadakan
BalasPadamSudah menjadi pengetahuan umum UMNO ingin mengelak drpd bertanding krn jauh dlm lubuk hati,mereka tahu mereka akan kalah
Awang Luku cakap....
BalasPadamnampaknya ni satu lagi konspirasi tektik sprm utk memburuk2kan skandal rasuah pkr yg diketua DSAI, awas PKR!
SPR akan buat keputusan pengosongan DUN penanti tidak sah...Fairus kekal ADUN bebas...kehh..kehh...nampak dah...
BalasPadamMacamana ni..pening,pening..keliru betul.Malaysia oh malaysia..Kenapa jadi begini???
BalasPadammalaysiaku..........semua boleh jadi...asalkan ada kuasa..gunakan kuasa sepenuhnya untuk kekalkan kuasa.
BalasPadamApa sebab nak pening2. Jgn kita terpengaruh dgn mana2 puak. Lapangkan dada kita. Fikir ke depan. Jgn sangka buruk pada puak yg kita tak suka.
BalasPadamBiarlah kita bebas berfikir, jgn dikongkong oleh pemikiran parti2 tertentu.
Aku malu aku malu aku malu..jikalau aku jadi SPRM aku bunuh diri sebab tk tahan malu.lebih baik kerja angkat najis dari keje jadi kuli caca merba ikut arahan buta tuli.segala keje yg kita nk buat mesti ada input output cth hang kebun dgn cangkul dan tanah utk dikerjakan. tp SPRM ada tanah tp tiada cangkul so mcmmana nk buat keje ni..aku seumur hidup belum jumpa kes mcm ni. kes angkat tilam dan cadar aku pernah lihat 1997 lalu tp skrg kes dakwa dulu siasat alamak bukti tiada zero...lepas balik..kalau tk malu pd tuhan malulah pada anak anak kecil kita mereka pun turut malu jika ayah mereka SPRM
BalasPadam