script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Speaker Tiada Hak Untuk Gantung Ahli Dewan, Jika Dr.Zambry Kadir Terlepas Daripada Hukuman Maka Bagaimana Pula Gobind Singh !!

Sesungguhnya keputusan Mahkamah Persekutuan menyebelahi Dr.Zambry Abdul Kadir dalam isu penggantungan beliau dan exco kerajaan negeri adalah sesuatu yang agak menarik untuk diperkatakan sebenarnya. Panel hakim yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Alauddin Mohd Sherif hari ini memutuskan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V.Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Alasannya ia bercanggah dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan Persekutuan. Justeru itu ini bermakna, undang-undang persekutuan tidak memberi kuasa kepada mana-mana Speaker Dewan untuk menggantung mana-mana wakil rakyat sebenarnya. Jika inilah keputusannya, maka sepatutnya kes yang melibatkan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo (foto) juga perlu dilihat dalam konteks yang sama. Ini bermakna beliau juga harus dibebaskan daripada penggantungan menghadiri sidang dewan rakyat selama satu tahun. Jika ada Undang-Undang Persekutuan yang memperincikan perkara itu, ia bermakna Pakatan Rakyat juga boleh mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat itu sendiri. Jangan bersikap "double standard" dalam kes ini. Jika tidak rakyat tetap akan mengatakan bahawa keputusan yang dibuat terhadap kes Perak itu hari ini memang sudah dircancang dan mendapat perkenan daripada Perdana Menteri, Najib Razak sendiri.

[Video Kontroversi Gobind Singh Deo Hingga Di Gantung Dulu]

[Jika dilihat kepada keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Rayuan itu, maka tidak salah lagi apa yang berlaku kepada Gobind juga harus dilihat dalam aspek undang-undang. Ahli Parlimen Puchong itu cuma bercakap berasaskan kepada keraguan dan kekeliruan majoriti rakyat terhadap imej Perdana Menteri itu. Tambahan pula, laporan tentang penglibatan beliau dengan kes Altantunya juga telah disiarkan dalam akhbar Perancis "Libertation" dan banyak laman-laman web di seluruh dunia. Beliau hanya mahukan Najib Razak menjawab tohmahan itu dan menghilangkan keraguan rakyat. Inilah tanggungjawab wakil rakyat sebenarnya. Namun, kenapakah beliau dipersalahkan dan digantung daripada tugasnya. Berdasarkan kepada undang-undang persekutuan, maka Gobind juga harus bebas dari hukuman itu sebenarnya jika kerajaan serius dan ingin mengikut perlembagaan yang telah termaktub].
Share:

16 ulasan:

  1. undang2 Mahkamah Persekutuan hanya diguna pakai untuk membelasah pembangkang kerajaan.

    BalasPadam
  2. Bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang masih Ahli Umno dari "Dulu Kini Dan Selamanya" hahaha!!! sakit perut ketawa dan hampir 7 kali tergucil dowh!!

    sila semak sendiri I/C 760702075413 (http://www1.malaysiakini.com/doc/fairus_statement_20090416.php) Bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang (Mohammad Fairus Khairuddin) di-
    http://www.daftar.umno.org.my/

    BalasPadam
  3. Bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang masih Ahli Umno dari "Dulu Kini Dan Selamanya" hahaha!!! sakit perut ketawa dan hampir 7 kali tergucil dowh!!

    sila semak sendiri I/C 760702075413 (http://www1.malaysiakini.com/doc/fairus_statement_20090416.php) Bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang (Mohammad Fairus Khairuddin) di-
    http://www.daftar.umno.org.my/

    BalasPadam
  4. amno memang tak buang nama bekas ahli dari senarai sebab nak tunjukkan ahlinya ramai
    . . . jangan pelik bila semak namanya tetap ada dalam senarai

    BalasPadam
  5. tindakan Dr zamry dibuat diluar usul dewan rakyat, manakala gobind pula melalui usul dewan negara, kedua-dua ini perkara yg berbeza. jadi result pun akan berbeza...

    sebelum publish artikel semak la kronologi kejadian, jgn main boh jer ikut hati, memalukan la bila mengeluarkan artikel yg kurang pakai otak mcm ni, saya peminat PDO, jadi nasihat saya cuba elakkan artikel yg boleh mengurangkan kredibliti PDO

    BalasPadam
  6. orang2 umno jika nak menegakkan benang yg basah dengan hadis2 yg separuh pun dia guna pakai.

    p/s: minum teh diluar dewan rakyat dgn dalam dewan negara rasanya lain kot??

    BalasPadam
  7. bagus2 kita sokong malaysian malaysia. hak sama rata. bagusssssss.

    BalasPadam
  8. Jangan Peningkan Kepala,

    Prosedur je tak betul tentang pengantungan zambry dan 6 XXXXXXX . Makanya Bila Sultan setuju untuk dewan bersidang, masa itu speakerlah yang berkuasa. Nak gantung-gantunglah.

    Kuasa ditangan beliau.

    Itulah prosedurnya. Kita lihat siapa yang kena?

    BalasPadam
  9. APA NAK PELIKNYA DENGAN UMNO NI..

    KALAU HUKUM HUDUD UMNO
    BOLIH TOLAK, INIKAN PULAK
    UNDANG2 MANUSIA.

    BERBAHAGIALAH SESAIPA YANG
    MENYOKONG UMNO, SEBAB MEMPERLECEHKAN
    UNDANG ALLAH S.W.T

    BalasPadam
  10. Doremon:
    Siapa kata umno tak setuju dengan hudud? apa bukti saudara umno memperlekeh islam? jgn main cakap.UMNO/BN setuju dengan hudud tapi masih mencari proses sesuai untuk memastikan perpaduan kaum. Jgn dengar cakap dari mulut org atau blog. Siasat sendiri. Kerana dari mulut org atau blog kemungkinan fitnah. Bagaimana DAP menolak hudud, begitu juga kaum cina yg lain susah mahu menerima. Saya percaya kalau esok UMNO/BN istihar kan guna undang2 Hudud DAP juga yang akan MELETOP dulu, sambil menghasut seluruh rakyat Malaysia membantah. Dan ironinya keadaan Negara akan lebih teruk dari sekarang. Kemungkinan Negara akan di Bahagi Kepada beberapa bahagian dan serahkan kepada mereka. Contoh utama seperti Singapore dulu, asal dalam Negara Malaysia, tetapi terpaksa dipisahkan kepada Negara lain atas desakan PAP- Lee Kuan yew (Pecahan DAP). Kaji sejarah dulu, kemudian analisis dengan ilmu.

    Kalau mereka boleh menerima islam kenapa tak masuk islam? itu tandanya DAP hipokrit. berbaik kerana ada sebab.

    BalasPadam
  11. jangan cuba nak bagi tahu Islam saudara (PAS) betul dan islam UMNO salah... kita sendiri belum tentu sahih islamnya disisi Allah. hanya Allah yang mengetahui dan menentukan sama ada terima atau tidak ke islaman kita.

    jadi sama2 kita doa Pada Allah supaya Beri yg terbaik untuk umat islam. Biar Allah yg tentukan. Doa kita harus betul. bukan berdoa supaya Hancur UMNO, Hidup pas, kerana belum tentu Umno salah, pas betul.... dan begitu juga sebaliknya. Hanya Allah yang maha mengetahui

    Jgn kita ambil urusan Allah dengan menghukum dosa pahala org... sesungguhnya dosa pahala adalah urusan Allah swt

    BalasPadam
  12. saudara shamshir,undang2 yang diguna pakai sekarang ni mengambil masa berapa lama untuk di GUBAL???52 TAHUN ke??SURUHANJAYA REID TU gubal perlembagaan makan masa 52 TAHUN?? anda setuju tak yang undang2 ini BOLEH diguna pakai di malaysia??so....
    HUdud ni sudah berapa lama di GUBAL???dr zaman kitab AL-Quran yang tuan baca ni telah termaktub undang-undangnye...berapa tahun ye tuan???tak perlu di kaji lagi..ilmuan ISLAM ZAMAN BERZAMAN dah KAJI DAh....
    berapa lama ke UMNO perlukan untuk menyampaikan maklumat kpd bangsa lain yang undang2 ini tIDAK ADA KENA MENGENA dgn mereka?????HANYA UNTUK orng ISLAM....bangsa lain masih terikat dengan undang2 SIVIL..susah ke sampai 52 TAHUN pun TAK BOLEH kasi BANGSA lain PAHAM???
    Pernah ke you buka RTM memaparkan artikel mengenai kesedaran tentang HUKUM HUDUD untuk pemahaman BANGSA LAIN???(kalau betul UMNO ada niat mengamalkan HUKUM ALLAH)..ditegaskan..HUKUM ALLAH..bukan HUDUD PAS ATAU sewaktu dengannye yang digembur-gemburkan oleh pelbagai pihak..melainkan MAHATHIR pernah mengatakan dalam akhbar harian yang mengatakan kalau hudud dilaksanakan habis kudung tangan rakyat malaysia...mcm mana nak bersaing...dan soalan kepada MAHATHIR sendiri...siapa yang kudung tu???orng yang baik-baik ke????????
    SAYA harap jgn lah tuan boleh mengatakan yang UMNO itu berniat untuk melaksanakan HUKUM ALLAH..COS 52 TAHUN dah diberi peluang..bukan sekejap tu...KLCC pun dah naik dah...yang kaya INDIA jugak...bayar buta2 pada ANANDA...HIDUP MELAYU....KAHKAHKAHKAH......HIDUP MAMAK.....hunus jgn tak hunus....

    BalasPadam
  13. hahaha,

    ini dah jadi precedent case basis,
    akan jadi case basis yang akan menjadi bahan rujukan pada setiap case yang sama.

    Maka, dengan ini Pakatan Rakyat akan menjadi kesempitan modal.

    bezanya Gobind Singh yang digantung mengikut kuasa speaker di DALAM DEWAN RAKYAT dan disokong majoriti yang berhormat dalam Dewan Rakyat.

    berbeza dengan Speaker yang membuta tuli tanpa mendapat kuasa majoriti di DALAM DEWAN, itu namanya salah guna kuasa.

    Bangsa2 macam ni memang suka dengan pokok, sebab tu la banyak tempat memuja pun dibawah pokok.

    Yang pakai kopiah pun seronok bersidang di bawah pokok.

    BalasPadam
  14. minum teh dlm dewan sedap sikit sebab ada aircond.minum teh luar dewan tak sedap sebab panas..ahakkkk..BN..BN..betul-betul harakiri...

    BalasPadam
  15. saya rasa kalau hukum hudud dijalankan doremon dan sekutu2nya pun dah lama dipotong lidah or tangan... mgkn juga ditendang oleh sekutu2 dari DAP... mgkn waktu tu... MIC, MCA, DAP n lain2 akan bersatu menentang melayu... waktu itu barula org2 ISLAM akan menyesal ... tapi tak ada gunanya waktu tu... jgn disebabkan taksub pada sesebuah parti kita nak hancurkan MALAYSIA

    BalasPadam
  16. Salam... apa ni hududlah, islam umnolah, islam paslah... korang renunglah diri sendiri.. Yang 5 rukun tu dah buat penuh ka... dan 6 rukun tu dah tersemat di hati kah...

    kalau belum pakat2 menghayati.

    sekadar bicara...

    >>>Budak Kampung<<<

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

UMNO Perlulah Memahami Perubahan Politik Menjelang PRU-16 Ketika Kekuatan Di Susun Semula Dan Sokongan Rakyat Telah Berubah

KUALA LUMPUR: UMNO perlu memahami perubahan politik negara menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) ketika kekuatan politik sedang disusun...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.