IPOH [10.56 pm] - Gagasan Melayu Perak (GMP) hari ini membuat laporan polis terhadap laman web 'MalaysiaKini' kerana didakwa menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah melalui penyiaran berita bertajuk 'Raja Nazrin Defends Monarchy Against Ridicule;, Selasa lalu. Laporan itu dibuat oleh Presiden GMP, Datuk Seri Mohd Hilmi Ismail, jam 5 petang tadi di Balai Polis Sungai Senam, di sini. Mohd Hilmi memberitahu pemberita, laporan polis dibuat kerana GMP beranggapan berita yang disiarkan oleh laman web itu bersifat kurang ajar dan biadap terhadap institusi beraja di negeri ini. Selain itu, katanya GMP turut berharap Kementerian Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan mengambil tindakan terhadap laman web terbabit kerana menyalahgunakan teknologi maklumat sewenang-wenangnya tanpa memikirkan kesannya terhadap keselamatan negara.
[Rakyat Perak dan orang Melayu kini menjadi semakin keliru dengan kes-kes penghinaan yang berlaku terhadap institusi beraja di Malaysia. Ini kerana, sikap "double standard" itu jelas kelihatan dalam isu ini. Maknanya, bila orang UMNO dan BN menghina raja-raja Melayu maka mereka akan mempertahankan tindakan itu kononnya membela rakyat. Tetapi bila pemimpin pembangkang atau media yang tidak pro kerajaan melaporkan berita seperti itu maka begitu mudah mereka akan dituduh menghina. Maknanya UMNO dan BN telus undang-undang "hina raja", walhal mereka sebenarnya yang membuka jalan supaya rakyat boleh menyaman raja-raja Melayu di mahkamah jika terbukti ada belaku kes-kes tertentu. Kini mereka pula beriya-iya benar mempertahankan kononnya merekalah yang membela raja-raja Melayu].

Biase ler tu. Kan UMNO tu mengatasi undang-undang. Kalau kita nak selamatkan kedudukan raja-raja Melayu, langkah awal dan paling utama ialah terlebih dahulu menghapuskan UMNO. Parti tersebut terbukti menjadi makluk perosak bangsa, agama dan negara. UMNO tidak memperjuangkan bangsa, agama dan negara. Ia hanyalah slogan kosong.
BalasPadamGMP ni pun lembu hadari juga...mengalahkan Hang Tuah...tapi peranan GMP hanyalah sbg Hang Kebun.
BalasPadamGMP ni pun lembu hadari juga...mengalahkan Hang Tuah...tapi peranan GMP hanyalah sbg Hang Kebun.
BalasPadamkehh.keh..keh..gitulah lakonan semata-mata
BalasPadamUndang -undang Malaysia hanya terletak di tangan BN-UMNO.Jadi orang -orang yang berkait rapat saja yang boleh menggunakan undang-undang tersebut...Tak payah fikir teruk2..dah faham sangat dah..DAH LAMA DAHHHH..
BalasPadam