
Ini satu lagi berita yang sungguh mengejutkan di negara Islam hadhari seperti Malaysia ini. Sama ada ia disedari atau pun tidak, sengaja atau pun tidak atau memang sudah tidak dapat dielakkan ternyata berita ini amat memalukan dan tidak wajar berlaku di negara kita yang kononnya sebuah negara Islam. Ia berikutan, terdapat laporan dan bukti tentang pembabitan beberapa orang pembesar negara dan keraba di raja menjadi ahli lembaga sebuah kilang arak terbesar di Malaysia iaitu Carlsberg Brewery Malaysia Berhad. Kerabat diraja yang dimaksudkan ialah Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar, Manakala tokoh korporat berkenaan pula ialah Jen.(B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali bin Dato’ Mohd. Seth (Bekas Jeneral Angkatan Tentera Malaysia) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (Tokoh Koporat dan Pengarah Scomi Berhad). Tambah mengejutkan bila nama Y.A.M Tunku Naquiyuddin juga termasuk dalam senarai tiga orang senarai mereka yang akan ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru sebelum ini. Mujurlah yang terpilih akhirnya adalah Duli Tuanku Mukhriz yang memang tepat sekali pilihan baginda sebagai Raja dan Yang Di Pertuan Besar Negri Sembilan, Bumi Adat di Semenanjung Tanah Melayu ini. Jikalah tersalah keputusan Undang Undang Negeri menabalkan Naqiyudin sebagai Yang Di Pertuan Besar, maka silap haribulan negara kita Malaysia ini kelak akan mempunyai seorang Yang Di Pertuan Agong yang juga "Tauke Kilang Arak". Sebagai bukti berkenaan dengan perkara ini sila klik sini untuk mengenali Pengarah pengarah Syarikat arak Carlsberg Brewery Malaysia Berhad atau klik sini untuk laporan eksklusif oleh Reuter.

Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, (tengah) Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali
(kiri) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (kanan)

Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, (tengah) Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali
(kiri) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (kanan)
[Kami sungguh terkejut dengan maklumat terbaru yang dipetik dari blog ini . Sebelum ini memang kita sudah mendengar berita ini, namun tiada bukti-bukti yang kukuh untuk mengaitkan penglibatan orang Melayu Islam dalam syarikat arak terbabit. Dengan bukti kukuh ini bermakna, punahlah sudah nama "Islam Hadhari" yang dilaung-laungkan selama ini. Justeru itulah kita tidak hairan kenapa ramai remaja Melayu yang rosak dan punah akhlaknya bila mereka dibiarkan berpeleseran di pub-pub, disko-disko, bar & bistro, lounge dan pusat-pusat hiburan yang tubuh bagaikan cendawan di seluruh negara. Semua ini menyajikan "air syaitan" itu sebagai minuman "ruji" mereka. Soalnya sekarang, jika kerajaan bertegas mengatakan Malaysia ini adalah negara Islam, kenapakah gejala seperti ini gagal dibenteras oleh pihak berkuasa?. Kenapa ada kompromi bila umat Islam dibiarkan rosak Iman dan Akidah mereka? Apakah ini namanya Islam Hadhari yang dilaung-laungkan selama ini?. Bangunlah wahai pemimpin Melayu Islam dalam UMNO dan Barisan Nasional?. Ingatlah, kamu akan disoal oleh Allah SWT di akhirat kelak. Apakah ini namanya Khalifah di bumi Malaysia yang tercinta ini. Buat rakyat Negeri Sembilan, mujurlah pemilihan yang dibuat untuk melantik Yang DiPertuan Besar memihak kepada Tuanku Mukhriz, jika tidak apa akan jadi agaknya].







Astaghfirullahulazim.....
BalasPadamSubhanallah... nk cakap segan nk luah malu... negara islam hadhari kita ini bukan setakat tak mampu nk monitor cara sembelihan ayam halal, inikan isu air syaitan sajian pusat dangdut dan karaoke dimana pelanggan melayu yg katanya islam.Lambat lagi kah kita semua nk tukar kerajaan hadhari yang mampu bertindak berkuasa penuh men deletekan semua ini dari bumi kita termasuk babi babi dan semua unsur celaka..korang semua tk tahu ke babi, air syaitan, TOTO tu haram.NAjib ko tahu ke tak ni..yg amat melucukn saya org kuat jaip kuar statement dlm paper kita akan bg masa sebulan lg kepada pembeli2 no ekor untuk insaf dan tidak beli no lagi...aku geli perut dan gelak besar..knp lah ustaz tu pergi kuarkn ayat cam tu..tk rasa malu ke..kita dah 50thn merdeka negara islam kan..ya allah knp anda malu segan takut nk tangkap pembeli ekor tu..satu lg kt jalan wong ah jang sebelah rumah sewa aku muda mudi tk takut langsung nk bermesra bergedik dalam rumah sewa mereka laki dan perempuan..kamu tiada kuasa ke nk tangkap mereka berkhalwat ni atau kamu takut..jika aku ada kuasa nescaya aku sendiri pergi tangkap..ini aduan aku kepada jaip...
BalasPadamSalam... apa nak heran... perniagaan arak, judi dan rokok paling menguntungkan.. buat duit beb..
BalasPadamtak pasti lak anak2 cucu2 diaorang pun ikut jejak yang sama.
>>orang kampung<<
Naudzubillah.. isk.. kesian kart rakyat mesia..
BalasPadamrupa-rupanya pembangunan yang di bangunkan oleh kerajaan BN adalah hasil daripada keuntungan cukai-cukai pejudian, arak dan rokok..
tiada keberkatannya..
kaf ba ra kaf ta nun..