script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cyberita: One Malaysia, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak Pula Kecewa Dengan Isu Wakil Melayu Sarawak Dalam Kabinet Baru Najib

KUCHING [5.12 pm] - Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), tunjang Barisan Nasional (BN) Sarawak, melahirkan kekecewaannya berhubung perwakilan Melayu Sarawak dalam Kabinet persekutuan. Meskipun mengharapkan lebih ramai anak Sarawak dilantik ke peringkat persekutuan, Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Abang Johari Openg (foto) bagaimanapun melihat perkara itu dari sudut positif. Ini kerana, katanya, dalam senarai Kabinet yang diumumkan pada 9 April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, melantik wakil Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, yang akan memberikan pemahaman yang lebih baik mengenai keperluan kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak. "Ia hak mutlak Perdana Menteri, kita perlu terima," katanya selepas menyampaikan surat tawaran rumah kos rendah di bawah program 'Rumah Mesra Rakyat' kepada 24 penerima hari ini. Abang Johari yang juga Menteri Perumahan Negeri, berkata lazimnya seorang ahli politik Melayu daripada PBB akan diberi jawatan menteri penuh tetapi dalam Kabinet yang diumumkan itu, tiada seorang pun yang dilantik. Wakil PBB dalam Kabinet persekutuan adalah Naib Presiden kanannya yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Uggah Embas; Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Ketua Pemuda PBB, Fadillah Yusof; Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Rohani Abdul Karim dan Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Taib. Selain PBB, wakil lain Sarawak dalam Kabinet persekutuan adalah seorang menteri dan dua timbalan menteri daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan dua timbalan menteri masing-masing daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) serta Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

[Nampaknya satu demi satu konsep "One Malaysia" yang diperkatakan oleh Najib mendapat tentangan daripada parti-parti komponen Barisan Nasional sendiri. Ternyata, apa yang diwar-warkan oleh Najib itu sekadar retorik politik semata-mata tetapi sebaliknya mendapat tentangan hebat dari kalangan mereka sendiri. Setakat ini kekecewaan jelas digambarkan oleh rakyat berhubung pembentukan kabinet baru yang dilihat tidak langsung mencerminkan aspirasi rakyat. Justeru itulah Najib harus berhati-hati merangka strategi baru bagi memenangi hati rakyat. Jika tidak, sudah pasti UMNO dan BN akan dibenamkan dalam pilihanraya umum ke-13 nanti. Apakah mereka sedar dengan senario ini agaknya?. Perkembangan ini adalah sesuatu yang amat menarik untuk kita perkatakan sebenarnya. Apakah ada lagi parti komponen BN yang akan berbunyi dan mempertikaikan kabinet Najib itu].
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang Tahan 228 Pendatang Tanpa Izin Termasuk Tujuh Kanak-Kanak Di Jerantut, Rompin Dan Kuantan

KUANTAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 228 pendatang tanpa izin, termasuk tujuh kanak-kanak yang disyaki melakukan pelbagai kesa...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.